Featured

HIKING EDITION: GUNUNG BEREMBUN (1014M)

 HIKING EDITION: GUNUNG BEREMBUN (1014M)



Line-ups:

1-Najib
2-Ajima
3-Hidayah
4-Shila
5-Mira
6-Mirul
7-Priya
8-Rathi
9-Ikmal
10-Teacher Lim
11-Kartik
12-Nida 
13-Subha
14-Ramesh
15-Awin
16-Dhuha
17-Nizam
18-Norlailah
19-Khadijah
20-Yusria
21-Nasuha
22-Mutalib
23-Eyra
24-Nurul
25-Habibah
26-Aswade
27-Hana
28-Adib
29-Hazirah
30-Syahril
31- RAJ
32- Nik Lutfil
33-Maha
34-Maricel
35-Gowri
36-Aiman
37-Amanda
38-Naim
39- Dilip babu
40-Naufal
41-Fahmi
42-Liya

MGP:
Saiful (SHF Adventure)

Berembun Trailhead


Check Points (CP):

CP#01: Lata Berembun
CP#02: Gua Kambing
CP#03: Puncak Gunung Berembun (1014m)
CP#04: WW2 Crash Site

Distance/ Time:

Trailhead - CP#01 : 1.8km (45 minutes)
CP#01 - CP#02 : 1.9km (1 hours 30 minutes)
CP#02 - CP#03 : 1.1km (1 hour)
CP#03 - CP#04 : 2.6km (1 hour)

08 Nov 2025 - Sabtu

Aku mengambil kesempatan berada di Negeri Sembilan untuk mencari lagi gunung-gunung yang boleh aku hiking. Alhamdullilah aku jumpa dalam tik tok SHF Adventure mengenai hiking di Gunung Berembun pada 09 Nov 2025. Apa lagi aku book terus.

Aku juga book hotel di Senawang iaitu Luma Hotel, Senawang yang mana lokasinya agak strategik berhampiran dengan kedai-kedai makan dan juga Supermarket 24 jam, ST Rosham Mart.


Setelah menghabiskan hiking di Trans Naning di Bandar Tampin aku terus menuju ke Bandar Senawang yang terletak 1 jam perjalanan untuk sampai. Selepas maghrib aku ke Rosham Mart mencari sedikit makanan untuk dibawa hiking esok.

Setelah persiapan bag hiking siap, aku tidur awal.

09 Nov 2025 - Ahad

Seawal jam 5:00 pagi aku persiapkan diri dan solat subuh.

Aku memulakan perjalanan ke Gunung Trailhead pada pukul 6:30 pagi dan sampai di sana pukul 6:45 pagi. Tiba-tiba apabila menghampiri pintu masuk, jalan jem, rupa-rupanya, pintu pagar depan belum lagi dibuka. Kami menanti pegawai perhutanan sampai dan membukanya.


Aku antara line up yang terawal sampai di sini. Ramai juga pengunjung yang datang ke sini.


Kami berkumpul pada pukul 7:30 pagi untuk mengambil kehadiran. Saiful sebagai MGP telah menyampai taklimat ringkas mengenai hiking kami pada harini. 


Selepas melakukan senaman keregangan kami bergambar bersama-sama.




Pegawai perhutanan memanggil satu demi satu peserta untuk merekodkan kehadiran semua peserta. Sessi photography disambung lagi dihadapan tangga.



 
CP#01: Lata Berembun

Kami memulakan perjalanan tepat pada pukul 8:00 pagi. Perjalanan menuju ke Lata Berembun agak landai menyusuri sungai. Jarak perjalanan ke CP#01 adalah 1.8 km melalui beberapa batang anak sungai. Kami mengambil masa 45 minit untuk sampai ke sini. Kami terpaksa menyeberangi sungai dengan berjalan diatas batu-batu yang agak licin. Pemandangan di sini agak cantik dan sangat sesuai untuk mandi manda dan berkelah. Kami sampai disini pada pukul 8:45 pagi.



CP#02: Gua Kambing (639m)

Kami berehat beberapa ketika di sini sambil menunggu semua melintasi sungai. Aku dan Maricel (Warga Amerika yang berkerja dengan UN) berada dihadapan yang diguide oleh anak Saiful (Saif) yang berumur 10 tahun. Laju betul budak tu. Perjalanan diteruskan menuju ke CP#02 yang terletak 1.9km. Kami mengambil masa selama 1 jam 30 minit untuk sampai di sini. Perjalanannya semakin mendaki secara perlahan-lahan dengan 283m EG. Kami sampai di sini pada pukul 9:40 pagi.

Aku bergambar dengan si Saif.


Aku, Saiful dan Maricel.


Aku bergambar di Gua Kambing.




Kami berehat seketika di sini sambil menunggu yang lain tiba. Mengikut Saiful di sini adalah last water point sebelum sampai ke Puncak Gunung Berembun. Berhampiran dengan puncak tiada punca air. Terdapat satu aliran anak sungai berhampiran batu besar dan terdapat satu saluran air yang diperbuat dari buluh. Aku mengambil kesempatan untuk meneguk air di sini. Best dan sejuk sangat, hilang dahaga.

CP#03: Puncak Gunung Berembun

Section ini merupakan section yang paling mencabar dalam hiking di Gunung Berembun. Kaw-kaw punya. Mendaki gunung dengan bertali sambil melintas pokok tumbang merentasi trek. Elevation Gradient (EG) 315m dengan jarak 1.1km. Agak mencabar. Kami mengambil masa 1 jam untuk sampai dipuncak. Alhamdullilah kami sampai pada pukul 10:45 pagi.
 


Saiful terus membuka peralatan memasaknya dan segera membuat Teh Tarik Kaw-kaw




Aku mengeluarkan hidangan tengahari ku iaitu sweet potato, kekacang, pisang dan telur rebus. Alhamdullilah kenyang juga. Semasa kami berada di puncak, tiba-tiba suasana bertukar menjadi berkabus, macam berada di alam lain pulak.



Setelah hampir semua sampai di puncak, Saiful bertanya pada sesiapa yang ingin ke WW2 Crash Site yang terletak 2.6km dari puncak. Aku dan Maricel bersetuju untuk memeruskan perjalanan. Ada yang mengambil keputusan untuk menunggu di puncak kerana kami akan berpatah balik ke puncak apabila pulang nanti.

CP#04: WW2 Crash Area

Perjalanan dari Puncak Gunung Berembun ke kawasan kapal terbang terhempas sejauh 2.6km. Kami bertolak pada pukul 11:45 petang. Laluannya yo-yo ada yang mendaki dan ada area yang menuruni bukit.  Kami berhenti seketika di satu view point yang berada dipertengahan jalan menuju ke sana.



Kami meneruskan lagi perjalanan, akhirnya setelah sejam perjalanan, kami sampai di area tersebut. Kami sampai di sini pada pukul 12:45 tengahari. Saiful menunjukkan arah bangkai pesawat tersebut. Sayup dari atas kami nampak bayang-bayang pesawat tersebut. Saiful menunggu di simpang ini sahaja. Maricel dan Aku turun ke bawah.





Kami terpaksa menuruni lembah sejauh 100m. Sangat licin tapi terdapat yang mana anda boleh berpegang dengannya. Terdapat aliran anak sungai di sini.






Mengikut sejarah (Sumber: Vocket)

Untuk pengetahuan anda, kapal Liberator Tentera Udara Diraja B-24 atau B24 Liberator KL654 terhempas di Gunung Telapak Buruk selepas beberapa hari Perang Dunia Ke-2 tamat. Kapal yang bertanggungjawab membawa makanan itu terhempas di hutan terpencil sekitar Seremban setelah berlepas dari pangkalannya di Kepulauan Cocos, Australia.

Kurang dari seminggu selepas Jepun menyerah kalah, lapan orang kru dihantar dalam misi ke Semenanjung Tanah Melayu untuk menghantar bekalan makanan – terdapat teori yang menyatakan bahawa B24 Liberator KL654 juga ditugaskan untuk menyebarkan risalah yang mengumumkan bahawa perang sudah berakhir.

Namun, tiada tanda isyarat merbahaya, tiada juga penunjuk bahawa pesawat sedang mengalami masalah. Tanpa disangka, ia jatuh di hutan tebal, tanpa jejak dan hilang tanpa dikesan.

Enam puluh tahun kemudian, orang asli melaporkan telah menjumpai satu objek yang aneh di tengah-tengah kawasan hutan. Bangkai kapal terbang ini dilaporkan pertama kali dilihat pada tahun 1950-an, namun disebabkan faktor pemberontakan dari puak komunis, laporan ini tidak jelas dan tidak pernah disahkan.

Sehinggalah pada tahun 1990-an, penduduk tempatan datang untuk melihat sendiri serpihan pesawat yang dikatakan menghuni Gunung Telapak Buruk. Mereka menjumpai ekor pesawat dan dipercayai ia adalah antara serpihan kapal terbang B24 Liberator KL654.

Cubaan mencari dilakukan pada 2006. Namun tiga tahun kemudian, iaitu pada 2009 ekskavasi yang dilakukan oleh sukarelawan dari Britain dan Malaysia menemui 80 cebisan tulang kru pesawat tersebut. Kesemua cebisan tulang itu telah diserahkan kepada Penasihat Pertahanan Tentera British, Kapten Kenneth Taylor.


Trailhead

Aku kembali mendapatkan Saiful yang sedang berbual-bual dengan beberapa orang temannya sambil menunggu yang lain sampai ke situ. Aku memberitahu beliau untuk bergerak menuju ke Puncak Gunung Berembun berseorangan terlebih dahulu. Aku melalui laluan yang sama. Akhirnya sampai.

Aku mengambil kembali groundsheet yang aku tinggalkan. Masih terdapat team kami yang menunggu disitu. Beliau memberitahu ku, beberapa orang team kami telah memulakan perjalanan turun ke Lata Berembun. Aku mengambil keputusan untuk mengekori team yang turun tadi.

Semasa aku menemui guide; terdengar jeritan team member yang berada dibahagian atas. Akak Guide (Kak An - Isteri Saiful) tanpa berlengah-lengah kembali memanjat ke atas mendapatkan mereka.

Pada pemikiran aku, mungkin line up tu terjatuh sebabkan laluan tu memang agak licin. Aku pun hampir terjatuh di situ. Aku rasa kesal sangat kenapa tak ikut sekali naik dapatkan mereka. Aku ingat jatuh bodoh jer dan masa tu juga aku terfikir untuk solat zohor yang hampir lewat. Aku mengambil keputusan untuk bergerak menuruni bukit perlahan sambil menunggu mereka di Lata Berembun.

Aku sampai di Check Point#02 dan mengisi air dalam water bladder ku kerana Saiful mengambil air yang aku bawa tadi untuk dibuat Teh Tarik.

Aku meneruskan perjalanan sehingga Lata Berembun. Hujan mulai turun renyai-renyai. Agak lama juga aku menunggu yang lain di situ namun mereka tidak kunjung tiba.

Hujan semakin lebat. Aku pun meneruskan perjalanan sampai ke trailhead dan sampai pada pukul 4:00 petang. Aku cuba menghubungi Saiful; malangnya di area situ memang tidak ada coverage telepon.

Aku menunggu mereka di Pondok Perhutanan beberapa ketika sambil berbual dengan pegawai yang bertugas. Mereka tidak sampai juga.

Aku membuat keputusan untuk bergerak keluar dari situ untuk menghantar whatsapp ke group untuk memberitahu bahawa aku selamat tiba dibawah dan beransur pulang.

Aku sangat terkilan apabila mendapat berita mengenai salah seorang dari kami terjatuh semasa turun tadi.

Itu pengajaran yang aku belajar.

--- TAMAT---

Comments