Skip to main content

Featured

Kembara Pengubat Rindu

 Kembara Pengubat Rindu Alhamdullilah, kami telah berjaya mengadakan satu pengembaraan setelah hampir 2 tahun kami tidak ride bersama-sama. Ride terakhir kami adalah Ride Himalaya pada tahun 2019. Route kami kali ini adalah: Kuala Terengganu - Sungai Petani - Hatyai - Yala - Pattani - Betong - Penang - Jeli - Kuala Terengganu Day 01: 14 May 2022 Kuala Terengganu - Sungai Petani (412 km) Kami memulakan perjalanan agak lewat sikit harini kerana aku terpaksa menunggu isteriku tiba di Kuala Terengganu dari Kuala Lumpur menaiki kapal terbang. Kapal terbang AirAsia mendarat pada pukul 10:50 pagi di lapangan terbang Kuala Terengganu. Selepas saja makan tengahari kami terus pulang rumah untuk bersiap-siap. Kami memulakan perjalanan pada pukul 12:40 tengahari. Kami melalui Banjaran Titiwangsa (Jeli - Gerik) yang mengambil masa 4 jam 30 minit untuk sampai ke Castella Cafe. Cuaca harini sungguh panas sepanjang perjalanan. Sampai di sini saja, isteriku terus terjun dalam air sungai sangat sejuk. T

ROAD TO BETONG: 10 -11 MAY 2014

Road to Betong - 10 -11th May 2014
Alhamdullilah kami telah berjaya mengadakan satu lagi kembara ke Betong, Yala, Thailand pada 10-11 May 2014. Kembara kali ini disertai oleh:
1. Tn. Mohd Razali Adnan (BMW GS1200)
2. Tn. Hj Rujhan Mat (BMW GS1200LC)
3. Tn Hj Shuhami Saidin (Ducatti Multi Strada 1200)
4. Tn Rizalmi Romali (Ducatti Multi Strada 1200)
5. Tn Hj Mohd Aswade Ali (BMW R1200 RT)
6. Tn Hj Khairil Mohamed (GS1200LC) -Mengalami kecederaan pada pergelangan tangan. Beliau begitu bersemangat menghantar kami dari Gombak hingga Genting Sempah.
Jarak perjalanan pergi dan balik: 1,130km (Semenyih - Betong - Semenyih).
Note: Isteriku tidak dapat sertai Kembara kali ini.
image
(Dari Kiri: Rizalmi, Shuhami, Khairil, Razali, Rujhan dan Aswade)
Day 1 (10 May 2014): Semenyih - BHP - Bentong - Raub - Sg Koyan - Cameron Highland - Jeli - Gerik - Pengkalan Hulu - Betong
image
Jam 6.30 pagi, Aku bertolak dari Semenyih setelah bersolat subuh. RV di BHP Gombak (N 03.25328, E 101.72772) jam 8.00 pagi. Aku orang yang pertama sampai di BHP, apa lagi, aku mengambil kesempatan untuk bersarapan dahulu sebelum mereka  semua sampai.
Kami melalui jalan berliku di Lebuhraya Karak dan exit di Bentong (Exit 808). Kami melintasi Bandar Bentong dan Raub yang agak sibuk di pagi Sabtu.
Dari Raub, kami menuju ke Sg Koyan, Kuala Lipis, melintasi kawasan kelapa sawit yang luas sejauh mata memandang. Kami berhenti bersarapan di Restoren Sg Koyan (N 04.21805, E 101.79816)(182km dr BHP)
image
Setelah bersarapan, kami menuju ke station minyak Petronas Sg. Koyan yang terletak 500m dari restoren tersebut. 
Kami memasuki simpang ke Pos Betau yang terletak berhampiran dengan Balai Polis Sg Koyan. Laluan Sg Koyan - Tanah Rata (94km) (memang mencabar dengan corner yang silih berganti. Apa lagi semua menunjukkan skill masing-masing melayan corner-corner yang menarik. Permukaan jalanraya dalam keadaan baik dan tidak berlubang. Terdapat beberapa kawasan jalan disitu yang dalam proses pembaikpulihan disebabkan tanah runtuh.
Kami melalui kawasan Cameron Highland yang agak sibuk dengan kenderaan. 
Laluan Cameron Highland - Gua Musang (112km), melalui  kawasan tanaman sayur di Blue Valley. Permukaan jalan ini berkeadaan baik, bersaiz lebar dan selesa dilalui tetapi agak “bumping”. Keadaan geografi jalan ini juga berbentuk mendaki dan menuruni bukit. Di sepanjang jalan anda  pasti akan terpesona dengan pemandangan gunung-ganang dan alam semulajadi yang dihiasi hutan hujan tropika yang menghijau dan juga liuk lentuk hutan buluh. Jalan ini agak lengang kerana tidak banyak kenderaan yang melaluinya. Kami melintasi beberapa pos orang asli, seperti Pos Blau, Pos Hendrop dan Pos Brooke. Anda hendaklah pastikan kenderaan dalam keadaan baik, mempunyai bahanapi mencukupikerana disini tiada liputan telepon dan tiada station minyak.
Corner-corner di sini juga cukup untuk meletihkan anda tapi mengembirakan.
Kami sampai di Gua Musang, jam 1 tghari. Terlalu haus!. Kami berehat seketika di Petronas Gua Musang (N04.86343, E101.95937) sambil mengisi minyak.
Perjalanan diteruskan lagi, Gua Musang - Jeli (110km). Jalan ini merupakan jalan biasa yang saya dilalui untuk pulang ke kampung saya di Tanah Merah dan Jeli. Laluannya sungguh menghijau dan jarang-jarang sekali ternampak rumah. Kami sampai di Pekan Jeli jam 2:30 petang.
Kami makan tengahari di Pekan Jeli (N 05.69081, E 101.84698).
Seterusnya kami ke station minyak Petronas Jeli untuk mengisi minyak dan bersolat jamak qasar zohor dan asar. Kami dapat perhatikan langit sudah gelap, hari hendak hujan, masing-masing sibuk mengenakan baju hujan tapi tidak bagiku.
Laluan kami Jeli - Gerik - Pengkalan Hulu - Betong (179km). Hujan lebat sepanjang jalan dengan jalan yang licin, sejuk (21.5 deg C) dan berkabus tebal menyukarkan lagi pergerakan kami terutama sekali di kawasan puncak Banjaran Titiwangsa. Corner-cornernya cukup tajam semasa menuruni dan mendaki gunung-gunung.
Kami sampai di Sempadan Malaysia- Thailand, Pengkalan Hulu jam 5:45 ptg. Proses di Immigration berjalan berjalan lancar. Kami mengambil kesempatan untuk bergambar seketika di Immigration Thailand
image
image
image
Akhirnya kami sampai di Sweet Home Hotel (N 05.77560, E 101.07014) jam 06:30 ptg setelah merentasi perjalanan sejauh 690km. Hotel kami terletak berhampiran pasar Betong.
Setelah bersiap-siap, kami keluar untuk makan malam. Terdapat beberapa buah restoren muslim berhampiran hotel kami. Menu makan malam kami; Tom Yam, Sup Tulang, Khailam Ikan Masin, Telor Dadar dan Jus pegaga. Memang best!.
image
image
Inilah jus pegaga (Baht 50/ botol), yang sungguh best; aku ingatkan air tebu.
Selepas itu kami pekena teh dan kopi bersama roti pisang dan buah mangga.
Day 2 (11 May 2014): Betong - Gerik - Kuala Kangsar - Simpang Pulai - Semenyih
Aku bangun lebih awal untuk bersolat subuh secara berjemaah di Masjid Jamek Betong yang terletak 500m dari Hotel. Masjid Al-Ahmadi, Betong (N 05.77245, E 101.06802) yang berusia 70an. Dulunya kawasan ini dikenali sebagai Kg Hj. Yakob dan terdapat sebuah Sekolah Tahfiz berhampirannya (sekarang berpindah ke tempat lain) - Berdasarkan temuramah dengan jemaah masjid.
image
image
Kami bersarapan pagi berhampiran hotel dan seterusnya membeli oleh2 untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur. Buah Mangga, Buah Mata Kucing, Ikan Masin dan Baju jadi pilihan kami.
image
image
image
Kami bersiap-siap untuk pulang.
image
image
Kami meneruskan perjalanan pulang ke rumah menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS Highway). Kami berhenti untuk makan tengahari dan bersolat di R&R Simpang Pulai.
Aku sampai di Semenyih jam 06:15 petang.

Comments