Skip to main content

Featured

Kembara Pengubat Rindu

 Kembara Pengubat Rindu Alhamdullilah, kami telah berjaya mengadakan satu pengembaraan setelah hampir 2 tahun kami tidak ride bersama-sama. Ride terakhir kami adalah Ride Himalaya pada tahun 2019. Route kami kali ini adalah: Kuala Terengganu - Sungai Petani - Hatyai - Yala - Pattani - Betong - Penang - Jeli - Kuala Terengganu Day 01: 14 May 2022 Kuala Terengganu - Sungai Petani (412 km) Kami memulakan perjalanan agak lewat sikit harini kerana aku terpaksa menunggu isteriku tiba di Kuala Terengganu dari Kuala Lumpur menaiki kapal terbang. Kapal terbang AirAsia mendarat pada pukul 10:50 pagi di lapangan terbang Kuala Terengganu. Selepas saja makan tengahari kami terus pulang rumah untuk bersiap-siap. Kami memulakan perjalanan pada pukul 12:40 tengahari. Kami melalui Banjaran Titiwangsa (Jeli - Gerik) yang mengambil masa 4 jam 30 minit untuk sampai ke Castella Cafe. Cuaca harini sungguh panas sepanjang perjalanan. Sampai di sini saja, isteriku terus terjun dalam air sungai sangat sejuk. T

KEMBARA SSR: SATUN - PHUKET - HADYAI (16-20 May 2014)

KEMBARA SSR: SATUN - PHUKET - HADYAI (16-20 May 2014)
Alhamdullilah, kami telah berjaya mengadakan satu lagi acara tahunan SSR dengan kerjasama All Bikers All Riders (ABAR)(Halim Ujang) merentasi bumi Thailand yang meliputi Satun, Phuket dan Hadyai. Ride kali ini telah disertai oleh 15 orang peserta dengan 8 buah motorsikal:
1. Halim Ujang & Pn Erna- GTR1400
2. Hj Mohd Aswade Ali - RT1200
3. Derail & Pn As - GTR1400
4. Hj Dol & Hjh Kak Yang - Versys 1000
5. Man R1 & Isteri - GTR 1400
6. Annuar & Madam Yati - K1600 GT
7. Sham Canai & Anak - FZ6
8. Hj Mahyadi & Hjh Zuraini - GTR 1400
Jarak Perjalanan: 2,169km
Note: Isteriku tidak dapat hadir ride kali ini.
image
Day 1 (16 May 2014) - Semenyih - Wang Klian - Satun (660 km)
Jarak: 660km
Minyak: -
image
Permulaan kembara kami kali ini agak tidak teratur kerana terdapat masalah teknikal yang terpaksa kami diuruskan. Aku terpaksa menunggu Nuar & Madam Yati yang menaiki “towing car” bersama motornya dari Seremban ke Chear Motorrad, Puchong kerana electronic starter motornya perlu diganti. Sham Canai dan anaknya pula bertolak dari Pejabat Immigration untuk menguruskan passport anaknya. Hj dol dan isteri bertolak lebih awal ke Simpang Pulai untuk menggantikan tayar motor. Kumpulan utama yang diketuai oleh Ujang terdiri daripada Derail, Man R1, Hj Mahyadi, RV di R&R Rawang bertolak jam 9 pagi dan bertemu dengan Hj Dol di Simpang Pulai.
Aku dan Nuar bertolak dari Puchong ke R&R Rawang jam 11 pagi dan bergerak bersama Sham Canai yang telah menunggu kami disana. Kami bertiga bergerak menuju ke Utara tanah air untuk mengejar konvoi utama. Kami hanya berhenti untuk mengisi minyak sahaja (3 kali). Inilah record konvoi yang paling laju yang pernah aku sertai. Dengan purata kelajuaan 170km/jam, kami sampai ke Changlon dalam masa 4 jam.
Di Changlon, baru lah kami qadak makan tengahari. Kami bersolat jamak dan qasa di restoren tersebut.
Kami bergerak dari Changlon ke Border di Wang Kelian (N06.69671, E 100.17842) melalui Kangar, Perlis. Laluan 16 km sebelum Border agak mencabar dengan corner-corner tajam menaiki dan menuruni bukit seperti di Bukit Pai, Thailand, cuma disini laluannya agak lebar.
Kami berhenti di satu-satunya station minyak (caltex) sebelum memasuki Thailand (3km sebelum). Kami meneruskan perjalanan dan Alhamdullilah sampai ke Border jam 5.30 ptg. Border di Wang Kelian ditutup jam 6:00 ptg waktu Thailand ( 7:00 ptg Malaysia). Urusan Immigration berjalan pantas kerana tidak ramai yang memasuki Thailand pada waktu petang. Bayaran passport - RM 2 dan bayaran untuk daftar motor sebanyak RM 5 dikenakan.
image
image
Kami berhenti sekejap di deretan kedai papan berhampiran pejabat immigration.
image
image
Kami meneruskan perjalanan menuju ke Hotel Sinkiat Thani Hotel, Satun (N06.61336, E 100.06505) yang terletak 41km dari border. Pemandangan sungguh menarik dengan landskapnya yg cantik. Aku juga dapat perhatikan masjid dikiri kanan jalan (2-3km satu masjid). Majoriti penduduk disini adalah Islam. Senibina masjidnya juga unik berbeza daripada tempat lain.
Kami sampai di hotel jam 7petang.
image
Setelah bersiap, kami sama-sama berjalan kaki untuk makan malam di sebuah restoren muslim (N06.61903, E100.06580) di situ.
image
Setelah makan, kami berjalan merayau-rayau di pasar malam yang majoritinya adalah muslim.
image
Day 2 (17 May 2014) - Satun - Phuket (460km)
Jarak: 460 km
Minyak: Baht 1,220
image
Harini aku bangun lebih awal sedikit untuk solat subuh secara berjemaah di Masjid Jamek Satun (N06.61495, E100.06600).Azan subuh dapat didengari dari hotel. Jaraknya hanyalah 500m sahaja. Aku hanya berjalan kaki ke masjid.
image
image
Setelah bersiap-siap, kami bertolak ke Phuket jam 8.30pagi. Kami berhenti untuk breakfast di sebuah restoren muslim (N06.62609, E 100.06828) yang menghidangkan makanan yang menarik seperti redang ikan, gulai daging dan pulut panggang.
image
Sesudah breakfast, Hj Dol membacakan doa musafir sebelum kami meneruskan perjalanan ke Phuket.
Perjalanan diteruskan, sehingga lah kami sampai di Klongthom, Krabi. Kami makan tengahari di Restoren Muslim Kru Pee (N07.93439, E99.14490). Kami makan di bahagian belakang kedai yang cukup selesa kami makan sambil berbual-bual.
image
image
Kami meneruskan perjalanan kami. Kami terpaksa berhenti seketika di kawasan Phu Nga (N08.42109, E98.48849) kerana terlalu mengantuk disebabkan kekenyangan.
image
Kami meneruskan perjalanan, hujan turun yang lebatnya, laluan Phang Nga - Phuket terlalu licin. Kawasan ini sungguh merbahaya waktu hujan. Aku nyaris jatuh (rear slide) mengelak Nuar yang brek secara mengejut, Alhamdullilah aku cepat-cepat turunkan gear ke gear 3 (engine breking) dan motor dapat dikawal sepenuhnya. Berhati-hati, jangan brek depan secara mengejut, gunakan brek belakang dan engine breking.
Kami dapat perhatikan 2 kemalangan jalanraya yang melibatkan 4x4 terbabas disebabkan jalan terlalu licin.
image
Kami berhenti sekejap di Phuket Gateway untuk sesi photografi.
image
image
Kami sampai di Patong Heritage (N07.88999, E98.29681) pada pukul 5.30 petang. 
image
Setelah bersiap-siap, kami menaiki tuk-tuk untuk ke Restoren Kusuma Seafood (N07.89988, E 98.30051) yang terletak 2.5km dari hotel.
image
Selepas makan malam, kami berjalan menuju kedai sewa motor scooter. Aku, Rail dan Sham bersiar-siar mengelilingi Patong dan yang lain ke Massage Centre.
image
Day 3 (18 May 2014) -Phuket 
Setelah bersarapan pagi di hotel, kami mengambil kesempatan untuk bersiar-siar di kawasan Patong Beach dengan menaiki skooter.
image
image
image
image
image
Kami makan tengahari di Restoren Saveena (N07.90380, E98.30298) yang terletak 3km dari hotel.
image
Semasa menunggu hidangan sampai, kedengaran azan dari Masjid Darul Islam, Patong (N 07.90418, E98.30360). Aku serta kawan-kawan bergegas ke masjid untuk solat berjemaah disana yang terletak berhadapan dengan restoren tersebut. Senibina masjid sungguh cantik.
image
image
Setelah selesai makan tengahari kami menyambung balik aktiviti meronda-meronda. Seterusnya kami ke Karon View Point (N07.79740, E98.30235) untuk melihat pemandangan cantik dari puncak Karon. Kami melalui kawasan berbukit-bukit untuk ke sana
image
image
image
Seterusnya kami ke sebuah padang sasar menembak yang terletak dikaki bukit selepas menuruni Puncak Karon. Hj Dol, Sham, Nuar dan Hj Madi tidak melepaskan peluang untuk mencuba menggunakan senjata api.
Seterusnya kami menuju ke warung goreng pisang (N07.80837, E98.33723). Ummh best.
image
Selepas itu kami semua ke Laem Promthep Cape (N 07.76317, E98.30598) untuk memerhatikan pemandangan matahari terbenam dua kali. Ramai pelancong dan penduduk tempatan yang sama-sama menunggu dengan sabar tapi sayang sekali, haritu ianya tidak berlaku.
image
image
Seterusnya kami menuju ke Masjid Nuruddee Neeyah (N07.81037, E98.33708) untuk bersolat jamak qasar magrib dan isyak.
image
image
Aku berkesempatan berbual-bual dengan Imam Masjid tersebut, Haji Suhur yang fasih bercakap dalam Bahasa Melayu. Menurut beliau, terdapat 56 buah masjid di Pulau Phuket dan 30% penduduknya adalah muslim.
Seterusnya kami ke Bazaar Naka (N 07.88107, E98.36631). Ia merupakan bazaar yang terbesar di Phuket. Terdapat banyak gerai-gerai beratap zing yang menyediakan 1001 macam jenis barangan. Sungguh meletihkan.
image
Akhirnya kami pulang ke Patong Beach untuk menghantar balik motor yang kami sewa. Aku sampai di hotel jam 11mlm. Hari yang sungguh memenatkan.
Day 4 (19 May 2014) - Phuket - Hatyai 
Jarak: 440 km
Minyak: Baht 800
image
Setelah siap bersarapan, kami bersiap-siap untuk ke Hatyai. Terdapat sekumpulan pelancong dari China menghampiri kami untuk bergambar.
image
Kami juga mengambil kesempatan untuk bergambar “group foto” sebelum bertolak.
image
Setelah doa perjalanan diaminkan, kami bertolak menuju ke Pejabat Phuket Bike Week (N07.92429, E98.37148) untuk membeli t-shirt dan cenderahati.
image
image
Kami meneruskan perjalanan dan singgah untuk makan tengahari di sebuah R&R di Trang (N7.56090, E99.71494) yang menyediakan aneka makanan halal yang sedap.
image
R&R ini juga menyediakan surau untuk kemudahan pelanggannya yang singgah disini. Kami bersolat Zohor dan Asar disini.
image
Kami berehat disini seketika, sambil berbual-bual dan gelak ketawa bagi melepaskan lelah menunggang motorsikal.
image
Kami meneruskan lagi perjalanan kami, sehinggalah sampai di BP Grand Tower Hotel (N7.00258, E100.47188) jam 6.15 petang.
image
Lepas meletakkan barang ke bilik, aku turun ke bawah untuk menolong Rail membaiki motornya. Fuel Filternya tersumbat. Beliau cekap betul, memang gaya mekanik pro!.
Kami makan malam di Kelantan Restoren, Hatyai. Sesudah makan, kami ke kedai-kedai untuk membeli oleh-oleh untuk bawa pulang ke rumah.
Kami pulang ke hotel jam 12 malam.
Day 5 (20 May 2014) - Hatyai - Semenyih
Jarak: 630 km
Kami bersarapan pagi di Restoren Kelantan. Man mengajakku ke Pasar Hatyai untuk membeli Lesung yang dikirim oleh adiknya. Kami menaiki tuk-tuk untuk kesana. Kami mengambil kesempatan ini untuk memenuhkan lagi boxes motor kami.
Kami bertolak jam 11.30 pagi dari Hatyai ke Sadao (Dannok).
image
Kami sampai di Dannok jam 12.30 tghari. Kami singgah di AC Sticker & Silkscreen (N06.52559, E100.41915) untuk membuat sticker plate motor Thailand
image
image
Urusan di Immigrasi Malaysia-Thailand berjalan dengan lancar. Pengunjung pun agak lenggang mungkin disebabkan keadaan politik di Bangkok yang tidak stabil.
Kami meneruskan perjalanan pulang.
Alhamdullilah, aku sampai di Semenyih jam 11.00 malam.
-TAMAT-

Comments