HIKING EDITION: GUNUNG CHAMAH (2171M)(G7) VIA SKOMAD Alhamdullilah, bersyukur kehadrat Illahi kerana aku berjaya menawan sebuah lagi Gunung G7 iaitu Gunung Chamah yang merupakan gunung yang ke-5 yang tertinggi di Semanjung Malaysia. Ianya terletak pada Banjaran Titiwangsa yang berada dalam jajahan Gua Musang, Kelantan Kali ini aku mengikuti Group Keghoni yang pernah aku diorang semasa Hiking Gunung Gap & GUS pada November tahun lepas. Melihatkan pada kemesraan mereka pada hiking itu, aku terus bagi nama untuk join trip Gunung Chamah ni. 1. Info Skomad vs Kg Rekom Trail Pendakian Gunung Chamah melalui Skomad Trail adalah laluan yang lebih baharu berbanding laluan tradisional Kg Rekom. Skomad menawarkan pengalaman pendakian yang berbeza, sering kali lebih mencabar atau lebih dekat dengan puncak, menjadikannya pilihan popular bagi pendaki yang mencari variasi daripada laluan Kg Rekom yang lebih lama dikenali. Skomad Trail: Kem site boleh terus sampai dengan powi...
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
HIKING EDITION: CORAL HILL, CAMERON HIGHLAND (1,573M)
HIKING EDITION: CORAL HILL, CAMERON HIGHLAND (1,573M)
07 December 2025
Aku mengambil peluang berada di Cameron Highland selepas menamatkan hiking ku di Yong Belar, Loging semalam, jadi aku mencari gunung atau bukit berhampiran untuk aku hiking. Bulan lepas aku ternampak satu hantaran di tik-tok Ikhwan Ismail (The TrekKings) mengenai "Coral Hill" yang sungguh menarik, so apa lagi. Booked - done!.
Kami berkumpul di hadapan Surau Kampung Sungai Burung yang terletak berhampiran dengan Kuarters Perumahan JKR, Sg Burung pada pukul 9:00 pagi.
Hanif telah ditugaskan untuk menjadi guide kami pada harini. Bersama aku, Mal dan sepupunya Farah (aku terlupa nama sebenarnya) akan menaiki Coral Hill pada pagi ini. Ketinggian (altitude) di parking 1,556m.
Setelah taklimat ringkas diberikan, kami memulakan perjalanan naik ke Coral Hill. Yang kelakar, Hanif turut membawa kucing kesayangannya yang dimasukkan di dalam bag khas yang turut sama menaiki Coral Hill.
Kami melewati kawasan kebun sayur di kaki bukit.
Kami menaiki Coral Hill. Ada laluan yang berbecak dan ada yang berbatu.
Pokok Kacip Fatimah
Setelah sepuluh minit hiking kami pun sampai di puncak Coral Hill. Anda harus melalui satu permatang berbatu sebelum sampai di puncak. Di kiri dan kanan permatang adalah gaung yang dalam.
Menurut Hanif terdapat hampir 32 buah gunung berhampiran Cameron Highland. Satu info yang terbaru yang aku tahu mengenai Cameron Highland.
Hanif melepaskan seketika kucing beliau setibanya di puncak. Tiba-tiba kucingnya pulak main sorok-sorok. Haa sudah. Mujurlah si meow tu balik semula bila dipanggil beberapa kali.
Kami berphoto dipuncak
Kami seterusnya beredar ke kawasan mossy yang terletak di sebelah kanan puncak.
Laluannya agak berbecak ala-ala mini Yong Belar.
Periuk Kera. Menurut Hanif, air di dalam periuk kera boleh diminum sekiranya penutup atasnya tertutup tetapi sekiranya airnya sudah melekit (enzim telah dirembes), air itu dah tidak boleh diminum.
Batang pokok yang terbelah dan berlumut.
Spesis periuk kera yang kecil
Pokok Cakar Ayam yang boleh digunakan untuk merawat pesakit kanser.
Kami mengambil masa seketika untuk bergambar di kawasan mossy. Subhanallah, memang sangat cantik.
Oud Moss yang dijadikan perfume.
Kami memulakan perjalanan turun pada pukul 11:30 pagi
Kami sampai di parking pada pukul 11:40 pagi. Satu short hiking yang menarik dan menambahkan ilmu pengetahuanku.
Comments
Post a Comment