Skip to main content

Featured

Kembara Pengubat Rindu

 Kembara Pengubat Rindu Alhamdullilah, kami telah berjaya mengadakan satu pengembaraan setelah hampir 2 tahun kami tidak ride bersama-sama. Ride terakhir kami adalah Ride Himalaya pada tahun 2019. Route kami kali ini adalah: Kuala Terengganu - Sungai Petani - Hatyai - Yala - Pattani - Betong - Penang - Jeli - Kuala Terengganu Day 01: 14 May 2022 Kuala Terengganu - Sungai Petani (412 km) Kami memulakan perjalanan agak lewat sikit harini kerana aku terpaksa menunggu isteriku tiba di Kuala Terengganu dari Kuala Lumpur menaiki kapal terbang. Kapal terbang AirAsia mendarat pada pukul 10:50 pagi di lapangan terbang Kuala Terengganu. Selepas saja makan tengahari kami terus pulang rumah untuk bersiap-siap. Kami memulakan perjalanan pada pukul 12:40 tengahari. Kami melalui Banjaran Titiwangsa (Jeli - Gerik) yang mengambil masa 4 jam 30 minit untuk sampai ke Castella Cafe. Cuaca harini sungguh panas sepanjang perjalanan. Sampai di sini saja, isteriku terus terjun dalam air sungai sangat sejuk. T

TRAVELOG: KEMBARA KE NEGARA SEJUTA GAJAH (LAOS) 22-30 NOVEMBER 2014

TRAVELOG: KEMBARA KE NEGARA SEJUTA GAJAH (LAOS) 22-30 NOVEMBER 2014

Alhamdullilah kami telah berjaya melakukan satu lagi pengembaraan solo berpasangan pada 22-30 November 2014. Kali ini kami memilih Laos sebagai destinasi kami. Laos juga dikenali sebagai Negara Sejuta Gajah. Pengembaraan kami meliputi Malaysia, Thailand dan Laos sejauh 5,661km. Perjalanan yang mencabar dengan laluan offroad, keadaan jalanraya yang tidak sempurna dan jarak yang jauh. Pemandangan yang menarik bisa memukau pandangan sesiapa yang memandangnya.



Day 1: Semenyih – Surathani (859km / 12 hours) – 22 November 2014

Kami memulakan perjalanan kami jam 7.15 pagi setelah doa bermusafir dibaca. Cuaca di sepanjang jalan agak baik. Kami berhenti seketika di R&R Jejantas Sungai Buloh (03.18764N, 101.58607E) untuk bersarapan pagi, kami pekenakan nasi lemak terakhir sebelum memasuki Thailand.




Perjalanan diteruskan lagi sehingga Pekan Changlon untuk makan tengahari di Restoren Haji Johari (06.36426N, 100.42285E). Kami tiba disana jam 12.45 tengahari.


Seterusnya kami ke Changlun CNT Enterprise (06.42480N, 100.42855E) untuk urusan insuran motor dan form Arrival/ Departure (Form Putih). Aku telah menukar ringgit ke Thai Baht terlebih awal, semasa di Kuala Lumpur untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang masalah di Border nanti.


Di border Bukit Kayu Hitam – Sadao agak sesak, ini mungkin disebabkan cuti sekolah telah bermula dan ramai penduduk Malaysia bercuti di Thailand berutamanya di Bandar Hadyai. Setelah passport di cop dan satu salinan borang TM2 (Border Pass) diserahkan kepada pegawai kastam di Kaunter 7 dan satu lagi salinan dibawa bersama untuk diserahkan kepada Kastam di Border Nong Kai nanti.

Kami telah disambut dengan hujan rahmat sejurus menjejakkan kaki di bumi Thailand, sekurang-kurangnya dapat menyejukkan sedikit tubuh kami yang kepanasan.

Perjalanan diteruskan lagi sehingga Pekan Thung Song. Kami berhenti sekejap di gerai buah-buahan ditepi jalan. Isteriku memang pencinta buah-buahan tempatan Thailand. Kami membeli sebiji buah tembikai kuning tapi yang isinya berwarna merah yang dibawa dari Chiang Mai. Di Malaysia memang kita tidak ketemuinya.


Kami berhenti di station minyak PTT, Thung Song (08.15782N, 99.66610E). Disini terdapat 2 buah restoren muslim Pattani. Makanannya sungguh enak sekali. Aku bersolat jammak zohor asar di surau sementara disini. Kami membungkus terus makanan untuk makan malam dan sarapan pagi keesokkan harinya untuk mempercepatkan perjalanan kami.


Perjalanan diteruskan lagi menuju ke Hotel The O Valley Boutique (09.06778N, 99.17348E) di Surathani. Kami sampai disana jam 7:15 malam.



Day 2: Surathani - Saraburi (835km / 12 hours) – 23 November 2014

Kami memulakan perjalanan kami jam 6.30 pagi setelah solat subuh dan bersarapan pagi dengan bekalan yang kami bawa dari Thung Song semalam. Kami memecut laju menyusuri Lebuhraya 41 dan Lebuhraya 4 (Highway 41 & 4) menuju ke Nakhon Pathon melalui, Daerah Chumphon, Prachuap Khiri Khan, Petchaburi dan Ratchaburi. Setelah sampai di Nakhon Pathon, kami membelok ke kiri menyusuri Route 321 untuk sampai ke Bandar Suphonburi.



Kami terus menuju ke Masjid Nurur Rahman, Suphonburi (14.48658N, 100.12207E) jam 5.30 petang untuk menunaikan tanggungjawab solat jamak Asar-Zohor di sana. Aku bersalaman dan beramah mesra dengan Imam masjid yang berkerakyatan Myanmar, Haji Ahmad dan seorang jemaah di sana, Encik Bila yang berkerakyatan Pakistan dan berkahwin dengan penduduk tempatan. Kami berdialog dalam bahasa Arab dan Urdu, yang aku pelajari semasa bertugas di beberapa buah Negara Timur Tengah dan di Karachi, Pakistan.



Mereka menunjukan kami sebuah restoren muslim disini yang terletak 1km dari masjid. Restoren ini (14.49325N, 100.13101E) menyediakan berbagai pilihan masakan Muslim-Thai. Kami makan tomyam dan daging black pepper. Sungguh enak tapi disebabkan keletihan selera makan kami tiada. Kami membungkus sedikit makanan untuk makan malam kami di Saraburi nanti.


Perjalanan masih lagi berbaki 160km ke Saraburi. Hari sudah gelap. Kami mengagahkan diri menuju ke Saraburi yang mengambil masa 2 jam untuk sampai ke sana menerusi Route 329. Kami dapat perhatikan sawah padi di kiri kanan jalan. Terlalu banyak serangga yang berterbangan menuju terus ke arah lampu motor dan helmet kami. Aku terpaksa menghidupkan foglight di tepi injin untuk menarik perhatian serangga untuk ke bawah.

Isteriku sudah tidak dapat menahan kepenatan kerana menempuhi satu perjalanan yang terlalu jauh dan meletihkan. Akhirnya kami sampai di Bandar Saraburi jam 9.00 malam. Kami terus mencari Saraburi Garden Resort, malang sekali buat kami, coordinate yang diberikan adalah salah hinggakan kami terpaksa menyusuri jalan off-road sejauh 5km dari jalan utama yang sungguh mendebarkan kerana terlalu gelap dan sunyi. Kami membuat keputusan untuk mencari hotel yang lain yang berhampiran dengan Bandar Saraburi. Dua tiga kali kami berpusing-pusing disini, akhirnya kami bertemu Hotel Kyu On (N 14.52265, E 100.91323).

Kami berdua berasa sungguh penat, hanya Allah sahaja yang tahu.


Day 3: Saraburi - Vientiane, Laos (546km / 7 hours) – 24 November 2014

Harini dimulakan dengan solat subuh berjemaah di Masjid Mabadunbari, Saraburi (N 14.52534, E 100.91325). Hospitality jemaah Islam Thailand memang terbaik, walaupun dibatasi perbezaan bahasa mereka tetap melayan tetamu dengan baik, itulah sunnah Nabi. Abdul Latif dan Muhamad belanjaku makan char kue cicah dengan teh tarik berhampiran pasar basah Saraburi. Selepas itu aku membawa isteriku sekali lagi ke gerai char kue tersebut.





Kami meneruskan perjalanan kami menuju ke Vientiane dengan melewati beberapa buah bandar besar iaitu Nakhon Ratchasima, Khon Kaen, Udon Thani dan Nong Kai. Highway #2 merupakan highway 2 lanes yang sangat lurus dengan kiri dan kanan jalan bendang padi yang luas. Membuatkan anda cepat mengantuk. Cuaca harini agak baik. Banyak kali terserempak dengan lori dan bas membuat u-turn dengan separuh badan kenderaan menutupi satu lane, berhati-hati.



Kami sampai di Nong Kai (Sempadan Thailand-Laos), urusan immigration Thailand berjalan lancar. Seterusnya merentasi "Thailand-Laos Friendship Bridge". Urusan Immigration dan Register motor di Laos mengambil masa 1 jam, dikenakan bayaran sebanyak 25,000 kip (~ RM10) dan insurans motor (20,000 kip). Bagi yang first timer yang bawa motor, kena ambik masa sikit, sebab kena dapatkan signature pegawai kastam untuk register masuk kenderaan ke Laos. Disini duit Thailand Baht masih lagi diterima. Insurans boleh dibeli disini, terdapat banyak kaunter insuran yang terletak bertentangan dengan kaunter Immigration. Terdapat 2 money changers di sini, yang digantungkan label "OPEN" tapi memang tiada orang. Pintu masuk Laos ditutup jam 6 pm waktu Laos (7pm Malaysia)



Kami seterusnya menuju ke Ibu Negeri Laos, Vientiane bermulakan episod pemanduaan sebelah kiri. Mula-mulanya agak janggal juga tapi lama kelamaan ianya menjadi biasa. Waktu maghrib disini agak awal lebih kurang pukul 6.45 ptg waktu Malaysia. Kami terus bergegas ke Masjid Jamek Vientiane (N 17.96468, E 102.60899) kerana kami belum lagi bersolat jammak asar-zohor. Aku beriktikaf disini sambil menunggu masuk waktu Maghrib untuk solat berjemaah. Imamnya Haji Hafiz, berkerakyatan India yang menetap di sini. Saya boleh perhatikan kebanyakan jemaahnya berasal dari India dan Pakistan.




Episod mencari hotel satu hal lagi, entah berberapa kali round kami tawaf Vientiane pun aku tak ingat. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk makan malam terlebih dulu di Restoren Fathima (N 17.96324, E 102.60572) yang menyediakan makanan ala Indian/ Malaysia dan Laos. Boleh bagi 3 bintang lah. Rupa-rupanya Vientiane Star Hotel (N 17.96419, E 102.60574) berada di belakang Restoren Fathima sahaja.




Kami berehat secukup-cukup di sini. Alhamdullilah


Day 4: Vientiane – Mountain Phoukhoun (258km / 7 hours- 1300m above sea level) – 25 November 2014

Aku menunaikan solat subuh secara berjemaah di Masjid Azhar, Vientiane (N 17.98111, E 102.60063). Masjid ini terletak 500m dari jalan utama, terpaksa melalui jalan offroad. Masjid lebih kecil berbanding Masjid Jamek Vientiane tetapi bilangan jemaahnya lebih ramai, yang kebanyakkannya adalah penduduk tempatan. Sempat minum kopi bersama jemaah kariah disini. Imam bernama Hj Ahmad. Menurut beliau terdapat hanya 150 keluarga sahaja muslim keseluruhan bandar Vientiane dan 4 keluarga di Luang Phrabang. Di seluruh Laos hanya ada 2 masjid sahaja, Masjid Jamek, Vientiane dan Masjid Azhar, Vientiane.







Harini kami mengambil kesempatan untuk ronda-ronda Bandar Vientiane yang penuh bersejarah. Tempat yang pertama kami lawati adalah Pasaraya terbesar disini, Talat Seo Mall (N 17.96544, E 102.61349). Kami juga mengambil kesempatan ini untuk membeli oleh-oleh di sini. Di sini juga terdapat sebuah restoren halal, Restoren Al Farook (Indian Food) dan terdapat sebuah surau di sini.  






Kemudian ke Patuxay atau juga dikenali juga dengan “Victory Gate”.  Kebetulan semasa bergambar disini, kami menemui crew Television China CCTV 9 sedang melakukan pergambaran. Mereka menjemput kami untuk ditemuramah.






Setelah bergambar disini kami terus ke Embassy Malaysia di Laos (N 17.97289, E 102.62251) untuk mendapatkan surat sokongan dari kedutaan untuk meneruskan pengembaraan ini. Terima kasih tak terhingga kami buat warga kerja Kedutaan Malaysia di Laos terutamanya Pn. Ayu.




Kami seterusnya bersarapan di Nazim Restaurant (Indian Muslim Food) (N 17.96496, E 102.60284) yang terletak tidak jauh dari hotel yang kami menginap.



Setelah bersiap-siap kami meneruskan perjalanan ke Luang Prabang jam 12:15 tengahari. Jalanraya berdebu kuning kemerahan. Pada 68km pertama, jalanraya agak ok walaupun berlubang sini sana. Lubang dapat diperhatikan dari jauh dengan debunya. Terdapat banyak kereta dan lori. Disini memang tidak ada langsung line tengah, kena main agak-agak. Pemandu tempatan mengelak jauh sekiranya mereka berselisih dengan motorsikal sehingga masuk dalam line arah bertentangan. Terdapat banyak kawasan jalanraya yang ditambak dengan gravel bersaiz 1mm, cukup merbahaya sekiranya brek emergency. Kelajuaan maksimum disini yang boleh dibuat rekod bagiku adalah 80 km/jam. Sungguh meletihkan.



Kami sampai di Vang Vieng jam 3 petang, Subhanallah, sungguh cantik pemandangan semulajadinya dengan lanskap deretan bukit-bukau yang berlapis-lapis dengan sawah padi di kaki bukit. Terasa hilang kepenatan tadi sekelip mata. Kami berhenti untuk refuel di IndoChina Petro Station, kami bertemu dengan pengusahanya, Mr. Sid, sungguh baik hati orangnya, memberikan kami mineral water yang sejuk. Kami berehat seketika disana sambil berbual-bual dengan Sid sekeluarga. Disini hanya minyak RON 91 sahaja yang jual dengan harga lebih kurang RM 2.85 per liter.


Seterusnya kami berhenti di sebuah station minyak di Kasi. Kami meminta izin tuannya untuk menumpang solat jammak zohor dan asar. 



Kami meneruskan perjalanan yang sungguh mencabar dan mendebarkan. Cabarannya 2 kali ganda hebatnya dari laluan Mae Hon Song – Pai, dengan corner menaik dan menuruni bukit berlubang dengan lori makan jalan. Terdapat banyak penempatan dikiri dan kanan jalan. Mereka mandi secara berjemaah di salur air khas ditepi jalan. Kami bertemu dengan group Gold Wing Singapore dalam 10 buah motor, kami hanya boleh hon sesama kami, kerana tidak memungkinkan kami untuk parking dan bersalaman dengan mereka. Jalan terlalu teruk, bertanah liat kering yang membentuk alur sekaki dalam sambil mengelak lori datang laju dari arah bertentangan, kami nyaris terjatuh, sambil berdoa dan menguatkan sebelah kaki untuk mengimbangi berat berat motor dengan muatan penuh. Rasanya berat kami, motor dan muatan mencecah 450kg.



“Ihfazillah yah Fizka”- (Sekiranya kamu menolong Allah, Allah pasti akan menolong kamu) itulah yang terkeluar dari mulut ini. Allah selamatkan lah kami.

Hari semakin gelap, jam sudah menunjuk 7.00ptg, Luang Prabang yang menjadi target kami masih lagi 120km dihadapan. Keadaan jalan yang masih teruk, jadi kami melupakan hasrat utk bermalam di Luang Prabang. Dimana mahu cari hotel ditengah-tengah hutan. Allahuakbar! Kami berhenti betul2 di hadapan sebuah guesthouse, KSK Guesthouse (N 19.44555, E 102.42620) dan hanya tinggal satu bilik sahaja untuk kami. Kami bermalam di kawasan pergunungan Phoukhoun. Harga sungguh murah 50,000 kip (RM 20). Tidak ada kipas serta air-cond, kerana udara di sini sudah cukup sejuk (14 degree). Ketinggian di sini mencecah 1300m dari aras laut. Sujud syukur kami pada Allah kerana menyelamatkan kami.






Day 5 - Mountain Phoukhoun - Luang Phrabang (127km / 4.5 hours) – 26 November 2014

Kami memulakan perjalanan jam 7.00 pagi setelah bersarapan pagi dengan nasi dan kari daging segera Brahim yang ku bawa dari Malaysia.




Pengembaraan kami sekali lagi diuji apabila sebuah lori yang sarat dengan muatan tersadai ditengah-tengah jalan sehinggakan menutupi dua-dua lorong, terlekat dalam tanah liat yang dalam. Alhamdullilah dengan bantuan orang tempatan akhirnya aku dapat keluar mengikuti celah-celah rumah dan mereka terpaksa menebang dahan pokok yang menghalang laluanku. Jalannya terlalu licin dengan lumpur yang tebal.


Kabus yang tebal menghadkan penglihatan kami ditambah pula dengan laluannya menuruni dan mendaki gunung-ganang membuat aku terpaksa menghidupkan keenam-enam spotlight dan strobe light untuk alert kan pemandu. Suhu disini mencecah 10 degree, kaki isteri ku cramp beberapa kali kerana kesejukkan.




Pemandangan bukit bukau yang berkabus disini sungguh cantik. Kami menemui beberapa buah penempatan di sini. Ramai kanak-kanak berwajah ceria dengan berunifom sekolah menuju ke sekolah dengan berjalan kaki dan berbasikal. Mereka melambai ke arah kami.




Alhamdullilah kami selamat sampai Luang Phrabang jam 11.15 pagi selepas hempas pulas menghabiskan deretan gunang-ganang dengan ketinggian max 1375m dari aras laut.

Cuaca di Luang Phrabang sungguh baik dan sejuk. Suhu disini sejuk sedikit dari Cameron Highland di Malaysia. Luang Phrabang telah digazetkan sebagai World Heritage oleh UNESCO. Terdapat ramai tourist2 dari Europe yang datang ke sini.

Kami makan tengahari di satu-satunya restoren muslim disini, Restoren Nisha (N 19.88614, E 102.13618) yang menyajikan makanan india muslim. Makanannya lebih best berbanding 2 restoren india muslim di Vientiane (Fathima dan Nazim) tapi alkohol (arak - Beerleo) masih lagi dijual disini. Aku dapat perhatikan bilangan penduduk tempatan yang merokok adalah terlalu kecil disini.


Kami check in di Sabaidee Guesthouse (N 19.88415, E 102.13344) (+/- RM 75/ day). Kami mengambil kesempatan untuk berehat seketika disini. Kemudian aku bawa Motor RT ku mandi selepas 2 hari berhempas pulas menjalankan tugasnya dengan sempurna.


Kami mengambil kesempatan di sini untuk membasuh semua pakaian kotor kami. Disini menyediakan perkhidmatan dobi yang pantas.


Di sebelah petangnya kami ke Night Market yang menjual beraneka kraftangan tempatan.




Day 6 - Luang Phrabang - Boten - Luang Namtha (335km – 9 hours) – 27 November 2014

Kami memulakan perjalanan jam 7.00 pagi. Ini merupakan kemuncak pengembaraan kami yang sungguh mencabar. Laluannya boleh dibahagikan kepada tiga bahagian:

1.    Luang Phrabang – Pak Mong (115km) - Jalan bertar dan beberapa tempat dalam pembaikpulihan jalanraya. Laluan ini menyusuri sungai Nang Ou.




2.    Pak Mong – Oudomxay (96km) – 100% Offroad yang sungguh mencabar. Jalan ini masih lagi dalam pembinaan, terlalu licin. Aku tidak dapat mengawal motor kerana tayar motorku telah disaluti dengan lumpur sehingga kami berdua terjatuh disini. Terdapat banyak trailer-trailer dan Kenderaan 4x4 yang dipandu laju menyebabkan kepulan asap debu menutupi pandangan kami. Beberapa kali juga jalan ditutup untuk memberi laluan kepada jentolak untuk meratakan tanah-tanah disitu.










3.     Oudomxay – Luang Namtha (124km) – Jalanraya yang bertar menyusuri likuan berbukit yang tidak mempunyai penghadang tepi jalan. Kami dapat melihat sebuah pick-up terjatuh ke dalam gaung sedalam 500m. Sungguh mengerunkan ditambah pula kebanyakan kenderaan makan jalan diselekoh-selekoh tajam. Tidak ada kaki lima jalan untuk kes-kes emergency. Penduduk tempatan terutamanya kanak-kanak suka bermain-main diatas jalan ini, ada yang berbaring dan berlunjur kaki diatas jalanraya. Fokus, berhati-hati dan bersabar diperlukan apabila anda melalui jalan ini.


Kami sampai di Boten, sempadan Laos-China jam 3.00 petang. Kami berhenti seketika disini untuk mengambil gambar. 




Seterusnya kami menuju ke Bandar Luang Namtha yang terletak 30km dari Boten. Kami mencari hotel disini yang menyediakan perkhidmatan wi-fi yang percuma. Akhirnya kami menemui Zuela Guesthouse (N 21.00281, E 101.40897) jam 4.00 petang.



Setelah solat jamak, kami keluar untuk membasuh motor yang terlalu kotor. Kami juga bersiar-siar mengelilingi Bandar Luang Namtha. Bandarnya agak kecil jika dibandingkan Luang Phrabang. Tidak ada sebuah restoren muslim pun disini. Kami terpaksa makan bekalan yang kami bekalkan dari Luang Phrabang. Kami ke pasar malamnya untuk membeli buah-buahan.



Harini kami dapat berehat lebih lama sedikit. Alhamdullilah.


Day 7 - Luang Namtha – Nakhon Sawan (867km – 13.5 hours) – 28 November 2014

Kami memulakan perjalanan jam 7.30 pagi. Kami meneruskan perjalanan dari Luang Namtha ke Huang Xai (Border Laos-Thailand) sejauh 176km. Jalanrayanya bertar melalui kawasan pergunungan yang berkabus. Terdapat beberapa buah penempatan yang lebih moden disepanjang jalan. Kami sampai di Border jam 10.00 pagi.






Urusan Kastam dan Immigration berjalan lancar tetapi kami dikehendaki membayar sebanyak RM 100 (250,000 kip) untuk pegawai kastam escort kami sampai ke Pintu Gerbang Thailand di Chiang Kong (1 km).






Urusan immigration di Thailand berjalan lancar. Kami dikehendaki mengisi borang TM2, menyerahkan satu salinan passport dan satu salinan geran motor.

Kami melalui Highway 1 dari Chiang Rai menuju ke Lampang untuk makan tengahari di sana. Kami sampai di Lampang jam 3.00 petang. Kami bercadang untuk makan di Restoren Nara yang terkenal dengan gulai ayam kampong, malang sungguh kerana restoren ini ditutup pada hari Jumaat.

Kami menemui sebuah lagi restoren muslim di sini, Restoren Punnee (N 18.29183, E 99.51401) yang menyediakan masakan muslim thai.






Kami meneruskan perjalanan dari Lampang ke Nakhon Sawan. Kami sampai di sana jam 9.00 malam, mencari hotel yang berhampiran dengan masjid, akhirnya kami menemui Hotel 42C (N 15.71999, E 100.11697).

Kami mengambil kesempatan untuk berehat secukup-cukupnya.

Day 8 - Nakhon Sawan – Surathani (872km – 13.5 hours) – 29 November 2014

Aku bersolat subuh secara berjemaah di Masjid Pakistan, Nakhon Sawan (N 15.70368, E 100.13743) yang terletak ditengah-tengah Bandar Nakhon Sawan. Kebanyakkan ahli Jemaah berasal dari Pakistan yang menetap di Thailand. Aku juga melawat di sebuah lagi Masjid Pakistan (Education) (N 15.71942, E 100.11474) yang terletak 500m dari hotel kami menginap.




Seterusnya aku serta isteri bersarapan pagi di Restoren Aminyan (N 15.72072, E 100.11687) yang menyediakan nasi ayam, mee sup dan char kue berserta air soya panas yang best. Berhampiran restoren ini terdapat 2 buah restoren islam lagi yang menyediakan menu untuk sarapan pagi.




Kami meneruskan perjalanan melalui beberapa buah Bandar antaranya Uthai Thani, Chai Nat, Sing Buri, Ang Thong, Pathum Thani, Nonthaburi, Samut Sakhon, Samut Songkram, Phethaburi dan Prachuap Khiri Khan. Secara kebetulan kami bertemu dengan Hj Estima dan kawan-kawan yang dalam perjalanan pulang dari 1000 corners.

Beliau mengajak kami makan tengahari di sebuah R&R PTT Cha’am (N 12.81566, E 99.94210) menyediakan masakan Patani yang sungguh lazat. Kami juga bersolat secara berjemaah di surau bersebelahan dengan restoren tersebut.




Setelah bersalam-salaman, kami meminta diri untuk meneruskan perjalanan kami ke Surathani yang masih berbaki 500km lagi. Mereka ingin melawat Pantai Hua Hin.

Kami meneruskan perjalanan sehingga Chumphon. Kami berhenti seketika di R&R Khun Sarai untuk makan dan berehat.



Kami sampai The O Valley Boutique di Surathani jam 9.00 malam.




Kami berehat secukup-cukupnya.


Day 9 – Surathani - Semenyih (888km – 13.0 hours) – 30 November 2014

Perjalanan hari terakhir diteruskan lagi pada pukul 7.30pagi. Kami bersarapan pagi Restoren Muslim di Phatthalung (N 07.49351, E 100.0693). Kami bertemu dengan Encik Osman, pemandu lori yang berasal dari Patani yang kami pernah bertemu dengannya di Restoren Nara di Lampang sebelum ini.


Perjalanan diteruskan lagi menuju Sadao. Kami berhenti seketika di Restoren Nurlaila Sadao untuk menghilang haus.



Urusan immigration dan kastam berjalan lancar.


Kami meneruskan perjalanan pulang ke Semenyih. Alhamdullilah kami sampai di teratak kami di Semenyih jam 8.30 malam.
                                                            ----TAMAT------





Comments

  1. Kak Mahh....Allah Maha Hebat....Kami hanya dapat berusaha dan berdoa sahaja

    ReplyDelete
  2. Tahinah Haji, kongsi cerita, dan dokumen yg seharusnya disediakan oleh rider, bagus untuk new rider..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Wow.... Memang hebat. Info yang banyak menolong saya. Saya kena try ni...

    ReplyDelete
  5. Insyallah.....saya hanya berkongsi pengalaman...sekurang-kurangnya ada sikit guide

    ReplyDelete
  6. thank you for visit out restaurant (Fathima Restaurant) Lao PDR , Vientiane .

    ReplyDelete

Post a Comment