Featured

HIKING EDITION: YONG YAP (2168M)(G7) VIA GEPEH HILIR

  HIKING EDITION: GUNUNG YONG YAP (2168M)(G7) VIA GEPEH HILIR


Alhamdullillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana aku berjaya mendaki Gunung G7 yang kedua ku iaitu Gunung Yong Yap dengan ketinggian 2,168m (7,113 ft). Kali ini aku mengikuti group yang dikelola oleh CM (Cameo Outdoors). Aku sudah 2 kali bertemu dengan CM di Gunung Yong Belar ditempat yang sama, iaitu di Kem Kasut. Aku tak mengenalinya secara dekat tapi aku dapat rasakan ada yang istimewa tentang beliau.

Ini adalah pengalaman pertamaku Hiking & Camping dengan membawa load hampir 20kg. Memang best bersama teman-teman hiking yang sporting.

Terima kasih teman-teman semua atas satu pengalaman yang indah.

Gunung Yong Yap 

Gunung Yong Yap yang bersempadan dengan negeri Perak/Kelantan mempunyai ketinggian 2,168 meter (7,113 kaki). Gunung Yong Yap termasuk dalam senarai tujuh gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia yang berketinggian lebih daripada 2,134 m (7000 kaki) atau dikenali sebagai G7 oleh pendaki tempatan. Gunung G7 yang lain ialah Gunung Tahan, Gunung Korbu, Gunung Yong Belar, Gunung Gayong, Gunung Chamah dan Gunung Ulu Sepat.

1. Hiking Details

Date: 1-2 February 2026 (Ahad-Isnin)
Rate: 2D1N 
Mode: 2nd day Attack Peak
Campsite: Kem Chinak
Total Distance: 23.54 km (movement) - Suunto
EG: 1,645m
Peak Height: 2,168m
Kuala Mu elevation: 645m
Kem Sg Chinak Elevation: 1,100m

2. Line-up

1. Suhairi bin Ishak
2. Zaiheza binti Badaruzaman
3. Muhammad Sabri bin Mohd Nawawi
4. Carrol Lawrence
5. Aimy Abdullah
6. Radiah
7. Mohd Faisal
8. Nik Mazlinahaiza
9. Mohd Aswade bin Ali
10. Siti Noor Raizah
11. Noridah binti Muhamad Nordin
12. Khairul Hafizie
13. Nadhirah
14. Muhammad Nabil bin Mansor
15. Muhammad Hakeem
16. Ainul Adhwani
17. Irwan 
18. Shahrul Akif 
19. ⁠Muhammad Aqil bin Che Ibrahim

Crew

1.Gogo - CM
2.Sizuka (Sis)
3.Azhar
4.Uda (OA)
5.Brownie (Ranya) (OA)

Total Line-ups: 19 orang
Total Crew: 5 orang
DNF: 0 orang

3. Meet Point:

Bangunan perpustakaan lama sebelum jambatan besi.


4. Summary

1st day (1 Feb 2026)
0730: Kumpul di Kuala Mu
0800: Siap Kemas Bag/Ambil Ration Dan Sarapan di Kedai Nana Tradisional
0845: Siap Sarapan Dan Naik Powil 4x4 Pintu Rimba (25 minit) 
0910: Siap Taklimat dan Mula Mendaki (Trek Kebun Getah)
1045: Tiba di Ending Kebun Getah
1120: Tiba di Tangga View 
1228: Tiba di Kem Lapang 
1320: Tiba di Kem Sg Chinak dan Pasang Khemah 
1500: Siap Pasang Khemah dan Mandi Manda dan Buat Hal Sendiri (Healing)
1800: Dinner (Disediakan)
2000: Tidur (Kemas Bag Dayhike)

2nd day (2 Feb 2026)

Summit Attacks (Sunrise Mode)

0100: Bangun dan Sarapan (Disediakan)
0225: Mula Mendaki
0324: Tiba di Port Lepak
0542: Tiba di LWP
0646: Tiba di Puncak Gunung Yong Yap/ Solat Subuh/ Breakfast
0900: Turun dari Puncak YY
0943: Tiba di LWP
1120: Tiba di Kem Sg Chinak Dan Kemas Kemsite. Lunch (Disediakan)
1453: Mula Keluar 
1550: Tiba di Kem Lapang
1718: Tiba di Pintu Rimba dan Naik Powil4x4 
1800: Tiba di Kuala Mu

5. Section Hiking:

Hiking di Yong Yap boleh dibahagikan kepada beberapa section:

1. Kuala Mu - Pick up Point (Powil)(25 min)
2. Pick-up Point - Pintu Rimba (Trailhead)(1 jam 15 min)
3. Pintu Rimba - Kem Lapang (CP#02)(1 jam 45 min)
4. Kem Lapang (CP#02) - Kem Sg Chinak (CP#03)(1 jam)
5. Kem Sg Chinak (CP#03) - CP#4: Port Lepak (1 jam)
6. CP#4: Port Lepak - CP#5 - Last Waterpoint YY (2 jam 15 min)
7. CP#5 - Last Waterpoint YY - CP#06 - Puncak YY (1 jam)

Travelog

29 Jan 2026 - Khamis

Aku sampai 2 hari lebih awal di Kuala Mu, Sungai Siput, Perak gara-gara tersalah tengok tarikh. Pada sangkaan ku bulan Januari hanya 30 hari. Pelbagai halangan yang aku hadapi sebelum sampai di sini antaranya tayar kereta 2 biji pecah di tengah-tengah hutan Grik, Perak. 

Aku dan isteri tersadai di dalam hutan tebal lebih dari 2 jam sebelum kereta penunda (towing car) sampai. Area kami berhenti ini berhampiran dengan kawasan gajah yang kami nampak sebelum ini. Alhamdullilah, Allah selamatkan kami.



Kami buka toilet bergerak ditepi jalan. Masa ni lah perut meragam. "Kau tak tahu ke, ini hutan?- Aku berkata-kata pada perut ku. Kami solat jamak Zohor dan Asar juga disini.


Aku sampai di Bandar Gerik pada pukul 7:30 petang tapi sebelum itu aku telah menghubungi kedai tayar milik bumiputera di Gerik, Nexen Tire. Alhamdullilah, banyak yang Allah telah permudahkan. Aku mengambil keputusan untuk menginap di Gerik dimana sebelum ini aku bercadang untuk menginap di Sungai Siput sebelum masuk Kuala Mu.


Kami menginap di BB Hotel, Gerik. Berhati-hati sekiranya anda parking kereta di Bandar Gerik, jangan sesekali parking dibawah talian elektrik, bukan kerana kejutan elektrik tapi kejutan tahi burung menyebabkan anda sakit hati bila bangun pagi-pagi, kereta penuh dengan tahi burung.

30 Jan 2026 - Jumaat

Kami solat subuh berjemaah di Masjid Bandar Gerik dan bersarapan pagi berhampiran hotel. Setelah bersiap-siap, kami menuju ke Car Wash yang berhampiran untuk cuci kereta dulu.

Perjalanan menuju ke Kuala Mu mengambil masa selama 4 jam dari Bandar Gerik. Sebelum sampai ke Kuala Mu, kami melintasi Bawong Central. Perjalanan dari Bawong Central ke Kuala Mu sejauh 40 km yang mengambil masa selama 1 jam.

Terdapat dua tempat dimana jalanraya sedang diperbaiki kerana tanah runtuh.

Pemandangan sungguh menarik, dimana anda boleh perhatikan sungai yang jernih mengalir di sebelah kanan yang gaungnya agak dalam. Anda harus berhati-hati semasa masa memandu di area sini kerana laluan agak sibuk dengan lori balak dan lori membawa pasir untuk Project Mini Hidroelektrik TNB. Saya mendapat tahu lori-lori ini hanya dibenarkan beroperasi pada weekday sahaja. Weekend mereka tidak dibenarkan beroperasi untuk memberi peluang kepada pengunjung-pengunjung Kuala Mu.

Kami sampai di Kuala Mu pada pukul 1:30 petang. Aku ternampak signboard ini apabila melalui Kampung Bersah, Kuala Mu. Aku membelokkan kenderaan ke kanan dan terus menuju ke Madrasah Darul Salam, Kg Bersah untuk bersolat Jumaat di sini.







Terdapat 15 orang jemaah termasuk kanak-kanak yang bersolat Jumaat di sini.


Setelah bersolat Jumaat, Aku telah disapa oleh Tok Batin, Kuala Mu, Tok Hadu yang menjemput aku makan di Madrasah tersebut. Telah menjadi satu acara minggu, dimana penduduk Islam di Kg Bersah, Kuala Mu akan menjamu makan jemaah-jemaah Solat Jumaat setelah menunaikan Solat Jumaat. Makanan akan dimasak oleh kaum ibu-ibu, duit hasil dari sumbangan Pejabat Agama Islam Perak. Aku tidak menghampa Tok Batin, lalu makan bersama-sama beliau.


Aku berselfie bersama Tok Batin Hadu.

Aku meneruskan perjalanan ke ku, Chalet Pulau Tengah, Desa Lestari yang telah hampir sebulan yang lepas aku tempah melalui pemiliknya En Zainal. Kebanyakan chalet di sini penuh pada tarikh yang aku pilih. Berdebar betul. Alhamdullilah,  Chalet Pulau Tengah masih lagi ada kekosongan. Apa lagi aku terus booked. Terkejut aku bila En Zainal memberitahuku deposit hanya RM 30 sahaja. Rate di Chalet Pulau Tengah seperti berikut:

  • Chalet Besar - 3 tilam RM80/ hari
  • Chalet Kecil - 2 tilam RM60/ hari
  • Tapak Khemah Kecil + Flysheet - RM 50/ hari
  • Tapak Khemah Besar + Flysheet - RM 70/ hari
  • Pondok Kecil - RM 40/ hari
  • Dewan - RM 100/ hari
Lokasi:


Aku mengambil chalet besar dari 30 Januari - 03 Februari 2026 (5 hari 4 malam).

Sebelum sampai ke Chalet anda harus melalui jambatan besi untuk sampai di Kg Gapeh  yang terletak di seberang Sungai Mu.



Semasa menghampiri Chalet, aku bertemu dengan menantu En Zainal iaitu Rais/ Alias bersama anak lelakinya Along yang berusia 3 tahun menaiki Toyota Unser berwarna silver. Beliau mencadangkan aku untuk parking kereta sebelum sampai di Chalet tersebut bimbang sekiranya kereta Alphard ku tidak lepas untuk meraduk air sungai sebelum sampai ke chalet. Aku memberitahu beliau, no problem, Alphard ku lepas jer setelah menguji kedalaman sungai dan tebing.

Chalet Pulau Tengah ini boleh di access dengan 2 cara iaitu melalui jambatan kayu atau pun meraduk air menyeberangi sungai.

1. Jambatan Kayu: Hanya dapat access dengan motor & pejalan kaki.


2. Menyeberangi Sungai


Aku parking kereta betul-betul dihadapan chalet ku.







Pandangan dari belakang chalet:



Aku memasang flysheet di tepi chalet ku

Di Kuala Mu, terdapat beberapa buat Chalet dan Camping Area diantaranya adalah

1. Chalet Bersah (En Daud - 014-8664467)
2. Bersah Camp Site (En Saidin - 010-3731584)
3. Chalet Kg Gepeh Hulu (En Johari - 011-15117527)
3. Chalet Pulau Tengah (En Zainal - 013-4555989)
4. Chalet Dusun (En Zakini - 011-18580424)


Setelah menurunkan semua barang dari kereta, aku mengajak isteriku untuk makan malam di Restaurant Nana, satu-satunya restoren halal di sini.

Aku sempat bergambar di atas jambatan besi. Pemandangan di Kuala Mu, sememang sungguh menarik.


Tiada pelanggan lain yang berada di Kedai Makan Nana hanya kami berdua sahaja.

Aku mencuba Ayam Lereh yang agak viral manakala isteri mencuba bihun sup. Ayam Lereh memang best! Anda harus mencubanya apabila datang ke sini.
Isteriku bergambar dengan Nana
Selepas makan kami meronda-ronda di sekitar Kuala Mu. Aku tertarik melihat gelagak kanak-kanak sedang bermain-main dengan anjing. Anak-anak disini berkulit agak cerah, menurut penduduk di sini, berlaku perkahwinan campur diantara masyarakat Orang Asli dengan pekerja-pekerja sektor pembalakan yang kebanyakannya berketurunan Cina pada masa dahulu.

31 Jan 2026 - Sabtu

- Aktiviti-aktivi bebas

Lokasi bilik kami adalah yang paling hujung di mana terdapat 2 pohon durian yang lebat berbuah. Alias dari awal lagi mengizinkan kami untuk mengambil dan memakan durian sekiranya buah tersebut luruh. Alhamdullilah, setiap hari kami dapat merasa durian free!. Buah duriannya hanya terdapat 2-3 ulas sahaja tapi sudah cukup buat kami berdua.
Makan Ikan Tengas di Kedai Nana



Sizuka, guide kami juga makan bersama-sama disini. Aku menerima whatsapp dari Kak Dee, teman hiking untuk aku order air herba dari Kedai Nana. Aku terus meminta Kak Nana simpan satu botol untuk Kak Dee. Ulasan dari Kak Nana mengenai Air Herba hasil sentuhannya;
Kebanyakan teman-teman hikingku yang lain sampai lepas Asar.

01 Feb 2026 - Ahad

Selepas bersarapan pagi, kami semua berkumpul di tepi bangunan perpustakaan Kuala Mu pada pukul 8:00 pagi. 
Dua powil akan membawa kami ke Pick-up/ Drop Point di dalam Kebun Getah. Sebuah powil milik CM dan satu lagi milik Angah yang disewa khas. Barang-barang disusun rapi. 



Aku menaiki powil milik Angah. Aku dijemput duduk dalam kabin, fuh!! agak selesa berbanding teman-teman lain yang berada di luar.
Kami bergerak pada pukul 8:45 pagi menuju Kebun Getah. Perjalanan mengambil masa selama 25 minit untuk sampai. Kondisi jalan agak baik kerana 2-3 hari sebelum ini tiada hujan.
(Kredit to Kak Nik)
Kami sampai di Pick-up Point/ Drop Point di dalam Kebun Getah pada pukul 9:10 pagi. Kawasan ini terdapat sungai sekiranya anda ini top up air tetapi line telepon di sini memang tak dapat.

                                               (Kredit to Kak Nik)

CM telah memberi taklimat mengenai hiking kami pada harini.
 
Selepas taklimat, kami bersama-sama melakukan exercise keregangan sebelum memulakan perjalanan. Aktiviti ini diketuai oleh En Azhar.
Selepas itu kami mengambil group photo



1. Pick-up Point - Pintu Rimba (40 min)

Kami memulakan perjalanan dari Pick-up/ Drop Point pada pukul 10:00 pagi. Aku dan Sabri mengikut rapat CM dibelakang. Target kami untuk regroup semula di Tangga View. Terlebih dahulu kami harus melintasi anak sungai untuk memulakan perjalanan melalui jalan powil di kebun getah.


Perjalanan melalui trek powil (jalan tanah merah) di dalam kebun getah. Brownie yang menjadi porter harini laju dihadapan. Si Uda menaiki motor kapcainya yang sarat yang bag-bag memacu laju terus menuju ke Pintu Rimba.

Cuaca agak panas. Aku mencadangkan bagi sapa yang ingin hiking di YY, bawalah sekurang-kurangnya topi dan sunglass

Video laluan kebun getah:

Kredit to Kak Nik
Dipertengahan jalan, CM mengarahkan aku mengikuti Brownie dihadapan. Kami sampai di Pintu Rimba pada pukul 10:40 pagi. Uda sudah lama menunggu kami disitu.
Disini line Celcom ada coverage yang baik.

2. Pintu Rimba - Tangga View

Uda, Brownie (Ranya) dan Aku meneruskan perjalanan. Mereka berdua sangat laju walaupun memikul bag-bag yang berat. Kami berhenti seketika di satu kawasan, Uda menunjukkan aku Pokok Karuda (bahasa Orang Asli) atau Akar Liana yang mengeluarkan air apabila dipotong. Sekiranya anda kehabisan bekalan air boleh lah mencarinya. Airnya cukup buat kami bertiga. Inilah pengalaman pertamaku meminumnya.
Kami meneruskan perjalanan sehingga Tangga View. Kami sampai di sini pada pukul 11:20 pagi.

Inilah tangga yang dimaksudkan itu.
Pemandangan di sekitar di Tangga View


Kami regroup di sini. Kami berehat seketika di sini.

3. Tangga View - Kem Lapang

Kami meneruskan perjalanan, kali ini kami berempat; Uda, Brownie, Sabri dan Aku bergerak bersama-sama pada pukul 11:45 pagi menuju ke Kem Lapang. Anda boleh menemui rimbunan pohoh-pohon buluh sepanjang perjalanannya.
Treknya landai sahaja. Kami sampai di Kem Lapang pada pukul 12:30 tengahari. Terdapat aliran sungai berhampirannya. Kami tidak berhenti disini sebaliknya meneruskan perjalanan sehingga Kem Sungai Chinak.


4. Kem Lapang - Kem Sungai Chinak

Jarak perjalanan lebih kurang 2.80 km. Treknya jugak agak landai. Kami sampai di sini pada pukul 1:20 petang (kurang dari 1 jam trekking). Untuk sampai ke Kem Sungai Chinak anda harus melalui titi kayu sebatang yang agak licin. Harus berhati-hati dan tangan harus berpegang pada tali yang disediakan.
Aku mencari lokasi sesuai untuk dirikan khemah.
Aku mendirikan khemah dan hammock berhampiran pokok besar. Pemandangan tempat kami berkhemah di Kem Sungai Chinak.
Credit to Kak Nik
Setelah siap semuanya, aku mendirikan solat jammak qasa dan mandi di sungai. Airnya terlalu sejuk walaupun sudah pukul 3 petang.


Aktiviti seterusnya berehat dan makan malam. Makan malam disediakan oleh CM. Menu kami pada malam itu adalah Nasi Lemak Ayam Crispy yang sungguh menyelerakan. Aku tak tahan jiwa, makan juga lah walaupun sudah lama tidak makan nasi.



Aku tidur agak awal dalam pukul 9:00 malam.

02 Feb 2026 - Isnin

Summit Attack

Harini adalah hari kemuncak kerana kami bakal melakukan Summit Attack. Mengikut perancangan kami akan memulakan hiking pada pukul 2:00 pagi. Aku bangun pada pukul 12:00 tengah malam untuk melakukan persiapan terakhir.

Jam 2:00 aku sudah terpacak berhampiran khemah CM. Taklimat di sampaikan di sini.



5. Kem Sg Chinak - Port Lepak

Kami memulakan perjalanan pada pukul 2:25 pagi. Pada permulaannya CM minta aku dan yang fast pacer untuk berada di tengah ataupun belakang group bagi mengelakkan group terputus jauh ditambah pulak dengan keadaan yang gelap. Aku berada di belakang Nad. Dalam kegelapan yang bersuluh headlamp, suara Faisal seorang sudah cukup memecahkan kesunyian dini hari, mula-mula dengan Asma ul Husna, Nasyid dan last-last rock kapak. Aku panggil dia Dj On Trek. Cerita-cerita yang beliau sembangkan menunjukkan kami berada di satu generasi yang sama, mungkin suatu yang pelik bagi adik-adik Gen-Z.

Kami berhenti seketika di beberapa tempat untuk regroup. Laluannya agak memacak tapi apabila bergerak secara perlahan tidak terasa sangat. Kami sampai di Port Lepak pada pukul 3:24 pagi. Total distance adalah 1.6 km (EG: 305m)





5. Port Lepak - Last Water Point (LWP)

Kami meneruskan perjalanan menuju ke last Check Point sebelum puncak. Treknya semakin memacak. Perjalanan sejauh 1.8 km dengan EG:412m. Kami masih lagi bergerak dalam group yang besar. Kami berhenti 2 kali untuk group. Bergambar sekejap di kawasan mossy.
Akhirnya kami sampai di Last Water Point (LWP) pada pukul 5:42 pagi. Di sini anda boleh top up air tapi masalahnya turun hanya mengambil masa dalam 10 minit sahaja tapi nak naik pulak tu yang masalah minimum 30-45 minit diperlukan untuk panjat balik bergantung kepada stamina anda.


6. Last Water Point (LWP) - Helipad - Puncak YY

Waktu subuh belum lagi masuk, so kami meneruskan perjalanan ke puncak. Mengikut CM kita akan bersolat Subuh samada di puncak ataupun di kawasan Helipad (sebelum sampai ke puncak). Kalini kami diberi kelonggaran untuk bergerak dalam pace masing-masing. Aku mengekori rapat CM dan diikuti Hakeem dan Cikgu Shahrul mengikut rapat dibelakang.

Pada pukul 6:00 pagi, kami berhenti seketika di satu kawasan yang agak lapang dimana pokoknya terdapat kesan ditembang; kawasan helipad ini dibuat bagi membawa keluar hiker yang tercedera. Disini viewnya tersangat cantik kerana kebetulan harini bulan penuh (14 Syaaban 1447)




Terdapat 5 buah tangga yang tegak harus kami panjat sebelum sampai kemuncak. Bagi ku inilah trek yang paling mencabar dalam hiking kali ini.
Kami berempat meneruskan perjalanan menuju puncak. Alhamdullilah, kami sampai dipuncak pada pukul 6:40 pagi. 
Aku terus menghampar groundsheet dan bersolat subuh. Solat subuh pertamaku di G7. Selepas itu aku mengambil kesempatan untuk bergambar sepuas-puasnya di puncak. Suhu di puncak sangat sejuk menyebabkan aku menyarungkan windbreaker dan emergency blanket. Aku melihat CM dalam kesejukan, yang mengenakan windbreaker hijau, nampak keadaan dia lagi teruk. Aku terus bagi emergency blanket ku kepada dia.










Group Photo:





Group Video:
Setelah berada di puncak selama 2 jam 15 min, kami memulakan perjalanan turun tepat jam 9 pagi. CM, Hakeem dan Aku berada pada barisan hadapan turun ke Kem Sg Chinak. Perjalanan turun jauh lebih cepat berbanding naik tadi. Kami berjaya sampai di Last Water Point (LWP) pada pukul 09:40 pagi. 
Kami tidak berhenti lama. Kami berhenti mengambil video periuk kera di suatu kawasan berhampiran LWP.



Akhirnya kami sampai di Kem Sg Chinak pada pukul 11:20 pagi; bermakna perjalanan turun mengambil masa selama 2 jam 20 minit manakala masa untuk naik 4 jam 20 min.

Sampai saja di Kem, aku terus ke sungai untuk mandi, pack balik barang, khemah dan segala kelengkapan. Semasa aku sibuk mengemas barang-barang kedengaran suara Faisal and the geng (Geng Siput Sedut) rancak berbual dalam nada cemas. Beliau menceritakan kembali pengalaman group beliau terdengar gauman harimau semasa turun tadi. Dia bagitahu, semua diam dan berlari selaju mungkin ala-ala babak lari dalam cerita Hantu Kak Limah..hehehe.

Setelah itu kami bersama-sama makan tengahari, Nasi Daging Masak Hitam. Setelah solat jamak, kami memulakan perjalanan balik ke Kuala Mu pada pukul 2:50 petang. Sebelum itu kami mengambil group photo sebagai kenang-kenangan di sini.

Aku bergerak secara buddy dengan CM sehinggalah kami sampai di Kem Lapang pada pukul 3:50 petang. Kami regroup di sini
Selepas beberapa ketika, kami meneruskan perjalanan, kami bertiga CM, Cikgu Shahrul dan Aku bergerak secara buddy sehingga kami sampai di kebun getah (Pick up Point) pada pukul 5:18 petang. Alhamdullilah
Setelah semua tiba disitu, kami menyimpan bag-bag atas powil CM. Kali ini kami hanya menggunakan sebuah powil sahaja. Jadi akan ada dua trip powil yang akan membawa kami ke Kuala Mu. Aku menaiki trip yang pertama bersama 10 orang teman yang lain.

Kami sampai di Kuala Mu pada pukul 5:57 petang. Setelah semua sampai di Kuala Mu, kami bergerak pulang ke destinasi masing-masing. Bagi Aku dan Isteri, kami akan menginap di sini malam ni.

Note: 04 Feb 2026 - Aku dan Isteri bersama Siz dan kawan dia (Su dan Didi) yang berjiran dengan kami.


 --------------TAMAT---------------

Rujukan:

1. Allan Salleh Outdoor: 



  • Bawong Sentral - Kuala Mu - Naik Powil (12 pax/powil)
  • Bawong Sentral - Pos Kuala Mu - Drive 40 min - Jalan berlubang. Hutan kiri-kanan.
  • Gunung ke-6 tertinggi. Dikira hardcore
  • 12-16 hours to be completed depend on stamina
  • Pada tahun 2009 - Ada kes hiker hilang Hasan Ayat
  • 3:50 am - Start Hiking dari Pos Kuala Mu to Pintu Rimba. 
    • Jalan trek powil
    • Lintas sungai
  • Sampai Pintu Rimba pukul 4:50 pagi
  • Check Point #1 - Kem Lapang (1 jam 50 min)
  • CP#01 - Kem Sg Chinak (CP#02) - 3 jam sampai
    • Better bawa hammock permukaan sengget sikit.
    • Ada arah kiblat
  • 8:10 am - Start Hiking ke Peak YY.
    • Trek pacak - no discount
  • 09:10 am - Kem Sg Chinak - CP#4: Port Lepak - Sejam hiking - Pacak
    • Trek Pack - No discount
  • 10:10 am - Mossy area - Trail menjadi landai sikit
    • Memacak pulak
    • Agas2 banyak area ni.
    • Ada turun
    • Menyurut bawah dahan.
    • Barai - sangat
  • 11:00 am - CP#5 - Last Waterpoint YY
    • Water point - turun - 10-15 min kalau naik 45 min...fuyoo
    • Kalu naik ke puncak - 1/2 jam
    • Terus pacak ke puncak
    • Turun Naik pulak.
    • Ada view point
    • 2 Tangga - 90 darjah pacak
  • 11: 37 am - Puncak YY - 7 jam 47min
    • Banyak port boleh duduk kat peak
    • ada area semut api.
    • tak luas mana
  • 01:00 +++
    • Ada signboard turun & marking
  • 06:30 pm - Pick up point - Pintu Rimba (30min)
2. Muhammad Farid


Ringkasan pendakian :
 
Pintu rimba - Kem Lapang : 4.33am - 5.45am (1jam 15min)
Kem Lapang - Kem Sungai Chinak : 5.50am - 6.30am (40 min)
Kem Sungai Chinak - Port Lepak : 8.09am - 8.50am (41 min)
Port Lepak - Last Waterpoint : 8.55am - 10.23am (1jam 28min)
Last Waterpoint - Puncak Yong Yap : 10.31am - 11.33am (1jam 2min)
Puncak Yong Yap - Last Waterpoint : 1.26pm - 2.13pm (47 min)
Last Waterpoint - Port Lepak : 2.13pm - 3.02pm (49 min)
Port Lepak - Kem Sungai Chinak : 3.02pm - 3.28pm (26 min)
Kem Sungai Chinak - Kem Lapang : 4.02pm - 4.43pm (41 min)
Kem Lapang - Pintu Rimba : 4.43pm -  5.35pm (52 min)

Jalur pendakian agak teknikal terutama seksyen antara The Last Waterpoint - puncak! Akar² kayu berlumut di sini agak jahat ye!

Pewai level : Hampir pewai nak menghadap denai pendakian berakar kayu lumut antara tangga 3 - tangga 4

Sejujurnya trail Kuala Mu adalah sederhana sukar berbanding Yong Yap via Rengil Dayhike! Sekiranya pendaki fit atau sudah biasa mendaki dengan jarak pendakian jauh atau EG melebihi 1500m dibawah 12 jam, trail ini sesuai untuk anda! 

Bagaimanapun sangat tidak sesuai kepada pendaki newbie/beginners kerana jarak pendakian adalah jauh dan bersifat teknikal
































Comments