HIKING EDITION: TRANS NANING
HIKING EDITION: TRANS NANING
Alhamdullilah, tanggal 8 November 2025, melakarkan lagi sejarah dalam dunia hiking ku kerana berjaya melakukan satu pendakian yang sangat mencabar bagiku jika dibandingkan dengan hiking-hiking ku yang sebelum ini. Trans Naning bukan lah satu hiking yang kaleng-kaleng kerana anda harus mendaki 7 puncak gunung dan 1 puncak bukit dalam satu hiking. Puncak-puncak tersebut adalah:
1. Puncak Gunung Datuk (855m)
2. Puncak Gunung Rembau (884m)
3. Puncak Gunung Gagak (807m)
4. Puncak 701 (701m)
5. Puncak 705 (705m)
6. Puncak Gunung Tampin Utara (764m)
7. Puncak Gunung Tampin Selatan (733m)
8. Puncak Bukit Tampin (572m)
# Ada sedikit kesalahan dalam diagram dibawah, dimana sepatutnya ketinggian puncak Gunung Datuk adalah 855m.
Terma (Terms):
"Trans" - Membawa maksud pendakian beberapa gunung sekaligus (melebihi satu puncak).
"Naning" - Merujuk kepada sebuah kawasan bersejarah yang terletak di sempadan antara Negeri Sembilan dan Melaka
Started at : Taman Eko Rimba Gunung Datuk @ 4:30 am (08-11-2025)
Finished at: Trans Naning, Tampin @ 4:00 pm (08-11-2025)
Total Hours: 11:30 hours
Distance: 17km
1. CP#01 - Puncak Gunung Datuk (855m)
2. CP#02 - Simpang Y (CP5)
2. CP#03 - Puncak Gunung Rembau (884m)
3. CP#04 - Puncak Gunung Gagak (807m)
4. CP#05 - Puncak 701 (701m)
5. CP#06 - Camp Ultra (CP8)
6. CP#07 - Puncak 705 (705m)
7. CP#08 - Puncak Gunung Tampin Utara (764m)
8. CP#09 - Puncak Gunung Tampin Selatan (733m)
9. CP#10 - Bukit Tampin Trailhead Trans Naning
10. CP#11 - Bukit Tampin (572m)
Jarak / Masa
1. Start - CP#01 - 1 hour 30 min (Total 2.48km)
2. CP#01 - CP#02 - 28 min
2. CP#02 - CP#03 - 10 min (Total 4.23km)
3. CP#03 - CP#04 - 45 min (Total 6.03 km)
4. CP#04 - CP#05 - 45 min (Total 8.00 km)
2. CP#02 - CP#03 - 10 min (Total 4.23km)
3. CP#03 - CP#04 - 45 min (Total 6.03 km)
4. CP#04 - CP#05 - 45 min (Total 8.00 km)
5. CP#05 - CP#06 - 1 hour (Total 10.22 km)
6. CP#06 - CP#07 - 1 hour 30 min (Total 13.41 km)
7. CP#07 - CP#08 - 30 min (Total 15.15 km)
8. CP#08 - CP#09 - 15 min (Total 15.93 km)
9. CP#09 - CP#10 - 30 min (Total 17.54 km)
10. CP#10 - CP#11 - 5 min (Total 17.74 km)
Grand Total Distance: 17.74 km
Grand Total Time: 7 hours 28 min
Line-ups:
1.NOOR SHAHIRAH BINTI ITHNIN
2.HARITH HAIQAL BIN ROZALI
3.NUR AMY AMIRA BINTI MULIYADI
4.MUHAMMAD HARIS HAZIQ BIN MUHAMMAD HARITH CHEONG
5.MUHAMMAD HARITH HAMKA BIN BAKHTIAR
6.NUR SAIDATUL ZAHARAH BINTI HAMIZAN
7.SITI NURSYAHIRA BINTI MOHD SAFI'E
8.RAIHANA BINTI MOHD RAZALI
9.RABIAH ADAWIAH BINTI MOHD RAZALI
10.KAMARUL BIN SAKKA
11.MUHAMAD AZRUL BIN BORHAN
12.BEA
13.AMIN BUKHARI BIN ABD RAZAK
14.KHAIRULHEZREY EZWAN BIN MOHD RANI
15.MUHAMMAD HASIF BIN ABU SAID
16.MOHD ASWADE BIN ALI
17.MUHAMMAD SYAFIQ BIN SALLEH
18.MOHD REDUAN BIN MOHD KHAIRI
19.MUHAMMAD HANIF BIN SULAIMAN
20.MUHAMAD FARIS HAMZI BIN MUHAZIM
21.MUHAMMAD FIRDAUS BIN SAYOTI
22.HANIF HANAFI BIN ALI
23.MISRAH BINTI SINENG
24.MUHAMMAD FIRDAUS BIN AZHARI
25. SHAZMIEN BINTI MOHAMAD JEFRI
26.MUHAMMAD FAUZANNUDIN BIN KAMARUDDIN
27.MUHAMMAD IZZUL NAJMI BIN MOHD SABRI
28.SYABIL AIMAN BIN SAZALI
29.NUR SYAHIRAH BINTI NIZAM
30.MOHAMED AMIRUL AFIQ BIN ABU SAMAH
31.WAN MUHAMMAD IKRAM ANAS BIN BAHTIAR AFFENDY
32.MOHAMMAD DANIEL EZMEER BIN KAMAL
33. MUHAMMAD HAIQAL AIMAN BIN ZAIRI
34. MUHAMAD HAFIZ BIN ABD RASHID
35. FARIDAH BINTI ABD RASHID
36. MUHAMMAD NAIM BIN SABRI
37. MUHAMMAD ISZASHAM BIN IBRAHIM
38. MUHAMMAD AIMAN NAZRAN BIN ABD MUTALIB
39. SAIFUL AMRI BIN AZHAR
40. NOR FARIZA BINTI ABDULLAH
41. NURUL SYAZWANA BINTI MOHD HAKIM
MGP:
1. Mohd Shahir bin Mohd Jamal (MGP N-4020)
2. Haikal Akmal bin Sani (MGP N-4009)
3. Muhammad Nurfitri (MGP N-2008)
4. Mohd Shukor (MGP N-4021)
5. Mohd Hardi (MGP N-3008)
6. Wong Poh Leng
Organizer:
Ain - Hiking Clan
Aku memulakan perjalanan menuju Tampin, Negeri Sembilan dari rumah ku di Seberang Takir selepas Solat Jumaat. Perjalanan sejauh 456km yang mengambil masa selama 6 jam memandu. Tampin adalah salah satu daerah di Negeri Sembilan yang bersempadan dengan Melaka (Alor Gajah).
Aku telah menempah Hotel Glistar di tengah-tengah Bandar Tampin. Hotel terletak disebelah station minyak Petronas dan banyak kedai makan yang berada tidak jauh dari sini.
Sebelum check-in hotel, aku terlebih dahulu menuju ke sebuah Kedai Mamak SH Bistro yang terletak 1 km dari hotel. Aku pekena Tosey berkuahkan kari, memang best. Aku siap-siap bungkus, lagi satu tosey untuk sarapan pagi aku esok.
Setelah bag hiking ku siapkan, aku terus tidur kerana esok, pagi-pagi lagi aku harus ke Trailhead (Jam 3). Aku set alarm pukul 1:30 pagi. Zzzzzzzz
08 November 2025 (Sabtu)
Alhamdullilah sharp pukul 1:30 pagi aku tersedar. Selepas mandi aku makan buah kurma, pisang, madu dan tosey yang menjadi santapan pagi ku sebelum bergerak ke tempat berkumpul.
Check out hotel.
Aku bergerak ke parking Hutan Simpan Gunung Tampin yang menjadi garisan penamat untuk hiking ku harini. Lokasinya telah dishare dalam group whatsapp.
Jarak dari hotel ke sini dalam 15 minit sahaja. Akhirnya aku sampai di pintu gerbang ni yang terpapar "Selamat Datang Ke Hutan Simpan Gunung Tampin"
Aku masih ingat nama mereka Haikal, seorang perempuan cina (Poh Leng) dan lain-lain lagi. Sukar untuk aku mengecam muka mereka dalam samar-samar cahaya yang tidak berapa terang.
Haikal telah memberi aku Surat Akuan Peserta untuk disini sebelum pendakian dimulakan.
Setelah semua sudah sampai, kami semua berkumpul untuk diberikan taklimat ringkas tentang hiking kami harini yang telah disampaikan oleh Haikal.
Kami menunggu sehingga lori sampai pada pukul 3:45 pagi untuk membawa kami ke Trailhead di Taman Eko Rimba Gunung Datuk yang terletak 16km dari sini. Lori 5 tan yang tidak berkerusi memuatkan kami seramai 41 orang dalamnya. Dah macam ikan sardin disusun rapat. Alhamdullilah aku antara yang terawal menaikinya, masih ada besi untuk aku pegang. Inilah keadaan dalam lori tersebut.
CP#1: Puncak Gunung Datuk
Perjalanan menuju ke Puncak Gunung merupakan section hiking yang paling mencabar. Perjalanannya mencacak dan panjang sejauh 2.48km bukan lah sesuatu yang senang dalam pencahayaan yang agak terbatas. Aku cuba merapat dengan Guide kami, Joker (Hardi). Dalam hatiku; Woww.... baru jer mulakan sesi perkenalan dah bagi full cacak yang tidak ada discount langsung. Kami berhenti seketika dipertengahan jalan untuk merapatkan saf.
Setelah beberapa line up sampai, kami meneruskan perjalanan ke Puncak Gunung Datuk. Dalam perjalanan, lebih kurang 15 minit untuk sampai ke puncak, terdengar laungan azan subuh sangat jelas kedengaran.
Akhirnya kami sampai di puncak pada pukul 6:00 pagi. Sebelum sampai sana, anda akan harus memanjat tangga besi. Tangga besi adalah landmark untuk sampai puncak.
Aku menunaikan solat subuh disini
Masih ramai lagi yang belum sampai, aku mengambil peluang untuk bergambar di sini.
Terdapat satu view point yang sangat cantik di Puncak Gunung Datuk tetapi anda haruslah menaiki tangga besi yang bersiri-siri. Agak tinggi jugak dan berangin.
Mengikut fakta dari Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan (JPN9), Gunung Datuk digunakan Datuk Perpatih Nan Sebatang untuk mengumpul ketua-ketua adat dan mengisytiharkan gelaran serta nama penyandang Datuk Lembaga. Ianya merupakan lokasi pertapaan bagi mendapat ilmu putih (ilmu baik) manakala Gunung Gagak pula untuk pertapaan ilmu hitam.
Penanda arah kiblat di puncak Gunung Datuk sangat-sangat membantu hikers untuk solat di sini.
Agak lama juga kami berehat di sini, lebih kurang sejam. Joker membawa kami (10-11 orang) untuk memulakan perjalanan menuju ke Simpang Y yang agak tidak jauh, kami sampai dalam masa 28 minit sahaja untuk 1.2km perjalanan. Treknya agak landai dan senang. Terdapat sebuah simpang Y disini, satu menuju ke Gunung Rembau dan satu lagi untuk meneruskan perjalanan ke Gunung Gagak dan gunung-gunung yang lain.
CP#3: Gunung Rembau (884m)
Gunung Rembau merupakan puncak yang tertinggi dalam Trail Trans Naning ini. Jarak diantara Simpang Y ke Gunung Rembau adalah 400m sahaja. Dalam masa 10 minit kami sampai di Gunung Rembau. Treknya yo-yo yang pendek.
Joker menunggu hikers lain di Simpang Y saja bimbang takut-takut meneruskan perjalanan ke Gunung Gagak tanpa ke Gunung Rembau yang denainya terletak di sebelah kanan.
Ada diantara kami yang meninggalkan hiking bag di Simpang Y kerana kami akan ke sini balik untuk meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.
Setelah bergambar, kami kembali semula Simpang Y dimana Joker setia menunggu kami di sini
CP#4: Gunung Gagak (802m)
Perjalanan diteruskan lagi dari Simpang Y ke Gunung Gagak yang terletak 1.3 km dari Simpang Y. Ada bahagian yang menaik dan menurun, semua kami redah kami sampai di Gunung Gagak setelah 45 minit hiking.
Aku berselfie dengan Joker
CP#5: Puncak 701 (701m)
Setelah berehat seberapa ketika di Gunung Gagak, kami meneruskan perjalanan menuju ke Puncak 701 yang terletak 2km. Kami mengambil masa 45 minit untuk sampai ke sini. Treknya santai, banyak menurun dari mendaki.
Camp Ultra adalah lowest point dalam trail Trans Naning. Terdapat sumber air disini. Kebiasaannya hikers akan makan tengahari disini.
Laluan menuju ke Camp Ultra dari Puncak 701, 90% adalah menuruni bukit (downhill) yang agak curam dan bertali. Kami bertembung dengan dengan hikers yang buat Trans Naning Reverse (berlawanan arah dengan dengan kami), aku rasa section ini agak mencabar bagi mereka yang buat "Reverse".
Sangat meletihkan lutut dan betis, Alhamdullilah trek tidak begitu licin.
Jaraknya adalah 2km (90% downhill), kami mengambil masa selama 1 jam untuk sampai di Kem Ultra. Kami sampai pada pukul 10:15 pagi.
Terdapat satu rombongan (team beruniform) Bomba sedang berehat di sini ketika kami sampai, mereka sedang makan tengahari. Mereka menjemput kami makan bersama. Menu sardin ditengah-tengah hutan, memang menguji iman aku yang dalam proses diet. Aku hanya mengeluarkan makanan aku sahaja, telor rebus, sweet potato, kacang-kacang dan coklat.
Merebahkan diri sekejap sambil menunggu yang lain sampai.
Kami ambil group photo disini. Sebelum itu, aku top up dalam water bladder ku penuh-penuh untuk meneruskan sisa-sisa perjalanan ini.
CP#7: Puncak 705 (705m)
Kami memulakan perjalanan menuju ke Puncak 705m pada pukul 12:30 tengah hari. Apabila berehat terlalu lama sangat menyebabkan menyebabkan datangnya perasaan malas menyelubungi diri ini. Joker selaku guide group depan meneruskan perjalanan menaik ke Puncak 705 sejauh 2.5 km yang sangat mencabar, treknya mencanak panjang harus kami lalui. Inilah ada section yang sangat mencabar bagiku untuk selesaikan. Letih sangat!
Alhamdullilah berjaya menghabiskannya dalam masa 1 jam 30 minit untuk sampai di Puncak 705
CP#8: Puncak Tampin Utara (764m)
Perjalanan menuju ke Puncak Tampin Utara agak landai dan senang. Kami berjaya sampai di puncaknya dalam masa 30 minit untuk jarak 1.6km. Laluannya best untuk merehatkan kaki dan tubuh setelah penat memanjat Puncak 705 tadi.
Laluannya anda boleh perhatikan banyak pokok buluh tumbuh dilaluan ini.
Akhirnya kami sampai pada pukul 3.00 petang di Puncak Gunung Tampin Utara yang berketinggian 764m dari paras laut.
Jarak diantara Puncak Tampin Utara dan Selatan hanyalah 800m sahaja. Aku rasa, ini lah trek yang paling senang untuk sampai. Kami mengambil masa 15 minit sahaja.
Ini adalah laluan terakhir yang kami semua perlu habiskan sebelum sampai garis penamat. Jaraknya adalah 1.5 km yang laluannya menuruni bukit. Kami berjaya habiskan dalam masa 30 minit sahaja kerana semangat untuk cepat-cepat habiskan hiking ini. Alhamdullilah aku sampai di Trailhead, tepat pukul 4 petang. Yes.... Alhamdullilah itulah kalimah yang terkeluar dari mulut ku setelah hampir 11 jam setengah dalam hutan.
Kami bergambar disini, kami seramai 11 orang berjaya
Kami berehat seketika di pintu masuk ini sambil berbual-bual. Lepas itu kami meneruskan sedikit lagi pendakian sejauh 200m untuk ke Puncak Bukit Tampin yang melalui jalanraya naik ke atas yang berhampiran dengan pencawang Telekom.
Maka dengan itu secara rasminya tamatlah Hiking Trans-Naning kami. Kami meneruskan perjalanan ke parking kereta yang terletak 2 km dari sini. Terasa sangat jauh dan sangat penat untuk sampai ke parking. Aku tetap gagahi. Alhamdullilah sampai juga akhirnya.
Wow...memang best!!! Anda harus mencubanya.
--- TAMAT ---



Comments
Post a Comment