Skip to main content

Featured

Kembara Pengubat Rindu

 Kembara Pengubat Rindu Alhamdullilah, kami telah berjaya mengadakan satu pengembaraan setelah hampir 2 tahun kami tidak ride bersama-sama. Ride terakhir kami adalah Ride Himalaya pada tahun 2019. Route kami kali ini adalah: Kuala Terengganu - Sungai Petani - Hatyai - Yala - Pattani - Betong - Penang - Jeli - Kuala Terengganu Day 01: 14 May 2022 Kuala Terengganu - Sungai Petani (412 km) Kami memulakan perjalanan agak lewat sikit harini kerana aku terpaksa menunggu isteriku tiba di Kuala Terengganu dari Kuala Lumpur menaiki kapal terbang. Kapal terbang AirAsia mendarat pada pukul 10:50 pagi di lapangan terbang Kuala Terengganu. Selepas saja makan tengahari kami terus pulang rumah untuk bersiap-siap. Kami memulakan perjalanan pada pukul 12:40 tengahari. Kami melalui Banjaran Titiwangsa (Jeli - Gerik) yang mengambil masa 4 jam 30 minit untuk sampai ke Castella Cafe. Cuaca harini sungguh panas sepanjang perjalanan. Sampai di sini saja, isteriku terus terjun dalam air sungai sangat sejuk. T

RIDE KEMBARA ILMU (RKI 1), POS BUNTU, RAUB, PAHANG: 12 -14 APRIL 2014

Ride Kembara Ilmu I (RKI 1), Pos Buntu, Raub, Pahang - 12 -14 April 2014
Alhamdullilah, SSR Bikers menerusi Exco Agama dan Kebajikan telah berjaya mengadakan satu Kembara Ilmu di Pos Buntu, Raub, Pahang pada 12 -14 April 2014 yang lalu. Konsep ride yang kami ketengahkan kali ini agak berbeza daripada ride-ride yang sebelumnya kerana ia lebih menjurus kepada mendekatkan diri biker terhadap ilmu agama. Ride ini disertai oleh 14 peserta; 7 biji motor dan sebuah kereta:
  1. Hj Dol & Hjh Kak Yang - Kawasaki Versys 1000
  2. Hj Aswade & Hjh Razita - BMW R1200RT
  3. En Rosli - Kawasaki GTR 1400
  4. En Halim - Kawasaki GTR 1400
  5. En Zaimi & Pn Tasya - Kawasaki Z800
  6. En Man - CBR 1000
  7. En Radly - BMW K1600 GTL
  8. Pn Ain (Isteri Radly) bersama 2 orang anak dan pembantu rumah- BMW X5.
Jarak perjalanan (Pergi-Balik): 344 km
Hari-1 (Sabtu) 12 April 2014
Kami telah pecahkan dua tempat berkumpul (RV) iaitu; bagi biker dari Seremban, Kajang dan Semenyih; RV adalah di Lily Garden, Bangi jam 8.00 pagi manakala bagi bikers dari KL dan Gombak; RV di BHP Gombak jam 9.00 pagi.
Aku dan Team Seremban & Bangi sempat bergambar dan minum pagi di Lily Garden yang ditaja sepenuhnya oleh En. Rosli
image
image
Kami bergerak dari Bangi ke Gombak jam 8.30 pagi. Kami mengunakan PLUS Highway ke Sungai Besi dan seterusnya MRR2 untuk ke Gombak. Jalanraya agak sesak di MRR2. Kami sampai di BHP Gombak pada pukul 9.00 pagi. 
Team KL & Gombak sudah bersiap sedia menunggu kami di Dunkin Donut, BHP Gombak
image
image
image
Kami memulakan perjalanan ke Raub jam 9.30 pagi setelah doa bermusafir dibaca oleh Haji Dol selaku Ketua Biro Agama dan Kebajikan, SSR. Alhamdullilah, cuaca harini sungguh baik. Kami menemui beberapa group bikers yang dalam perjalanan ke Pantai Timur.
Encik Rosli selaku Ketua Marshall SSR telah menjalankan tugas yang terbaik bagi memastikan kelancaran konvoi. Seperti biasa aku dilantik sebagai “Sweeper”- Last biker. Alhamdullilah corner Karak kami lalui dengan sempurna.
Kami berhenti seketika di Bentong untuk membeli bahan mentah untuk dimasak disana. Kak Yang telah dilantik sebagai ketua Chef rombongan kami kali ini. Pn. Ain membantu Kak Yang untuk membeli bahan-bahan mentah yang kemudiannya diletakkan dalam kereta Pn. Ain.
image
image
Kami meneruskan lagi perjalanan ke Restoren Lemang To’ki di Bentong (N 3.554849, E101.894915) untuk “Brunch” - Breakfast + Lunch” disini. Aku dan isteri mencuba daging bakar, ayam bakar dan lemang + rendang daging. Alhamdullilah memang terbaik.
image
image
image
Kami meneruskan perjalanan ke Bandar Raub. Kami berhenti seketika di Petronas Sg Lui, Raub (N 3.815592, E 101.844470) untuk mengisi minyak. Beberapa kilometer kami bergerak Tn Halim (GTR 1400) memberi isyarat untuk berhenti di tepi jalan. Rupa-rupa motor beliau pancit tercucuk paku. Peserta-peserta kembara bersama-sama membantu beliau menampal tayar menggunakan “flat tire kit”. Kami berada disini lebih kurang 45 minit.
image
Perjalanan diteruskan kembali menuju Pos Buntu menggunakan Route C5. Kami membelok ke kanan di simpang tiga Kg. Sungai Ulu menggunakan Route C150 (N 3.976989, E 101.782959), 24km dari Raub. Kami meneruskan perjalanan menuju ke Pusat Biotek Herba, Technology Park Malaysia(TPM)(N 3.980970, E 101.746440), 5km dari simpang tiga itu. Disini adalah point terakhir untuk mendapat coverage telepon bimbit. Jadi, kami mengambil kesempatan untuk menghubungi keluarga. Kami mengambil nombor telepon polis bantuan di TPM (09-3692036); sekiranya berlaku emergency, keluarga akan menghubungi kami ditalian tersebut.
Kami meneruskan perjalanan 10km lagi untuk sampai ke Penginapan Pos Buntu (N 04.01722, E 101.68200). Kami sampai disana jam 1.30 petang. Aku dan isteri berhenti ditepi jalan untuk minum air tebu di hadapan penginapan kami. Memang terbaik!!.
Kawasan penginapan kami sungguh menarik dan menenang jiwa; dengan kehijauan tumbuh-tumbuhan, kicauan burung dan unggas serta desiran sungai membentuk satu terapi yang sungguh menyentuh jiwa. SUBHANAALLAH; itulah ungkapan yang terkeluar dari mulut kami. Anda akan berasa berada di satu planet yang lain; jauh dari bunyi enjin kenderaan yang memeningkan kepala
image
image
image
image
image
image
image
image
image
image
image
image
Kem ini boleh menempatkan seramai 150 orang dalam satu masa. Harganya berpatutan iaitu RM 25/pax semalam. Sungguh sesuai untuk Kem Motivasi dan Hari Keluarga.
Aktiviti pertama kami disana adalah mandi manda. Airnya sungguh sejuk; tak tahan nak berendam lama-lama. Antara petua yang saya pelajari, basahkan kaki terlebih dahulu sebelum terjun dalam air bagi mengelakkan sakit kepala.
image
image
Aktiviti Ke-2: Solat jamak Zohor Asar secara berjemaah yang diimami oleh Tn Hj Dol. Sesudah solat beliau memberikan sedikit tazkirah mengenai bacaan Al-Fathiha di dalam solat.
Kaum Ibu/ Muslimah terus ke dapur untuk menyediakan makan tengahari kami. Kak Yang telah dilantik menjadi master chef. Menu kami pada petang itu adalah; ikan talapia bakar, kambing bakar, ayam bakar, ikan kering pedas, asam pedas dan banyak lagi menu. Memang terbaik punya!
image
image
image
image
image
image
Setelah makan; kami ke Lata Lembik (N 03.98158, E 101.64905), 5 km dari Kem Pos Buntu. Disana terdapat sebuah perkampungan orang asli. Pemandangan disana sungguh menarik; terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan disini contohnya; menaiki ATV, berbasikal, flying fox dan berkhemah
image
image
image
image
image
SSR team telah menyewa ATV untuk meneroka Lata Lembik. Aktiviti ini diketuai oleh En. Halim.
image
Kami pulang dengan kepenatan tapi happy.
image
image
image
Kami bersolat maghrib dan isyak jamak secara berjemaah yang diimami oleh Hj Dol. Kaum ibu terus bergotong royong menyiapkan minum malam, riuh rendah mereka memecah kesunyian malam. Hidangan minum malam; kerepok, cekodok (kelantan= jemput-jemput) dan jagung bakar bersama teh ‘o’ panas dan nescafe susu. 
Kami mengambil kesempatan ini beramah mesra dengan semua ahli rombongan. Banyak topik-topik semasa yang bincangkan, hal ehwal ahli SSR dan perancangan untuk ride yang akan datang.
image
Inilah pemandangan Kem Pos Buntu di waktu malam;
image
Hari-2 (Ahad) 13 April 2014
Kami mulakan harini dengan solat subuh secara berjemaah. Menu sarapan pagi harini adalah Nasi Goreng Cina Pedas; memang berasap! 
Zaimi, Tasya dan Man terpaksa pulang terlebih awal kerana ada hal yang hendak uruskan di KL.
Haji Dol dan Che Halim ke Raub untuk menjemput Ustaz Ibrahim di sana. Kaum ibu pula bergotong royong menyiapkan juadah makan tengahari. Menu tengahari adalah: Masak Lemak Cili Api (Rebung & Ikan Talapia), Gulai Tempoyan Ikan Patin, Ulam, Budu (Kawe minat yang ni!) dan Sambal Belacan Pedas Tahap Tertinggi.
Semua ahli rombongan dan Ust Ibrahim makan dengan berselera sambil bermandi peluh, kira-kira 2 kotok tisu habis digunakan untuk mengelap peluh. Aku tidak dapat menanggung kepedasan tersebut; apo laei, den terjun sungai!..
Setelah bersiap, kami menunaikan solat jamak zohor asar secara berjemaah yang diimami oleh Ust Ibrahim. Tajuk majlis ilmu kali ini adalah “Nikmat”
image
image
Antara Isi Kandungan:
  • Pengertian Rahmah - Memerlukan kesabaran
  • Pengertian Nikmat - Memerlukan mata hati
  • Pemandangan masyarakat terhadap bikers
  • Apakah nilai sebuah keluarga?
  • Doa “Dan orang-orang yang berdoa: “Ya Tuhan kami, kurniakan lah untuk kami isteri-isteri dan anak keturunan kami yang menjadi penyejuk mata kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa”. (QS. Al-Furqan: 75)
  • Berdoa ketika berwuduk; memohon supaya diampunkan dosa.
  • Doanya sama jugak boleh digunakan oleh isteri.
  • Bangunlah waktu malam.
  • Kekayaan bukanlah kayu ukur sebuah kebahagian dalam berkeluarga.
  • Tanggungjawab suami besar terhadap sesebuah keluarga.
  • Suami adalah Raja dan Isteri adalah Pemaisuri dalam sesebuah keluarga.
  • Suami Isteri kena banyak bertolak ansur.
  • Suami sukakan seorang isteri yang manja.
  • Isteri sukakan suami yang sensitif.
  • Lidah dan Hati lah sebaik-baik dan seburuk-buruk anggota.
  • Semut adalah makhluk yang saling tolong menolong dan tidak mencuri tulang.
  • Kerosakan di Bumi, Laut dan Langit adalah berpunca dari tangan-tangan manusia yang jahat
  • Solat Mintak Hujan (Istisqad)- Perlukan hati yang bersih.
  • Motor Besar - Membazir apabila kita tak mampu tapi jangan angkuh/ sombong.
Ikuti ceramah ini di : http://youtu.be/Q_hCmd_8nd8
Setelah ceramah selesai, kami sama minum petang bersama-sama ustaz sambil berbual mengenai isu-isu semasa. 
image
Sesi photography bersama-sama Ustaz Ibrahim:
image
image
image
image
Ustaz bertolak pulang jam 5.30 petang.
Hatiku terlalu berat untuk pulang pada petang itu kerana sayu untuk meninggalkan ahli rombongan yang lain; Hj Dol, Rosli, Halim dan Radly, mereka akan pulang pada keesokkan hari. Aku terpaksa balik jugak kerana isteri mula bertugas keesokkan harinya.
Aku meneruskan perjalanan pulang jam 6.00 petang dan Alhamdullilah sampai dirumah jam 8.00 mlm setelah bersolat jamak Maghrib Isyak di Petronas, Batu 11, Cheras.
image
                                     -TAMAT-
Note: Insyallah, kami bercadang untuk mengadakan Ride Kembara Ilmu II pada 24 - 25 May 14 (Sebelum Ramadan).  
Ikuti video di :http://youtu.be/0QwRnkE1f7k

Comments

  1. salam tuan...tuan ada detail tak untuk tempat ni?

    ReplyDelete
  2. wsalam...boleh contact owner chalet, Abg Man di 013-9496803

    ReplyDelete
  3. Great Sharing and very Inspiring, Kipidap Boh!!!

    ReplyDelete

Post a Comment