HIKING EDITION: GUNUNG IRAU VIA CORYBAS (2110M)(G11)
HIKING EDITION: GUNUNG IRAU VIA CORYBASS (2110M)(G11) Alhamdullilah, saya berjaya menawan puncak Gunung Irau pada 07 February 2026 yang lalu. Ketinggian Gunung Irau adalah 2,110m. Ia merupakan gunung yang ke-9 tertinggi di Semenanjung Malaysia dan meletakkan gunung ini tergolong dalam kategory gunung-gunung G-11. Aku join open group yang dikelola oleh Aen dan Kak Lia. Trek ini agak panjang dan meletihkan. Corybas diambil sempena nama pokok orkid terkecil yang banyak ditemui disini. Bunganya berbentuk seperti helmet (Helmet orchids) dan daun dia berbentuk "love". Ia tumbuh dia atas lumut-lumut / mossy. 1. Info A. Gunung G-11 Senarai 11 Gunung Tertinggi (G11) di Semenanjung Malaysia: Gunung Tahan (Pahang) - 2,187m Gunung Korbu (Perak) - 2,183m Gunung Yong Belar (Kelantan/Perak) - 2,181m Gunung Gayong (Perak) - 2,173m Gunung Chamah (Kelantan/Perak) - 2,171m Gunung Yong Yap (Perak/Kelantan) - 2,168m Gunung Ulu Sepat (Perak/Kelantan) - 2,161m Gunung Batu Putih (Perak) - 2,132m G...
Debaran bermula,
ReplyDeleteApabila Tawakkal berlipat ganda,
Keluar dari kepompong biasa,
Mampukah?
Waraskah?
Langkaukah?
Cemas dan Harap saling bergelut,
Hanya Allah hati berpaut,
Manakan faham Bahasa kembara?
Kadang sepi kadang nyata,
Sahabat sahut menyahut,
Di muka bumi saling bertaut
Mesra, Mudah Mesra,
Mudah Mesra,
Sudah,
11 Negara 15 hati ingin melintas,
Walau dingin,
Walau panas,
Debaran demi debaran,
Bumi Suci kami bernafas,
Hayati laluan ini dengan sajian tenang,
Yang berlauk sabar,
Dengan manisan ujian,
Susuri jalan ini,
Kehidupan yang memberi nilai tawa,
Disuburkan air mata,
Beradaban hebat,
Dalam muafakat,
Namun konvoi sampaikah ke Bumi Suci?
Nantikan derumannya
Kembara ke Bumi Suci di Kaca TV,