Featured

HIKING EDITION: GUNUNG SARUT (1,229M), SETIU, TERENGGANU

 HIKING EDITION: GUNUNG SARUT, SETIU, TERENGGANU (1,229M)


Alhamdullilah, kami telah berjaya menawan Gunung Sarut, Setiu, Terengganu pada 25 November 2025 yang berkentinggian 1,229m dari aras laut. Kalini penyertaan sungguh meriah, total seramai 25 orang yang menyertainya. Line ups (peserta2) tersebut adalah:

1) Mohd Aswade
2) Rozita
3) Eliza Shahrin
4) Noor Adnie
5) Nor Anizan 
6) Nur Ain 
7) Amirul 
8) Wan Nur Najwa
9) Kak Jie
10) Sulaiman
11) Suraya 
12) Humairah
13) Jamilah
14) Umar 
15) Redzuan 
16) Amirul 
17) Asyraf
18) Hadin wafid
19) Suhairy
20) Bakri
21) Kaklong
22) Zikri
23) Saiful
24) Asniza 
25) Amir 



Satu pendakian yang menarik bersama teman-teman yang baru yang berkongsi minat yang sama. Anda patut mencubanya, memang best.

24 Oktober 2025 (Jumaat)

Seperti biasa aku akan pergi lebih awal sehari sebelum hiking. Aku mencari-cari penginapan yang berhampiran dalam Booking.com, Agoda dan Airbnb. Akhirnya aku membuat keputusan untuk menginap di sebuah homestay di Kampung Langkap yang terletak lebih kurang 12km dari Lata Payong. Homestay Tok Ma, Kg Langkap memang best dengan suasana kampung yang permai dan homestaynya (1 bilik) yang lengkap dan bersih. Cukup selesa buat aku dan isteri. Highly recommended! Anda boleh contact no kat bawah tu.





Kami sampai di Homestay Tok Ma dalam pukul 3:30 petang dan disambut oleh tuan homestay sendiri, Tok Ma, Hjh Maimun. Owner dia sangat baik, beliau offer kami untuk guna motorsikal beliau, ronda-ronda kampung. Petang itu juga aku sempat berbual-bual dengan Hj Azman; suami Hjh Maimun, merupakan pesara Syarikat Air Terengganu (SATU). Mengikut beliau ramai jiran-jiran beliau berasal dari Pasir Mas yang telah berkahwin dengan penduduk tempatan.

Selepas menunaikan solat Aku mengajak isteri untuk ke Lata Payong sambil meninjau-ninjau kawasan tersebut. Hujan turun dengan lebatnya ketika tu. Terdetik dalam hati; boleh tak panjat gunung esok ni? Lata Payong merupakan tempat permulaan pendakiaan Gunung Sarut. Ianya terletak 12km dari Kg Langkap; tempat kami menginap. Kami juga melewati jalan untuk ke Lata Kasar yang juga merupakan kawasan perkelahan yang menarik jugak di daerah Setiu.




Setelah itu kami mencari kedai makan untuk makan malam. Kami singgah di Restaurant D'Selekoh Corner yang terletak di kawasan kelapa sawit Felcra Pelong lebih kurang 10 minit dari Lata Payong.




Aku pekenakan Tom Yam ayam dengan Teh O panas2....best time sejuk-sejuk macam ni. Hujan masih lagi turun dengan lebatnya, kami layan suasana shahdu di senja yang dingin sambil menghirup Tom Yam yang masih lagi asap.

Selepas itu aku pulang ke homestay untuk berehat cukup-cukup selepas menyiapkan bag hiking yang aku sandarkan pada dinding homestay.


25 Oktober 2025 (Sabtu)

Aku mulai harini dengan bersolat Subuh secara berjemaah di Masjid Langkap yang terletak 500m dari penginapan kami.

Isteriku telah siap rebus telur dan panaskan makanan yang kami bungkus semalam di restauran D'Selekoh untuk dijadikan santapan pagi aku sebelum "khrabat" (panjat dalam bahasa Terengganu/ Kelantan) gunung. Aku siapkan 6 biji pisang, kurma, kacang, chocolate dan terus dimasukkan kedalam bag bersama 1.5 liter air dalam water bag dan 1 liter 100Plus dalam 2 soft bottle. Ahhh....cukup lah tu. Aku memang tak bawak nasi.

Alhamdullilah harini cuaca sangat baik dan berkabus.


Aku sampai agak awal di lokasi pendakian, tepat jam 7 pagi aku dah tercegak di parking Lata Payong. Terdapat satu team lagi yang datang lebih awal dari kami, iaitu Team Belia Dan Sukan, Kg Padang Limau Nipis, Marang, Terengganu. Yang kelakarnya ada diantara team kami tersalah naik bas; mereka ter"join" group ni. Sampai jer kat Jambatan Gantung, baru lah team tersebut perasan bahawa ahli rombong mereka telah bertambah 3 orang. Akhirnya 3 orang team kami tadi bergerak semula ke parking untuk masuk dalam group kami semula.

Ini team diorang. Siap dengan banner dan baju t-shirt yang seragam.


Sebelum itu aku telah poskan dalam group supaya jangan join group tersebut. Mungkin mereka exited sangat...hehe. Oh ya... terlupa nak bagitau bahawa bayaran parking sebanyak RM 5 dikenakan untuk sebuah kereta yang parking disitu.

Selepas briefing ringkas yang disampaikan oleh Abe Min sebagai Lead Guide / MGP yang bakal membawa kami naik Gunung Sarut yang dibantu oleh Pok Kie sebagai sweeper, Iwan dan Emma bersama Team Baju Kelawar (Kak Long, Kak Linda dan Emma).



Seterusnya mengaminkan bacaan doa yang dipimpin oleh Pok Kie.
 
Kami memulakan perjalanan pada pukul 8:45 pagi


Check Point 01: Blue Pool

Blue Pool merupakan salah satu tempat yang menarik dan menjadi tarikan utama pengunjung dalam dan luar Terengganu untuk datang ke sini . Blue Pool merupakan sebuah kolam air terjun berwarna kebiruaan yang cukup cantik. 

Permulaan hiking telah disajikan dengan satu pengalaman melalui jambatan gantung lebih kurang 50m yang merentasi Sg Payung Anak.


Perjalanan ke CP01 agak landai. Kami berjalan sejauh 1.91km dari parking selama 40 minit melalui denai single trail dan akhirnya kami sampai di Blue Pool. Kami harus merentasi sungai dengan berpijak pada batu-batu besar yang membentuk jeram di situ. Aku memang bagi fokus kerana banyak kali aku tergelincir atas batu gara-gara lumut. Pakai lah kasut mahal pun tetap berisiko tinggi.

Kami berhenti seketika di Blue Pool walaupun warnanya tidak sebiru gambar dimuatkan di dalam tik tok gara-gara hujan lebat semalam menyebabkan airnya sedikit keruh tapi SubhanAllah ia tetap cantik.




Check Point 02: Hentian Lelipan



Perjalanan diteruskan menuju ke CP02 yang terletak lebih kurang 1km dari CP01 yang mengambil masa selama 50  minit. Laluannya mix, ada landai dan ada climb up. Laluan mula menjadi jahat dan mengganas...aku follow rapat Abe Ming sampai ke CP02 bimbang takut terputus dan tertinggal jauh. Abe Ming memang seorang yang berstamina yang tinggi, laju betul. Sedar-sedar kami berdua jauh meninggalkan group dibelakang tapi kami akan tunggu team sehingga group kembali merapat.

Check Point 03: Hentian Nokia

Kami berehat seketika di CP02. Abe Ming mengarahkan Iwan untuk lead group bermula dari Hentian Lelipan sehingga ke CP03 (Hentian Nokia). Mengikut Abe Ming, satu teori yang menyatakan mengapa orang menggelarkan Hentian Nokia kerana pada masa dahulu hanya handphone berjenama Nokia sahaja yang ada coverage telepon di sini, lalu hentian ini dinamakan Hentian Nokia.

Rentak sedikit slow apabila Iwan lead the group kerana laluan semakin pacak menyebabkan kami tertinggal jauh dengan group yang belakang. Berhenti seketika untuk regroup.

Jarak CP02 - CP03 sejauh 0.88km yang mengambil masa setengah jam




Check Point 04: Simpang Kem Bongsai

Bermula dari CP03 (Hentian Nokia), laluan bertukar wajah, menunjukkan rupa Gunung Sarut yang sebenar. Lepas pacak...pacak...lagi...pacak lagi..

Perjalanan ini aku rasa sungguh meletihkan tapi kami telah dihidangkan dengan pemandangan pokok renek/ bongsai. Tidak ada pokok lain melainkan bongsai. Banyak kali kami berhenti untuk melepaskan lelah dan mengambil peluang untuk bergambar bersama-sama.







Abe Ming mengarahkan kami untuk membelok ke kanan dan melalui bawah barricade (line merah putih) kalau ke kiri akan membawa anda Kem Bongsai yang menjadi kawasan perkhemahan sekiranya bermalam di sini.

Dari satu pacak ke pacak yang lain, kami kuatkan semangat akhir kami sampai di kawasan batu besar sebelum sampai ke kemuncak. Aku bersyukur kerana salah seorang dari group kami yang berada di hadapan sekali pernah hiking di sini sebelum ini yang guide kan kami sampai ke puncak. Abe Ming terpaksa menunggu beberapa orang lagi yang masih mengalami krem kaki agak teruk.

Akhirnya aku down....down...down. Masa tu lah terpikir apa penat2....kan best kalu tengok cerita tamil bertumbuk kat Netflix kat umah... Hehehe


Kami sampai disini dalam pukul 1 tengahari. Kami membuat keputusan untuk makan tengahari di sini. Masing-masing mengeluarkan bungkusan-bungkusan nasi berlauk yang tiba-tiba menukar aroma bongsai kepada aroma kari ayam dan kari daging. Aku seperti biasa 4 pisang biji, kurma 3 biji dan kacang badam menjadi habuan tengahari ku.


Kami meneruskan lagi sisa-sisa perjalanan menuju puncak. Laluan landai dan teduh. Cuaca mulai redup dan berawan lalu memuntahkan hujan ke atas kami untuk ketibaan kami di puncak. Alhamdullilah berjaya kami sampai kemuncak dengan izinNya.

Aktiviti seterusnya apa lagi....bergambar sampai lebam.







Aku cepat-cepat memakai baju hujan apabila hujan semakin lebat. Satu lagi benda masih lagi terbuku di hati adalah waktu zohor yang menghampiri garis penamat sedangkan pukul 3 masih di puncak. Aku dan team seramai 11 orang yang akan shoot laju-laju menuju ke Kem Bongsai untuk solat dan top-up bekalan air di sama. Terasa lama pulak perjalanan turun ke sana. 

Jam tanganku menunjukkan hampir pukul 4 petang hujan masih lagi turun dengan lebat...langkah dihayung semakin laju...berdebar wei! Aku bagitau Sulaiman dan isterinya yang berada di depanku, sampai ke Kem Bongsai atau tak...aku akan tetap berhenti ditanah lapang depan sana sebab tiada alasan yang dapat aku beri sekiranya di tanya tuhan nanti kalu aku tak solat. Sebab air hujan ada untuk berwuduk apa lagi...masa tu keluar ayat Al-Rahman melintas di kepala otakku...."Fabiayyi ala irobbikuma tukazziban"

Alhamdullilah, sebelum beberapa minit nak pukul 4 kami sampai ke jalan menuju ke Kem Bongsai. Apa lagi cepat aku ambil wudhuk dan terus solat Zohor dan aku tunggu sekejap dan terus solat Asar.

Aku juga mengambil kesempatan untuk top-up dalam water bladder ku.



Setelah itu sampai dan membawa kami ke laluan menuruni gunung. Hujan masih lagi turun dengan renyai menyebabkan laluan menjadi agak licin. Mula-mula aku mengelak lopak2 air... last-last aku bajak semua lopak2 tu. Poco-poco yang aku pakai agak merimaskan aku dan menyebabkan pace aku slow dan banyak kali aku terpijak dan hampir tersadung ke pokok buatnya.

Aku berhenti seketika, pecat poco-poco, aku masukkan dalam bagpack aku. Baru lega...

Dari satu CP ke CP yang lain, aku tak berhenti kerana Abe Ming telah bagi green light untuk kami bergerak dahulu dan beliau akan jadi sweeper untuk group yang awal ni. Kami menurun gunung dengan laju sehinggalah aku berserempak dengan Emma yang lengkap berbaju kelawar dengan penuh dengan bag. Rupa-rupanya Emma membawa Suraya yang mengalami kesakitan pada kedua belah lututnya. Aku mengeluarkan hand warmer dan handy plast dari first aids ku untuk beliau letak lututnya.

Setelah itu Abe Ming sampai, terus kasi spray lutut Suraya untuk mengurangkan kesakitan... berasap-asap jadinya dan berbau macam tong gas bocor..hehehe.

Aku meneruskan perjalanan..ooh ya.. sebelum itu aku put on headlamp kat kepala siap2. Waktu tu 6 petang, tapi gelap macam pukul 8 malam. Akhirnya kami sampai di Blue Pool. Apa lagi, kami tidak mensia-siakan peluang untuk mandi manda di sini tapi tidak untuk aku.





Hari semakin gelap, sudah menghampiri maghrib. Aku antara yang terawal beredar dari situ dengan merentasi batu-batu untuk ke seberang sungai. Aku duet dengan Saiful, yang berkerja di Hotel Permai Inn sehingga lah kami sampai ke jambatan gantung. Masalahnya Saiful tidak membawa headlamp, beliau menggunakan lampu dari handphone yang baterinya nyawa-nyawa ikan. Terasa lama untuk sampai ke jambatan gantung... masa tu lah terbayang cerita paranormal2 kat tiktok. Aku bertanya kepada Saiful, betul ke jalan ni...atau kita berdua tersesat tapi aku masih teringat kata-kata Abe Ming awal-awal tadi, "Bila turun kamu follow aja reflector yang berwarna putih yang dipaku pada pokok akan membawa kamu ke parking"

Alhamdullilah aku sampai di kereta pada pukul 7:30 malam dan aku terus update dalam whatsapp group ketibaan ku di sini. Aku mengambil keputusan untuk terus pulang ke homestay untuk mandi dan solat maghrib.

Terima kasih tak terhingga aku ucap kepada Abe Ming, Iwan, Emma, Pok Kie dan Akak2 Baju Kelawar…dan kekawan semua atas satu pengalaman yang cukup indah dalam dunia hikingku... Sehingga berjumpa lagi... Insyallah next: Gunung GAP & GUS 

Sekian








Comments