HIKING EDITION: GUNUNG SENYUM (486m)
HIKING EDITION: GUNUNG SENYUM (486m)
Alhamdullilah, dengan izinNya berjaya jugak aku sampai ke Puncak Gunung Senyum yang berketinggian 486m dari aras laut. Secara angka nya memang rendah 486m jer tapi fuhh... cukup teknikal bagiku yang level beginner nak mengapainya. Laluannya (trail) agak mencabar walaupun elevationnya tak sampai 500m.
Keganasannya tidak seindahnya namanya. Tiada langsung senyum terukir sehingga puncak berjaya ditawan. Laluan berbatu, tepi lereng gunung yang menjadi habitat asal kambing gunung (mountain goat) itulah sebabnya kenapa kebanyakan check pointnya dinamakan sempena kambing; contohnya; Check Point Ke-2 - Pamah Kambing dan Check Point Ke-3 - Permatang Kambing.
Kisahnya bermula apabila aku telah terpandang dalam satu hantaran TikTok di account CikDin mengenai hiking Gunung Senyum pada 1 Nov 2025 dan 2 Nov 2025. Malangnya yang 1 Nov 2025 tu telah penuh. Wow, laku keras. So apalagi aku book terus untuk hari seterusnya. Mengikut CikDin ini adalah trip terakhir untuk mereka yang hendak hiking Gunung Senyum pada tahun 2025 kerana ianya bakal ditutup pada 11 Nov 2025 nanti.
Penyertaan agak meriah; seramai 44 orang line-up yang menyertainya
1. Navin 
2. Hana
3. Syafiq 
4. Aieril 
5. Arni 
6. Reena 
7. Zaquan 
8. Mawie
9. Mal
10. Nad
11. Abdullah
12. Puteri
13. Aidil
14. Es
15. Adam
16. Akmal 
17. Wawa 
18. Syahirah 
19. Apis soepp 
20. Faiz 
21. Anis
22. Mirul 
23. Aija 
24. Fiqah 
25. lman
26. Shahnizam
27. Syukri 
28. Lokman
29. Hakimi 
30. Aswade 
31. Saini 
32. Afiqah
33. Adawiyah
34. Syahida
35. Rafiq
36. Hanif
37. Linda
38. Lina
39. Neyza
40. Ayih
41. Azrul 
42. Norma
43. Ayu
44. Izzat
01 November 2025 (Sabtu)
Turun dari Gunung Gap dan GUS, aku terus bersiap dari Puncak Inn, Frazer Hill menuju ke Kuala Krau, Temerloh, Pahang yang jarak lebih kurang 160km (+/- 3 jam) perjalanan.
Aku sampai di Riverview Homestay Sekoh pada pukul 8:00 malam. Lokasinya terletak betul-betul di tebing Sungai Pahang. Jalan menuju ke homestay dari jalan utama agak jauh dan sangat gelap. Mula-mula aku ingat nak jer tukar homestay biarlah  burn duit pun tapi isteriku kata tak perlu lah sebab esok tengahari aku dah habis hiking. Pemandangan homestay pada siang hari.
Mengikut google map lokasi trailhead Gunung Senyum dari homestay ku, 16 minit sahaja. Agak dekat. Aku set terus alarm handphone ku pada pukul 1:30 pagi. Aku terus tidur dalam hati memohon agar Allah menyedarkanku.
02 November 2025 (Ahad)
Alhamdullilah 1:30 pagi aku tersedar. Mandi dan bersiap-siap.
Paling penting aku isi perut ku dulu dengan makan telur, kurma, sweet potato dan madu.
Aku terus bergegas ke trailhead dan sampai pada pukul 2:30 pagi.
Aku sangat terkejut apabila melihat ramai peserta sudah bersiap sedia untuk hiking. Dalam hatiku terdetik, ehh lajunya diorang. Rupa-rupanya ada team yang lain terlebih dahulu akan naik. Oooh lega rasanya. 
Aku bersalaman dengan Cik Din; beliau berpesan kepada ku supaya memecat windbreaker yang aku pakai kerana trail yang kami bakal lalui nanti agak panas dan tak berangin kerana laluan berhutan tebal. So aku siap-siap masukkan windbreaker ke dalam bag. Cik Din juga memberitahuku supaya menyimpan hiking stick kerana laluan hiking nanti terdapat banyak laluan bertali yang harus di pegang untuk panjat ke atas so hiking stick tidak sesuai.
Taklimat ringkas telah diberikan dibawah lampu jalan.
Selepas itu kami mengambil gambar bersama-sama.
Check Point 01 (CP#01): Kem Balak
Adib telah ditugaskan untuk lead rombongan dihadapan. Seperti biasa, aku akan cuba merapat di barisan hadapan sekali. 
Kami memulakan perjalanan pada pukul 3:00 pagi. Laluan untuk 20 minit yang pertama agak landai kerana melalui kawasan kaki bukit. Cabaran bermula apabila sampai dikawasan bertali untuk naik ke atas. Laluan bertali itu berepisod-episod. Handglove sangat-sangat diperlukan. Alhamdullilah aku awal-awal lagi menyarungkannya.
Kagum aku melihat Adib seorang tempatan yang berumur 35 tahun mempunyai stamina yang sangat tinggi. Laju dia memanjat naik ke atas, sayup-sayup cahaya dari headlamp nya nampak dari bawah meninggalkan kami.
Inilah kali pertama, aku hiking pada waktu dini hari yang gelap; dengan keterbatasan penglihatan menyebabkan rentak pernafasan (breathing rhythm) sedikit terganggu pada permulaan hiking menyebabkan cepat lelah. Aku membiasakan diri untuk beberapa ketika. Alhamdullilah pernafasan kembali normal. Dalam hiking anda harus bijak mengawal pernafasan.
Kami sampai di Kem Balak pada pukul 3:35 pagi dengan jarak 1.76km dari trailhead. Kami berehat seketika di sini untuk regroup sebelum meneruskan perjalanan ke Check Point Ke-2.
Check Point 02 (CP#02): Pamah Kambing
Kami meneruskan perjalanan melalui trail yang sangat mencanak dan beberapa siri laluan bertali. Laluannya juga agak berdebu yang terhasil dari hakisan dinding batu kapur gunung ini. Sekiranya hujan, memang masak, sangat-sangat licin.
Check Point 03 (CP#03): Permatang Kambing
Kami sampai di CP#03 pada pukul 5:00 pagi. Jarak CP#02 - CP#03 tidak jauh hanya mengambil masa selama setengah jam sahaja. Laluannya agak landai berbanding check point sebelumnya tetapi masih ada lagi beberapa tempat yang pacak disepanjang perjalanan ke sini.
Kami berhenti seketika di sini untuk regroup. Perjalanan dimulakan apabila terdapat 7 orang line up berada di barisan pertama.
Check Point 04 (CP#04): Puncak Gunung Senyum
Kami meneruskan perjalanan sehingga sampai satu ruang lapang yang biasanya dijadikan surau bagi para pendaki yang datang ke sini. Oleh kerana kami sampai di sini awal iaitu pada pukul 5:15 pagi, masih belum masuk waktu subuh; kami terus menuju ke puncak melalui laluan berbatu.
Aku menghamparkan ground sheet aku di satu penjuru tanah lapang untuk persiapkan tempat untuk solat di puncak. Hampir-hampir aku menitiskan air mata apabila terdengar laungan azan subuh dari masjid di bawah jelas kedengaran. Inilah kali pengalaman pertamaku mendengarnya dari puncak, mengingatkan ku kisah Padang Tok Syeikh di Gunung Jerai.
Seusai solat subuh, aku menunggu hari cerah untuk mengambil peluang bergambar di puncak.
Aku bersama Adib.
Aku bergambar di puncak. Sekiranya hujan turun pada hari sebelumnya anda boleh menyaksikan awan karpet di Puncak Gunung Senyum malangnya ianya tidak berlaku masa kami berada di sini. Tak perlah next time, aku datang balik.
Aku mengambil kesempatan untuk bergambar bersama-sama Cik Din dan kawan-kawan.
Setelah selesai bergambar, aku minta dengan Cik Din untuk turun lebih awal. Cik Din mengarahkan Amirul untuk membawa kami turun pada pukul 8:00 pagi. Jadi kami berempat turun lebih awal, Aku, Izzat, Amirul dan seorang lagi, terlupa nama (pakai seluar hiking warna hijau). Kami turun dengan laju menuruni laluan yang sama. Baru kami menyaksikan persekitaran laluan mendaki naik tadi. Seriau lihat gaung di bawah. Kami berhenti bergambar di beberapa tempat yang menarik.
Kami sampai di trailhead pada pukul 9:15 pagi (1 jam 15 minit). Kami bergambar terlebih dahulu.
Kami update status kami yang telah sampai ke parking dan bergerak pulang dalam group whatsapp.
Terima kasih semua atas satu pengalaman yang indah.
---Sekian---
Comments
Post a Comment