Skip to main content

Featured

HIKING EDITION: GUNUNG CHAMAH (2171M)(G7) VIA SKOMAD

 HIKING EDITION: GUNUNG CHAMAH (2171M)(G7) VIA SKOMAD Alhamdullilah, bersyukur kehadrat Illahi kerana aku berjaya menawan sebuah lagi Gunung G7 iaitu Gunung Chamah yang merupakan gunung yang ke-5 yang tertinggi di Semanjung Malaysia. Ianya terletak pada Banjaran Titiwangsa yang berada dalam jajahan Gua Musang, Kelantan Kali ini aku mengikuti Group Keghoni yang pernah aku diorang semasa Hiking Gunung Gap & GUS pada November tahun lepas. Melihatkan pada kemesraan mereka pada hiking itu, aku terus bagi nama untuk join trip Gunung Chamah ni. 1. Info  Skomad vs Kg Rekom Trail Pendakian Gunung Chamah melalui Skomad Trail adalah laluan yang lebih baharu berbanding laluan tradisional Kg Rekom. Skomad menawarkan pengalaman pendakian yang berbeza, sering kali lebih mencabar atau lebih dekat dengan puncak, menjadikannya pilihan popular bagi pendaki yang mencari variasi daripada laluan Kg Rekom yang lebih lama dikenali.  Skomad Trail:  Kem site boleh terus sampai dengan powi...

VIDEO: KEMBARA BUMI SUCI (CITA-CITA KAMI)


Comments

  1. Debaran bermula,
    Apabila Tawakkal berlipat ganda,
    Keluar dari kepompong biasa,
    Mampukah?
    Waraskah?
    Langkaukah?

    Cemas dan Harap saling bergelut,
    Hanya Allah hati berpaut,
    Manakan faham Bahasa kembara?
    Kadang sepi kadang nyata,

    Sahabat sahut menyahut,
    Di muka bumi saling bertaut
    Mesra, Mudah Mesra,
    Mudah Mesra,
    Sudah,
    11 Negara 15 hati ingin melintas,
    Walau dingin,
    Walau panas,

    Debaran demi debaran,
    Bumi Suci kami bernafas,
    Hayati laluan ini dengan sajian tenang,
    Yang berlauk sabar,
    Dengan manisan ujian,
    Susuri jalan ini,
    Kehidupan yang memberi nilai tawa,
    Disuburkan air mata,

    Beradaban hebat,
    Dalam muafakat,
    Namun konvoi sampaikah ke Bumi Suci?
    Nantikan derumannya
    Kembara ke Bumi Suci di Kaca TV,

    ReplyDelete

Post a Comment