EDISI HIKING: MISI MENAWAN GUNUNG TEBU
MISI MENAWAN GUNUNG TEBU
Lokasi: Gunung Tebu, Besut, Terengganu
Ketinggian: 1,039 m MDPL (3,408.79 ft)
Level: Medium
Tarikh: 04 Oct 2025 (Dayhike)
Alhamdullilah, setelah sekian lama aku meninggalkan dunia hiking ini, perasaan dan keinginanku terhadap hiking tiba-tiba menghangat. Aku dah start gatal tangan mencari cerita-cerita pasal hiking di Tik Tok. Akhirnya aku putuskan nak hiking di Gunung Tebu, Besut yang terletak tidak jauh dari rumah ku di Batu Rakit (Kuala Nerus) sekitar 70km tapi disebabkan aku bimbang terlewat sampai, aku decide untuk menginap di kawasan sekitar. Kami stay di D'Pinggiran Gunung Tebu yang terletak 100m dari Taman Ekorimba Lata Belatan iaitu tempat permulaan hiking.
Anda boleh menghubungi no tel ini 011-6956 7856 sekiranya berminat untuk menginap disini. Harga bilik RM 90 (1 queen bed dan 1 single bed) agak selesa.
Pendakian kali ini disertai oleh:
Disebabkan Taman Ekorimba Lata Belatan masih lagi dalam proses pembaikpulihan dari kerosakan yang teruk berpunca dari insiden kepala air yang lepas, kami terpaksa memanjat secara illegal. Hehehe. Dah macam geng-geng ponteng sekolah lah pulak.
Check Point 01: Sungai Chakah 2 (1,350m)
Setelah 40 minit (1.74km) berjalan kami sampai di Check Point 01 iaitu Sungai Chakah 2. Laluannya menyusuri sungai dan jeram. Kami terpaksa menyeberangi sungai beberapa kali sebelum sampai ke sini.
Check Point 02: Batu Mat Hassan (4,160m)
Kami meneruskan lagi perjalanan sejauh 2,810m lagi (1 jam 40min) untuk sampai di Check Point 02. Laluanya agak mencabar. Group kami terpecah kepada 2 group; Group pertama diketuai oleh Iwan bersama Aku, Eliza, Rozita dan Adnie manakala Group Ke-2 diketuai oleh Emma bersama Rehan dan Elani berada dibelakang. Agak jauh jugak group kami terpisah. Dan akhirnya kami mendapat info dari Iwan bahawa Rehan dan Emma berpatah balik manakala Elani meneruskan perjalanan secara solo menumpang group lain yang dalam perjalanan menaiki Gunung Tebu. Aku secara peribadi salute kerana semangatnya yang membara untuk menghabiskan pendakiaan ini.
Laluan selepas Check Point 02, treknya agak mencabar dan mencanak. Memang sungguh memenatkan tapi aku gagahi nya. Terdapat juga tempat-tempat yang diletakan tali. Alhamdullilah hiking stick aku ni banyak juga membantu. Hampir 1 jam setengah mengharungi trek mencabar ini, akhirnya aku sampai di Check Point 03 iaitu Jendela Pandang. Aku menunggu yang lain sampai dulu sebelum meneruskan perjalanan. Terdapat laluan di sebelah kiri dimana anda boleh melihat pemandangan yang indah dari situ. Boleh nampak awan dan kehijauan hutan yang memukau dan berangin. Best jugak berehat di situ.
Check Point 04: Punca Air (4,950m)
Jarak Check Point ke-3 dan ke-4 tidak berapa jauh dan laluian pun agak landai jika dibandingkan yang sebelumnya. Anda boleh turun 120m ke bawah untuk ke sungai. Itulah kenapa Check Point ini doberi nama Punca Air. Terdapat khemah-khemah sementara yang dipacak disini untuk pendaki berehat seketika atau menjadi tempat bagi pendaki bernekad untuk membuat u-turn dan turun ke bawah kerana tidak terdaya untuk mengharunginya lagi.
Check Point 05: Puncak Gunung Tebu
Laluan untuk sampai kemuncak agak mencabar terlalu banyak siri mendaki dengan tali untuk ke atas. Aku sekali sekala berhenti apabila warning merah keluar di jam Suunto ku menandakan Heart Rate ku melepasi limit. Aku kena berehat seketika untuk menurunkan kadar denyupan jantung. Setelah bertarung selama 1 jam 20 minit akhirnya, Alhamdullilah berjaya sampai di kemuncak Gunung Tebu pada pukul 1:00 petang.
Aku bergambar seketika sambil menunggu Group ku sampai. Setelah mereka sampai, kami makan tengahari dengan makanan yang telah masing-masing bawa dari bawah lagi. Aku hanya mengenakan kurma Ajwa dan pisang sahaja. Setelah solat qasa dan jamak takdim, bergambar bersama-sama.
Kami menangguhkan hasrat untuk memulakan perjalanan turun setelah mendapat berita bahawa Elani meneruskan perjalanannya sampai ke kemuncak. Alhamdullilah akhirnya beliau sampai dengan selamatnya. Kami sangat gembira. Selepas Elani menjamah juadah tengaharinya, kami sekali lagi mengambil gambar kenang-kenangan di puncak.
Kami keluar dari trek turun untuk ke Batu Hampar yang berada lebih kurang 200m dari puncak. Subhanallah sungguh cantik pemandangan dari sini. Apa yang menarik perhatiaan ku ada cara macam mana kali menaiki batu yang besar itu tanpa tangga dan hanya menggunakan sebatang kayu sahaja.
Kami memulakan perjalanan turun pada pukul dalam pukul 2:45 petang. Iwan mengarahkan ku bergerak dulu. Aku pun terus menuruni trek sehingga sampai di Taman Ekorimba Lata Belatan pada pukul 5:00 petang.
Aku terus pulang ke penginapanku dan bersiap-siap pulang ke Batu Rakit. Alhamdullilah semua selamat.
-------- TAMAT --------
Comments
Post a Comment