Skip to main content

Featured

Kembara Pengubat Rindu

 Kembara Pengubat Rindu Alhamdullilah, kami telah berjaya mengadakan satu pengembaraan setelah hampir 2 tahun kami tidak ride bersama-sama. Ride terakhir kami adalah Ride Himalaya pada tahun 2019. Route kami kali ini adalah: Kuala Terengganu - Sungai Petani - Hatyai - Yala - Pattani - Betong - Penang - Jeli - Kuala Terengganu Day 01: 14 May 2022 Kuala Terengganu - Sungai Petani (412 km) Kami memulakan perjalanan agak lewat sikit harini kerana aku terpaksa menunggu isteriku tiba di Kuala Terengganu dari Kuala Lumpur menaiki kapal terbang. Kapal terbang AirAsia mendarat pada pukul 10:50 pagi di lapangan terbang Kuala Terengganu. Selepas saja makan tengahari kami terus pulang rumah untuk bersiap-siap. Kami memulakan perjalanan pada pukul 12:40 tengahari. Kami melalui Banjaran Titiwangsa (Jeli - Gerik) yang mengambil masa 4 jam 30 minit untuk sampai ke Castella Cafe. Cuaca harini sungguh panas sepanjang perjalanan. Sampai di sini saja, isteriku terus terjun dalam air sungai sangat sejuk. T

KEMBARA MATAKU BIRU


KEMBARA MATAKU BIRU

FRANCE - SWITZERLAND - GERMANY - NETHERLANDS - BELGIUM - UK




Alhamdullilah, kami berdua berkesempatan untuk mengembara lagi. Kali ini kami mengembara ke  6 buah negara Europe iaitu France, Switzerland, German, Holland, Belgium dan United Kingdom selama 14 hari.

Kami mengikuti rombongan "Trip Kekawan" yang turut disertai 2 lagi keluarga bersama kami, iaitu Keluarga Masrizal dan Keluarga Erfieza yang baru kami kenali dalam rombongan ini. Azli pun sebagai wakil dari Trip Kekawan menjadi tourist guide dan pemudahhcara untuk melancarkan pengembaraan kami kali ini.

Method pengembaraan kami kali ini adalah dengan memandu kereta di sepanjang perjalanan. Perjalanan kami sejauh 3,442 km terasa begitu pantas.

Day
From
To
Distance
1
Kuwait
Paris
0
2
Paris
Paris
0
3
Paris
Paris
78 km
4
Paris
Colmar
468 km
5
Colmar
Wilderswil
258 km
6
Wilderswil
Stuttgart
382 km
7
Stuttgart
Koln
470 km
8
Koln
Amsterdam
441 km
9
Amsterdam
Amsterdam
123 km
10
Amsterdam
Bruges
441 km
11
Bruges
London
244 km
12
London
London
69 km
13
London
Paris
462 km
14
Paris
Kuwait
6 km






Total
3,442 km

Ianya merupakan satu pengembaraan yang cukup menarik buat kami dan teman-teman. Terdapat  beberapa pemerhatianku di negara-negara ini yang aku sharekan dibawah ini:

France
  • Visa on Arrival untuk pemegang passport Malaysia untuk kesemua negara-negara Europe.
  • Negaranya cukup menarik dan mempunyai nilai-nilai sejarah cukup banyak seperti Eiffel Tower, Museum yang boleh di ekses dengan menggunakan perkhidmatan Big Bus.
  • Sistem pengangkutan yang baik seperti train / bas meliputi keselurahan Kota Paris.
  • Masalah terbesar kami berada di sini adalah perasaan tidak selamat seperti pick pocket menyebabkan spoil mood terutamanya ditempat-tempat orang ramai. Anda harus berhati-hati. Mengikut pendapatku, kerajaan Perancis harus meletakkan Tourist Police ditempat tumpuan pelancong. Tindakan meletakan papan tanda memberi peringatan kepada pelancong bukanlah cara effektif untuk menangani masalah ini.
  • Banyak warga kota Paris menggunakan scooter kecil (berdiri) untuk bergerak di sekitar kota.
  • Makanan halal senang untuk diperolehi di sini.
  • Pemanduan di Paris - Left Hand Drive, pemandu-pemandu bertimbang rasa
Switzerland
  • Lanskap muka bumi yang sungguh cantik. Pemandangan hijau dengan gunung-gunang, tasik yang biru dan kawasan yang bersalji cukup menenangkan jiwa.
  • Barang2/makanan sedikit mahal jika dibandingkan dengan France.
  • Jangan lepaskan peluang untuk menaiki train menuju ke puncak tertinggi di Europe iaitu Jungfrau Joch.
  • Makanan halal senang diperolehi; masakan Indian juga boleh diperolehi disamping makanan Turkish.
  • Pemanduan - Left hand drive. Budaya pemandu di sini mereka memberi laluan/keutamaan kepada kenderaan yang menyusur masuk ke jalan utama.
  • Insyallah kami akan datang lagi ke sini.
Jerman
  • Kami tidak sempat untuk melawati tempat-tempat menarik di sini. Masa banyak dihabiskan dijalanan.
  • Pemandu-pemandu di sini memang terbaik. Mereka cukup bertimbang rasa, anda boleh perhatikan apabila kesesakan berlaku di Highway, mereka akan menghimpit kenderaan masing-masing ke tepi bagi memberi laluan kepada ambulans atau polis/bomba walaupun tiada kecemasan.
  • Terdapat highway yang anda boleh pecut selaju mana yang anda hendak, unlimited. Tol mereka free of charge tapi masalahnya; malam tiada langsung lampu di highway. Memang gelap gulita. Walaupun highway free tapi anda harus membayar toilet 0.7 euro (0.5 euro refundable ) kalau anda shopping dalam mini mart R&R tersebut.
Neitherland/ Holland / Belanda
  • Negara yang palingku suka sepanjang trip kali ini. Dari segi lanskap, unsur-unsur sejarah, masyarakat dia memang terbaik.
  • Seluruh negara anda akan temui parit dan terusan dimana-mana sahaja.
  • Keunikan kincir angin.
  • Masyarakat mereka mengamalkan budaya sihat. Penggunaan basikal di mana-mana sahaja. Lebih banyak basikal dari kereta di Kota Amsterdam. Terdapat laluan khas buat basikal (siap dengan trafic light) dan parking khusus buat basikal.
  • Parking kereta di Kota Amsterdam agak mahal.
  • Insyallah kami akan datang lagi pada musim yang lain bagi melihat keindahan ladang tulip.
Belgium
  • Tidak banyak tempat yang kami lawati di Belgium. Kami hanya sempat singgah di Atominium dan Brugge.
  • Pemanduan - Seperti negara Europe yang lain. 
UK
  • London memang menarik untuk dilawati. Banyak tempat-tempat tumpuan pelancong di sini.
  • Makanan halal senang diperolehi terutamanya masakan Malaysia.
  • Pemandu-pemandunya kurang sabar jika dibandingkan dengan negara Europe. Mungkin juga disebabkan ramai yang telah migrate ke UK.
  • Terdapat charge of Congestion yang harus anda bayar sekiranya anda memasuki Kota London dengan kereta. 
Gambar Team


Banyak kenangan indah yang kami share sama-sama semasa pengembaraan ini. Terima kasih tidak terhingga buat Mas, Wiwi, Fieza, Aini, Azli, Mirul dan anak-anak. Aku abadikan gambar masing-masing di sini untuk dibuat kenangan. Insyallah satu masa nanti semoga Allah pertemukan kita di pengembaraan-pengembaraan yang lain.

a. Keluarga Masrizal:
Dari Kiri: Masrizal (Mas), Hariz, Wahida (Wiwi), Cahaya dan Indah.

b. Keluarga Erfieza
Dari kiri: Aurora, Aini, Uzma, Erfieza, Adzkia dan I'zzah.

c. Keluarga Azlin
Dari kiri: Amirul dan Azlin

d. Keluarga Aswade
Dari Kiri: Aswade dan Razita

Day 01 – Friday, 29 Nov 2019
Paris, France

Penerbangan kami menuju ke France pada pukul 5:30 pagi dengan menaiki penerbangan Qatar Airline. Hairul menghantar kami ke Airport pada pukul 2:15 pagi. Alhamdullilah mujurlah Hairul ada, kami hampir-hampir terlepas dek kerana ketiduran. Kebetulan Hairul ingin mengambil keluarganya yang baru sampai di Kuwait pada pukul 3:00 pagi. 

Lapangan terbang Kuwait pada dinihari memang lenggang, urusan di immigration dan kastam berjalan dengan lancar. Cuma isteriku harus melalui security  check yang lebih lama gara-gara memakai Lumbor Support kerana sakit pinggang.

Kami membantu keluarga Hairul untuk mempercepatkan urusan visa anak-anak di Kaunter Visa Application di bahagian dalam airport.






Penerbangan Kuwait – Doha, Qatar (QR-1077) mengambil masa 1 jam 15 min dan sampai pada pukul 6:55 pagi di sana. Kami agak terkejar-kejar kerana masa transit terlalu singkat iaitu 30 minit sahaja. Kami berlari-lari menuju ke pintu A5 yang kedudukannya agak jauh dari pintu yang kami landing tadi.

Penerbangan seterusnya adalah Qatar – France (Paris CDG)(QR-0039). Kami berlepas pada pukul 8:05 pagi dan penerbangan mengambil masa selama 6 jam 45 minit. Kami bertemu beberapa orang Malaysia dalam penerbangan yang sama.


















Hotel Premiere Classe

Kami sampai di Terminal 1 pada pukul 2:51 petang. Urusan di immigration dan kastam berjalan lancar. Kami mengaktifkan simcard kami yang telah kami beli secara online sebelum ini untuk memudahkan urusan kami di sini. 

Kami seterusnya menuju ke Terminal 3 dengan menaiki train yang terletak di level 2, Terminal 1, CDG Airport. Train ini free. Aku membeli 2 daily pass yang berharga Euro 17.80 satu untuk perkhidmatan unlimited train untuk satu hari.

Gambar di bawah: Lift dari Arrival (level 5) ke Shuttle Trains (level 2) di Terminal 1


Gambar di bawah: Laluan ke Airport Shuttle Trains (level 2) untuk menukar train ke RER (Reseau Express Regional) atau bermakna "Regional Express Network".



Laluan Airport Shuttle dari Terminal 1 ke Terminal 3 untuk menaiki RER train.

Dalam train
Kaunter Ticket di Terminal 3. Anda boleh membeli nya di kaunter ataupun di mesin yang disediakan berhadapan dengan kanter ini.

Daily pass untuk Zone 1-5 berharga Euro 17.80. Ianya bukan terhad kepada train sahaja, untuk bas pun boleh dipakai.
Anda boleh dapatkan map jaringan train di http://www.ratp.fr/en/plans . Station Parc des Expositions.

Hotel Premiere Classes Roissy - Villepinte Parc des  Expositions. Perhatikan baik-baik nama penuh hotel ini kerana terdapat 3 buah cawangan hotel premiere classes di sekitar CDG airport.
Kami menaiki train RER, B3 menuju ke Station Par De Exposition iaitu station pertama dari Terminal 3. Lokasi hotel Premiere Classe yang agak strategic. Untuk sampai ke hotel, kami hanya berjalan 100 meter sahaja.

Arc de Triomphe

Perbezaan masa diantara Malaysia dengan Paris adalah 7 jam (GMT +1) lewat dari waktu Malaysia dan 2 jam lewat dari Kuwait (GMT +3). Setelah solat Asar dan Zohor secara jamak dan qasar di hotel, kami keluar semula menuju Station Parc des Expositions menuju ke Station Chatelet Les Halles (Line B). 

Kami menghayati pemandangan luar Paris menerusi jendela train. Perjalanan mengambil masa selama 30 minit. Station Chatelet Les Halles agak sibuk kerana terdapat banyak connecting train di sini. Memang cukup confuse. Kebanyakan pengguna train berkejar-kejaran menuju ke train masing-masing di tambah pula ianya peak hour dimana kebanyakan penduduk kota berasak-asak untuk ke rumah masing-masing.














Kami turun di sini dan menukar train Line A, menuju ke Station Charles de Gaulle Etoile. Train yang kami naiki ini merupakan train 2 tingkat. Inilah pengalaman pertama kali kami menaiki seumpamanya. 


Station Charles de Gaulle Etoile terletak 2 station. Kami bergambar dihadapan Arc de Triomphe.




































Arc de Triomphe yang telah siap dibina pada tahun 1836 (30 tahun pembinaan) merupakan salah satu monument yang terkenal di Paris ianya terletak di Champs-Elysee Avenue. Ianya dibina bagi memperingati kematian tentera-tentera Perancis semasa French Revolutionary dan Nepoleonic Wars.


Kami menyaksikan perbarisan memperingati pejuang-pejuang Perancis di Arch de Triomphe pada malam itu.


Big Bus Night Tour

Kami sebenarnya sedang menunggu Big Bus untuk night tour pada pukul 8:15 malam disini. 

Masa ada lagi sejam, so aku mengajak isteri ku untuk makan malam di sekitar Champs Elysse. Kami bertemu dengan sebuah restoren Lubnan, Le Lebon yang menjual sharwarna. Kami menikmati makan malam dan tengahari kami di sini.

Kami kembali semula ke Bus Stand untuk Big Bus dan kami dapati sudah ramai pelancong-pelancong yang sedang beratur untuk menaiki Big Bus. 


Pemandangan Paris pada waktu malam cukup mengkagumkan. Bangunannya dibina secara teratur dan tersusun. Pemandangan bot dengan penumpang di tengah-tengah Sungai Seine cukup indah apabila disimbahi lampu-lampu neon. 

Kami melalui beberapa tempat-tempat menarik di sekitar Paris antaranya Eiffel Tower, Louvre Museum, National Museum dan lain-lain lagi.

Pemandangan jambatan-jambatan yang merentasi Sungai Seine yang sungguh cantik di waktu malam.
Tugu Jeanne d'Arc

Hotel des Invalides
Hotel des Invalides

Eiffel Tower akan memancarkan cahaya selama 5 minit untuk setiap jam. Tower ini bergemerlapan dengan cahaya berwarna keemasan


Video berada di dalam big bus

Night Tour ini mengambil masa selama 2 jam.

Kami berhenti pada pukul 10:15 malam. Kami kembali menaiki train untuk menuju ke hotel. Train memang lenggang pada waktu malam.

Kami sampai di hotel pada pukul 11:30 malam.

Cost
1. Breakfast – 4 kd (euro 12.00)
2. Train – euro 35.60
3. Dinner – euro 22.48
4. Mineral Water – euro 7.00

Total = Euro 77.08

Day 02 – Saturday, 30 Nov 2019
Paris, France

Kami keluar dari hotel agak lewat sedikit harini kerana hari semalam agak penat travelling dari Kuwait. Kami terlebih dahulu bersarapan pagi dengan memakan nasi bersama serunding daging yang dibawa dari Kuwait. Pada pukul 10:00 pagi, kami bergerak keluar dari hotel. Kami bertemu dengan Azli, tourist guide kami yang baru sahaja sampai di hotel pagi ini. 

Setelah berbual-bual seketika dengan beliau, kami bergegas ke station keretapi untuk menuju ke Station St. Michael Notre-Dame. Kami membeli daily pass.


Notre Dame Cathedral

Kami berjalan kaki menuju ke Notre Dame dari station train dan melintasi Sungai Seine dengan menggunakan jambatan. Pemandangan indah di pagi hari.


Notre Dame merupakan sebuah Cathedral Roman Catholic yang tertua di Kota Paris. Senibinanya sungguh cantik. Cathedral ini ditutup untuk proses pembaikpulihannya. 

















Kami berjalan-jalan disekitarnya dan berhenti di sebuah kedai cenderamata iaitu Quasimodo Souvenirs untuk membeli fridge magnet sebagai tanda kenang-kenangan kami di Paris ini. Aku bergambar dengan penjualnya, Faisaludin yang berasal dari India. Beliau memperingati ku agar-agar berhati-hati dengan pick pocket yang ramai berkeliaran di Kota Paris. 






Big Bus

Big Bus menawarkan 2 route untuk penumpang-penumpangannya iaitu Red Route dan Blue Route. Kami hanya sempat menaiki bas Red Route sahaja kerana kesuntukan masa. Map Big Bus (Red Route) adalah seperti dibawah:
Big Bus - Red Tour :

Station #01: Tour Eiffel
Station #02: Champ De Mars
Station #03: Opera Garnier
Station #04: Louvre - Pyramide
Station #05: Louvre - Pont des Art
Station #06: Notre-Dame
Station #07: Musee D'Orsay
Station #08: Champs-Elysees
Station #09: Grand Palais
Station #10: Trocadero

Seterusnya aku berjalan kaki menuju ke Bus Stop Big Bus (No.6) untuk menaikinya. 

Kami mendapat peluang untuk berada dibahagian atas depan bas tersebut. 

Kami menikmati pemandangan Kota Paris pada waktu pagi. Kami melalui station Musee D’Orsay, Champs-Elysee, Grand Palais, Trocadero, Eiffel Tower, Champ De Mars, Opera Garnier sebelum berjalan kaki turun  di station Louvre Museum.

Pemandangan sepanjang Sungai Seine yang berhampiran Catheral Notre Dame.


















Assemblee Nationale
Grand Palais 












Trocadero

Eiffel Tower

Hotel des Invalides
Bridge Pont Alexandre III
Academic Nationale de Musique























Video:

Louvre Museum

Kami solat jamak disini (sambil duduk). Terdapat penjual buah berangan bakar di sini kami membelinya dengan harga Euro 3:00. 





Kami sampai agak lewat di sana dan terdapat sedikit masalah pada ticket yang kami tempah sebelumnya. Jadi, kami beratur untuk mendapatkan ticket yang lain. Harga dikenakan sebanyak Euro 15.00 per pax dan Euro 5.00 untuk headphone. 

Museum ini terlalu luas. Ia merupakan sebuah istana iaitu Louvre Palace yang telah dibina pada penghujung abad ke-12 oleh King Philip II sebelum ianya ditukarkan kepada Museum Seni pada tahun 1793 semasa zaman French Revolution. 

Ianya ditutup setiap hari selasa dibuka pada pukul 9:00 pagi sehingga 6:00 petang (Khamis, Sabtu dan Ahad) dan 09:00 pagi sehingga 09:45 malam (Rabu dan Jumaat).

Museum ini merupakan museum seni terbesar di dunia dan paling ramai pengunjung yang datang dari segala pelusok dunia dengan purata tidak kurang 8 juta pengunjung setiap tahun. Ia mempunyai ruangan galeri seluas  72,000 meter persegi dan terdapat 35,000 bahan pameran di sini. Sekiranya anda berhenti 10 saat untuk semua bahan pameran, anda memerlukan 96 jam (4 hari) untuk menghabiskan semuanya!. Mau termuntah dibuatnya.

Gambarajah kawasan museum seperti di bawah. 
Ianya terletak ditebing sungai Seine. Pintu masuknya melalui Pyramid kaca. Anda perlu beratur panjang di sini untuk security check yang agak ketat. Anda boleh membeli ticket secara online di link ini:

https://www.ticketlouvre.fr/louvre/b2c/index.cfm/home 

Anda juga boleh membeli ticket di automatic machine dan di kaunter ticket yang terletak di Level -2.

Automatic machine
Kaunter Ticket

Koleksi-koleksi di simpan pada 5 tingkat iaitu  pada Tingkat -2, -1, 0, 1 dan 2. Terdapat bilik pameran yang diberikan nombor-nombornya. Tingkat-tingkat ini berhubung diantara 3 wings iaitu:

  • Sully - diberi sempena nama Chief Minister of King Henri IV (1559-1641).
  • Denon - diberi sempena nama Director Museum Louvre yang pertama, Denon (1747-1825).
  • Richelieu- diberi sempena nama Chief Minister of King Louis XIII (1585-1642).
Tingkat-tingkat di Louvre Museum adalah seperti berikut:


Level -2: Reception Area & Exhibitions
Ia level ini terdapat tempat reception, kaunter jualan ticket, bilik air, kedai-kedai, exhibition hall dan pintu masuk ke Sully, Denon dan Richelieu wings dengan menggunakan escalator.




















Level -1: Museum & Exhibitions












Pengembaraan bermula di sini. Dengan berbekal alat bantuan headphone, kami memerhatikan dari satu koleksi ke koleksi yang lain sambil mendengar penerangan di headphone.

















Ini terdapat sculptures dari Sepanyol (Kurun ke-11-15 Masihi), Northern European (Kurun ke-12-16), Italy (Kurun ke-11-15), Islamic Art (Kurun ke-7-19), Roman Empire dan Mesir.


Level 0: Museum (Ground Floor)












Disini tersimpan art dan sculptures dari:

  • Africa, Asia, Oceania, Americas, Europe dan Roman (Denon Wing)
  • Greek, Egyptian dan Near Eastern (Sully Wing)
  • France dan Near Eastern (Richelieu)
Di level ini terdapat pelbagai patung-patung yang ukir begitu seni pada batu-batu yang berwarna putih dari pelbagai tempat. Anda boleh perhatikan pada patung dibawah ini. Betapa teliti ukiran kedutan pada kain, memang seakan-akan kain betul.

Video: 

Antara yang menarik adalah patung dewa Victory of Samothrace (Nike of Samothrace)(Kurun-2) di atas kapal yang diambil dari kerajaan purba Greek yang masih dikekalkan, kedua-dua sayapnya masih ada walaupun kepalanya sudah hilang. Mengikut penceritaan dari Headphone di mana pantung ini mengambarkan dewa Victory yang turun ke atas kapal Greek untuk menunjukan tanda kemenangan  buat mereka. 

Level 01: Museum

Tingkat ini pula mempamirkan lukisan-lukisan, barang purba dan seni-seni dekorasi seperti dibawah:

  • Sully Wing- Greek & Roman Antiquities, Egypt Antiquities dan Seni dekorasi dari Europe.
  • Denon Wing - Terdapat lukisan-lukisan dari Sepanyol, France, Italy dan Galeri d'Appolon. Gambar Mona Lisa boleh ditemui disini (Room 711)
  • Richelieu Wing- Seni dekorasi dari Europe.
Video:
Gambar-gambar:






Level 02: Museum














Barang-barang pameran hanya diletakkan pada Sully Wing dan Richelieu Wing sahaja pada level 2. Terdapat ribuan lukisan-lukisan dari France yang dipameran di sini. Motive lukisan mereka lebih berasaskan lukisan wanita.  Aku dapat perhatikan terdapat banyak lukisan yang menunjukkan gambar perempuan yang tidak berpakaian dan seksi dipamerkan di sini.

Gambar-gambar:





Video:

Kami bergegas keluar pada pukul 6:00 petang setelah tamat waktu lawatan harini. Kami terasa sungguh penat berada disini selama hampir 4 jam berjalan melihat pelbagai koleksi di sini.

Location Louvre Museum.


Restaurant Nur Malaysia

Next kami bergerak menuju ke Nur Malaysia di Paris yang terletak di Rue Ordener. Kami menaiki Metro berhampiran museum iaitu Station Palais Royal Musee du Louvre (M1) ke Concorde. 


Train agak penuh ketika itu, kami terpaksa menunggu beberapa kali train datang penuh. Isteri ku hampir tersempit dipintu train gara-gara tidak lepas. Dari Station Concorde, kami menukar train metro M1 kepada M12 menuju ke station Jules Joffrin. 

Gopro aku hampir-hampir dirompak untuk pick pocket perempuan di dalam train tersebut, Alhamdullilah aku sempat memegang gopro dan menolak tangannya. Teknik yang dipakainya adalah dengan menggunakan beg kain yang tebuk dibahagian bawahnya, lalu tangannya dimasukkan kedalam beg tersebut dan menarik dompet/barang2 mangsa tanpa di disedari oleh mangsa.

Aku sempat merakam video perempuan dan teman lelakinya yang telah gagal dalam percubaannya setelah aku menjerit dan menolakkan tangan perempuan (memakai topi) tersebut. Sehingga semua mata tertumpu pada mereka.
Setelah sampai di Station Metro Jules Joffrin, kami berjalan kaki menuju ke Restoren Nur Malaysia yang terletak 500m dari station tersebut. Isteriku sudah tidak lagi dapat menahan kepenatannya untuk berjalan kaki. Aku terus memujuk beliau dan memberi kata-kata semangat sehinggalah sampai di sana.

Isteri ku memesan Nasi Goreng Kampung dan aku pulang bihun sup dan satey. Kami sempat berbual-bual dengan Khairuddin yang telah 3 tahun berkerja disini dan Idris, seorang penduduk tempatan yang telah berkahwin dengan pekerja/ tukang masak Restaurant Nur Malaysia. 
  


 
Anak sepupu ku, Rahimi telah menghubungi ku dan aku terus mengajak beliau ke restaurant tersebut. Hampir sejam kami menunggu beliau yang menaiki train dari La Defence. Beliau sudah berkerja 4 bulan di sini setelah menamatkan pengajian degree dan masternya di Toulouse, France.
Kami berbual-bual sambil menikmati murtabak ayam dengan the tarik. Aku diminta untuk menandatangani buku pelawat di restaurant ini. Aku hanya menampal sticker Touring Couple Rider dalam buku tersebut.
Setelah selesai kami menaiki bas No.31 di bus stop berhampiran restaurant menuju ke Station Gare du Nord (RER). Dari sini kami menaiki RER Line B untuk ke Station Parc de Exposition. Dek kerana gelap dan tiada pengumuman dalam train kami telah terlajak sehingga Station terakhir Aeroport Charles de Gaulle. Kami turun dan menaiki train di sebelah sana.

Kami sampai di hotel pada pukul 11:00 malam.



Cost:

1. Train – Euro 35.60
2. Fridge Magnet – Euro 20.00
3. Museum Lovre Entrance Fee – Euro 40.00 (15x2+ 2x5)
4. Buah berangan bakar – Euro 6.00
5. Dinner – Euro 38.50

Total = Euro 140.10

Day 03 – Sunday, 01 Dec 2019
Paris, France

Pengembaraan bermula pada pukul 09:30 pagi. Dari pagi lagi hujan turun dengan renyai-renyai cukup untuk menyebabkan suhu semakin rendah dengan 4 degree. Kami menaiki train menuju ke Terminal 2, Charles de Gulles Airport untuk mengambil kerana telah ditempah oleh Team Trip Kekawan bulan lepas dengan menaiki train (RER) dan kemudiaannya menaiki tube train. 
Hujan turun dengan renyai-renyai.
Kami membeli ticket satu hala ke Airport CDG.




Kami telah menuju ke syarikat kereta sewa “Enterprise”. Aku telah diberikan sebuah kereta kecil berjenama Fiat, Model 500 yang berinjin diesel, tapi malangnya kereta yang aku dapat agak kotor, aku menyuruh mereka untuk membersihkannya sebelum diserahkan kepadaku. 

Pembayaran tambahan telah aku buat untuk menukarkan kepada basic insurance kepada full coverage insurance dan perkhidmatan GPS dengan bayaran sebanyak Euro 360.50 dan bayaran deposit sebanyak Euro 250 dikenakan. Oleh kerena kami terpaksa menunggu mereka membasuh kereta mereka telah membelanja kami kopi.

Eiffel Tower
Eiffel Tower adalah sebuah menara besi yg terletak di Champ de Mars bersebelahan dengan Sungai Seine, Paris. Ianya merupakan symbol/ icon Kota Paris. Namanya diambil sempena nama juruteranya yang bernama Gustave Eiffel. Dibina pada tahun 1889 (130 tahun) dengan ketinggian 324 m yang merupakan bangunan tertinggi di Paris and yg kedua tertinggi (free-standing structure) di France.

Kami meneruskan menaiki kereta tersebut menuju ke Eiffel Tower kerana kami telah membeli ticket menaiki Eiffel Tower pada pukul 3:15 petang. Kami parking kereta dikawasan berhampiran Eiffel Tower.
Pada setiap hari Ahad parkingnya adalah percuma. Aku mengambil kesempatan untuk bergambar di hadapan Eiffel Tower. Teman ku Zaki yang juga kebetulan dalam percutian bersama keluarga di sini telah menghubungiku, malangnya talian internet ku agak teruk ketika itu dan aku terpaksa berkejar menuju Paris City Vision untuk menukarkan voucher kepada ticket. Ianya terletak berhampiran Eiffel Tower, hanya berjalan kaki sejauh 250m dari tower tersebut.



Kami telah dihampiri beberapa orang perempuan yang melakukan scam, mereka menggunakan teknik meminta tandatangan dalam masa yang sama team mereka akan cuba mencopek anda (pick pocket), Mereka akan menghampiri anda dan berkata, “Can you speak English”. Aku just say “No!”. Awas! Yang aku pelik kenapa pihak kerajaan Perancis tidak mengambil tindakan dalam usaha membenteras jenayah ini. Ianya telah sungguh memalukan. Sepatutnya mereka meletakan pondok-pondok Tourist Police di serata tempat yang menjadi tumpuan pelancong. Mereka hanya meletakkan signboard memperingatkan pelancong supaya berhati-hati dengan Pick Pocket dan bukannya penguatkuasaan.

Anda dapat melihat ramai penjual-penjual replica-replica Eiffel Tower yang majoritynya berkulit gelap yang aku rasa mereka ini berasal dari Afrika. Normally yang pick pocket pulak berkulit putih.

Kami menunggu lebih daripada setengah jam di Office Paris City Vision. Agent mereka telah membawa kami ke entrance Eiffel Tower. Terdapat 2 security check point sebelum menaiki lift ke Level 1 dan 2. Liftnya seumpama kereta kabel bukit bendera yang mana ianya bergerak secara selanting pada peringkat awal dan kemudiannya menaik secara menegak. Kami menaiki level 2 terlebih dahulu. Untuk pengetahuan anda sekiranya anda berhenti di tower 1. Tiada perkhidmatan lift untuk naik ke tingkat 2, anda harus menaiki tangga dengan hampir 400 anak tangga untuk sampai ke situ tetapi perkhidmatan untuk turun dari level 1 disediakan.

Kami berada di level 2, bergambar dan merekod video. Suhu agak sejuk diatas ditambah pula dengan angin yang bertiup agak kencang. Kami bergambar di sini. 












Aku masuk ke Galery jualan untuk membeli bendera France di sini dengan harga 4.95 euro.

Kami beratur agak lama juga untuk turun ke bawah kerana terdapat ramai pengunjung yang datang pada masa tersebut.
















Location Eiffel Tower

Paris River Cruise

Kami sampai dibawah pada pukul 5:00 petang.
Cenderamata dijual laluan pejalan kaki berhampiran Eiffel Tower. Majoriti penjualnya berkulit gelap.
Kami bergegas menuju ke Big Bus Station No.1 (Eiffel Station) untuk menanyakan mengenai tempat untuk menaiki River Cruise Boat yang diberi kepada pemegang ticket deluxe Big Bus secara percuma. Mereka mengarahkan kami untuk ke Kaunter Boat No.3 iaitu Croisiere Bateux Parisiens, bahagian bawah bridge yang berhadapan dgn Eiffel Tower.

Map Paris River Cruise










Pengalaman menyusuri Suine River sungguh menarik pada waktu malam dengan kemeriahan lampu-lampu pada bangunan dikedua-dua tebing sungai. Terdapat dua buah pulau besar pada sungai ini iaitu Ile de La Cite dimana La Conciergerie & Cathedral Notre Dame yang terletak dan Ile St-Louis

Dari River Cruise ini anda boleh perhatikan beberapa lokasi tumpuan pelancong di Paris dari arah Sungai Seine iaitu Les Invalides, Museum d'Orsay, Institut de France, La Conciergerie & Cathedral Notre Dame (Pulau Ile de La Cite), Museum Louvre , Place de Concorde, Grand Palais dan Palais de Chaillot sebelum berhenti di jeti Eiffel Tower 

Perjalanan ini mengambil masa selama 1 jam. Kami duduk dek atas sambil melihat keindahan sungai dan bangunan dari arah sungai sehingga cruise membuat pusingan u-turn.

Gambar seperti bawah.






















Pemandangan Cathedral  Notre-Dame dari pandang Sungai Seine.
Pemandangan Louvre Museum dari pandang Sungai Seine.

Kami masuk ke dek bawah setelah cruise u-turn kerana isteriku tidak tahan lagi dengan kesejukan ditiup angin malam yang terlalu dingin.

















Sayang di dalam cruise tidak terdapat cafe yang menjual minuman panas.

Setelah sampai di Jetty Eiffel Tower, kami bergambar disini dengan berlatarbelakangkan tower tersebut.

Location Croisiere Bateux Parisiens

Restaurant Nur Malaysia

Pada pukul 6:00 petang kami telah bersetuju untuk makan malam di Nur Malaysia Restaurant yang terletak lebih kurang 20km dari Eiffel Tower. Kami makan nasi ayam, cucur udang dan pengat pisang. Wah memang sedap. Ketika kami sampai terdapat ramai pelanggan yang datang ke situ. Sungguh membanggakan, ramai juga rakyat tempatan yang telah datang ke sini untuk merasai masakan rakyat Malaysia. 
Sesudah makan aku bergambar dengan Khairuddin pekerja di Restaurant Nur Malaysia yang berada disini selama 3 tahun.


Kami seterusnya menuju ke Champs Elysees untuk menukarkan wang sebanyak 500 Turkish Lira (500 Lira = Euro 53.22) dan 500 Dollar America (USD 400 =  Euro 373.63) kepada Euro di International Currency Exchange kerena kami akan memulakan perjalanan ke negara lain pada esok hari. Tax yang kenakan apabila anda menukarkan wang agak mahal dalam 11-18 % dari jumlah tukaran.

Kami seterusnya pulang ke hotel dan  sampai pada pukul 10:30 malam.

Cost

1. Train – Euro 8.70 (Euro 4.35 x2)
2. France Flag – Euro 5.00
3. Mineral Water – Euro 5.20
4. Insurance dan GPS – Euro 360.50 (share - 120 per person)
5. Dinner – Euro 22:00
Total = euro 401.40

Day 04 – Monday, 02 Dec 2019
Paris – Colmar (468 km)(8 jam perjalanan)

Kami bangun agak awal harini iaitu pada pukul 5:00 pagi kerena perjalanan kami pada harini akan bermula pada pukul 7:30 pagi. Terlebih dahulu isteri sudah menyiapkan sarapan pagi kami. Harini menunya adalah nasi putih dengan serunding daging.
Setelah solat dan bersarapan pagi, aku membawa bag-bag kami masuk ke dalam kereta.

Pada pukul 7:00 pagi kami semua berkumpul di lobby hotel untuk mendengar taklimat dari ketua rombongan iaitu Saudara Azli. Sesi taklimat telah dimulakan dengan memperkenalkan diri masing-masing dan seterusnya mengenai perjalanan yang bakal kami tempuhi pada harini. Bacaan doa menutup sesi taklimat tersebut. Kami bergambar dahulu sebelum memulakan perjalanan.
Aku dan Isteri bersama Amirul (Anak kepada Azli) akan menaiki kereta yang sama. Aku akan menjadi pemandu kereta sepanjang trip kali ini. Pada jam 7:30 pagi tayar kereta bergolek meninggalkan kota Paris menuju ke Colmar yang merupakan sempadan kepada 3 buah negara iaitu Perancis, German dan Switzerland. 

Konvoi kali ini disertai oleh 3 buah kenderaan iaitU:
1. Kereta #1: Mercedes: Azli & Erfieza sekeluarga.
2. Kenderaan #2: Ford: Masrizal sekeluarga
3. Kenderaan #3: Fiat 500 : Aku, Isteri dan Amirul.

Map perjalanan adalah seperti dibawah ini:
Semasa kami keluar dari hotel Priemere Classe suasana masih gelap kerana matahari naik pada pukul 8:20 pagi. Perjalanan keluar dari Paris kami dihidangkan dengan pemandangan kawasan ladang cukup luas di kiri dan kanan jalan. 

Stop Point No. 01 (08:32 am) : Station Minyak Intermarche (N 49.026657, E 3.023879). Kami berhenti seketika untuk mengisi minyak kereta masing-masing. Aku mengisi minyak diesel (Gazole) 15.86 liter dengan harga Euro 22.97 (Euro 1.45 per liter).


Pemandangan ladang yang luas berterusan sehingga lah kami sampai di Highway A4. Mataku tidak tahan silau apabila matahari memancar sinarnya pada pagi ini, sehingganya GPS pada handphone ku tidak kelihatan dengan jelas.

Stop Point No. 02 (09:19 am) : R&R Aire de Tardenois-Sud (N 49.125878, E 3.537045). Kami berhenti disini untuk bersarapan pagi. Aku mengambil kesempatan untuk mengisi minyak yang hampir separuh tangki.

Aku juga membeli air dan kerepok (lays)(Euro 13.35) dan kami minum pagi di Casino café di dalam R&R (Euro 7.80).

Kami meneruskan perjalanan sehingga exit Highway A4. Bayaran tol yang dikenakan adalah Euro 6.50. Pembayarannya dibuat dengan menggunakan mesin vendor tiada penjaga tol.

Stop Point No. 03 (12:48 am) : R&R Aire de Toul (N 48.661587, E 5.908537). Tangki kereta kami agak kecil, so memang cepat habis. Aku mengisi minyak di station minyak BP yang terdapat di R&R ini (Euro 24.39 untuk 14.97 liter)(Euro 1.63 per liter). Aku mengambil kesempatan untuk membeli sunglass di sini dengan harga Euro 21.00).


Kami meneruskan perjalanan menuju ke Colmar. Laluan berliku dengan pokok-pokok pine tumbuh dilereng bukit. Yang mengerunkan ku adalah tiada langsung guard rail disepanjang laluan ini dan permukaan jalanraya juga agak basah dan kelihatan licin. Trauma ku pada cerun bukit masih lagi tebal dimana aku  pernah kemalangan motorsikal di kawasan pergunangan menuju ke Bandar Abbas, Iran. Aku memandu kereta dengan kelajuaan 40-50 km/jam menyebabkan bersusun kenderaan berbaris di belakang ku. Kesian mereka.

Video:

Part 01:

Part 02:


Ternelia Le Grand Hotel (Parking: N 48.039471, E 7.134974)

Kami berhenti seketika di hadapan Chalet Hotel le Collet (N 48.054441, E 7.004730) apabila terlihat salji memutih ditepi jalan. Mengambil gambar di sini, seketika. 



Perjalanan diteruskan lagi menuju ke Ternelia Le Grand Hotel (Parking: N 48.039471, E 7.134974) di Munster, France. Kami di sampai di sini pada pukul 3:24 petang.

Part 03:
Setelah check in kami bergegas ke bilik untuk solat jammak Zohor dan Asar. Suasana dah mulai gelap, suhu di adalah 0 degree C. Isteri tersangat lapar, apa lagi, dia terus membuka periuk nasi dan zass..kenyang Alhamdullilah nasi dgn serunding sekali lagi.

Part 04:

La Petite Venise (Parking: N 48.074162, E 7.356760)

Pada pukul 4:15 petang kami semua keluar ke La Petite Venise (Parking: N 48.074162, E 7.356760). La Petite Venise menerima jolokan sebagai little Venice di France kerena terdapat sungai yang ditebing pula terdapat rumah-rumah seperti yang kita lihat di Bukit Tinggi, Pahang. 

Perjalanan ke La Petite Venise dari hotel:

Cukup menarik tetapi sayang, waktu kami sampai suasana sudah gelap tapi kawasan tersebut telah diceriakan dengan lampu yang pasang di sekitarnya. Terdapat banyak gerai-gerai disini yang menjual pelbagai barangan tempatan yang bertemakan Hari Krimas.

Kami bergambar di sini.





Persiapan Christmas di Colmar.


Location La Petite Venise:

Kalkan Doner


Kami terus ke sebuah makanan halal Turki iaitu Kalkan Doner yang menyediakan masakan ala Turki. Kami memesan satu set shawarma ayam (kami share) dengan 2 cawan teh dengan harga Euro 13.00. 



Syawarma Ayam
Location Kalkan Doner
Kami bergambar dihadapan restaurant.
Setelah kami berjalan perlahan-lahan menuju ke parking sambil menikmati keindahan kawasan ini pada waktu malam. Terdapat sebuah gereja Roman Catholic tua, Church St Martin yang ditelah dibina pada tahun 1230 -1360.










Aku mengambil kesempatan untuk membeli satu fridge magnet di sini dengan harga Euro 4.00.

Setelah kami pulang ke hotel untuk berehat dan sampai di hotel pada pukul 7:30 malam.
  
Cost

1. Minyak – Euro 22.97 + Euro 24.39 = Euro 47.36 (Euro 15.80 per person)
2. Meals - Euro 13.35 (jajan) + Euro 7.80 (breakfast) + Euro 13.00 (dinner) = Euro 34.15
3. Tol - Euro 6.50 (Euro 2.00 per person)
4. Lain-lain - Euro 21.00 (sunglass) + Euro 4.00 (fridge magnet) = Euro 25.00
  
Total: Euro 113.01   

Day 05 – Tuesday, 03 Dec 2019

Colmar, France – Wilderswil, Interlaken, Switzerland (258 km)

Harini juga kami bangun awal. Isteriku panaskan nasi yang kami masak dari Paris tempoh hari. Alhamdullilah selesaikan sarapan pagi, kami solat subuh dan terus bersiap untuk memasukkan beg kedalam kereta. Suhu sangat sejuk, bila aku perhatikan pada dashboard kereta. Wowww.. -2 degree tu. Boleh jadi ais kita duduk kat luar lama-lama.
Kami bergambar di reception hotel.











Kami memulakan perjalanan menuju ke sempadan France – Switzerland pada pukul 7:30 pagi setelah doa perjalanan dibaca oleh Azli sebagai ketua rombongan. Kami menggunakan Highway A35 menujukan border sejauh 81 km. Tiada bayaran tol dikenakan disini. 

Kami sampai di border pada pukul 8:50 pagi. Kami berhenti di sini untuk membeli vignette iaitu prepaid untuk tol highway di Swiss yang sah laku selama setahun dengan bayaran 40 Euro. Kami membelinya di kaunter sebelah kanan jalan. Hanya terdapat beberapa buah kaunter kecil sahaja di sini.

Kami membeli vignette dengan seorang pekerja yang berada di luar. Beliau agak peramah. Vignette ini valid untuk setahun.
Vignette itu aku tampal dibahagian atas di sebelah bucu kiri kereta ku.

Switzerland bukan ahli European Union (EU) tapi menerima bayaran dalam Euro dan passport tidak dicop.  Kemudian sticker vignette di tampal di cermin depan. Matawang swiss adalah franc (CHF) yang nilai hampir sama nilai dengan Mata wang Euro.

Kami meneruskan perjalanan untuk memasuki negara ke-2 iaitu Switzerland. Pemandangan agak menarik dan system jalan raya juga baik. Namun begitu di Swiss terlalu banyak speed track. 

Viewing Point Thunersee (Parking: N 46.664225, E 7.732325).

Kami meneruskan perjalanan sejauh 138 km (10:30 pagi) ke sehingga terlihat sebuah tasik yang cantik dengan pemandangan bukit, air dan pepohon yang meluruhkan daun-daun berwarna kuning. Subhanallah, sungguh cantik ciptaan Allah!. Semua gambar yang kami ambil semuanya cantik.




Video

Location

Jungfrau
Kami agak terkejar-kejar sedikit kerana plan harini adalah untuk menaiki puncak tertinggi di Eropah iaitu Jungfrau dengan ketinggian 3,454 m dari aras laut. Terdapat perkhidmatan keretapi khas untuk naik ke puncak. 

Kami membeli ticket train tersebut di Station keretapi Launterbrunnen (Parking: N 46.598625, E 7.908922) pada pukul 11:15 pagi.


Parking:


Station Keretapi Launterbrunnen:


Terdapat dua laluan keretapi untuk sampai ke kemuncak Jungfrau iaitu:

1. Melalui melalui Lauterbrunnen - Wengen
   (Interlaken Ost - Lauterbrunnen - Wengen - Kleine      Scheidegg - Jaugfraujoch)

2. Melalui Grindelward

    (Interlaken Ost - Grindelwald - Kleine Scheidegg         - Jaugfraujoch)
Bayaran dikenakan sebanyak 163.60 CHF seorang untuk tiket pergi dan balik dari Station Lauterbrunnen ke Jungfraujoch melalui Kleine Scheidegg. Kami menaiki train pada pukul 11:37 pagi. 

Station Lauterbrunnen
Jadual train ke puncak melalui Lauterbrunnen yang bermula pada pukul 7:07 pagi (first train dari sini) dan train terakhir pada pukul 5:07 petang.
Ticket train (Lauterbrunnen - Jungfraujoch via Kleine Scheidegg) yang berharga 163.60 CHF. Pastikan anda simpan tiket ini di simpan baik-baik kerana petugas keretapi akan check ticket anda beberapa kali sepanjang anda berada di dalam train.
Semasa membeli di kaunter, mereka akan memberi sebuah passport berwarna merah "Jaungfrau Railways Passport". Di muka surat terakhir passport ini terdapat ruangan yang anda harus cop di puncak nanti (Station Master)

Anda juga boleh print certificate secara online

Alhamdullilah cuaca amat baik sekali pagi ini. Train bergerak  dari Station Lauterbunnen (796m) – Wengwald (1200m) – Wengen (1274m) – Allmend (1493m) – Wengernalp (1873) – Kleinne Scheidegg (2061m). Kami perhatikan pengunjung yang bermain ski menginap di Wengen. 

Pemandangan sungguh indah. Peringkat awalnya, air terjun di gunung berhampiran dapat diperhatikan dengan jelas dengan pemandangan Pekan Lauterbunnen yang sungguh cantik dari kedudukan yang tinggi. Pokok-pokok diselaputi dengan salji yang tebal. Dapat diperhatikan pemain-pemain ski yang mengayakan skill masing-masing.







Berselfie dengan Mas dan Wiwi

Train kami naiki terdapat beberapa group dari Malaysia dan Indonesia yang berkunjung di sini. System track keretapi jugak berbeza dimana track bergigi diletakkan diantara dua rail untuk memudahkan ianya mendaki. Kami mengambil gambar dan video semasa berada di dalam train. Terdapat beberapa kaki staff train datang kearah kami untuk check ticket kami.

Subhanallah pemandangan salji, rumah, keretapi dan pokok sungguh cantik.
Setelah sampai di Station Kleinne Scheidegg pada pukul 12:20 tengahari. Di sini adalah station pertukaran train ke puncak Jaugfrau. Kami terus turun dan menaiki train yang lain untuk naik ke puncak. Station train tersebut berada disebelah disebelah kanan station tersebut. 


Keretapi api ini bergerak melalui beberapa buah station iaitu Kleinne Scheidegg (2061m) – Eigergletscher (2,320m) – Eismeer (3160m), Kami berhenti 5 minit di sini untuk mengurangkan kesan AMS terhadap penumpang-penumpangnya. Terdapat beberapa gambar bersejarah digantungkan di sini dan terdapat view yang cantik dari sini. Perjalanan diteruskan lagi sampai ke puncak pada pukul 1:00 petang.


Location:
a. Station Kleinne Scheidegg (Pertukaran train):


b. Station Eismeer (Turun 10 min untuk elak AMS):


c. Station Jungfraujoch:


Isteriku agak kepenatan dan sesak nafas kesan dari AMS, lalu aku membeli sarapan berupa Vegetable  Sandwich, dan air milo di buah café di sini. Bayaran dikenakan sebanyak 25.80 Franc. 

Seterusnya kami menuju ke booth jualan yang menjual cenderahati (fridge magnet – 27.60 francs, Gas oxygen – 16.00 francs dan Pisau Victorinox – 60.00 Francs). 

Aku masih teringat cashier itu bertanya padaku, kenapa mahu beli oxygen? Aku tersenyum sambil menunding jari ke arah isteriku yang sedang sesak nafas di satu sudut di tepi kedai tersebut. Dengan beberapa sedupan oxygen, Alhamdullilah beliau dah ok dan boleh menyesuaikan keadaan. Aku sudah ada experience semasa kami ride di banjaran Himalaya, jangan main-main wooo.. Kawan kami tiba-tiba jatuh/pitam semasa berjalan-jalan bersama kami, kesan dari AMS. Aku nasihatkan jangan buat banyak pergerakan dan kena slow-slow sehingga kita boleh adopt keadaan. Tanda-tanda anda kena AMS, ada mula pening-pening, rasa hendak muntah dan pitam. Aku syorkan telan ubat AMS kerana ketahanan tubuh berbeza di antara satu sama lain tapi yang pasti once kena, spoil semuanya.

Kami seterusnya bergerak menuju ke Sphinx view point (3,571m) yang merupakan balai peninjau untuk kajian antarabangsa. Kami bergambar di sini. 








Isteriku ternampak beberapa buah sticker yang ditampal pada sebuah tiang di sini. Aku dapat perhatikan sticker ayuni dan khai ditampal disini, apa lagi, aku pun tumpang lah sekaki menampalnya di situ.
 




Kami melalui alpine sensation merupakan lorong yang memaparkan sejarah pembangunan tempat ini dari awal. Terdapat juga nama-nama pendaki-pendaki terawal yang pernah sampai ke puncak. 





Kemudiaanya kami ke Ice Palace di mana terdapat lorong yang dibuat seakan-akan block ais dan di sini juga terdapat ukiran ais yang cantik.


Kami seterusnya menuju ke Plateau untuk bermain dengan ais dan bergambar disini.


Kemudiaannya kami turun dan menuju ke station keretapi untuk pulang. Terdapat jadual keretapi di situ. Kami menaiki train pada pukul 3:43 petang. Kami sampai di bawah pada pukul 5:00 petang. Azli sudah menunggu kami berhampiran kaunter ticket. Bayaran parking kereta dikenakan sebanyak 14 franc untuk 6 jam.




Restaurant Kashmir (N 46.6833126, E 7.852028)

Kami menaiki kereta menuju ke Restaurant Kashmir (N 46.6833126, E 7.852028) yang terletak di Interlaken. Parking kereta di situ agak susah, jadi kami meletakkan kereta di kawasan parking di belakang landasan keretapi (N 46.683522, E 7.850973). Kami membayar parking di sini untuk 2 jam (Euro 3.00).

Kami makan sepinggan nasi bryani ayam, mango lessi, teh ‘o’ dan mineral water. Nasi bryani nya agak masin tapi aku considered masih ok. Bayaran yang dikenakan agak mahal iaitu 39.50 franc. 

Setelah kami makan, aku mengajak isteriku membeli air dan sedikit barang makanan (43.65 francs) di kedai runcit ala-ala 7-E iaitu migrolino.

Parking (Belakang station keretapi):


Restaurant Kashmir:



Gashauss Steinbock (N 46.665162, E 7.872133)

Setelah semua siap, kami semua menuju ke Gashauss Steinbock (N 46.665162, E 7.872133) dan kami sampai di hotel pada pukul 7:30 petang. Kami menginap di tingkat satu. Biliknya sungguh cantik dan antik. Bahagian dinding dan lantai bilik diperbuat dari kayu untuk menggurangkan kesejukan. Dari bilik, kami dapat dengar dengan jelas deruan air sungai mengalir laju di sebelah hotel.

Biliknya agak selesa dan tidak terlalu sejuk kerana dinding dan lantainya diperbuat dari kayu. Cukup nyaman buat kami berehat dan tidur setelah seharian meronda. 

Cost

1. Minyak – 0
2. Meals - 25.80 Francs + 39.50 franc + 43.65 francs = 108.95 francs
3. Tol (vignette - Euro 40 (Euro 13.30 per person) = 44.00 francs
4. Ticket Train Jungfrau – 327.20 franc
5. Lain-lain - fridge magnet – 27.60 franc + Gas oxygen – 16.00 + Pisau Victorinox – 60.00 Franc = 103.6 franc  

Total: 583.75 francs
   
Day 06 – Wednesday, 04 Dec 2019

Wilderswil, Interlaken, Swiztland – Stuttgart, Germany (382 km)

Seperti biasa kami bangun seawal jam 5 pagi untuk bersiap-siap untuk mengemas barang. Harini kami bersarapan pagi dengan maggi dan nasi putih walaupun breakfast disediakan. 

Kami membawa turun bag-bag lalu diletakkan ke dalam kereta. Subhanallah sungguh cantik pemandangan sekitar kawasan penginapan kami di perkampungan Wilderswil yang sungguh aman damai. Landskap sungai dan gunung yang dibahagian atasnya diselaputi salji yang putih dan bahagian bawahnya ditumbuhi pokok alpine yang tumbuh secara tegak.





















Gashauss Steinbock merupakan sebuah rumah lama yang telah dibina pada 1797 telah ditukarkan menjadi sebuah rumah tumpangan yang sangat selesa dan menarik. 

Kami bersarapan pagi di sini. Design ruang makan di sini sungguh menarik perhatianku. Gabungan kayu dan lampu gantung yang berwarna kekuningan menyerikan ruangan ini. Breakfast kami cukup simple, crossaint dengan cappuccino manakala isteriku membawa telur dan rockmalon untuk dimakan bersama-sama. 




Kami bergambar dengan Ines, seorang pekerja di ruang makan ini yang telah menghidangkan makanan kepada kami. Bagiku inilah hotel yang terbaik bagiku sepanjang pengembaraan kami kali ini.
Kami mengambil kesempatan untuk bergambar dihadapan guesthouse ini.





Backgroundnya memang superb. Terdapat sebuah gereja lama dimana terdapat sebuah kawasan perkuburan disebelahnya. Terdapat sebuah jambatan kayu yang menyeberangi Sungai Lutschine yang mengalir laju.
Kami berjalan-jalan disekitar perkampungan Wilderswil yang masih sunyi, mungkin juga penghuninya sama lagi menyenyak tidur. Ketika suhunya adalah 1-2 degree C.























Lompatan padu maut
Di area Interlaken terdapat ramai penduduknya menggunakan basikal. Pemandangan si Ibu atau bapa yang anak mereka dengan basikal dimana anak mereka akan diletak di dalam wagon yang disambungkan dengan basikal ibubapa mereka.

Di mana saja lensa camera diacukan, gambar yang terhasil pastinya tidak akan mengecewakan. Kami mengambil group photo di sini.

















Video Drone dari Mas


Air Terjun Staubbach (Staubbach Fall) 

Setelah doa perjalanan dibaca, kami memulakan perjalanan pada pukul 8:30 pagi menuju ke destinasi kami pertama adalah Air Terjun Staubbach yang terletak di Lauterbrunnen berhampiran station keretapi untuk ke Jungfrau. Mesin bayaran parking berada berhampiran gereja bersebelahan dengan parking. 


Parking:

Staubbach Fall:

Kami mengambil gambar di sini.





Seterusnya kami berjalan kaki menuju ke kawasan air terjun. Air yang mengalir pada di air terjun disini bukan lah banyak mungkin telah mengeras menjadi ais kerana suhu sekarang adalah -2 degree. 








Kami berjalan dipersekitaran kawasan tersebut dan bertemu dengan group yang datang dari Brunei di bawa oleh Khairul, Musafir Eropah.
Pukul 09:45 pagi, kami bergerak menuju ke Lucern yang terletak hampir 80 km dari Wilderswil. Terlebih dahulu kami mengisi penuh minyak (48.00 Francs @ 29.14 liter – 1.650 francs per liter) dan membeli sedikit jajan dan air (15 francs) di station minyak BP di Wilderswil. 

Kami seterusnya menuju ke Pusat Bandar Interlaken untuk bersiar-siar seketika di sini. Kami meletakkan kereta di kawasan parking semalam iaitu dibelakang station kereta api Interlaken. Pemandangan Interlaken juga cukup menarik dengan gabung air, pokok alpine dan gunung yang bersalji di puncaknya. Kami mengambil gambar di sini.


















Interlaken terletak dilembah pergunangan Bernese Oberland. Ianya terletak diantara 2 tasik berwarna zamrud (emerald) iaitu tasik Thun (Thunersee) dan tasik Brienz (Brienzersee) yang terhasil dari pencairan ais dipuncak pergunangan yang berhampiran.
Kami diberi masa 1 jam untuk ronda-ronda disekitar barisan kedai-kedai di sini. Terdapat banyak kedai-kedai di sini diantaranya kedai jam, baju dan peralatan ski. Aku belikan isteriku sebuah bag passport yang berharga 14.00 francs. Terdapat juga beberapa buah kedai menjual jaket tebal, aku membelinya sepasang jacket wool berwarna maroon dengan harga 49.90 francs.





Kami meneruskan perjalanan menuju ke Luzern. Kami dapat memerhatikan tasik Interlaken yang cantik di kiri jalan selepas melewati Pekan Interlaken. Laluan ini terdapat banyak terowong-terowong yang panjang dan melewati kawasan berliku digerun bukit yang dikenali sebagai “Brunig pass”. Kecut perut dan kaki ku mulai mengigil, apabila melewati kawasan ini tapi ianya lebih baik dari laluan ke Colmar tempohari kerana jalan di sini mempunyai guard rail ditepi cerun. Kami berhenti seketika untuk bergambar di sini.



Chapel Bridge, Luzern

Kami menyambung kembali perjalanan sehingga sampai di Luzern pada pukul 1:15 petang. Kami parking kereta di Parkhaus Kesselturm AG Luzern (N 47.049809, E 8.3003373). 

Kami berjalan menuju ke jambatan. 




Kami ternampak buah yang agak aneh dijual di sebuah kiosk di jambatan. Buahnya berduri. Memang kami tak kenal tapi bila diperhatikan biji buahnya dengan lebih dekat baru lah kami tahu ianya merupakan buah berangan. Kami membelinya 10 francs. Buah berangan bakar adalah favourite makanan isteriku.


Kami berjalanan sambil makan buah berangan tersebut. Terdapat sebuah jambatan kayu yang dikenali sebagai Chapel Bridge yang dibina pada tahun 1,365 dan ditengah jambatan ini terdapat sebuah menara air (Tahun 1,300) yang seakan-akan bentuk Galata Tower di Istanbul. Kami bergambar di sini.


Kami menaiki jambatan Chapel (Chapel Bridge).



Location:

Kami berjalan lagi sehingga diseberang Sungai Reuss. Terdapat banyak gerai-gerai menjual hasil kraftangan, pakaian, beg dan makanan di jual di sini. 




























Setelah habis satu pusingan kami berkumpul di hadapan Restaurant Little Istanbul yang menjual sharwarna. Kami membeli sharwarna ayam dan air (14.00 francs). Oleh kerana duit syiling Switzerland masih lagi banyak aku menggunakannya untuk membeli hot chocolate (9.20 francs) dan bayaran parking (5.00 francs).


Pusat Islamik di Luzern (N 47.053003, E 8.292369)

Seterusnya kami bergerak menuju ke Pusat Islamik di Luzern (N 47.053003, E 8.292369)(Islamischer Kulturverein Barmherzigkeit, Xhamia Meshira) untuk solat jamak asar dan zohor di sini sebelum meneruskan perjalanan menuju ke Stuttgart. 









Location
Jarak perjalanan diantara Luzern dan Stuttgart adalah 274 km. Kami bertolak pada pukul 4.00 petang menuju ke negara ke-3 iaitu Germany. Kami melalui highway Bundesautobahn 81 yang dikatakan tiada speedlimit. Aku tak berani nak bawa laju-laju kerana terlalu gelap dan jalanraya juga kelihatan basah. Suhu semasa melaluinya adalah -3 degree Celcium. Highway di sini adalah free. 

Penggunaan toilet di station minyak sepanjang highway adalah berbayar iaitu Euro 0.50 per seorang. Kami berhenti seketika beli air dan buah-buahan (Euro 6.00) di pertengahan jalan.

Anda boleh menggunakan kupon ini untuk membeli barang-barang di dalam mini-mart station minyak. Jadi ke tandas adalah free sekiranya anda berbelanja di sini.

Hotel B&B Stuttgart Airport 

Kami sampai di Hotel B&B Stuttgard Airport pada pukul 10:00 malam. Hari agak penat kerana seharian berjalan dan drive pada waktu malam.

Kami berehat dulu.

Cost

1. Minyak – 48.00 Francs
2. Meals - 15 francs (Air & Jajan) + 10 francs (Buah berangan) + 14.00 francs (Shawarma) + 9.20 francs (Hot chocolate) + Euro 6.00 (Limau & Air)= 54.20 francs
3. Parking – 3 franc + 2 francs + 3 francs + 2 francs = 10 francs
4. Lain-lain – Bag – 14.00 francs + Jacket – 49.90 francs  = 63.90 franc  

Total: 176.10 francs 

  
Day 07 – Thursday, 05 Dec 2019
Stuttgart – Kohln, Cologne, Germany (470 km)

Harini kami bangun seperti biasa cumanya keluar sedikit lewat iaitu pada pukul 8:00 pagi kerana rencananya mahu ke Outlet City di Stuttgart yang dibuka pada pukul 10:00 pagi. Kami bersarapan pagi dengan nasi dan maggi.

Terlebih dahulu kami bergerak ke Station minyak Shell untuk mengisi minyak penuh (Euro 28.15 @ 1.269 Euro per liter) dan membeli air hot chocolate (Euro 7.50) untuk menghangatkan badan. Suhu -1 degree C.

Centre of Stuttgart (Parking: N 48.782162, E 9.183048)

Kami bergerak menuju ke Centre of Stuttgart untuk melihat Bandar Stuttgart dengan lebih dekat. Kami sampai disini pada 9:00 pagi. Kami sampai agak awal, hanya beberapa buah kedai-kedai sahaja baru dibuka. Suhu pada masa ini adalah 0 degree C. Oleh kerana terlalu sejuk kami masuk ke dalam kedai-kedai untuk memanaskan tubuh. Antara kedai-kedai yang terdapat di sini adalah S.Oliver, H&M, Only, TK Max dan beberapa buah store lagi. Kami bergambar di sini.

Akhirnya kami masuk ke dalam kedai TK Max, aku terlihat sehelai jacket Superdry yang cantik dan murah (Euro 60.00), apa lagi aku beli jacket tersebut. Aku cuba mencari jacket buat isteriku tapi tiada yang sesuai. 

Kami mengambil kesempatan untuk meronda-ronda di kawasan sekitar. Terdapat banyak stall jualan krismas di buka berhampiran taman. 




Kami bergerak menuju ke Outlet City di Metzigen (Parking: Euro 8.40)


Parking:

Outlet City (Parking: N 48.5359245, E 9.2789323)

Outlet City terletak 37km dari Stuttgard. Kami sampai pada pukul 12:00 tengahari. Kawasan Outlet sangat luas. Ianya bukan terletak dalam satu mall yang besar tapi terletak dibangunan yang berasingan. Anda harus berjalan dari satu tempat ke tempat lain. Agak penat juga. Banyak kedai-kedai berjenama terhimpun di area itu antaranya Prada, Coach, Michael Kors, D&C, Guess, The North Face, Timberland dan lain-lain lagi. Tiada benda yang hendak ku cari cuma merasai pengalaman berada di sini. 




Terdapat sebatang sungai yang mengalir deras di sini, airnya sungguh jernih.


Setelah beberapa kedai kami kunjungi, aku mengajak isteriku untuk solat jamak zohor dan asar di sini. Terdapat sebuah surau di sini. Ia terletak tingkat 3, di bangunan S.Oliver. Sungguh selesa. 




Kami bertemu dengan Imran Hamidon, berasal dari Bangladesh yang menetap di German dan berkahwin dengan penduduk German. Beliau bercerita mengenai keluarganya berasal dari Tanah Melayu, beliau generasi ke-3. Kebanyakan keluarga beliau boleh bertutur dalam bahasa Melayu.
Seterusnya kami makan tengahari di Doner Imbiss (Turkish). Menu pilihan kami adalah chicken shawarma dan air mineral (Euro 14:00). Sesudah makan kami berkumpul semula berhampiran parking kereta (Euro 4.00) pada pukul 3:30 petang.





















Kami meneruskan perjalanan yang berbaki lagi 420 km melalui highway. Banyak juga tempat-tempat yang mengalami kesesakan kerana jalanraya masih dalam proses pembaikpulihan. Aku dapat perhatikan apabila berlaku kesesakan pemandu-pemandu di lorong paling laju akan menghimpit kenderaan masing-masing ke tepi. Cuba perhatikan. Ini adalah persiapan mereka untuk memberi laluan kepada ambulans, polis dan bomba apabila berlaku kecemasan.




Pemanduan kereta pada waktu malam di German agak meletihkan kerana highwaynya terlalu gelap dan ditambah pula kami melalui kawasan berkabus. Kami berehat seketika di sebuah R&R untuk setelah memandu 2 jam. Kami membeli makanan dan minuman di sini untuk dimakan semasa memandu untk menghilangkan mengantuk (Euro 54.78) . Kami terpisah kerena trafik jalanraya begitu teruk dan terlalu banyak lori.

Kami meneruskan perjalanan sehingga sampai ke Motel 24h (N 50.917598, E 6.83793) yang terletak di Koln pada pukul 9:25 malam. Oleh kerana kami sampai awal, kami check in hotel dahulu. Apabila mereka sampai, mereka dapati bilik yang tempah tidak bersih, berbau dan berkulat. Alhamdullilah bilik kami tiada masalah, isteri lena jer tidur. 
Pihak Trip Kekawan telah bersetuju menukarkan hotel ke B&B Hotel yang terletak berhampiran motel tersebut.

Alhamdullilah dapat berehat dengan baik setelah memandu 470 km.

Cost

1. Minyak – Euro 28.15
2. Meals - Euro 7.50 (Hot Chocolate) + Euro 14:00 (Sharwarma) + Euro 54.78 (Jajan) = Euro 76.28 
3. Parking – Euro 8.40 + Euro 4.00 = Euro 12.40
4. Lain-lain – Euro 60.00   

Total: Euro 176.83 

Day 08 – Friday, 06 Dec 2019

Koln, Cologne, Germany – Amsterdam, Netherland (441 km)

Harini kami keluar sedikit lewat iaitu pada pukul 8:30 pagi kerena semalam kami tidur agak lewat kerana proses pertukaran hotel. 


Seterusnya kami ke station minyak bersebelahan dengan hotel untuk mengisi minyak (Euro 32.20 @ 25.78 liter – Euro 1.249/liter) sebelum memulakan perjalanan harini. Di sini juga aku membeli handpone holder (Euro 30.00) pada cermin bagi memudahkan aku melihat GPS pada telephone bimbit ku. Kami  seterusnya menuju ke Masjid Koln (Cologne Central Mosque) yang terletak ditengah-tengah Bandar Cologne.

Masjid Cologne (Parking: N 50.946193, E 6.927894)

Kami sampai di Masjid Koln pada pukul 9:20 pagi. Kami parking kereta di bahagian belakang masjid. Senibina masjid ini sungguh unik, berbentuk futuristic. Dua menaranya berbentuk lingkaran dan meruncing di bahagian atas. Bahagian utama masjid berbentuk semi-hemisfera yang meletak cermin di atasnya. Sungguh cantik. Aku mengambil kesempatan untuk bersolat tahyatul masjid di sini.





Di kompleks masjid di tingkat bawah (Ground level) juga terdapat kedai-kedai termasuklah restaurant, kedai buku, kedai cenderahati dan sebuah bank di sini. Di bahagian atasnya pulak terdapat dewan yang besar.




Masjid Koln (Cologne Central Mosque) merupakan antara masjid yang bukan sahaja terbesar di di dalam Germany malahan di seluruh negara Europe. Ianya telah siap dibina pada tahun 2015 dan telah dirasmikan oleh President Turki, Erdogan. Masjid ini tidak menerapkan senibina Uthmaniyah dalam senibinanya. Pembinaannya telah menelan belanja sebanyak 15-20 juta Euro.

Kami seterusnya berjalan kaki menyeberangi jalan untuk ke mini market, Aldi Sud yang terletak berhadapan dengan masjid untuk membeli serba sedikit makanan untuk dijadikan bekal (Euro 25.96) di sepanjang perjalananan dan isteri pula membeli jaket dan baju thermal yang agak murah di sini (Euro 8.98).
Location Aldi Sud

Semasa keluar dari parking, kami terpisah dengan dua buah kereta yang lain, mereka telah bergerak ke Telekom Tower untuk bergambar di sana. Aku, Isteri dan Amirul pula meneruskan perjalanan ke Giethoorn, Netherland. 

Harini hujan turun dengan renyai-renyai. Suhu harini dalam 5-7 degree C. Kami berhenti seketika di station minyak shell (N 51.653202, E 6.199364)  untuk berehat seketika dan ke toilet setelah 2 jam memandu. 
Untuk pengetahuaan anda, untuk menggunakan kemudahan tandas di station minyak anda harus membayar Euro 0.70 di mesin automatic pada palang masuk. Kupon akan dikeluarkan oleh mesin tersebut. Kupon ini boleh digunakan untuk mendapat Euro 0.50 potong untuk pembelian di mini mart ini. Aku juga membeli 3 fridge magnet di dengan harga Euro 11.97 dan air mineral water (Euro 5.30). Kami menunggu sehingga kawan-kawan yang lain sampai di sini.

Perjalanan diteruskan sehingga kami masuk ke negara ke-4 iaitu Netherland atau Holland atau yang kita lebih kenali sebagai Belanda pada pukul 12:30 tengahari. 

Pemandangan di Belanda jauh berbeza dari negara-negara sebelumnya. Lankskap negaranya memang cantik terdapat sungai yang mengalir di kiri dan kanan jalan. Sungguh tenang, aman dan permai.
Kami sempat melihat bagaimana jambatan disini telah diangkat untuk memberi laluan untuk kapal untuk melaluinya. Sungguh menarik. Inilah pengalaman pertama kami melihat bagaimana jambatan diangkat.
Perkampungan Giethoorn (N 52.7210109,E 6.0879035)

Location:
Kami sampai di perkampungan Giethoorn pada pukul 2:30 petang. Hujan masih lagi turun dengan renyai-renyai. Aku dan isteri terus mengambil ponco (baju hujan) dalam bag dan terus memakainya. Kami semua mengambil kesempatan untuk menyewa boat (Euro 50.00/bot) yang boleh memuatkan kami semua. 

Pada mulanya Amirul memandu boat, kemudian aku dan seterusnya Azli. Kami mengelilingi kawasan perkampungan di sini selama sejam. 

Tidak dinafikan bukan mudah untuk mengawal atau membawa bot di laluan yang sempit. Sebenarnya aku lebih bimbang soal keselamatan kami kerana tiada life jacket disediakan di dalam bot ini.



Sungguh indah pemandangan di sini, rumah-rumahnya sungguh unik dan cantik. 








Kami agak berdebar-debar apabila tiba-tiba sahaja kami memasuki sebuah tasik yang agak besar, sungguh menyeramkan, tebingnya ditumbuhi lalang. Kami agak was-was untuk melaluinya. Alhamdullilah mujur ada sebuah bot penumpang telah memberitahu kami supaya mengambil laluan No.4 untuk pulang ke tempat permulaan tadi. 

Saat mendebarkan ditambah pula dengan hujan yang turun dengan renyai-renyai dan cuaca terlalu sejuk. Semua dah kesejukan

Aurora pun dah mula menangis.

Masjid Tuba (Tuba Moskee Steewijk)(N 52.784579, E 6.109709)

Hari semakin gelap, kami masih belum bersolat jamak lagi. Kami bergegas ke Masjid Tuba (Tuba Moskee Steewijk)(N 52.784579, E 6.109709) yang terletak 15 minit dari perkampungan Giethoorn. 




Kami sampai di sini pada pukul 4:00 petang sedangkan maghrib masuk pada pukul 4:30 petang. Alhamdullilah kami semua sempat bersolat di sini. Oleh kerana maghrib sudah hampir, kami membuat keputusan untuk bersolat maghrib terus di sini.

Azan Maghrib di bumi Steenwijk
Kami sempat berbual-bual dengan Imam masjid, Zakaria yang berasal dari Turki yang telah menetap disini selama 4 tahun. Menurut beliau terdapat 600 orang muslim di sini dengan 50% daripadanya adalah orang Turki.


Steenovenland Restaurant (N 52.7871135, E 6.1156106).
Kami seterusnya menuju ke restaurant halal, Steenovenland Restaurant (N 52.7871135, E 6.1156106). 



Di sini terdapat pelbagai pilihan makanan yang berasal dari Turki seperti kebab, shawarma dan lain-lain lagi. Kami memesan Shawarma kambing dengan harga Euro 8.00 yang dikongsikan berdua.

Hotel De Lis (N 52.2604095, E 4.5532286)


Kami seterusnya meneruskan perjalanan menuju ke Hotel De Lis (N 52.2604095, E 4.5532286) yang berada di Amsterdam yang terletak 147 km lagi. Perjalanan mengambil masa hampir 2 jam setengah. Hujan masih belum berhenti. Sekali lagi aku mengisi minyak kereta semasa dalam perjalanan (Euro 29.50 @ Euro 1.489/ liter). Kami sampai di hotel pada pukul 8:30 malam. Kami berehat.




Cost

1. Minyak – Euro 32.20 + Euro 29.50 = Euro 61.70
2. Meals - Euro 25.96 + Euro 12.80 (Hot Chocolate) + Euro 8.00 (Sharwarma) + Euro 5.30 (Air) = Euro 52.06
3. Parking – Euro 1.00
4. Lain-lain – Euro 11.97 (Fridge Magnet)

Total: Euro 126.73 


Day 09 – Saturday, 07 Dec 2019
Amsterdam, Netherlands (123 km)

Zaans Culture Village (N 52.473362, E 4.822131)

Kami bersarapan pagi di hotel kerana breakfast adalah termasuk dalam harga bilik. Kami turun pada pukul 8:00 pagi untuk bersarapan di hotel. Kami mulai perjalanan ke Zaans Culture Village pada pukul 8.30 pagi dan sampai di sana pada pukul 9:15 pagi. Jaraknya dari hotel adalah 48 km. Jalanraya agak lenggang kerana hari adalah weekend.

Zaan diberi nama sempena nama sungai yang mengalir di situ. Penduduk asal disini merupakan nelayan. Kemudian berlaku perindustrian di kawasan di sini, barley, beras, tepung, kertas, kayu dan lain-lain. Di mana disini dahulunya terdapat 1,000 kincir angin. Pada tahun 1920 ianya berkurang menjadi 20 buah. Pada tahun 1925, Pertubuhan de Zaansche Molen telah ditubuhkan untuk mengekalkan windmill dan sekarang yang tinggal dan beroperasi hanyalah 13 buah sahaja.

Terdapat ramai pelancong yang mengunjungi perkampungan ini. Masuk adalah percuma hanya bayaran parking dikenakan sebanyak Euro 10.00 per entry. Toilet juga berbayar dengan harga Euro 0.50. Ada di antara kami yang ke toilet terlebih dahulu di Zaans Museum berhampiran pintu masuk. Hari agak mendung macam hendak hujan, jadi aku mendapatkan payung di museum ini dengan harga Euro 5.95.

Kami berkumpul dihadapan museum untuk mendengar taklimat dari Azli sebelum kami berpecah dan mengambil gambar bersama-sama.



Kawasan kampung ini sungguh menarik dengan lanskapnya, rumah dan ditambah pula dengan kincir angin tegak berdiri di sini. Kami berjalan melihat pemandangan kampung ini sambil bergambar di sini. 









Video
Aku menuju ke sebuah kincir angin di de Kat (The Cat) Paint Mill untuk melihat dengan lebih dekat bahagian dalamnya. Bayaran dikenakan sebanyak Euro 5.00 per person (Euro 10 untuk aku dan isteri).
De Kat dibina pada tahun 1782.
Dibahagian bawah terdapat 2 batu pengiling yang disambungkan dengan gear dan drive shaft terus ke kincir angin. Kincir angin digunakan untuk menghasilkan bahan-bahan adunan untuk menghasilkan cat. Aku mengajak isteriku untuk naik kebahagian atas dengan menaiki tangga. Berhati-hati. Tangganya agak curam dan step tangganya agak rapat.

Dibahagian atas terdapat gear berputar dengan laju mengikut kelajuaan angin. Kami keluar ke bahagian luar tingkat atas. Bumbungnya diperbuat dari jerami. Kipasnya agak besar yang mempunyai 4 bilah kipas. Kami bergambar di sini. Sungguh cantik kerana kami dapat menyaksikan keseluruhan perkampungan ini dari sini.

Kami menuruni tangga dan ke bahagian jualan di ground level. Aku membeli beberapa buah fridge magnet dan secawan hot chocolate untuk memanaskan badan (Euro 12.00). Kami terus berpatah balik dan melawat beberapa buah kedai yang menjual keju asli dari Belanda, kilang kasut kayu, kedai cenderamata dan kedai makanan. Aku membeli bendara Holland dan flag logo embroidered patch untuk negara France, Netherland, Germany, UK, Swistzerland and Turkey (Euro 17.00) dan bag manicure set (Euro 2.5).
Kami melawat kilang membuat kasut kayu. Memang unik.











Semasa masuk ke perkampungan ini terdapat seorang cameraman telah mengambil gambar kami dan apabila berjalan keluar mereka menayangkan gambar kami pada sebuah board. Aku membeli gambar (Euro 10.00) tersebut sebagai kenang-kenangan. Memang cantik.
Kami bergerak keluar pada pukul 12.00 tengahari.

Kami telah bersetuju untuk bersolat dahulu sebelum ke Amsterdam.

Islamic Foundation Netherlands Sultanahmet Zaadam (N 52.439797, E 4.853644)

Location:

Bergambar di hadapan masjid.

Kami sampai di masjid pada pukul 12:15 tengahari. Kami ke Restaurant Lokanta yang terletak di basement masjid ini. 
Aku mengorder sup kambing dengan nasi putih (Turkey)(Euro 10.00) yang kami kongsi berdua. Makanan di sini memang sedap. Aku tengok team kami berselera makan di sini. Nasi sup kambing terbaik dari ladang! Alhamdullilah..akhirnya menu kami berubah harini dari kebab kepada nasi putih. Nikmat mana yang hendak kau dustai.






















Setelah siap makan tengahari, kami naik ke atas untuk solat jamak qasar Zohor dan Asar. Dekorasi bahagian dalam masjid sungguh cantik dengan carpet biru kehijauan. 


Bahagian solat wanita adalah di tingkat atas. Untuk pengetahuan anda kebanyakan masjid di Belanda diimarahkan oleh masyarakat Turki yang bermastautin di sini. Jemaah yang datang ke sini diarahkan memakai stoking apabila masuki ruangan solat.



Center of Amsterdam (Parking: N 52.375563, E 4.894832)



Kami sampai di Amsterdam pada pukul 2.00 petang. Kami parking kereta di QPark de Bijenkorf (N 52.3738475, E 4.8930067). Azli memberi sedikit taklimat sebelum kami bergerak.








Kami sempat melihat parking basikal di basement berhampiran parking kereta. Kagum aku melihatnya dan tidak pernah aku melihat parking basikal yang sebegini.
Primark (N 52.374595, E 4.894522)


Tempat pertama yang kami tuju adalah Primark (N 52.374595, E 4.894522) yang terletak berseberangan dengan parking. 




Pasaraya Primark memang best kerana harga pakaian yang dijual di sini memang murah, berkualiti dan mampu milik. Kami membeli beberapa pasang baju dan jaket untuk dibawa pulang (Euro 79.50). 


































Aku meletakkan barang-barang yang baru dibeli ke dalam kereta untuk memudahkan perjalanan kami meronda-ronda di Amsterdam.

Lovers Canal Cruise (N 52.378593, E 4.897195)

Setelah selesai membeli belah, kami berjalan menyusuri Jalan Nieuwendijk yang terletak di belakang Primark menuju ke Canal Cruise. 




Bandaraya Amsterdam terdapat banyak buah basikal daripada kereta yang bergerak di atas jalanraya. Terdapat laluan dan parking khusus untuk basikal.
Kami menaiki canal cruise pada pukul 3:45 petang untuk melihat Amsterdam dari arah canal. 







Trip ini mengambil masa selama satu jam berharga Euro 16.00 per pax (Euro 32 untuk kami berdua). Botnya agak panjang mempunyai cermin dikiri, kanan dan bahagian bumbungnya. Kami diberi earphone untuk mendengar penerangan dalam pelbagai pilihan bahasa mengenai tempat yang kami lawat.
Amsterdam mempunyai banyak rangkaian canal yang berhubung di antara satu sama lain. Terdapat lebih dari 100 km jaringan canal di Amsterdam. Di antaranya, 3 canal utama yang terdapat di sini iaitu Herengracht, Prinsengracht dan Keizersgracht. Ianya telah digali semasa zaman kegemilangan Belanda iaitu pada kurun ke-17. Amsterdam dikenali sebagai Venice in North dan ia juga dinobatkan sebagai UNESCO World Heritage.

Kami melewati beberapa lokasi menarik diantaranya A’dam Tower dimana terdapat buai yang tertinggi di Europe. Gayat aku tengok.
Kami melihat NEMO Science Museum berbentuk seakan-akan sebuah bot. Ianya merupakan sebuah museum sains.


VOC Ship Replica (VOC-schip de Amsterdam) sebuah museum yang menunjukkan sejarah pelayaran Belanda.
Montelbaanstoren Tower yang bina pada tahun 1516 sebagai sebahagian dari tembok pertahanan untuk Kota Amsterdam dengan ketinggian 48m.
Boat House disepanjang Oudeschans. Dimana pemilik boat harus membayar cukai yang tinggi berdasarkan keluasan boat tersebut. Ramai yang telah menjualnya.
Café de Sluyswacht asalnya merupakan kediaman penjaga pintu canal di sini (lock keeper) pada kurun ke-17.
Dutch National Opera & Ballet
Terdapat museum kucing, museum handbag dan purse dan beberapa tempat menarik lagi.
Mengikut pemandu boat, setiap tahun sebanyak 20,000 buah basikal akan dikeluarkan dari canal ini kerana ramai yang mencampakan basikal lama mereka ke dalam canal. Canal ini mempunyai 250 jambatan yang kedua terbanyak selepas Venice di Italy yang mempunyai 400 jambatan.

Parking Basikal
Trip canal cruise kami tamat pada pukul 5:00 petang. Hari sudah mulai gelap. Kami bergerak ke tempat kami berkumpul sebelum ini.



Restaurant Simit Sarayi 
Kami berjalan menyusuri Nieuwendijk road. Aku ternampak sebuah restaurant halal Turkey, Simit Sarayi. Kami makan malam di sini, Chicken kebab dengan harga Euro 6.00 yang kami kongsi kerana terlalu besar untuk kami.
 

Primark (N 52.374595, E 4.894522)

Kami ke Primark sekali lagi untuk membeli jacket buat anak-anak (Euro 42.00)

Seterusnya kami pulang ke Hotel pada pukul 6:00 petang. Jarak hotel kami adalah 47 km dari Centre of Amsterdam. Bayaran parking di sini agak mahal untuk 4 jam aku membayarnya sebanyak Euro 36.00.
Kami sampai di hotel pada pukul 7.00 petang dan terus berehat.

Cost

1. Minyak – 0
2. Meals - Euro 10.00 + Euro 6.00 = Euro 16.00
3. Parking – Euro 36.00 + Euro 10.00 + Euro 0.50 = Euro 46.50
4. Entrance Fee – Euro 32.00 + Euro 10.00 = Euro 42.00
5. Baju - Euro 79.50 + Euro 42.00 = Euro 121.50
6. Lain-lain – Euro 12.00 + Euro 17.00 = Euro 29.00

Total: Euro 255.00 

Day 10 – Sunday, 08 Dec 2019
Amsterdam, Netherland - Bruges (441 km)

Kami memulakan perjalanan lebih awal harini iatu pada pukul 7:45 pagi selepas bersarapan pagi di hotel. Hujan turun dengan renyai dengan suhu 9 degree C pagi ini. Kami berhenti seketika di sebuah station minyak Shell (Euro 21.90) untuk mengisi minyak sebelum memulakan perjalanan yang jauh

Perkampungan Nelayan Volendam (N 52.494448, E 5.077775)

Kami menuju ke perkampungan nelayan Volendam, Netherland untuk melihat pemandangan perkampungan nelayan di sini. Kami sampai di sini pada pukul 9:00 pagi. Ianya terletak 62 km dari hotel yang kami menginap semalam dan ianya terletak diperjalanan kami menuju ke Belgium. 
Paras laut di sini agak tinggi berbanding kawasan perumahan sekitar, sehingga kerajaan membina tembok setinggi 2 tingkat bangunan. Untuk mendapat parking di sini agak susah, kami meletakkan kenderaan di ruang parking Art Hotel Spaander yang berbayar.



Hujan turun dengan lebat dan angin bertiup dengan kencang. Aku cuba membuka payung lipatku, malangnya gagal kerana angin terlalu kuat. Jadi kami memakai ponco untuk memulakan pengembaraan kami di sini. Teman-temanku yang lain masih lagi berada di dalam kereta masing-masing untuk menunggu sehingga hujan reda sedikit.

Aku mengambil gambar dan video kawasan sekitar walaupun hujan masih lagi turun dengan renyai-renyai kerana aku tidak mahu terlepas peluang bila berada di sini. 

Seterusnya kami menuju ke kawasan kedai-kedai di sekitar kampung ini. Hanya beberapa buah kedai sahaja yang telah dibuka kerana majoritinya memulakan perniagaan pada pukul 10:00 pagi. Kami terlihat sebuah kedai foto iaitu Foto de Boer yang menyediakan perkhidmatan mengambil gambar dengan memakai custom nelayan di Volendam. 


Harga yang dikenakan adalah Euro 20.00 untuk satu keping gambar besar ataupun 2 keping gambar kecil dan tambahan Euro 6.00 sekiranya anda mahukan softcopy bersama-sama thumb drive. 

Kami mengambil suasana di dapur sebagai background gambar. Setelah siap bergambar, kami meneruskan rondaan sambil menunggu 30 minit untuk gambar disiapkan.
Gambar sekitar.


Kami berjalan ke kedai sebelah (Discount Store) dan terlihat snowcap dengan tulisan “Amsterdam” sungguh menarik dan sangat selesa untuk digunakan waktu dingin begini. Harga cap ini Euro 5.00 sehelai, kami beli 2 (Euro 10.00). Kami bergambar dengan jurujualnya Jeniffer.

Kami kembali ke kedai photo sebelah dan mengambil gambar yang sudah siap. Sungguh cantik gambarnya. Ianya dijadikan sebagai kenang-kenangan untuk trip ini.
Kami menuju ke arah teman-teman yang lain yang sedang membeli ais-cream di kedai berhampiran. Isteriku telah ternampak sepasang jacket berwarna chocolate yang menarik baginya. Aku belikan dia jacket tersebut dengan harga Euro 40.00. Wiwi juga membeli jacket yang sama buat anak bongsu. Setelah berada di Brussel baru kami tahu bahawa harga jacket anaknya itu hanya lah Euro 15.00, frust menongeng isteriku kerana rasa tertipu dengan jurujualnya.

Setelah semuanya siap, kami berjalan ke hotel untuk membayar parking. Harga parking adalah Euro 3.50 untuk hampir sejam setengah.

Atomium, Brussel, Belgium (N 50.895025, E 4.341795)

Kami meneruskan perjalanan perjalanan dari Volendam, Netherland ke sempadan Belgium meneruskan perjalanan sehingga ke Brussel, ibu negara Belgium. Ianya merupakan negara ke-5 dalam trip ini. Kami melalui highway untuk sampai ke sana. Memang sangat mengantuk, aku terpaksa berhenti seketika kerana tidak dapat membuka mata ini. Kami berhenti di sebuah station minyak dan mendapatkan hot chocolate dan jajan buat ubat mengantuk (Euro 12.70).


Kami sampai di Atomium pada pukul 2:15 petang. Atomium merupakan sebuah pusat sains yang terkenal di Europe. Design bangunannya sungguh mengagumkan. 

Terdapat ramai pengunjung yang datang pada hari  ini menyebabkan que menjadi panjang. Kami tidak bercadang untuk naik ke atas kerena kesuntukan masa. Kami bergambar di sini.







Berhampiran Atomium










Masjid & Pusat Mengajiaan Islam, Ibn Rusd (Centre Culturel d'Averroès Jettois) (Parking: N 50.8807441, E 4.3293457)

Kami seterusnya menuju ke sini untuk solat jamak Asar dan Zohor. Ianya terletak 4 km dari Atomium. Ia terletak di kawasan bernama Jette. Masjid ini terletak di tingkat 2, sebuah bangunan kedai dan terdapat sebuah parking bayar di sini. Alhamdullilah pada hari Ahad, parking ada percuma. 

Masjid digunakan menjadi kelas pengajian Agama Islam. Seorang Jemaah tempatan telah membantu kami mengemas meja-meja dan kerusi untuk membolehkan kami solat di sini. Alhamdullilah settle semua.























Best Grill Jette (N 50.8805754, E 4.3292799)

Setelah menunaikan kami berjalan kami menuju ke sebuah restaurant halal Turki yang berhampiran Centre Culturel d'Averroès Jettois. Terdapat sebuah gereja (Sint-Pieterkerk)yang lama di sini. Aku mengambil kesempatan untuk bergambar di sini.

Best Grill Jette



Aku memesan mix grill (Euro 12.50) sepinggan yang kami share bertiga, aku, isteri dan amirul kerana portion nya terlalu besar. 
Bruggue, Bruges (N 51.208405, E 3.224811)

Kami meneruskan perjalanan sejauh 94 km lagi dari Jette ke Bruges. 

Bruggue merupakan sebuah kota yang masyhur pada abad ke-12. Ia juga dikenali sebagai "Venice of the North" yang menjadi salah satu tarikan utama di Belgium. Anda boleh menaiki canal cruise keseluruhan kota dalam masa 40 minit. 
Kota ini berkeluasan 430 hektar yang mempunyai 20,000 orang penduduk yang mendiami kota ini.

Kami membeli fridge magnet di sini (Euro 19.00) dan bergambar disini.

Pemandangan Kota Bruggue di waktu malam.
Kami bergambar di sini
 






 

Video persekitaran Kota Bruggue di waktu malam yang disimbahi lampu-lampu dengan kemeriahan persiapan sambutan Hari Krimas yang bakal menjelma tidak lama lagi.



C Hotel, Middelkerke, Belgium (N 51.174476, E 2.790124)


Kami meneruskan perjalanan menuju ke penginapan kami di C Hotel yang terletak 41 km dari Bruggue. Kami berhenti seketika untuk mengisi minyak di Station Minyak Total. Aku mengisi 14.4 liter diesel dgn harga Euro 22.00 (Euro 1.527/ liter). 

GPS telah membawa kami melalui kawasan kampung sebelum sampai ke hotel. Sungguh menyeramkan juga. Seperti berada dikawasan sawah padi pada malam hari. Cuba saksikan video dibawah ini.
Kami sampai pada 8:30 malam lebih awal berbanding teman-teman yang lain. Biliknya cukup selesa dan menarik. Kami berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan ke negara terakhir esok.


Cost

1. Minyak – Euro 21.90 + Euro 22.00 = Euro 43.90
2. Meals - Euro 12.70 + Euro 12.50 = Euro 25.20
3. Parking – Euro 3.50 
4. Entrance Fee – 0
5. Baju - Euro 40.00 
6. Lain-lain – Euro 10.00 + Euro 26.00= Euro 36.00
Total: Euro 148.60

Day 11 – Monday, 09 Dec 2019
Bruges – London (244 km)

Hari  ini kami keluar lebih awal iaitu selepas solat subuh pada pukul 6:45 pagi. Kami bergerak menuju ke Dunkrik untuk menaiki ferry DFDS yang planning awalnya kami akan menaiki ferry pada pukul 08:00 pagi. Jarak perjalanan dari C Hotel ke Terminal Ferry adalah 60 km. Hujan turun dengan renyai-renyai dan keadaan trafik juga agak sibuk dengan trailer-trailer contena menuju ke Terminal Ferry Dunkerque.

Kami sampai di Border France pada pukul 07:45 pagi. Pass ferry diberikan kepada kami. Ticket ferry telah di booking secara online oleh Team Trip Kekawan sehari sebelum kami menaiki ferry. 
Urusan immigration di France berjalan lancar. Kami diberikan sticker untuk digantungkan pada cermin pandang belakang.
Di Immigration UK, kami menyerahkan passport dan pegawainya bertanya kepada kami, berapa lama akan tinggal di UK. Aku memberitahu 2 hari dan beliau juga meminta booking hotel di London dan flight penerbangan pulak kami. Passport kami Berjaya di cop!!.



Kereta Azli dengan Esfieza sekeluarga berada dihadapanku telah diminta ke tepi untuk di check dengan lebih detail.

Kami melewati kastam UK, pegawainya mengarahkan aku membuka boot kereta dan mengarahkan ku membuka bag besar milik isteri ku. OK...You can go now…Alhamdullilah settle. 
Kami bergerak ke barisan yang telah ditentukan, terdapat hampir 40 barisan di sini. Kami semua beratur di line 32. Alhamdullilah Azli dan keluarga fieze telah dibenarkan untuk bergerak.

Oleh kerana terlewat, ferry kami telah di reschedule kepada pukul 10:00 pagi. Hampir 2 jam kami beratur di sini. Aku mengambil kesempatan ini untuk ke toilet sementara menunggu ferry di Dunkerque Terminal. 








Pada pukul 9:35 pagi, kami diarahkan untuk menaiki ferry mengikut barisan yang ditentukan. 
Kami parking kereta di Dek 5 dan terus naik ke Balai Menunggu di Dek 6. Di sini terdapat café-café, restaurant, money changer, playground untuk anak-anak, premium lounge dan Sea Shop. Memang selesa dan nampak mewah macam naik luxury cruise.








Oleh kerana kami sampai lebih awal, kami berjaya mendapatkan tempat duduk yang terbaik, berada dihadapan sekali.
Aku ke 7 Seas restaurant untuk membeli sarapan pagi. Aku membeli satu set Vegetarian Breakfast dan dua hot chocolate berharga 13.30 Pound, aku membayarnya dalam wang Euro.




Perjalanan mengambil masa 2 jam untuk sampai di Dover, UK. Kami sama-sama berbual-bual di dalam ferry. Aini sempat menceritakan kami tentang cerita seram yang dialaminya di hotel yang kami menginap semalam.
Setelah hampir sampai kami semua turun ke Dek 5 menuju ke kenderaan masing-masing dan bersedia untuk turun. 

Alhamdullilah semuanya berjalan lancar. Bermulalah episode drive di sebelah kiri jalan. Waktu UK adalah 1 jam lebih lewat dari negara-negara Europe. Signboard jarak kawasan dalam 'km' telah bertukar kepada 'mile'.

Ashford Factory Outlet (N 51.133120, E 0.877215)

Kami bergerak menuju ke Ashford Factory Outlet yang terletak 37.0 km dari Dover Seaport. Kami berhenti seketika di sini untuk sesiapa yang mahu shopping. 


Isteriku tiba-tiba semput apabila keluar dari kereta dek kerana kesejukan. Perbezaan suhu yang sangat ketara kerana dalam kereta aku hidupkan heater dan diluar terlalu sejuk dan berangin.





Di sini terdapat beberapa kedai-kedai berjenama seperti Guess, Polo, Nike, Puma, Levis, Clarks dan sebahgainya. Kami tidak membeli apa-apa. Kawasan ini kelihatan seperti sebuah stadium dengan bumbung yang diletakan kanvas putih dan barisan kedai-kedai berbentuk ovul.






Di sini terdapat sebuah surau (quite room) yang terletak di belakang service center di tingkat satu. Surau kecil tapi selesa dengan fasiliti surau lelaki dan wanita dan terdapat tempat mengambil wuduk yang khas. Kami bersolat di sini.



Kami bertemu kembali dengan Amirul dan mengajak beliau untuk meneruskan perjalanan ke hotel. Aku terpaksa pinjam wang sebanyak 50 UK pound dengan Azli kerana aku tidak mempunyai duit pound dan tidak terdapat money charger di sini.

Sistem pembayaran parking di sini memang canggih. Apabila berhenti dihadapan palang, camera cctv akan detect nombor plate kenderaan anda. Apabila hendak keluar, anda hanya perlu taipkan nombor kereta anda, semua detail akan keluar, anda hanya perlu bayar sahaja. Parking disini agak murah 1 pound sahaja dikenakan.
Masrizal sekeluarga akan  bermalam di Manchester dan yang lain  akan bermalam di London. Mereka akan join kembali malam esok.

Restaurant Zam-zam

Kami agak lapar kerana hampir seharian tidak makan, kami membuat keputusan untuk terus ke restaurant halal yang terletak berhampiran dengan hotel. Perjalanan diteruskan dari Ashford ke Heathrow agak jauh juga iaitu 140 km. 

Kami terus ke Restaurant Zam Zam yang terletak 5 km dari Premier Inn. Parking di sini juga agak susah, Alhamdullilah mujurlah kami berjaya mendapatkannya. Restaurantnya agak besar, sebuah kedai dikhaskan untuk menjadi dapur dan satu kedai lagi menjadi ruang makan.


Kami mengorder nasi bryani ayam, fuhh..sudah lama rasanya tekak ini tidak merasa nasi. Isteriku agak selera makannya. Aku belanja Amirul makan. Alhamdullilah kenyang. Makanan di sini agak murah, nasi bryani ayam hanya berharga 3.5 pound. Aku hanya membayar 13 pound untuk 3 orang makan.


Kami ke mini market berhadapan dengan restaurant tersebut untuk membeli mineral water untuk di bawa ke hotel (3.00 pound).

Premier Inn, Heathrow, London

Kami terus ke Premier Inn yang terletak 5km dari restaurant Zam zam. Jalan masuk ke hotel memang tricky. Kami terpusing-pusing mencari jalan masuk ke hotel. Tiada papan tanda langung, hampir setengah jam dihabiskan, akhirnya sampai juga. Parking juga harus dibayar 16.5 pound per day. Pada permulaannya, kami menghadapi sedikit masalah untuk check in di sini tapi Alhamdullilah berjaya diselesaikan oleh Azli sebagai ketua rombongan. Terima kasih. Kami agak kepenatan.



Alhamdullilah dapat rehat juga, planning asalnya kami mahu keluar selepas check in hotel tetapi kerana kepenatan kami cancel niat tersebut.

Cost

1. Minyak – 0.00
2. Meals - 13.30 Pound + 13.00 pound + 3.00 pound = 29.30 pound
3. Parking – 33.00 pound
4. Entrance Fee – 0.00
5. Baju – 0.00 
6. Lain-lain – 0.00
Total: 62.30 pound

Day 12 – Tuesday, 10 Dec 2019
London (69 km)

Hari ini kami keluar pada pukul 7.30 pagi untuk bersarapan pagi di Malaysian Hall di London. Untuk pengetahuan anda, kepada sesiapa yang hendak memandu di tengah-tengah kota London anda harus membayar “Congestion Charge” yang harus dibayar pada hari yang sama secara online di https://tfl.gov.uk/modes/driving/pay-to-drive-in-london dengan harga 11.50 Pound.

Malaysian Hall London (QPark Queensway – N 51.510982, W 0.186406)

Kami terlebih dahulu mengisi penuh minyak di station minyak BP yang berhampiran hotel. Aku mengisi diesel sebanyak 28 liter dengan 37.46 pound (1.329 pound/liter). Jarak di antara hotel hanyalah 22.0 km tetapi ia mengambil masa selama 1 jam 35 minit. Trafik agak sibut pada waktu pagi.

Kami parking kereta di QPark Queensway dan berjalan kaki menuju ke Malaysian Hall yang terletak di Bayswater, London


Terdapat barisan kedai-kedai yang menjual cenderamata di kiri dan kanan jalan di sepanjang kawasan ini
Semasa kami berjalan menuju ke sana, kami terlihat sebuah booth menjual ticket big bus London, jadi kami pun berhenti menanyakan harga. Harga asalnya adalah 35.00 Pound tapi isteri meminta diskaun terus dibaginya 30 pound/ ticket. Jadi aku pun apalagi, belilah 2 ticket dengan harga 60.00 pound. Dengan ticket ini anda boleh meronda satu kota London dan diberi percuma ticket cruise boat yang mana anda boleh melihat pemandangan kota London dari Sungai Thames. Kami menukarkan 100 euro kepada pound di money changer berhampiran buat belanja breakfast (100 Euro = 83 pound).

Kami sampai di Malaysian Hall London setelah beberapa minit berjalan kaki. Kami berbual-bual seketika dengan Pn Zaharah iaitu receiptionist di sana. Beliau berasal dari Kota Bharu, Kelantan yang telah bermastautin di London hampir 30 tahun. 






Kami terus ke kantin yang berada di basement. Terdapat banyak pilihan menu sarapan pagi di sini antaranya, nasi lemak, lontong, nasi goreng, bubur kacang dan aneka pilihan kuih muih. Jadi tak karuan kami untuk memilihnya maklum lah sudah 2 minggu tidak merasa masakan Malaysia. Kami membeli sepinggan nasi lemak, lontong, teh tarik dan sirap bandung ais. Memang berbaloi sungguh enak dengan harga 19.00 pound. 






Queensway, Bayswater

Setelah makan kami berjalan-jalan di sekitar Bayswater. Di sini anda boleh dapatkan cenderamata dengan harga yang murah berbanding di tempat lain di London. Semasa ronda-ronda di sini, hujan turun renyai-renyai tapi sudah cukup membuatkan anda basah. Aku menyarungkan ponco buat isteriku dan mengeluarkan payung dari bag galas ku. 







Terlebih dahulu aku menukarkan wang 300 USD kepada pound (300 USD = 224.22 Pound) di Thomas Exchange yang terletak di dalam Hyde Park Hotel.


Kami membeli fridge magnet, snow cap, bendera dan metal plate dengan harga 33.00 Pound.

Di sini juga terdapat sebuah mini mart iaitu Happy Mart yang menjual barang-barang dari Malaysia seperti maggi, milo dan lain. Mini mart ini terletak berhampiran Queensway Underground Train Station. Lokasi disini amat sesuai bagi yang bercadang untuk menginap di Kota London.


Bayaran parking yang dikenakan adalah 8.00 pound untuk 1 jam setengah.

Masjid Baitul Aziz (Parking: N 51.497456, W 0.093753)

Kami bergerak ke sana pada pukul 11:00 pagi. Jarak di antara Queensway dan Masjid Baitul Aziz hanyalah 5.0 km sahaja tapi kami mengambil masa 1 jam untuk sampai ke sana. Hujan masih turun renyai-renyai. Jalan agak sibuk terutama kawasan “conjusted area” berhampiran Kota London, yang paling sibuk adalah bas yang tidak putus-putus. 
Tanda "C" pada papan tanda dibawah menunjukkan kawasan "Congestion Area", anda perlu membayar charge sekiranya menaiki kereta di kawasan ini.

Terdapat lorong khas buat bas dan teksi. Apa yang aku perasaan adalah kewujudan penunggang basikal tidak disedari oleh pengguna jalanraya yang lain. Bukan sahaja tiada lorong khas malah jalannya tiada emergency lane seperti Malaysia. Memang bahaya.
Kami sampai di Masjid Baitul Aziz pada pukul 12:00 tengahari. Kami solat jamak qasar zohor asar di sini. Masjidnya agak besar dan mempunyai kawasan parking yang luas.




Alhamdullilah settle semua. 

London Eye (Coca-cola London Eye) (Parking: N 51.502604, W 0.111407)
Seterusnya kami menuju ke salah satu tempat yang menjadi tumpuan pelancong di London iaitu London Eye. Kami sampai di sana pada pukul 1:00 petang. Hujan masih lagi turun dengan renyai-renyai. 

Kami parking kereta di Waterloo Car Park

Kami berjalan kaki hampir 350m untuk sampai di Eye of London yang terletak di tepi tebing Sungai Thames.


Kami membeli tiket di mesin yang terletak di sebelah kiri. Bayaran untuk menaikinya adalah 30.00 pound untuk dewasa (60 pound untuk 2 orang) untuk menaikinya pada pukul 1:30 petang. Semasa beratur menaikinya terdapat sudut mengambil gambar. Mereka akan mengambil gambar anda dan gambar itu boleh dibeli setelah keluar dari gondola. 

Terdapat 32 gondola (kaca) yang bergerak 26cm per saat. Anda boleh melihat sejauh 40 km dari sini sehinga Istana Windsor di barat. Mengikut pembacaan ia boleh membawa max 800 penumpang dalam satu masa.









Gondolanya agak luas, hanya terdapat 6 orang di dalamnya (termasuk kami). Ianya cukup stabil dan tidak goyang-goyang seperti yang lain, cuma bunyi angin dapat didengari.

Anda boleh perhatikan keindahan Kota London dengan jelas dari sini. Dengan pemandangan Sungai Thames yang merupakan sungai kedua terpanjang (380 km) selepas Severn yang dihiasi bangunan di sekitarnya. Antara bangunan yang jelas dapat diperhatikan adalah House of Parliament, Big Ben, Westminster Bridge, Ministry of Defence, Downing Street, Buckingham Palace dan lain-lain lagi.






Kami menaikinya selama 30 minit. Sebelum sampai ke bawah terdapat 2 kamera besar diletakan pada kerangka London Eye untuk mengambil gambar anda. Anda hanya perlu berdiri pada kedudukan yang telah ditetapkan dalam gondola itu. Gambarnya seperti dibawah ini.
















Sejurus anda keluar dari gondola, sepasukan security akan datang untuk check di bahagian di dalamnya. 

Kami bergerak menuju ke gelari London Eye untuk mendapatkan gambar diambil sebelum ini. Harga untuk 3 keping gambar dengan keychain dan fridge magnet berharga Euro 25.

Kami sempat bergambar dengan patung pelakon terkenal iaitu Brad Pit yang dipamerkan di kaunter London Eye.


Big Bus

Seterusnya kami berjalan kaki menuju ke Westminter Bridge yang terletak 200m dari London Eye untuk menaiki Big Bus. 




Kami menaiki big bus seperti berikut; London Eye (Station No.11) > Waterloo (Station No.12) > Convent Garden (Station No.13) > St Paul’s Cathedral (Station No.14), Tooley Street (Station No.15) dan Tower of London (Station No.16).

Ini merupakan tugu Dragon seperti dibawah menunjukkan sempadan Kota London (City of Dragon Boundary Marks) terdapat beberapa buah tugu seperti ini akan anda temui apabila bergerak keluar dari Kota London
Mengikut penerangan dari Big Bus, terdapat 3 kali kebakaran besar telah berlaku di Kota London yang berpunca dari kedai roti (bakery). 

Sejarah kebakaran yang terbesar yang juga dikenali sebagai "Great Fire of London" telah berlaku pada tahun 1666 yang telah meliputi kawasan seluas 436 ekar di kota London yang telah memusnahkan sebanyak 13,200 rumah dan menyebabkan seramai 100,000 orang menjadi homeless.
Kami mengambil gambar disepanjang perjalanan sambil mendengar penerangan dari earphone.

St Bride's Church

Bank of England Museum (Bangunan putih)

Hay's Galleria
The Lalit London

Bridge Tower


Tower Bridge 

Kami berhenti di Tower of London Station untuk melihat dengan lebih dekat Tower Bridge yang terletak berhampiran dengan Tower of London. Kami tidak sempat melawat Tower of London yang merupakan salah satu tempat kunjungan pelancong di sini.

Tower of London merupakan simbol keagungan Kota London yang dibina pada tahun 1,078. Ia merupakan sebuah istana dengan keluasan  12 ekar. Ianya dijadikan penjara dari tahun 1,100-1,952 tapi bukan tujuan utamanya.




Kami berjalan kaki menuju ke jambatan Bridge Tower. Hujan turun dengan renyai-renyai semasa itu.

Kami bergambar di sini






Aku mengajak isteriku untuk ke Bridge Tower Exhibition yang terletak ditengah-tengah jambatan tersebut. Bayaran masuk yang dikenakan adalah 9.80 GBP/ orang termasuklah exhibition area dan engine room.

Kami mendengar penerangan di dalam lift semasa menaiki North Tower di Tower Bridge.

Penerangan di dewan North Main Tower
Mengikut penerangan Bridge Tower telah berusia 125 tahun. Penerangan ringkas adalah seperti berikut:
  • Mula dibina pada 22 April 1886. Mengambil masa selama 8 tahun untuk disiapkan.
  • Dibuka kepada public pada 30 June 1894.
  • Kos pembinaan - 1,184,000 Pound
  • Panjang jambatan - 268 meter
  • Architect - Sir Horace Jones & John Wolfe Barry
  • Height Clearance - 8.99m (bridge tutup) & 43.5m (bridge buka).
  • Sudut Bukaan jambatan - 86 degree
  • Peringkat awal mechanism untuk buka jambatan adalah menggunakan hydraulic untuk mengangkat 422 ton besi kedua-dua belah jambatan.
  • Pada tahun 1976 system hydraulic ditukarkan kepada steam.
  • 22,000 liter cat (paint) diperlukan untuk mengecat jambatan ini. Ianya telah dicat sebanyak 7 kali.
  • 90 saat diperlukan untuk membuka jambatan.
  • Weight limit untuk kenderaan - 18 Ton
  • Purata 40,000 orang melalui jambatan ini sehari.
Walkway

Terdapat 2 laluan iaitu East Walkway dan West Walkway yang menghubungkan North dan South Tower sepanjang 61 meter. Terdapat maklumat-maklumat mengenai Tower Bridge sepanjang laluan ini.




Pemandangan dari jambatan
Dipertengahan walkway, terdapat lantai berkaca yang anda boleh melihat terus kepada bawah. Seriau jugak nampak kereta kat bawah. 

Lantai berkaca ini telah dipasang pada tahun 2014. Kaca ini mempunyai 7 lapisan dengan ketebalan 80mm yang dibuat di Austria. Ianya dikatakan dapat menampung seberat 6 ekor gajah ataupun seberat jumlah susunan 1 pound syilling yang berketinggian The Shard (309.6m)







Kami meneruskan perjalanan ke South Tower. Terdapat semua selfie machine (cosmo card postcard) untuk merakamkan gambar anda dengan berlatarbelakangkan Tower Bridge dan beberapa pilihan lain (2 GBP)

Kami kemudiannya bergerak ke Engine Room dengan menggunakan lift.






Apabila sampai dibawah kami berjalan kaki menuju ke Engine Room dengan mengikuti line biru yang pada laluan pejalan kaki di jambatan ini.

Kami bergambar di Engine Room

Video:




Terdapat beberapa potrait pekerja-pekerja yang pernah berkhidmat di sini diabadikan di sini.


Aku membeli sebuah buku (3.00 GBP) mengenai Tower Bridge di sebuah galleria sebelum dari Engine Room

London River Cruise

Kami kemudian menuju ke Tower Millennium Pier untuk menaiki London River Cruise. Bayaran cruise ini adalah percuma dengan pembelian ticket Big Bus tadi.

Jarak diantara Bridge Tower ke jeti tidaklah begitu jauh jadi kami berjalan kaki saja melewati Tower of London. Pemandangan Bridge Tower pada waktu sungguh cantik. 






Thames River Cruise di operate oleh City Cruise. Perjalanannya dari Tower London Pier ke Westminster Pier (vice versa). Ticketnya untuk satu hala sahaja yang mengambil masa selama 30 minit.


Aku memilih tempat duduk yang berhampiran tingkap cermin. Alhamdullilah ketika itu tidak ramai penumpang yang menaiki boat ini. Perkhidmatan boat ini akan ditamatkan pada 5:30 petang setiap hari dari jeti ini. Ini merupakan boat kedua terakhir untuk harini. Aku membeli dua cawan hot chocolate untuk memanaskan badan yang kedinginan.


Kami sampai di jeti yang berhampiran London Eye pada pukul 5:00 petang. Kami terus menghubungi Amirul yang telah lama menunggu kami. Kesian betul. 

Aku bercadang untuk ke Oxford street untuk melihat dengan lebih dekat suasana di sana. Amirul mencadangkan kita menaiki train/ metro. Waterloo Metro station terletak berhampiran dengan tempat letak kereta kami. Kami melalui torowong bawah tanah untuk sampai ke station tersebut. Suasananya macam cerita Batman, ngeri betul. Terowong itu penuh dengan lukisan mural dari bawah sampai ke atas. Bau cat memang cukup kuat.

Setelah bertanya dengan beberapa orang, akhirnya kami sampai ke station tersebut. Station Metro Waterloo agak sibuk dan penuh dengan penumpang-penumpang keretapi yang ingin ke destinasi masing-masing.




Bila dibuat kira-kira cost untuk menaiki train untuk kami bertiga agak mahal jika dibandingkan dengan menaiki kereta. Jadi, kami mengambil keputusan untuk menaiki kereta untuk ke Oxford Street.

Semasa berjalan menuju ke tempat letak kereta aku terlihat beberapa buah restaurant halal di York Road. Terasa lapar lah pulak, jadi kami berhenti makan di Restaurant Chilli Chutney. Kami memesan Chicken Bryani dan Chicken Kurma. Makanan di sini tidak fresh dan tidak sesedap di Restaurant Zam Zam, Heathrow.



Setelah makan, kami bergegas ke parking untuk destinasi kami seterusnya Oxford Street. Lokasi kami parking kereta adalah seperti di bawah ini.

Jarak Waterloo ke Oxford Street tidak sampai 5 km pun tapi mengambil masa 30 minit untk sampai. Terdapat barisan kedai-kedai yang menjual barangan-barangan berjenama di kiri dan kanan jalan.
Hujan turun dengan renyai-renyai. Kami berjalan menuju ke Primark untuk membeli jaket dan bag pakaian maklumlah bag yang kami bawa telah penuh. 

Setelah sejam kami berada sana kami pun pulang ke hotel. Harini seharian kami meronda, cukup penat.

Cost

1. Minyak – 37.46 GBP
2. Meals - 19.00 + 5.50 + 28.40 = 52.90 GBP
3. Parking – 8.00+15.00 + 15.00 = 38.00 GBP
4. Entrance Fee – 60 (big bus)+ 60 (London Eye)+ 19.6 (Tower Bridge Exhibition) = 139.60 GBP
5. Baju & Beg – 70.00 GBP
6. Lain-lain – 3.0 (Buku)+70 (Goodies) = 73 GBP

Total: 410.96 pound

Day 13 – Wednesday, 11 Dec 2019
London – Paris (462 km)

Kami bergerak dari hotel pada pukul 7:30 pagi melalui highway M25 dan M20 menuju ke DFDS Dover Departure Check in dengan jarak 166 km. Kami mengambil masa 2 jam setengah untuk sampai. Kami rencananya akan menaiki ferry pada pukul 10:00 pagi, malangnya boat itu sudah berlepas semasa kami sampai. 

Semasa sampai di kaunter drive thru boat, pengawai bertugas memberitahu kami boat ke Dunkerque telah berlepas, beliau bertanya kepada sama ada kami ingin menaiki kapal ke Calais yang akan berlepas pada pukul 10.40 pagi ataupun ke Dunkerque pada pukul 12.00 tengahari. Setelah menghubungi Azli, kami bersetuju untuk menaiki feri ke Dunkerque pada pukul 12.00 tengahari.

Kami berehat seketika di Costa Coffe di terminal menunggu di Dover. Aku memesan 2 hot chocolate (6.58 pound), kami berbual-bual sambil menunggu minum bersama Erfieza sekeluarga. 



Masrizal sekeluarga telah menaiki boat ke Calais kerana mereka terpaksa berkejar ke airport kerana penerbangan mereka pada pukul 9.00 malam ini.

Aku membeli map, jajan dan air di mini mart (18.93 pound) untuk bekal kami menuju ke Paris harini.

Kami menaiki ferry dari Dover,UK ke Dunkerque, France selama 2 jam. Kami membeli Fish and Chip (10.25 pound) sebagai makan tengahari kami.





















Kami tiba di Dunkerque pada pukul 3:00 petang waktu Perancis. 

Centre Culturel Essalam, Dunkerque


Semasa kami keluar dari ferry, hujan renyai-renyai dan matahari menyinar menghadiahkan kami pelangi yang sungguh indah sebagai menyambut kehadiran kami di sini. 
Kami terus bergegas ke Centre Culturel Essalam, untuk bersolat zohor dan asar jamak di sini. Centre Culturel Essalam merupakan sebuah Komplek Islam  dimana terdapat masjid tingkat bawah dan ditingkat atas kelas-kelas pengajian Islam untuk anak-anak.










Alhamdullilah selesai. Kami bercadang untuk makan di sini. Azli cuba mendapatkan beberapa tempat restaurant halal dari google antara The Crocodile and Flunct, tapi malangnya restaurant tersebut tidak halal. Aku mencadangkan berhenti di Lille, iaitu sebuah bandar berhampiran Dunkerque. Ianya terletak dipertengahan jalan menuju ke Paris, 67 km dari Dunkerque. Masalahnya restaurant tersebut ditutup pada masa kami sampai di sana. Jadi kami bersetuju untuk meneruskan perjalanan ke Paris.

Decathalon Grande Synthe, Dunkerque

Aku memberitahu Azli yang kami akan singgah di Decathalon yang terletak di sini. Azli dan Fieza sekeluarga meneruskan perjalanan ke Paris. Decathalon merupakan salah satu kedai yang menjadikan favourite aku dan isteri. Terdapat banyak pilihan barang-barang outdoor dan sukan di jual disini. Barang-barang di sini jauh lebih banyak jika di bandingkan di Kuwait dan Kuala Lumpur. Terdapat beberapa section iaitu Pakaian Musim Sejuk, Pakaian dan Alat-Alat mengikut sukan, berburu dan lain-lain lagi. Boleh jadi gila kalau kami duduk di sini lama-lama. Aku hanya mendapat sehelai baju warm inner dengan harga 10 Euro.




Yang menariknya system pembayarannya; self payment, anda hanya perlu masukkan barang yang dipilih ke dalam basin scan dan dibayar dengan menggunakan credit card. Memang cepat kerana tidak perlu beratur.
Kashmir Palace Restaurant

Kami meneruskan perjalanan menuju ke Paris pada pukul 6:00 petang. Hujan masih lagi turun dengan renyai-renyai. Terdapat kesesakan berlaku di highway semasa kami melewati Bandar Lille kerana terdapat kemalangan. Aku memandu kenderaan dengan kelajuaan 110-130 km/jam. Di sini maksimum kelajuaan adalah 130 km/jam jika tidak hujan dan sekiranya hujan maksimum adalah 110 km/jam.

Kami berhenti seketika di sebuah station minyak BP, aku mengisi minyak (30 Euro) dan berehat seketika kerana terasa terlalu penat dan mengantuk. Kami membeli Hot Chocolate dan mineral water di sini. Setelah 15 minit kami berehat kami menruskan perjalanan yang berbaki 150 km lagi.

Kami menghubungi Azli dan Fieza mereka berada 50 km dihadapan kami. 

Kami sampai di Kashmir Palace Restaurant pada pukul 9:15 malam. Semasa kami sampai, Azli dan Fieza sudah siap membungkus makanan untuk di bawa pulang ke hotel. Restaurant ini terletak berhampiran Airport Charles de Gulle (CDG) dan hotel yang akan kami menginap malam ini.


Kami memesan 2 pinggan nasi bryani Kashmir buat Amirul dan Aku & Isteri. Kami berkongsi makanan kerana terlalu besar portion nasi itu. Aku juga memesan Chicken Butter, Ice Lemon Tea dan Mineral Water. Makanan tidak sesedap yang kami makan di Restaurant Zam Zam, Heathrow, London. Harganya juga mahal, kami dikenakan 44.50 Euro. Kami tidak recommend akan untuk makan di sini walaupun restaurant cukup cozy tapi rasa masakannya kelaut. Kami pernah mengembara di Kashmir, masakannya jauh berbeza. Kalau lah orang Kashmiri makan di sini pasti diorang akan marah.

Hôtel Première Classe Roissy Aéroport Charles de Gaulle


Kami seterusnya menuju ke hotel Azli di Hotel Premieum untuk menghantar Amirul. Sebelum ini aku ingatkan kami menginap di hotel yang sama. Rupa-rupanya terdapat 3 buah hotel Premium Classe yang di sekitar Airport CDG. Aku bersalam-salam dengan Azli dan anaknya, Amirul. 

Semasa Aku sedang berbual-bual dengan Amirul dan Azli, sebuah kereta yang dipandu oleh seorang local bercakap dengan dengan kami dalam bahasa French. Aku tidak berapa faham, Cuma yang aku dapat tangkat dia mahu ke Holiday Inn. Dia mengajak aku masuk ke dalam kereta sambil menunjukkan GPSnya yang dilekat dicermin. Aku sudah terhidu, ini scam, aku cepat-cepat beredar dan menjauhinya. Sekiranya aku ke dalam keretanya mungkin akan terjadi perkara-perkara yang tidak diingini. 

Alhamdullilah Allah selamatkan kami. Paris memang terkenal dengan seribu macam scam. Anda harus berhati-hati.

Terasa sayu juga kerana kami telah bersama selama lebih kurang 12 hari mengembara di Europe. Aku terasa kesal juga tidak sempat bersalam-salaman dengan Masrizal dan Fieza sekeluarga kerana jadual penerbangan kami berbeza.
Kami tiba di hotel ini pada pukul 10:30 malam. Aku sudah membuat bayaran hotel terlebih dahulu Cuma dikenakan bayaran parking (6 Euro) dan tax (2.00 Euro). Aku mengangkat semua barang dan beg untuk pack semuanya kerana esok pagi-pagi lagi kami akan gerak ke airport.

Cost

1. Minyak – 30.00 Euro
2. Meals - 18.93 Pound + 6.58 pound + 10.25 pound + 3.90 Euro + 44.50 Euro = 90.6 Euro
3. Parking – 8.00 Euro
4. Hotel – 47.00 Euro
5. Baju – 10.00 euro
6. Tol – 16.90 Euro

Total: 202.50 Euro

Day 14 – Thursday, 12 Dec 2019
Paris – Kuwait

Kami bangun dari jam 4:00 pagi lagi untuk mengemas semua barang-barang yang ada. Kami keluar dari hotel pada pukul 5:30 pagi menuju ke Terminal 1, Airport CDG yang terletak 7 km hari hotel. Kami menuju ke parking kereta untuk menyerahkan kereta. Sebelum itu aku cuba mengisi minyak kereta kerana aku sepatutnya mengisinya 7/8 penuh tangki minyak. Aku menyerahkan kunci kereta kepada pekerja Enterprice. Mereka akan memeriksa kenderaan dan menghantar invoice dan memulangkan deposit tidak lama lagi.
Kami check in luggage di Kaunter Hall 1, Qatar Airline. Alhamdullilah aku dari awal online check in ticket jadi kami tidak perlu beratur panjang. Urusan immigration dan kastam berjalan lancar dan cepat. Kami bergerak menuju ke Gate 36 untuk menaiki penerbangan QR 42 (A380).




Kami berlepas pada pukul 8.45 pagi menuju ke Doha Qatar. Masa penerbangan (CDG-DOH) adalah 5 jam 45 minit dengan transit selama 1 jam lebih.


Kami kemudiaannya menaiki penerbangan QR 1088 dari Doha (DOH) ke Kuwait (KWI) dan berlepas pada pukul 7:00 petang. Masa penerbangan adalah 1 jam 30 minit. Kami sampai di Kuwait pada pukul 8:30 malam.





----TAMAT----

Comments

Post a Comment