Skip to main content

Featured

HIKING EDITION: BUKIT BATU BUJANG LELO (461M)

 HIKING EDITION: BUKIT BATU BUJANG LELO (461M) Alhamdullilah sekali lagi, aku mendapat kesempatan untuk hiking, kali ini di Bukit Batu Bujang Lelo yang terletak di Kampung Sungal Talan, Batu Kikir, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 13 December 2025. Aku mendapat maklumat mengenai hiking ini melalui Aen, Qayyum Adventure. Sebenarnya aku bercadang untuk hiking di Gunung Bunga Buah bersama-sama dengan Qayyum Adventure pada 15 November 2025 lepas, tetapi laluan telah ditutup untuk aktiviti hiking. Jadi terpaksalah ganti dengan hiking yang lain. So aku pilih yang ini. 12 December 2025 Aku serta isteri telah menginap semalam di Roomstay, Ghumah Uwan di Pekan Batu Kikir. Sungguh menarik tinggal rumah kayu mengingatkan aku rumah Tok Ayah ku di Kelantan satu masa dulu, sekarang rumah tu dah jadi kenangan yang tinggal hanyalah tangga batu. Harini agak sejuk kerana hujan turun seharian dari pagi sampai malam. Aku terpikir, macam manalah nak hiking besok ni, nanti jadi kerbau pembajak pulak. P...

HIKING EDITION: GUNUNG GAP & GUNUNG ULU SEMANGKOK (GUS)

 HIKING EDITION: GUNUNG GAP (1,183m) & GUNUNG ULU SEMANGKOK (GUS)(1,394m)


Alhamdullilah, Aku telah berjaya menawan dua puncak gunung sekaligus di Kuala Kubu Baru, Selangor pada 01 November 2025 yang lalu. Gunung tersebut adalah Gunung Gap dan Gunung Ulu Semangkok atau lebih dikenali sebagai Gunung GUS. Mengikut video yang keluar dalam app tiktok menyatakan bahawa "GAP" bermaksud Gunung Ampang Pecah tetapi sebenarnya bukan, Gunung Gap adalah nama sebenarnya.

Hiking kalini ini dipimpin oleh Hafiz, Ajie dan Angah. Group mereka bernama "KEGHONI" yang aku temui dalam tiktok Angah (Atiqah) beberapa bulan yang lepas. Aku confirmkan terus dengan Angah untuk join hiking ini.


Trail (click kat sini)

Personally, aku rasa trail ini agak santai, sesuai sangat untuk recovery dan beginner yang baru start berjinak-jinak dalam hiking. Trail ini agak pendek dan pacaknya tidak terlalu panjang tapi aku enjoy sangat hiking kalini dengan team yang agak best bagiku. 

Hiking kali ini telah disertai oleh seramai 21 orang line-ups.

1. Yunus
2. Sihah
3. Ashraf
4. Azzah
5. Syifa
6. Nad
7. ⁠Azlina
8. Madihah
9. Ayie
10. Jiejie
11. Malique
12. Din
13. Aswadee
14. Nad
15. Amalina
16. Miichu
17. Kiishen
18. Hafizul
19. Melvin 
20. Atiqah 
21. Yaser  

Check Points:

CP#1 - Puncak Gunung Gap
CP#2 - Puncak Tipu (False Peak)
CP#3 - Ulu Tranum
CP#4 - Puncak Gunung Ulu Semangkok (GUS)

31 Oktober 2025 (Jumaat)

Seperti biasa aku dan isteri datang lebih awal sehari sebelum hiking. Kalini aku mengajak isteriku menginap di Puncak Inn, Frazer Hill, Pahang yang terletak setengah jam dari tempat permulaan hiking ku (trailhead)  kalini. Kami sampai di Puncak Inn pada pukul 3.00 petang. Seusai menunaikan solat asar, kami berjalan kaki sambil bersiar-siar di sekitar Frazer Hill. Lokasi Puncak Inn sangat strategik kerana terletak di tengah-tengah pusat pentadbiran yang menjadi ikon pengambaran bagi yang singgah di Frazer Hill ini. Ia juga agak happening compare yang lain terletak agak jauh dari center.





Kami berjalan dari Puncak Inn sampai ke Masjid Sultan Mahmud yang terletak 500m dari penginapan kami. Isteriku sekarang ada hobi baru pulak, menanam pokok bunga. Dia berminat dengan pokok bunga ros yang ditanam di persekitaran masjid tersebut. Ada ke patut dia suruh aku mintak dengan Tok Imam..pening2


Setelah solat maghrib di sini kami pulang ke hotel. Sebelum naik ke bilik, aku mengajak isteriku untuk makan malam dahulu di Cattelya Cafe yang terletak di ground floor Puncak Inn. Aku boleh bagi pujian dan recommend lah, masakan disini sangat best. Kebanyakan pekerja disini adalah orang Kelantan.

Aku order Tom Yam dan sayur campur bersama Teh O Ais kosong. Suasana malam disini agak tenang, jauh dari kebingitan deruan enjin-enjin kenderaan. Suhu di Frazer tidak lah sesejuk Cameron Highland tapi sudah cukup untuk merasaikan kedinginan kawasan tanah tinggi.




Setelah segala kelengkapan hiking untuk esok disiapkan, aku terus tidur dengan hati yang berdebar-debar dan tidak sabar menunggu hari esok. Good night Frazer Hill....zzzzzz

01 November 2025 (Sabtu)

Seusai solat subuh aku terus bergegas ke trailhead yang terletak lebih kurang 30 minit dari penginapanku yang melalui laluan sehala yang sangat berliku. Tiada sebuah kenderaan pun yang lalu pada awal pagi begini. Lokasi trailhead adalah seperti kat bawah ni:


Aku parking ditepi jalanraya, lebih kurang 50m dari trailhead. Aku bertemu dengan Melvin yang meletakkan kenderaan dibelakang kereta ku. Aku dan Melvin terus ke trailhead dan bertemu dengan Hafiz yang telah berada di situ lebih awal lagi.



Apabila semua line-up dah tiba, Hafiz memberi taklimat mengenai hiking kami pagi ni. Briefing telah diberi ditepi jalan jer. Semasa briefing diberi tiba-tiba Staff Jabatan Perhutanan yang menaiki pacuan 4 roda berhenti dan memeriksa segala dokument berkaitan hiking kami. Semua lengkap. No hal.



Setelah mengaminkan doa, kami memulakan perjalanan yang telah dipimpin oleh Ajie.

Check Point 01 - Puncak Gunung Gap

Laluan agak mencanak pada 800m yang pertama dengan melalui tangga pendek yang terletak berhampiran pohon buloh. Aku mengikut rapat di belakang Ajie. Kami berhenti seketika apabila group terputus. Hafiz berada ditengah-tengah group yang asyik memegang teh o ais ikat tepinya kemana-mana. Angah bertugas sebagai sweeper.

Di sini terdapat camera cctv dipasang untuk melihat dan merakam pergerakan hidupan liar disini. Mengikut Ajie kawasan di sini terkenal dengan laluan harimau bintang pada waktu malam. Seriau pulok dengar bila Ajie cerita pasal tu.


Sambil-sambil berjalan dan berbual-bual dengan Ajie akhirnya kami sampai di Puncak Gunung Gap (1,183m). Inilah kali pertama dalam sejarah hikingku, aku sampai ke kemuncak dalam masa tak sampai setengah jam. Landmark nak puncak adalah laluan rumbunan pokok lalang. Sekiranya anda jumpa pokok lalang tu maknanya anda telah menghampiri puncak.

Jarak: 1.16km
Masa: 29 minit


Kami berhenti seketika sambil bergambar dengan bagai-bagai aksi.







Check Point 02 - Puncak Tipu (False Peak)

Seterusnya Hafiz lead rombongan Cik Kiah dengan memegang Teh O Ais yang banyak tumpah dari minum aku rasa. Laluannya ada portion yang menurun dan ada yang menegak. Kami sampai di sini tidak sampai setengah jam pun dari Puncak Gap



Check Point 03 - Ulu Tranum

Jarak diantara Puncak Gap ke Ulu Tranum sejauh 1.4 km dalam 30 minit. Laluan mix landai dan mencanak sekali sekala.


Check Point 04 - Puncak Gunung Ulu Semangkok (GUS)

Kami sampai di Puncak GUS pada pukul 10:40 pagi








Hafiz dan Ajie terus membuka dapur masing-masing untuk buat air teh dan kopi panas di puncak. Kami terus membuka bekalan untuk menjamu selera setelah penat hiking (lebih kurang 2 jam 40 minit).

Terdapat dua kawasan menarik di Puncak GUS ni; Pertama, kawasan Mossy dan yang kedua adalah kawasan batu besar yang terdapat view point yang sangat cantik.

1. Kawasan Mossy






2. View Point






Setelah semua bersiap, kami mengambil group photo



Kami memulakan perjalanan turun pada pukul 12:30 tengahari. Perjalanan turun laju saja. Ajie terjatuh apabila batu yang dipijaknya tergolek, dia betul-betul berada dihadapanku masa tu. Sakitnya, kakinya terseliuh. Beliau berhenti disitu seketika dan mengarah yang lain untuk bergerak terlebih dahulu dan menunggu di Puncak Gap.

Aku meneruskan perjalanan dan sampai di Puncak Gus pada pukul 1:15 petang. 

Setelah semua sampai di situ; Hafiz mengetuai group turun sampai ke trailhead.

Kami sampai di parking pada pukul 2:30 petang.

Aku terus pulang ke penginapan.

--- Tamat---






Comments