Featured

HIKING EDITION: GUNUNG IRAU VIA CORYBAS (2110M)(G11)

HIKING EDITION: GUNUNG IRAU VIA CORYBASS (2110M)(G11)


Alhamdullilah, saya berjaya menawan puncak Gunung Irau pada 07 February 2026 yang lalu. Ketinggian Gunung Irau adalah 2,110m. Ia merupakan gunung yang ke-9 tertinggi di Semenanjung Malaysia dan meletakkan gunung ini tergolong dalam kategory gunung-gunung G-11. Aku join open group yang dikelola oleh Aen dan Kak Lia. Trek ini agak panjang dan meletihkan.

Corybas diambil sempena nama pokok orkid terkecil yang banyak ditemui disini. Bunganya berbentuk seperti helmet (Helmet orchids)  dan daun dia berbentuk "love". Ia tumbuh dia atas lumut-lumut / mossy.



1. Info

A. Gunung G-11

Senarai 11 Gunung Tertinggi (G11) di Semenanjung Malaysia: 
  1. Gunung Tahan (Pahang) - 2,187m
  2. Gunung Korbu (Perak) - 2,183m
  3. Gunung Yong Belar (Kelantan/Perak) - 2,181m
  4. Gunung Gayong (Perak) - 2,173m
  5. Gunung Chamah (Kelantan/Perak) - 2,171m
  6. Gunung Yong Yap (Perak/Kelantan) - 2,168m
  7. Gunung Ulu Sepat (Perak/Kelantan) - 2,161m
  8. Gunung Batu Putih (Perak) - 2,132m
  9. Gunung Irau (Pahang/Perak) - 2,110m
  10. Gunung Benum (Pahang) - 2,107m
  11. Gunung Gerah (Kelantan/Perak) - 2,103m
B. Trek Gunung Irau:

a. Trek Mossy Forest (Standard):
  • Permulaan: Bermula berhampiran Gunung Brinchang, bermula dengan pelantar kayu sebelum memasuki denai hutan.
  • Ciri-ciri: Terkenal dengan hutan lumut yang unik, kabus, dan laluan yang berlumpur.
  • Checkpoints: Terdapat 10 checkpoint (CP1 hingga CP10) termasuk 'Mini Irau' dan 'LOTR' (Lord of the Rings).
  • Masa: Mengambil masa kira-kira 3-4 jam untuk naik (3km++ sehala).
  • Kesukaran: Intermediate (sederhana).
b. Trek Corybas:
  • Ciri-ciri: Lebih panjang (12km++ sehala) berbanding Mossy Forest.
  • Kesesuaian: Sesuai untuk pendaki yang mencari laluan lebih mencabar.

2. Hiking Details

Date: 7 February 2026 (Sabtu)
Mode: Dayhike
Total Distance: 16.64 km (movement) - Suunto
EG: 1,645m
Peak Height: 1,317m

3. Nama-nama Pendaki:

1. Ain 
2. Kak lia
3. Ude 
4. Siddiq
5. Apis 
6. Abg izz 
7. Aidan
8. Acap 
9.Idzwan 
10.Rahman 
11. Abg joe
12. Abg matlan 
13.Sabri 
14.Hasrien 
15.Hadi 
16.Aswadee 
17.Asyura
18.Isma
19.maman
20. Eka 

Guide:
1. Nizam
2. Jefry
3. Amirul (Angah)

3. Meet Point


4. Summary

03:00 - Sampai di Hiker Paradise
03:30 - Taklimat dari Guide/ Safety Briefing
03:45 - Start hiking
04:42 - Tiba di CP#01: Dingin
05:38 - Tiba di CP#02: Kem Valley / Solat Subuh/ LWP
06:45 - Start hiking dari CP#02
08:02 - Tiba di CP#03: Champion
08:25 - Tiba di CP#04: Paradise
10:00 - Tiba di CP#05: Bonk
10:38 - Tiba di CP#06: Puncak Botak
10:43 - Tiba di Puncak Gunung Irau
12:20 - Bergerak turun
15:30 - Tiba di Pintu Rimba
15:37 - Tiba di Hiker Paradise

Travelog

07 February 2026 (Sabtu)

Aku menginap di Homestay Bagonia, Kg Taman Sedia, Tanah Rata, Cameron Highland pada hari sebelumnya. Jarak di antara Homestay Bagonia ke Hikers Paradise (Meet Point) adalah 28 km yang mengambil masa sejam untuk sampai. Aku bergerak dari homestay pada pukul 1:30 pagi. Jalan menuju ke Hikers Paradise dari jalan utama agak gelap dan berkabus. Aku parked kereta di dalam kawasan berpagar dihadapannya. Terdapat beberapa buah kereta sudah berada disitu semasa aku sampai.

Hikers Paradise ini terletak di kawasan perumahan Mawar Tepian Desa (MTD)

Hampir setengah aku menunggu yang lain sampai. Jadi aku buka boot kereta dan duduk menunggu yang lain. Aku bersama Joe

Jam 3:30 pagi, Angah memberi taklimat mengenai hiking kami pada harini.
Sebelum memulakan perjalanan, kami mengambil group photo

Kami memulakan perjalanan pada pukul 3:45 pagi

Hiker Paradise - CP#01: Dingin

Nizam telah ditugaskan untuk lead dihadapan. Aku mengekor rapat Nizam supaya group tidak terputus. Section ini agak landai. Kami menyusuri kawasan tapak semaian Perhutanan sehingga ke Pintu Rimba (10 minit perjalanan). Anda akan temui paip air PVC berwarna hitam sepanjang trek ini. Kami sampai di Check Point #01: Dingin pada pukul 4:42 pagi (sejam perjalanan). Kami berhenti seketika di sini untuk regroup.


CP#01: Dingin - CP#02: Kem Valley 

Distance: 1.3 km
EG: 83m
Time: 56 min

Perjalanan diteruskan menuju ke CP#02 melalui tepi sungai. Kem Valley merupakan Last Water Point. Hampir sejam perjalanan melalui trek yang santai. Kami sampai di sini pada pukul 5:38 pagi. Waktu subuh belum lagi masuk, so kami membuat keputusan untuk rehat dan bersolat subuh di sini. Aku hamparkan grounsheet dan membuka dapur untuk panaskan air untuk minum sambil menunggu masuk waktu subuh.


CP#02: Kem Valley - 
CP#03: Champion

Distance: 2.1 km
EG: 282 m
Time: 1 jam 17 min

Usai solat subuh, kami bergerak dari Kem Valley pada 06:45 pagi. Episod pacak bermula di sini. Ada seramai 6 orang yang berada dibarisan hadapan. Sekali sekala terputus apabila mendaki trek yang pacak. So Kami beberapa kali berhenti di laluan ini untuk regroup. Ia merupakan section yang terpanjang dengan turun naik (dragon back).
Aku bergambar dengan Nizam
Terdapat 2 tangga besi yang kami harus panjat dilaluan. Kami sampai di CP#3 pada pukul 8:02 pagi.

Sabree

CP#03: Champion - CP#04: Paradise

Distance: 400m
EG: 83m
Time: 56 min

Jarak CP#3 ke CP#4 sangat dekat hanya 400m dihadapan, jadi kami meneruskan perjalanan ke CP#4 terus. Persekitaran telah bertukar menjadi kawasan mossy yang sungguh indah dan menakjubkan, Subhanallah. Kami sampai di sini pada pukul 8:25 pagi. Kami berhenti agak lama disini untuk bergambar, regroup dan bersarapan pagi sambil menikmati keindahan alam ciptaan tuhan.





Kak Lia



Hafiz (Baju Biru), Acap dan Aku

Aku terperanjat apabila melihat Ude mengendong anaknya yang tido dengan kain pelikat naik dari Kem Valley sampai ke sini.

CP#04: Paradise - CP#05: Bonk

Distance: 1.1 km
EG: 112m
Time: 1 jam

Kami bergerak pada pukul 9:00 pagi menuju ke CP#5. Terdapat 2 tangga besi yang harus kami panjat. Kami sampai di CP#05 pada pukul 10:00 pagi.



CP#05: Bonk - CP#06: Puncak Botak

Distance: 500m 
EG: 87m
Time: 30 min

Perjalanan menunju Puncak Botak agak dekat iaitu sejauh 500m saja. Aku tidak berhenti di Puncak Botak sebalik meneruskan perjalanan ke Puncak Gunung Irau yang hanya berjarak 200m sahaja.

Sebelum sampai ke Puncak Botak terdapat satu view point disini. Aku berhenti seketika untuk mengambil udara yang sangat fresh

Aku sampai di Puncak Botak pada pukul 10:38 pagi.

CP#06: Puncak Botak - Puncak Gunung Irau

Distance: 200m 
EG: 15m
Time: 5 min

Section yang terpendek, hanya 5 minit berjalan jer.

Puncak Gunung Irau (2,110m)

Alhamdullilah, aku berjaya menawan puncak Gunung Irau pada pukul 10:43 pagi. Cuaca agak panas dan berangin. Aku orang pertama yang sampai di puncak




Kemudian Acap dan Sabree sampai memeriahkan suasana puncak yang sepi tadi.

Aku mengeluarkan capati yang aku buat semalam sebagai habuan tengahariku. Terdapat banyak pokok periuk kera yang bersaiz besar di Puncak Irau.


Pohon Bunga Putih yang tidak aku kenali namanya
Melihat gelagak tupai di puncak
Setelah hampir separuh line-ups sampai kami mengambil group photo di Puncak Gunung Irau.



Setelah selesai berphoto aku minta izin Aen dan Kak Lia untuk bergerak turun terlebih dahulu. Aku dan Sabree memulakan perjalanan turun pada pukul 12:20 tengahari melalui laluan yang sama.

Kami tidak berhenti lama sekadar melepaskan lelah saja. Kami sampai di Pintu Rimba pada pukul pada 3:30 petang.


Kami sampai di Hikers Paradise pada pukul 3:37 petang
Aku update dalam group whatsapp pasal ketibaan kami di sini.

------- TAMAT -------


























Comments