Featured

HIKING EDITION: GUNUNG CHAMAH (2171M)(G7) VIA SKOMAD

 HIKING EDITION: GUNUNG CHAMAH (2171M)(G7) VIA SKOMAD


Alhamdullilah, bersyukur kehadrat Illahi kerana aku berjaya menawan sebuah lagi Gunung G7 iaitu Gunung Chamah yang merupakan gunung yang ke-5 yang tertinggi di Semanjung Malaysia. Ianya terletak pada Banjaran Titiwangsa yang berada dalam jajahan Gua Musang, Kelantan


Kali ini aku mengikuti Group Keghoni yang pernah aku diorang semasa Hiking Gunung Gap & GUS pada November tahun lepas. Melihatkan pada kemesraan mereka pada hiking itu, aku terus bagi nama untuk join trip Gunung Chamah ni.


1. Info 

Skomad vs Kg Rekom Trail

Pendakian Gunung Chamah melalui Skomad Trail adalah laluan yang lebih baharu berbanding laluan tradisional Kg Rekom. Skomad menawarkan pengalaman pendakian yang berbeza, sering kali lebih mencabar atau lebih dekat dengan puncak, menjadikannya pilihan popular bagi pendaki yang mencari variasi daripada laluan Kg Rekom yang lebih lama dikenali. 

Skomad Trail: 
  • Kem site boleh terus sampai dengan powil. Tak perlu pikul bag berat-berat. Bahan mentah boleh bawa lagi banyak.
  • Driving (Powil) dari Masjid Kuala Betis ke Dakota Campsite - 4 - 6 jam (depend on road condition). Asingkan makanan dalam bag kecil senang untuk diambil semasa dalam powil. Pakai penutup muka/ buff/ Scaff kerana jalan sangat berdebu bila hari panas. 
  • Campsite sangat cantik bersebelah dengan air terjun
  • Trail Baru. Semestinya kurang penyelenggaran lagi. Tapi still acceptable untuk hiking
  • Jarak hiking lebih pendek tapi EG tinggi. Laluan yang paling mencabar dari Kem Skomad - Simpang Skomad Trail
  • Gangguan Agas dari Kem Skomad sehingga Simpang Skomad Trail sangat menguji mental. Ada setengah-setengah yang alergik dengan gigitan agas menyebabkan muka menjadi bengkak. Sila bawa ubat-ubatan dan krim yang bersesuaian.
  • Laluan sangat licin apabila hujan dan kurang tali untuk berpaut. Berhati apabila berpegang pada pokok-pokok, takut tersilap pegang pokok berduri yang banyak tumbuh ditepi-tepi trail.

2. Hiking Detail

Date: 14 - 16 February 2026 (3 Days 2 Nights)
Mode: Hiking & Camping
Campsite: Dakota Campsite
Total Distance: 17 km (Suunto Vertical-2)
EG: 1,454m

3. Line-ups

1. Shura 
2. Shazwan
3. Azlan
4. Harris
5. Zeti
6. Miera
7. Nadyne
8. Ayie
9. Fatimah 
10. Malique
11. Azura
12. Elly
13. Sarah
14. Zawiyah
15. Adibah
16. Nana
17. Ean 
18. Bonda
19. Kaka
20. Abg Rais 
21. Aswadee
22. Raj
23. Joe
24. Vness
25. Yana
26. Bamjat
27. Rashidah
28. Khalila
29. Masyitah
30. Hidayah
31. Afiqah
32. Hadi
33. Faris 
34. Fathul 
35. Wahidah
36. Hafiz
37. Amat 
38. Azmi
39. Atie 
40. Yaya

Go-go: Kegroni
1. Ajie
2. Nana
3. Angah

Guide:
1. Wan
2. Zubir
3. Kay
4. TBA
5. TBA
6. TBA

4. Meet Point

Masjid Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan


5. Summary

Day 1: Sabtu - 14 Feb 2026

Mode: Driving (4WD)

09:45 - Bergerak dari Masjid Kuala Betis - Simpang Kg Kajang - Bukit Zalim 
13:45 - Tiba di Dakota Basecamp
16:00 - Mandi air terjun
20:00 - Makan malam
20:30 - Taklimat Hiking

Day 2: Ahad - 15 Feb 2026

02:30 - Ambil bekalan (Breakfast & Lunch)
03:40 - Start hiking (Angkat Sauh)
04:36 - Tiba di Pintu Rimba (WP)
05:32 - Tiba di Permatang Badek 
06:10 - Tiba Kem Korang / Solat Subuh/ Regroup
07:30 - Bergerak ke Kem Skomad
08:15 - Tiba di Kem Skomad (WP)/ Regroup
08:40 - Bergerak ke Simpang Skomad Trail
10:20 - Tiba di Simpang Skomad Trail/ Regroup
11:00 - Tiba Puncak Chamah 
13:00 - Bergerak turun ke kemsite
14:00 - Tiba di Kem Skomad
16:20 - Tiba di Permatang Badek
16:45 - Pintu Rimba
17:20 - Tiba di Dakota Campsite

Day 3: Isnin - 16 Feb 2026

08:00 - Breakfast
09:00 - Bersiap-siap pulang

Mode: Driving (4WD)

12:50 - Bergerak dari Dakota Basecamp 
14:30 - Turun dari 4WD/ Menunggu
16:10 - Memulakan perjalanan semula
19:00 - Tiba di Masjid Kuala Betis


Dakota Campsite Elevation: 717m
Peak Chamah Elevation: 2,171m


TRAVELOG

13 February 2026 - Jumaat

Aku bergerak dari rumahku di Seberang Takir, Kuala Nerus, Terengganu pada pukul 12:30 tengahari. Aku singgah sebentar di sebuah masjid di Batu Rakit untuk menunaikan solat jumaat sebelum meneruskan perjalanan menuju ke Gua Musang, Kelantan.

Perjalanan sejauh 277 km mengambil masa lebih kurang 5 jam melalui Setiu - Besut - Machang - Kuala Krai - Gua Musang. Perjalanan lancar, trafik pun lenggang. Aku sampai di Gua Musang pada pukul 6:00 petang. Aku singgah di Family Mart Gua Musang untuk membeli sedikit barang-barang makanan untuk di bawa ke campsite. Selepas itu aku menuju ke Alif Maju Curry House untuk makan capati di sana. Aku siap bungkus 5 biji capati.

Perjalanan diteruskan menuju ke Masjid Kuala Betis yang berada 25km dari Bandar Gua Musang. Aku sampai di sana pada pukul 7:20 malam. Setelah solat Maghrib dan Isyak, aku menyiapkan bag hiking di dalam kereta. Aku parking kereta sebelah luar pagar masjid.


Setelah siap semuanya, aku kembali ke Masjid dengan membawa sleeping mat dan bantal. Aku tidur di satu ruang terbuka masjid yang mana terdapat plug untuk aku charge handphone di situ.



Aku tidur di sini dari bertiga, dengan teman-teman hiking yang lain, bila aku sedar pukul 5 pagi dan penuh dengan manusia.



14 February 2026 - Sabtu

Kami siap berkumpul dari pukul 7 pagi lagi. Terdapat kelewatan dari pihak powil. Harini agak meriah bukan saja dengan geng hiking ditambah pula dengan team siswa/ siswi UIAM yang menjalankan program bersama masyarakat orang asli di Pos Tohoi. Kami bergambar di sekitar masjid sambil menunggu powil.



Tepat jam 9:30 pagi baru lah powil muncul, apa lagi, kami terus memuatkan bag-bag ke dalam perut powil. Aku menaiki powil single cabin bersama-sama Ayie, Yuzir, Shura, Bonda, Zawiyah, Kak Elly dan Kak Fatimah (8 orang). Bag hiking kami diikat kemas pada frame besi.


Kami bergerak pada pukul 9:45 pagi dari masjid. Powil berhenti seketika di sebuah mini market di Kuala Betis, Mini Market Alzuma



Perjalanan diteruskan melalui beberapa penempatan masyarakat orang asli di Pos Bihai, Pos Tohoi.


Kami berhenti seketika di Jambatan Pos Tohoi yang merentasi Sungai Perias yang berwarna teh tarik.



Laluan ini sangat berdebu menyebabkan kami muka kami bertukar menjadi kekuningan. Alhamdullilah, aku memakai head buff, terselamat lah. Aku kesian melihat Ayie yang berada disebelahku sedup semua habuk-habuk di jalanan, Hehehe. Tak percaya, tengok apa dah jadi kat Ayie, janggut kuning, misai kuning, bulu mata pun kuning!


Setelah hampir 2 jam berada dalam powil, kami berhenti seketika di kawasan berhampiran sungai untuk merenggangkan urat-urat yang hampir terputus.

Location: 5.10520N, 101.67230E

Akhirnya sampai ke simpang yang ada signboard ni

Location: 5.20008N, 101.65028E

Kami sampai di Dakota Campsite pada pukul 1:45 petang setelah 4 jam berhempas pulas dikocak powil. 
Powil kami tidak dapat naik sampai ke campsite gara-gara batu besar yang merentasi jalan dihadapan menyebabkan terlalu susah untuk powil melepasinya. Jadi kami terpaksa memikul bag masing-masing untuk sampai ke Campsite yang terletak lebih kurang 100m dari powil parking,


Kami terus mendirikan khemah di Dakota Campsite ini. Kawasan ini rata dan memanjang di sepanjang tepi sungai, Di hujungnya terdapat sebuah air terjun yang sungguh cantik. Terdapat 2-3 port mandi yang mesra muslimah berhampiran kem.
 


Setelah khemah siap dipasang, aku solat dan terus ke menuju ke Air Terjun untuk mandi-manda.


Lepas itu aku berehat dan menunggu untuk makan malam. Angah, Shura, Ajie, Nana sibuk menyediakan juadah makan malam di khemah dapur.



Menu dinner kami; ikan kering, tempel goreng dan kari ayam yang sungguh menyelerakan.


Setelah makan malam, pada pukul 8:30 malam, satu taklimat mengenai hiking besok pagi telah di sampai oleh Mat, selaku wakil guide MGP. Kami akan hiking pada pukul 3:00 pagi.

Aku pulang ke khemah dan persiapkan bag Summit Attack ku sebelum tidur.


15 February 2026 - Ahad

1. Dakota Campsite - Pintu Rimba
  • Distance: 1.8 km
  • Time: 56 min
  • EG: 371m
Aku bangun lebih awal untuk persiapkan diri dan bag. Aku bangun pada pukul 1:30 pagi.

Pada pukul 2:30 pagi, semua line-up di minta untuk mengambil bekalan breakfast dan lunch siap di pack terus. Menunya adalah nasi goreng (breakfast) dan Nasi Putih Ayam Goreng Kicap (Lunch). Aku hanya mengambil nasi goreng sahaja. Aku membawa bekal capati, kurma dan kekacang sebagai makanan tambahan. Head count sebelum angkat sauh.


Agak lewat juga kami mengangkat sauh, sepatutnya pukul 3:00 pagi tapi terlewat sampai pukul 3:40 pagi gara-gara ada diantara kami yang terbabas tidur. 


Wan dan Zubir telah ditugaskan untuk mengepalai rombongan. Aku mengikut rapat mereka, aku bimbang group terputus.

Laluan single trek melalui hutan resam yang agak tebal dan melalui beberapa kawasan rimbunan pohon buluh. Kami berhenti seketika di hentian resam untuk regroup. Treknya agak senang

Kami sampai di Pintu Rimba pada pukul 4:36 pagi (hampir sejam). Terdapat anak sungai di sini. Anda boleh top up air di sini.


2. Pintu Rimba - Permatang Badek
  • Distance: 700m 
  • Time: 56 min
  • EG: 267m
Kami meneruskan lagi perjalanan menuju ke Permatang Badek. Laluannya lebih pacak berbanding section sebelumnya. Kami sampai di sini pada pukul 5:32 pagi. 



3. Permatang Badek - Kem Korang
  • Distance: 1 km
  • Time: 42 min
  • EG: 138m
Waktu subuh belum masuk lagi, so kami meneruskan perjalanan menuju ke Kem Korang. Kami sampai di sini pada pukul 6:10 pagi. Laluan agak senang dan tidak terlalu pacak.



Kami menunaikan solat subuh secara berjemaah di sini. Abang Rais dilantik menjadi Imam pagi ini.


Kami berada di sini selama 1 jam 20 minit. Sangat sejuk, aku tak boleh tahan, aku memanaskan badan dengan buat sedikit exercise.


4. Kem Korang - Kem Skomad
  • Distance: 1.8 km
  • Time: 45 min
  • EG: 84m
Kami memulakan perjalanan pada pukul 7:30 pagi menuju ke Kem Skomad. Laluan agak landai walaupun jaraknya agak jauh. Kami sampai di Kem Skomad pada pukul 8:15 pagi. Landmark Kem Skomad agak sebuah batu besar berbentuk kajang bersudut 45 degree membentuk seakan-akan kenopi. Kawasan ini juga selalu dijadikan campsite kerana terdapat sumber air di kawasan ini. Di sini last water point sebelum sampai ke puncak.




Bergambar dengan Abang Rais


Bergambar dengan Wan



Kami regroup di sini. Ada diantara kami yang bersarapan pagi disini. Aku sempat berbual-bual dengan Abang Rais mengenai trek Skomad ni. Aku bagitahu dia laluannya tidak mencabar mana. Beliau juga bersetuju dengan pendapatku.

5. Kem Skomad - Simpang Skomad Trail
  • Distance: 1.6 km
  • Time: 1 jam 40 min
  • EG: 569m
Kami memulakan perjalanan pada pukul 8:40 pagi. Laluan ini yang paling mencabar tengah pacak yang panjang dan diburukkan lagi dengan gangguan agas yang menyerang dari segenap ruang. Dia attacked muka, asal buka mulut mesti tertelan agas. Hahaha. Saya syorkan pada next hiker yang akan datang, sila bawa losyen anti serangga.

Aku mengikut rapat Wan dari satu langkah ke satu langkah. Jauh meninggalkan group di belakang so kami sekali sekala berhenti untuk merapatkan jarak. Aku perasan kasut getah (putih) sebelah kanan yang Wan pakai hampir-hampir putus gara-gara dek tersusuk akar. Aku menegurnya, terus putus kasut tu.

Wan bertanya pasal cable tight kepada ku. Aku tak der. Kami berhenti sekejap, lalu sampai lah Kaka, Vnes dan Abang Rais. Mujurlah Abang Rais membawa cable tight. Wan terus menjahit kasutnya. Alhamdullilah settle.

Kami meneruskan semula perjalanan. Kami ternampak kesan tapak kaki gajah. Kawasan ini merupakan laluan gajah.


Kami meneruskan perjalanan, hutan telah bertukar rupa menjadi hutan mossy tetapi agas tetap setia attack muka kami. Aku mengambil gambar di kawasan mossy ini.


Kami sampai di Simpang Skomad Trail pada pukul 10:20 pagi.






Di sini adalah pertemuaan di antara Laluan Kg Rekom dan Laluan Skomad untuk sampai ke Puncak Gunung Chamah. Kawasan ini sungguh cantik dengan mossynya. Kami regroup sekali lagi di sini. Sekali lagi aku berbual dengan Abang Rais; "laluan ini baru mencabar!", beliau bersetuju. 

Terasa lega kerana kawasan tidak ada lagi gangguan dari agas yang menyerang tanpa belas kasihan.

Kami meneruskan perjalanan ke Puncak Gunung Chamah.

6. Simpang Skomad Trail - Puncak Gunung Chamah
  • Distance: 400m
  • Time: 20min
  • EG: 14m
Jarak ke puncak sangat dekat dan kami sampai dalam masa 20 minit saja melalui jalan mossy.

7. Puncak Gunung Chamah (2,171m)

Kami sampai di puncak pada pukul 11:00 pagi. Aku adalah orang yang terawal sampai di sini.





Kami berehat seketika di puncak sambil menunggu yang lain tiba. Aku mengeluarkan bekalan makanan untuk makan tengahari tapi terlebih dahulu aku mengeluarkan dan menyarungkan windbreaker dan emergency blanket kerana tidak tahan dengan kesejukan di kawasan puncak. Ajie mengeluarkan dapurnya dan membuat air kopi, teh dan milo untuk menghangatkan tubuh.


Sebelum kami bergerak turun, kami mengambil group photo di puncak.



Setelah 2 jam berada di puncak memulakan perjalanan turun pada pukul 1:00 petang. Kalini Zubir membawa rombangan turun. Kami sampai di Kem Skomad pada pukul 2:00 petang. Kami regroup di sini. Aku mengambil kesempatan untuk bersolat jamak di sini terus sambil menunggu lain tiba. Kami mengambil gambar kenangan di sini.

Aku, Zawiyah, Sarah, Bonda, Angah, Abang Rais dan Ajie

Kami meneruskan perjalanan melalui laluan shortcut yang berbeza dari laluan kami naik tadi. Kami mengekor rapat Zubir. Sehingga kami sampai di Permatang Badek pada pukul 4:20 petang. Hujan mulai turun renyai-renyai menyebabkan trail menjadi terlalu licin.


Ada yang terjatuh beberapa kali semasa turun. Aku mengekori Ayie setelah Zubir mengizinkan kami bergerak dulu. Ayie kelihatan barai dengan jalan yang licin dan hujan yang tidak henti-henti. Dia menyuruh aku bergerak dahulu. Aku meneruskan perjalanan sampai ke Pintu Rimba pada pukul 4:45 petang dan sampai di campsite pada pukul 5:20 petang.

Alhamdullilah, aku berjaya sampai melengkapkan hiking sejauh 17km dalam masa 13 jam 40 min. Aku berehat seketika di galley sambil berbual-bual dengan Shura dan Nana yang baru memulakan tugas memasak makanan untuk malam ni.

Aku ke Air Terjun untuk mandi dan membersihkan tubuh sebelum berehat di dalam khemah. Semasa aku turun tadi, ada diantara khemah yang tumbang gara-gara hujan yang lebat turun tadi.

Kami makan malam pada pukul 7:30 malam. Kami berbual-bual mengenai pengalaman hiking pada harini yang sungguh menarik. 

Tidurku yang menyenyak...zzzzz


16 February 2026 - Isnin

Kami bersarapan pagi pada pukul 8:00 pagi


Setelah itu kami mempersiapkan diri dan pack barang-barang kami di dalam bag hiking. Setelah settle semua, kami berkumpul dan berbual-bual di sini. Agak lama juga kami menunggu sehingga driver powil sampai ke campsite.


Kami mengambil group photo di sini.


Kami menaiki powil pada pukul 12:50 tengahari. Semasa kami berada dibelakang powil, rakan kami di powil sebelah tiba-tiba melompat turun dengan cemas dek kerana di serang tebuan. Mereka berlari sambil melibaskan tangan ke muka. Se belum itu driver powil tak perasan menebang pokok disebelah powil yang terdapat sarang tebuan. Kesian-kesian.


Terdapat penambahan 2 orang dalam powil kerana sebuah powil dah dapat datang, so kami terpaksa menyumbat lagi dua orang. Sangat pack belakang ini. Powil yang dinaiki Abang Rais tiba-tiba terjerlus dalam lubang. Alhamdullilah berjaya dikeluarkan.


Hujan turun dengan renyai-renyai. Jalan menjadi licin. Kami terpaksa turun di satu kawasan perumahan Orang Asli. Kawasan itu memang viral dengan licinnya; kebanyakan powil terpaksa memakai rantai besi pada tayar.



Yuzir yang berada dihadapan, tiba-tiba terjatuh kerana jalan sangat licin



Kami berjalan kaki sejauh 200m ke bawah. Terdapat sebatang sungai di bawah. Kami mengambil peluang untuk basuh kasut yang telah bertukar warna kuning.


Kami menunggu di sini hampir dua jam dari pukul 2:30 petang sehingga pukul 4:10 petang.


Kami meneruskan perjalanan menuju ke Masjid Kuala Betis. Kami sampai pada pukul 7:00 petang.


------------ TAMAT-------------

Comments