HIKING EDITION: BUKIT BATU BUJANG LELO (461M)
HIKING EDITION: BUKIT BATU BUJANG LELO (461M)
Alhamdullilah sekali lagi, aku mendapat kesempatan untuk hiking, kali ini di Bukit Batu Bujang Lelo yang terletak di Kampung Sungal Talan, Batu Kikir, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 13 December 2025. Aku mendapat maklumat mengenai hiking ini melalui Aen, Qayyum Adventure. Sebenarnya aku bercadang untuk hiking di Gunung Bunga Buah bersama-sama dengan Qayyum Adventure pada 15 November 2025 lepas, tetapi laluan telah ditutup untuk aktiviti hiking. Jadi terpaksalah ganti dengan hiking yang lain. So aku pilih yang ini.
12 December 2025
Aku serta isteri telah menginap semalam di Roomstay, Ghumah Uwan di Pekan Batu Kikir.
Sungguh menarik tinggal rumah kayu mengingatkan aku rumah Tok Ayah ku di Kelantan satu masa dulu, sekarang rumah tu dah jadi kenangan yang tinggal hanyalah tangga batu. Harini agak sejuk kerana hujan turun seharian dari pagi sampai malam. Aku terpikir, macam manalah nak hiking besok ni, nanti jadi kerbau pembajak pulak.
Pekan Batu Kikir terletak lebih kurang 10 km dari tempat kami berkumpul di kaki Bukit Bujang Lelo.
Aku persiapkan kelengkapan untuk hiking besok. Tidur aku agak terganggu malam tu gara-gara berperang dengan nyamuk. Dua tiga kali aku bangun, spray Ridsert. Alhamdullilah akhirnya berjaya menewaskan mereka.
Line-ups / Crew
Lelaki
1.Aswade
2.Faiz
3.Mr Wong
4.Syaidi
5 .Kies
6.Adam
7.Amerol
Perempuan
1.Sakinah
2.Sofie
3.Mira
4.Wana
5.Miera
Crew
1.Shukri
2.Abg Hafiz
---------------
13 December 2025
Seusai solat subuh, aku terus bergerak menuju ke tempat berkumpul di Kg Sungai Talan. Terdapat sebuah pondok telah didirikan disini khas untuk berkumpul bagi hiker-hiker yang akan naik ke Bukit Batu Bujang Lelo.
Kami parking kereta ditepi jalan berhampiran pondok.
Pada pukul 7:15 pagi, kami semua berkumpul di pondok tersebut. Syukri dan Hafiz selaku guide kami pada harini memperkenalkan diri. Mereka berdua dari Qayyum Adventure Group (GOGO). Seterusnya Ketua Kampung, Along Akina atau lebih mesra dipanggil Pak Long telah memberi taklimat ringkas mengenai perjalanan hiking harini.
Sebelum naik kami bergambar dahulu disini.
Adam, 19 tahun, penduduk tempatan telah diberi tugas untuk membawa kami ke puncak. Syukri berada ditengah-tengah line up dan Hafiz dengan bag besarnya pula ditugaskan menjadi sweeper. Kami bergerak naik pada pukul 7:30 pagi.
Terdapat 4 Check Point untuk sampai ke puncak.
CP#01
Perjalanan ke CP#01 agak pacak (45 degree) dilaluan tanah merah yang agak licin, gara-gara hujan seharian semalam. Kami sampai di CP#01 setelah hiking selama 15 minit. Aku mengikut rapat dengan Adam. Aku hiking sambil berbual-bual dengan Adam.
CP#02
Kami meneruskan perjalanan ke CP#02 setelah semua sampai di CP#01. Laluannya agak pendek, kurang dari 10 minit kami sudah sampai di CP#02. Sebelum sampai di situ, Aku sempat bergambar di akar besar dilereng bukit.
Adam sempat menunjukan aku Pokok Enau yang dijadikan gula enau yang merupakan salah satu sumber ekonomi bagi penduduk di Kg Sungai Talan.
Di Negeri Sembilan pokok enau juga dikenali sebagai pokok kabung atau nama saintifiknya Arenga Pinnata. Pokok ini mempunyai kaitan rapat dengan masyarakat Melayu di Negeri Sembilan melalui pepatah “seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”. Pepatah ini membawa satu pengajaran bahawa hidup bermasyarakat tidaklah boleh mementingkan diri.
Bagi aku orang Kelantan pokok ini aku panggil Pokok Gatal kerana kalau buah ini kena kat tubuh, memang tergaru-garu lah jawabnya.Kami sampai di CP#02 pada pukul 7:50 pagi.
Puncak BBBL
Apa lagi, bermula lah sesi photography.
Mr Wong adalah yang paling senior diantara kami, pada usianya yang melepasi 60 tahun, beliau masih lagi aktif dengan sukan hiking. Sepanjang jalan aku berbual-bual dengannya mengenai tempat-tempat hiking beliau yang menarik. Di samping itu juga beliau mempunyai bakat yang sangat mendalam dalam bidang photography sebab itu lah gambar-gambar yang beliau ambil sangat cantik.
Syukri dan Hafiz menyediakan air kopi panas-panas dan yang lain mengeluarkan makanan masing-masing. Aku masih lagi terasa kenyang. Setelah siap semuanya, kami bergerak turun menuju ke Batu Ghojan yang berada disebelah bawah.
Di sini terdapat sebuah gua yang agak besar yang boleh memuatkan lebih dari 60 orang. Kami bergambar di sini.
Setelah sekian lama berada di sini, kami bergerak menuju ke CP#4, dimana terdapat sebuah gua, iaitu Gua Batu Bujang Labuh yang sedikit kecil berbanding Gua Ghojan tadi. Laluannya agak licin, ada diantara kami yang terjatuh disini.
Setelah itu, kami bergerak turun ke parking. Aku mempercepatkan pergerakan kerana jam telah menunjukkan hampir 12:00 tengahari. Aku belum lagi check out roomstay ku.
Aku sampai dipermulaan hiking pada pukul 11:55 pagi
Aku mengirimkan message dalam group whatsapp untuk memberitahu yang aku telah selamat sampai dibawah dan beransur pulang ke roomstay ku.
Video tik tok account Sakinah (credit to Sakinah)
---TAMAT---

















Comments
Post a Comment