Skip to main content

Featured

Kembara Pengubat Rindu

 Kembara Pengubat Rindu Alhamdullilah, kami telah berjaya mengadakan satu pengembaraan setelah hampir 2 tahun kami tidak ride bersama-sama. Ride terakhir kami adalah Ride Himalaya pada tahun 2019. Route kami kali ini adalah: Kuala Terengganu - Sungai Petani - Hatyai - Yala - Pattani - Betong - Penang - Jeli - Kuala Terengganu Day 01: 14 May 2022 Kuala Terengganu - Sungai Petani (412 km) Kami memulakan perjalanan agak lewat sikit harini kerana aku terpaksa menunggu isteriku tiba di Kuala Terengganu dari Kuala Lumpur menaiki kapal terbang. Kapal terbang AirAsia mendarat pada pukul 10:50 pagi di lapangan terbang Kuala Terengganu. Selepas saja makan tengahari kami terus pulang rumah untuk bersiap-siap. Kami memulakan perjalanan pada pukul 12:40 tengahari. Kami melalui Banjaran Titiwangsa (Jeli - Gerik) yang mengambil masa 4 jam 30 minit untuk sampai ke Castella Cafe. Cuaca harini sungguh panas sepanjang perjalanan. Sampai di sini saja, isteriku terus terjun dalam air sungai sangat sejuk. T

HIKAYAT PENGEMBARAAN SI KURA-KURA (LADAKH - KASHMIR)

HIKAYAT PENGEMBARAAN SI KURA-KURA



Himalaya... Himalaya.. Mu tunggu aku mari! 

Sudah 3 tahun aku tidak sentuh pun trotter. Motor yang ada kat Malaysia tidak sempatku sentuh kerana kekangan masa dan kerja ku di luar. Rindu ku tidak dapat dibendung lagi. Aku harus keluar dari rutin kehidupan harian ku yang sama setiap hari. Ahh..bosan lah.

Let go.. Aku ajak isteriku ride di Himalaya. Duit ku himpun setiap bulan. Betapa excitednya aku, lepas sahaja booked untuk join, aku terus beli semua ticket KL- New Delhi (Malindo) dan domestik flight (GoAir dan AirIndia) tujuh bulan sebelum berlepas. Cuti aku dah siap-siap apply dari awal lagi. Apa lagi.. Cuma e-visa aku apply sebulan sebelum berlepas.

Kembara kali ini aku bertemu dengan 15 orang kawan baru. Tidak pernah ketemu dan tidak pernah ride sekali pun. Hanya Eirwan seorang yang aku kenal itupun kawan dalam FB. 

Bab riding mereka semuanya sangat cekap handle motor dan laju berdesup memang aku lah orang paling akhir sampai. Aku semacam hilang confident dan perasaan takut dan berdebar-debar masih lagi kuat. Terima kasih ku ucapkan buat isteriku yang menjadi pemangkin untuk aku jadi lebih confident. 

Pemandangan di sepanjang jalan sungguh cantik dan unik. Aku rakam separuhnya di dalam blog ini. Anda harus datang ke sini dan rasai lah pengalaman baru yang cukup mendebarkan.

Terima kasih buat penganjur; Shahidan dan Hanif atas satu pengalaman yang tidak dapat dilupai buat aku dan isteri. Bagi yang berminat dan mahu mencuba boleh lah menghubungi mereka di FB - Himalaya Offroad Explorer.

Buat teman kembara yang lain, insyallah kita bertemu di Karakoram tahun depan!

Ikuti lah pengembaraan kami merentasi banjaran Himalaya.


Ahli Rombongan:

Penganjur

1. Shahidan
2. Hanif (Anip)

Team Kembara Ladakh-Kashmir Group 01

1. Don
2. Eirwan
3. Hafiz
4. Alip
5. Fauzi
6. Shahnusi
7. Rizal
8. Zaharof
9. Fadzli
10. Nor Hisham
11. Azman
12. Hidayat
13. Akram Karimi
14. Akhbar
15. Farah
16. Aswade
17. Razita

Program Kami

Day 01: Kuala Lumpur - New Delhi
Day 02: New Delhi - Leh
Day 03: Leh - Nubra Valley
Day 04: Nubra Valley - Pangong Lake
Day 05: Pangong Lake - Leh
Day 06: Leh - Kargil
Day 07: Kargil - Srinagar
Day 08: Srinagar
Day 09: Srinagar - New Delhi
Day 10: New Delhi - Agra - New Delhi
Day 11: New Delhi - Kuala Lumpur


Map Perjalanan kami




Day 01 (Sat - 06 July 2019): Kuala Lumpur - New Delhi

Kami menaiki penerbangan Malindo Air dari KLIA ke New Delhi yang dijadualkan berlepas pada pukul 6:00 petang.

Kami bertolak dari Semenyih pada pukul 2:00 petang. Abang Yus (anak) menghantar kami ke KLIA. Kami sampai di KLIA pada pukul 2:50 petang. 

Kebetulan semalam ramai tetamu yang datang ke rumah, kami sempat bergambar dengan Abang An sekeluarga sebelum bergerak ke KLIA.
Kami berada di KLIA lebih awal supaya tidak berlaku kesesakan. 

Kami bergambar di pintu masuk KLIA di bahagian pelepasan.



















Satu benda yang menjadi kebimbangan kepadaku adalah bag kami berat sangat mungkin over weight dan terpaksa bayar excess. Malindo Air memberi percuma 25 kg per pax, so untuk kami berdua dapat 50kg. Korang tau tak berapa berat beg kami? Cuba teka! 49 kg tu!. Dalam bag tu semua ada; tolak sofa, TV, mesin basuh dan peti sejuk jer tak der.

Kaunter Malindo agak lengang ketika aku sampai dan semuanya berjalan lancar kecuali satu jer problem, aku tersilap print e-visa (India) bukan e-visa tapi application form. Macam mana lah aku boleh "terbolah" a.k.a cuai. Mujur lah awek kaunter tolong download e-visa kami dan dia forward ke whatsapp aku. Dia mengarahkan aku print di kedai buku berhampiran kaunter. Mujurlah ada tempat print, satu helai print black and white berharga RM 2. Alhamdullilah semua settle.

Seperti kebiasaan kami akan pergi lepak-lepak kat restaurant di sini. Aku bawa isteriku ke Nooodle, kiosk yang menjual semua jenis mee dalam mangkuk besar. Ianya terletak berhampiran Mc Donald.

















Kami bukan order mee tapi nasi lemak. Kononnya nasi lemak terakhir sebelum bertukar kepada Nasi Bryani dan Roti Canai.
















Selera nampak
Kami sempat berbual dengan pengurus Kiosk Nooodle ini, dia bagitau bahawa kiosk ini milik kawannya. Banyak juga pengalaman yang dikongsikan bersama. Satu petua yang aku boleh ingat, sekiranya kita ada rumah kosong yang ditinggalkan lama, jangan lupa sangkut pakaian kita yang belum dicuci di dapur dan ruang tamu, insyallah ia jin tidak akan menghuni rumah kita sepeninggalan kita nanti.

Setelah makan kami melalui immigration dan kastam. Semuanya berjalan pantas. Kami bersolat asar di surau berhampiran pintu G. Flight kami (OD0205) delayed selama 30 minit dan pintu juga ditukarkan dari Pintu G6 kepada C13.
Aku terlupa untuk membeli bendera Malaysia so aku cari bendera di Kiosk Khazanah yang menjual cenderahati dari Malaysia. Alhamdullilah dapat juga aku membeli bendera dengan harga RM 9:00, aku beli dua, bersemangat patriotik betul!



















Aku bertemu dengan temanku yang sama-sama berkerja di Kuwait iaitu Amir. Beliau memberitahu aku beliau akan pulang berkerja di Kuala Lumpur hujung bulan ini. Sedang bersembang-sembang dengan Amir tiba-tiba aku disapa oleh seseorang. Aku tak kenal, lalu dia bertanya "Ride Himalaya kan?", Aku menjawab "Macam mana tau". Aku terlupa aku memakai baju rasmi ride kami nanti. Beliau memperkenalkan diri, Akhbar. Beliau dan aku sahaja yang membawa isteri (pillion) dalam group kami.

Mengikut Akbar, pihak Malindo Air tidak mengizinkan penumpangnya membawa naik (hand carry) helmet ke dalam pesawat. So helmet kena check in masuk dalam kargo.
Kami bertemu ramai jugak geng biker dari Malaysia akan ride di Himalaya, kami bersalaman tapi aku tak ingat sapa nama mereka. Aku dari awal membeli hot seat di bahagian depan untuk keselesaan maklum lah perjalanannya juga agak lama iaitu 5 jam 30 minit untuk sampai ke India.

Matahari terbenam

Menu dalam pesawat, Nasi Bryani Ayam, best jugak. Bermula episod Nasi Bryani hingga balik semula ke tanah air.


Kami sampai di Terminal 3, Indira Gandhi International Airport, New Delhi, India pada pukul 9:00 malam waktu tempatan (11:30 malam waktu Malaysia). Waktu di Malaysia adalah 2jam 30 minit awal dari waktu India.


Kami berjalan mengikuti laluan ke Immigration dan Baggage sehinggalah sampai ke escalator. Turun jer escalator, Immigration untuk foreigner terletak disebelah kiri.



















Tandas dia senang sangat nak bezakan antara tandas lelaki dan perempuan.










Anda terlebih dahulu perlu mengisi Arrival Card yang diletakkan di atas meja berhadapan dengan kaunter immigration. 


Pegawai immigration memerhatikan passportku yang penuh dengan visa dan chop. Beliau terlihat Visa Pakistan, lalu beliau bertanya kepadaku, "How about Pakistan? Do you like Pakistan?". Ini soalan membunuh. Aku tahu bahawa India dan Pakistan selalu bergaduh. Lalu aku menjawab dengan simple jer, "Pakistan, ok", Lalu dia inginkan kepastian dariku "Just Ok?". Aku hanya meleparkan senyuman sahaja tanpa berkata apa2.
E-visa yang aku perolehi adalah multi entries sebanyak tiga kali lawatan. Setiap lawatan tidak melebihi 90 hari dengan bayaran sebanyak USD 81 (RM 333). Bayaran dibuat atas talian (online) dalam website ini (https://indianvisaonline.gov.in/evisa/tvoa.html)

Setelah semua bag aku perolehi, kami menuju ke Money Changer, lalu ku tukar wang dollar ke Indian Rupee (INR). Aku menukarkan USD 400 dengan kadaran 63.6 INR per USD dapatlah INR 25 400. Aku bertemu dengan kawan-kawan yang lain dan mereka semua akan lepak di Airport sahaja sehinggalah flight awal pagi esok. Aku memang dari awal telah book Hotel Viva Palace yang terletak 4 km dari airport. Kami memerlukan rehat yang cukup terutamanya isteriku kerana esok kami akan berada di Leh yang merupakan kawasan tanah tinggi.

Keluar sahaja dari airport kami terus ke kaunter Airtel untuk mendapat simcard dengan bayaran IDR 900 (RM 53). Masalahnya line tersebut tidak dapat diaktifkan terus, ianya mengambil masa sehari untuk diaktifkan.

Kami seterusnya ke kaunter Prepaid Taxi yang terletak berhampiran kaunter AirTel. Bayaran dikenakan sebanyak IDR 900 (RM53) untuk ke hotel. Kami menolak troli mengekori agent taxi menuju ke driver taxi diseberang jalan, tiba-tiba dapat seseorang just touch troliku dan meminta bayaran kerana beliau membantuku menolak troli. Angin sekejap aku, geram betul, penipu!

Perjalanan ke Hotel Viva Palace mengambil masa 15 minit drive dari Airport. Kami sampai di hotel hampir jam 11 malam. Tanpa membuang masa aku terus check in dan bergegas ke bilik untuk berehat. Harga hotel disini agak murah dengan keadaan bilik yang bersih dan selesa. Bayaran untuk satu malam adalah 852 INR (RM 50). Aku siap-siap bagitau receptionist untuk menempah taxi untuk ku ke Airport jam 3:00 pagi dan membuat wake-up call pada pukul 2:30 pagi.

Sebelum tidur, aku settlekan solat dulu kemudian telan sebiji seorang ubat AMS (Acute Mountain Sickness). Aku beli ubat ini disebuah farmasi di Bangi dengan harga RM 89 sebotol yang mengandungi 100 tablet ubat.


Bercerita pasal ubat, kami (aku dan isteri) sebelum datang India telah mengambil dua suntikan vaksin iaitu:

  • Suntikan Typoid - Typhoid merupakan penyakit disebabkan oleh jangkitan kuman (Salmonella typhi) yang boleh menyebabkan demam yang kuat, cirit-birit dan muntah-muntah. Harga suntikan di Klinik Zahran Semenyih adalah RM 72.
  • Suntikan Influenza (0.5 ml) - Penyakit yang menyerang sistem pernafasan. Ianya menyebabkan demam, batuk, sakit otot dan berasa penat. Ia jugak boleh menyebabkan cirit-birit dan muntah-muntah. Harga suntikan di Megaklinik Zahran Bangi adalah RM 81.50.

Ianya bukan compulsory tapi satu langkah berjaga-jaga dan pro-active untuk mengelakkan dari dijangkiti kuman tersebut. Memang tak cool bila asyik-asyik nak ke toilet bila ride. Memang frust.


Day 02 (Sun - 07 July 2019): New Delhi - Leh

Tutt...Tuttt....Tutt. Alarm telepon berbunyi, pukul 2:30 pagi. Alhamdullilah mujur aku set jam sebelum tidur. Kami bersiap-siap dan terus turun ke lobby. Teksi kami sudah siap menunggu di bawah. Tambang teksi ke airport adalah 400 INR (RM 23). 

Kami sampai di terminal 2 pada pukul 3:30 pagi. Kami akan menaiki GoAir, sebuah syarikat tambang murah milik India yang dijangkakan berlepas pada pukul 6:30 pagi.

Masalah GoAir hanya membenarkan 15kg baggage setiap seorang so untuk kami berdua dapat 30kg. Jumlah berat bag kami 49 kg, jadi ada 19 kg extra. Pegawai kaunter menyuruh aku membawa bagpack aku naik pesawat (hand carry). Aku hanya perlu membayar 8 kg extra weight baggage dengan bayaran sebanyak 1,900 INR (RM 113)


















Alhamdullilah semua settle dengan lancar. Selepas itu kami melalui satu security check yang agak ketat di mana diasingkan di antara lelaki dan perempuan. Security check lepas. So misi kami seterusnya mencari surau untuk solat subuh. Di terminal 2 ini terdapat sebuah surau yang terletak berhadapan dengan Gate 32 dan 33 (disebelah kanan food court).

Usai solat kami ke food court untuk bersarapan pagi. Disini terdapat 5-6 buah kedai yang menjual sarapan pagi seperti roti canai, dosa, puri dan lain-lain lagi. Kami hanya menghabiskan nasi bryani isteriku yang semalam (dalam flight). Alhamdullilah kenyang jugak lah. 


Penerbangan kami akan melalui Gate 21 yang terletak tingkat bawah. Semasa kami sampai di ruangan menunggu di hadapan Gate 21, Team Rizal (Rizal, Zaharof, Sham, Fadzli, Azman dan Akram) dah ada kat sana. Mereka semalam hanya lepak-lepak di sekitar Airport setelah pekena Mutton Bryani di area Masjid Jamek.

Semasa melepasi Gate 21 sebelum menaiki bas ke pesawat, seorang pekerja GoAir (Singh)  telah menegurkan aku kerana membawa bag lebih muatan ke dalam pesawat. Aku memberitaunya, pegawai wanita di kaunter telah mengizinkan aku membawanya. Singh kat sebelah kanan tu lah yang tegur aku.



Sebelum ini aku telah diberitahu oleh Sharidan dan Hanif untuk menempah seat yang berhampiran tingkap kerana pemandangan gunung-ganang di banjaran Himalaya pada waktu matahari terbit sungguh cantik. Aku telah menempah seat yang paling depan selepas bussiness class (3E dan 3F) dengan harga USD 10 per kerusi. Memang berbaloi, selesa dan Subhana Allah pemandangannya sungguh mengkagumkan.


Gunung ganang yang puncak diselubungi salji putih




























Video pemandangan gunung ganang di Banjaran Himalaya



Pemandangan dari pesawat di Leh


Kami sampai di Lapangan Terbang Leh pada pukul 8:00 pagi. Lapangan terbang ini dikenali sebagai Kushok Bakula Rinpoche Terminal. Lapangan terbangnya agak kecil tapi bilangan pengunjungnya agak ramai semasa kami tiba. Kami semua dihendaki mengisi borang arrival. Borangnya boleh didapati di kaunter yang terletak di bahagian hujung balai ketibaan. 

Aku ternampak sebuah kiosk yang terletak berhampiran kaunter tersebut yang menjual tabung oksigen yang sama saiz dengan tabung ridsect. Memang aku tak fikir-fikir panjang lagi kerana terasa tercungap-cungap kekurangan oksigen bila melakukan pergerakan yang banyak. Mulanya aku ingin membeli 2 unit tapi isteriku mencadangkan aku beli satu saja dulu.


 
Mengikut penjualnya, sebotol Oksigen ini boleh digunakan sebanyak 200 sedupan. Oksigen ini dijual pada harga  499 INR (RM 30).

Kami berkumpul di luar lapang terbang sambil menunggu Shahidan dan Hanif datang mengambil kami. Kami mengambil kesempatan ini untuk berkenal-kenalan antara satu sama lain. Isteriku pula rancak berbual dengan Farah (Isteri Akbar) yang selalu  juga ride bersama suaminya. Hanya mereka berdua dari kaum ibu dalam group kami ini. Beberapa minit kemudian mereka sampai. Kami berjalan menuju ke kawasan parking untuk menaiki van (Suzuki) untuk ke rumah tumpangan kami di Puma House yang terletak 5 km dari lapangan terbang.

Lapang terbang Kushok Bakula Rinpoche
 Aku dan isteri


















Bag-bag kami diletakkan di ruang penyimpanan barangan di atas bumbung van tersebut. Tiada tali pengikat digunakan, bimbang jugak nanti tiba-tiba bag terjatuh apabila kereta brek secara emergency.
Semasa kami berjalan menuju ke parking tiba-tiba Farah terjatuh dan berdarah di kepala. Shahidan mengarahkan James untuk membawa Farah dan Akhbar ke Sonam Norboo Memorial Hospital (SNM)(34.153740 N, 77.580634 E) yang terletak 3 km dari airport. Kami yang lain meneruskan perjalanan ke Puma House (34.168817 N, 77.585483 E)

Pemandangan disepanjang jalan:













































Kebanyakan kedai masih lagi ditutup. Biasanya kedai akan dibuka dan memulakan operasi mereka pada pukul 10:00 pagi.


Kami sampai di Puma House (34.168817 N, 77.585483 E) pada pukul 9:00 pagi.
Setibanya kami di Puma House, kami telah disambut oleh Tsewang Samphel, pemilik Puma House dan juga agent tempatan yang akan menguruskan kami disepanjang ride kali ini. Aku kagum dengan beliau di usia 32 tahun sudah mempunyai business yang agak besar.

Aku bergambar Tsewang Samphel. Kami memanggilnya dengan nama Samphel (Sam-pil).



















Kami telah dihidangkan dengan Teh Masala dan dikalungkan kami dengan selindang berwarna putih sebagai menyambut kehadiran kami di bumi Leh ini.

Aku telah meminta bilik di ground level kerana isteriku tidak larat untuk naik turun tangga. Alhamdullilah aku telah diberi bilik 101 yang berhampiran tangga. Memang best. Yang lain telah diberikan bilik sharing 3 orang kecuali Akbar dan Aku (Couple).

Kami mendengar penerangan ringkas dari Shahidan mengenai ride kali ini.



Kami berehat sekejap sambil menunggu sarapan pagi disediakan. Jam 9:45, sarapan telah siap, kami semua ke tingkat 2 dimana terletaknya dewan makan. Roti bakar dengan jem menjadi habuan kami pagi ini.
Semasa kami sedang makan, Akbar dan isteri, Farah datang ke dewan makan dengan kepala yang berbungkus. Kami sempat berbual-bual dengan mereka. Mengikut Farah, Alhamdullilah kerana beliau hanya mendapat 6 jahitan di kepala dan tidak mengalami kecederaan yang serius. Aku agak terkejut apabila mendengar kos perubatan di Leh oleh Akbar, kosnya terlalu murah. Farah bercerita kemungkinan incident berlaku kerana keletihan, tidur yang tidak cukup semalam. Alhamdullilah semua selamat.



















Kami telah bercadang untuk keluar ke Bandar Leh untuk mendapatkan simcard serta barang-barang keperluaan sebelum kami memulakan perjalanan pada esok hari.

Suara azan berkumandang di Leh (waktu zohor). Terdapat sebuah masjid sunni berhampiran Puma House.

Hampir lebih dari separuh motor telah berada di Puma House. Aku dan beberapa yang orang yang lain masih lagi menunggu motor masing-masing. Bagi yang sudah mendapat motor, mereka akan ke Bandar Leh menaiki motor. Aku dan isteri serta Fadzli menaiki kereta yang di pandu oleh James dan yang lain mengekori dengan motor.



Kami sampai di Pekan Leh pada pukul 2:00 petang. Kami menuju ke kawasan bazaar. Terdapat laluan pejalan kaki yang luas ditengah-tengah bazaar yang terdiri dari rumah kedai 3 tingkat. Terdapat tempat berehat (bench) ditengah-tengahnya. Tali yang diikat dengan kain berwarna-warni merentangi kedua-dua bangunan ini menyerikan lagi kawasan ini. 

Terdapat penjual-jual sayuran segar di kaki lima kedai, antara yang dijual adalah kacang, sayur-sayuran, buah tin, buah apricot dan safron.



















Di kawasan Ladakh, Jammu dan Kashmir mereka menggunakan line telephone yang berbeza dari tempat-tempat lain di India. Sekiranya ini mendapatkan pre-paid simcard anda haruslah mendapatkannya dari sini sahaja. Terdapat beberapa pilihan iaitu BSNL (Bharat Sanchar Nigam Limited), AirTel dan Jio. The best adalah BSNL kerana lebih banyak coverage  berbanding yang lain.

Malangnya harini kebanyakan kedai telephone tutup kerana cuti hujung minggu (Ahad). Kami bergerak dari satu kedai ke satu kedai, kebanyakannya tutup. Kami beredar dari Bazaar ke satu kawasan dipinggir bandar Leh.
Gambar kanak-kanak di Leh. Mereka dikenali sebagai Ladakhi. Wajah mereka seakan-akan orang Tibet. Kulit mereka putih kemerahan terutama sekali pada pipi mereka dan bermata agak sepet. Mereka menggunakan bahasa Ladakhi dan karektor abjab mereka sama dengan bahasa Tibet. Mereka boleh baca tulisan Tibet tapi tak faham maknanya. Orang-orang Ladakh bercakap sopan dan tidak meninggikan suara apabila bercakap.
 Pemandangan di satu kawasan perumahan di lereng-lereng bukit.
Akhirnya kami menemui sebuah kedai yang menjual simcard prepaid AirTel. "Pakai jer lah AirTel walaupun tak dapat BSNL", bisik hatiku. 
Ya Allah, mendaftar simcard ini bukan satu pekara mudah tuan/puan sekalian. Tak macam di Malaysia. Di sini mereka harus memuat masuk secara online; passport, gambar berlatarbelakang putih (kat kedai dia ada satu sudut, digantungkan kain putih utk dijadikan background gambar), gambar towkey kedai pun perlu, alamat di Malaysia dan lain-lain lagi. Pendek kata minimum 30 minit diperlukan untuk daftar itu belum kira nak aktifkan card tu lagi.


















Kami menunggu dengan sabar, dari seorang ke seorang. Pada mulanya kami berkampung dihadapan kedai buah-buahan yang berhadapan dengan kedai Sachin ini.
Kami beli buah pisang dan makan ramai-ramai. Mujur lah Rizal boleh bertutur dalam bahasa Hindi bolehlah beliau menjadi juru bahasa kami disepanjang trip kali ni. Aku dapat perhatikan mereka tidak menggunakan plastik bag tapi memakai bag kertas untuk mengisi barang-barang yang dibeli.




















Kemudiannya aku mengajak teman-teman yang lain minum "chai" (teh) di kedai kopi berhampiran. Kami minum masala tea disana. Memang sedap. Setelah minum teh, semua pulang ke rumah tumpangan kami kerana sudah penat menunggu seharian di situ. Aku dan Isteri tetap sabar menunggu sehingga giliran kami tiba.

New Hindi's Vocab:

Air Panas = "Garam Pani"

Bayaran dikenakan sebanyak 450 INR (RM 27) untuk simcard AirTel. Aku terpaksa menunggu James, kerana semua barang berada di dalam keretanya. Tiba-tiba Fadzli datang dengan motor yang baru dia dapat dan kami sama-sama menunggu James. Terdapat seorang penjual "telur penyu" ditepi kedai Sachin. Aku perasan si Fadzli dari tadi lagi asyik dok perhatikan telur penyu tu. Jom aku ajak Fadzli dan isteriku makan "telur penyu". Ianya bukannya telur penyu atau bola pingpong ia adalah Pani Puri (Puri Air). Aku pernah makannya dulu, 3 tahun yang lepas di New Delhi semasa kembaraku ke Mekah.

Bahagian atas puri ini akan dibuka dan isikan sosnya (perisa) dalam periuk besar tu. Harga puri ini 3 biji untuk 100 INR. Bismillah aku mulakan dulu, makan dan terus telan, macam buaya. Rasanya keluarkan balik pun ada, tapi maruah kena jaga dan kena tunjuk macho. Masa isteriku makan, memang berkerut muka dia..ehh..kesian dia. Sebagai promosi brother ini bagi satu lagi puri free, aku surrender tapi kagum aku tengok, Fadzli berjaya habiskannya. Lapar bebenor dia, hehehe. Ya Allah mintak lah kau selamatkan kami dari cirit birit! Amin.


James pun sampai dengan membawa sebuah motor baru untuk aku bawa pulang ke kediaman kami. So aku dapatkan helmet kami dalam kereta dan ride motor mengikuti James pulang ke hotel.

Kami pun sampai hotel dengan kelaparan. Kebetulan pulak nasi dah habis pulak, lauk ada. Kami mengambil masa untuk berehat-rehat dan mandi dulu. Kami naik sekejap di rooftop untuk melihat pemandangan dari sana. Memang cantik pemandangan matahari terbenam.
Aku perhatikan laluan air sungai dihadapan Puma House menjadi deras walaupun tidak hujan. Mengikut Shahidan, hujan lebat berlaku dikawasan pergunungan yang berhampiran menyebabkan berlaku lambak air sampai ke Leh.

Alhamdullilah akhirnya kami berjaya makan nasi tengahari pada lewat petang. Nasi dengan ayam masak masam manis. Best jugak. Mesyuarat akan diadakan pada pukul 9:00 malam untuk menbincangkan mengenai ride pertama kami esok pagi. Sebetulnya aku agak berdebar juga kerana sampai sekarang aku masih lagi belum mendapat motor dan belum mencuba dan membiasakan diri dengannya.

Motor sudah tiba. Aku mengambil torchlight dan menuju ke motorsikal ku yang di parking di hadapan hotel. Aku siap-siap request dari Shahidan untuk meletakkan carrier pada motorku. Aku ingatkan motor ini mempunyai top box kerana bimbang kerana banyak kali jugak kes sebelumnya yang isteriku terlelap masa ride. Tawakal.


Kami telah mengadakan mesyuarat tergempar untuk menerangkan detail mengenai ride esok pagi dari Leh ke Nubra Valley. Penerangan disampaikan oleh Stanzin (Chief Mechanic) dan dibantu oleh Shahidan sebagai penganjur.

Antara point-point yang aku sempat tulis:


  • Jangan potong kenderaan dari sebelah kiri kerana banyak kenderaan berhenti ditepi jalan.
  • Berbeza dengan Malaysia, di sini lori akan memberi signal ke kanan untuk membenarkan kenderaan dibelakangnya memotong.
  • Bunyikan horn di setiap corner tajam. Banyak kes kenderaan makan jalan.
  • Penggunaan brek belakang. Ramai yang terjatuh kerana menggunakan brek depan secara emergency.
  • Terdapat 2 pos keselamatan sebelum sampai ke Khardung La Pass.
  • Limit 10 minit sahaja bila berada di Puncak Khardung La untuk mengelakkan AMS.
  • Makan tengahari di Khardung Village.
Kami terus ke bilik dan berehat setelah selesai meeting tersebut.

Day 03 (Mon - 08 July 2019): Leh - Nubra Valley

Jarak: 125 km

Sesudah solat subuh, aku dan isteri terus mengemas barang-barang. Barang yang tidak diperlukan kami asing dalam satu beg yang khas kerana kami hanya membawa barang yang cukup untuk perjalanan kami 3 hari 2 malam. Kami akan kembali ke Leh setelah menginap di Nubra Valley malam ini dan esoknya kami akan bermalam di Pangong Lake sebelum pulang kembali ke Leh.

Bag yang sudah siap, aku bawa ke tingkat satu dihadapan bilik Shahidan (107) untuk tinggalkan di sini dan bag yang ingin dibawa, aku letakkan di lobby dan akan dimasukan kedalam kereta pick-up yang mengikuti kami sepanjang ride ini.

Setelah mandi dan memakai jaket aku keluar untuk melihat motor Himalayan ku. Aku ambil kesempatan untuk menguji motorku dulu. Memang best walaupun agak tinggi tapi dia ringan. Insyallah aku rasa confident boleh bawa motor ini bersama isteriku. Nombor motorku JK 10 A 9576 (Royal Enfiled; Model: Himalayan 410cc)


Kami mengambil sarapan pagi pada pukul 8:00 pagi. Hanif telah meminjamkan ku beg waterproof nya (30L) untuk jadi penyandar buat isteri semasa kami ride nanti. Aku membawa botol oksigen, baju hujan, bendera Malaysia, power bank, bateri gopro, sedikit pakaian, makanan dan minuman.

Aku dan Sham sempat bergambar dengan May dan adiknya Stanzin semasa kami sibuk menyiapkan motor masing-masing. Mereka berdua baru sahaja memuntarkan drum berpusing itu (wheels spinning). Anda akan perhatikan banyak drum ini dibina di sekitar Leh. Kaum Buddhists ini disini akan memusingnya mengikut arah jam sambil berdoa. Terdapat sebuah loceng digantung dan akan berbunyi setiap kali pusingan (satu rod besi akan ketuk loceng)



Aku telah diminta untuk membacakan doa sebelum memulakan perjalanan dan diaminkan oleh semua riders termasuklah Samphel.
















Aku bergambar dengan isteriku sebelum kami memulakan perjalanan menuju ke Nubra Valley.




















Kami bertolak dari Puma House pada pukul 9:00 pagi menuju ke Station Minyak IndianOil di Leh. Aku mengisi penuh minyak sebanyak 1000 INR (RM 60). Sejam juga kami habiskan masa disini kerana hanya terdapat satu pam sahaja yang dikhaskan motor. James membayarkan semua duit minyak itu dahulu dan baru lah kami bayarnya kemudian.


















Perjalanan diteruskan pada pukul 10:00 pagi. Perjalanannya menaiki gunung. Jalannya bertar dalam kondisi yang sangat baik. Kami berhenti seketika di check point pertama.

Jalanraya yang baik walaupun sempit.
Terdapat sebuah signboard menunjukkan "Welcome to one of the highest Roads in the World, Mighty Khardung La (Altitude - 17,982 ft)"
Check point pertama yang dijaga oleh Polis tempatan. 
 Posing tepi motor 
Kami meneruskan perjalanan sehingga sampai ke Check Point ke-2 pada pukul 11:00 pagi. Kami berhenti, berehat dan minum seketika di sini. Agent kami menguruskan segala pendaftaran untuk mendapatkan permit untuk membenarkan kami melalui Khardung La Pass.

Bergambar di Check Point Ke-2




















Kami minum Masala Tea di Restaurant KhardungLa

Bergambar di hadapan restaurant.
Di sini terdapat sebuah klinik atau pusat kesihatan untuk pelancong yang berkunjung di sini. Ianya terletak berhampiran restaurant. Anda juga boleh menggunakan toilet di sini (bangunan kecil berwarna putih) sebelah belakang klinik ini.


















Jarak di antara Khardung La dan Leh adalah 39 km. Pada 24 km pertama jalanraya adalah sangat baik tapi berubah drastik untuk 15 km seterusnya.

Episod offroad bermula apabila kami melewati kawasan bersalji. Jalan raya di sini menjadi rosak apabila ais dipuncak mencair dan menyebabkan jalan basah dan ada sesetengah kawasan air melintasi jalan dan merosakan jalan apabila kenderaan muatan berat melewati jalan ini.
Aku mengajak isteriku turun bergambar di kawasan salji ini tapi pada mula beliau enggan kerana beliau berasa sesak nafas. Setelah aku pujuk dan beliau bersetuju bergambar sini. Semasa menuju ke motor, isteri terasa sesak nafas, apa lagi aku berkejar ke motor untuk mendapatkan botol oksigen. Setelah mendapat 4-5 sedupan oksigen beliau berasa pulih. Aku juga terpaksa mendapatkan oksigen gara-gara aku berkejaran ke motor untuk mendapat botol tersebut buat isteriku.
Batu-batunya agak kasar. Harus berhati-hati kerana anda boleh jatuh motor dek kerana terlanggar batu yang besar di tengah jalan. Perjalanan diteruskan lagi menuju kemuncak iaitu Khardung La (La = Puncak). 


Khardung La terletak di banjaran Himalaya dengan berketinggian 5,359 m (17,582 ft) tapi ramai penduduk tempatan berkata ianya berketinggian  5,602 m (18,379 ft). Ia merupakan antara laluan bermotor yang tertinggi di dunia.
Kebetulan semasa kami sampai di situ ramai orang sedang beratur untuk mengambil gambar. Penat menunggu lepas sorang, sorang. Bayangkan mereka datang dengan berbas-bas. Alhamdullilah berjaya juga ambik gambar dengan tenang.
Video sekitar Khardung La


Kami sempat mengambil gambar secara berkumpulan di sini. Kami tidak boleh berada lama di sini kerana kekurangan oksigen. Setiap pergerakan memerlukan oksigen lagi kuat kita bergerak lagi kuat kita sesak nafas. Kami berada di sini selama 15 minit sahaja dan kami terus turun menuju ke Khardung Village yang terletak di kaki gunung ini.

Kami meneruskan perjalanan dikawasan bersalji


Kami juga melalui satu kawasan runtuhan salji. Jalannya dah lah sempit rosak (berlubang dan berbatu besar) lah pulak. Aku nyaris terjatuh sini, Alhamdullilah berjaya mengawal keadaan.




Kawasan ini sangat sejuk dengan pemandangan gunung yang diseliputi ais dibahagian atas dan jurang yang dalam ditepinya. Kami mengambil peluang bergambar disini.


Perjalanan diteruskan lagi sehingga di satu kawasan, kami telah diarahkan berhenti kerana pekerja-pekerja sedang membaiki jalan yang telah berlubang membentuk parit kerana air mengalir dengan laju sini. Air sungai ini terhasil dari pencairan salji di atas gunung ini.

Kerja membaiki jalan secara manual.
























Kami menunggu di sini hampir setengah jam. Kenderaan semakin bertambah terutamanya yang berada dihadapan kami. Truck askar semakin bertambah, aku rasa tidak kurang dari 10 buah truck askar menunggu di sana.


Kami menguatkan semangat melalui tepi truck askar dan gaung disebelah kiri yang setia menunggu (gayat) dengan laluan 1 kaki lebar sahaja mengawal motor sehabis baik. Tambahan pula aku membawa pillion. Alhamdullilah lepas dengan selamat.

Perjalanan kami diteruskan menuruni dan mendaki silih berganti dari satu gunung ke gunung yang lain. Jalan semakin elok. Kami dihadiahkan dengan satu pemandangan lembah yang hijau yang mana sungai mengalir ditengah-tengahnya. Subhanallah.

Kami meneruskan perjalanan sehingga sampai di sebuah kedai makan di Norbu Restaurant, Khardung Village pada pukul 2:00 petang. Ianya terletak dikaki gunung Khardung. Kami makan nasi goreng (ala-ala nasi goreng kampung tapi tiada ikan bilis) dan telur goreng. Memang sedap. Nasi gorengnya diletak sayur-sayur. Masalahnya bila order time lapar ini, semua nak last-last tak habis. No problem, kami bungkus makanan ini untuk dibawa ke Nubra Valley.




















Sedap nasi goreng kampung tu. Mula-mula kami share sepinggan dua orang. Bila rasa tak cukup, order satu lagi.. Last-last tak habis.
Pemandangan di sekitar Khardung Village

Kami berhenti di seketika di suatu kawasan untuk bergambar sambil membuat regangan pada badan.



















Perjalanan diteruskan lagi melalui satu kawasan lembah dimana terdapat sebatang sungai, iaitu Sungai Shyok yang mengalir deras. Lembah sungai yang agak besar dan berbatu. Kami telah berhenti seketika di simpang tiga Highway Diskit-Turtok. Aku mengambil kesempatan untuk bergambar disini. Terdapat beberapa buat camp di sini yang menawarkan perkhidmatan sewa kayak untuk aktiviti water rafting dan ATV untuk terokai kawasan sekitar. 














Perjalanan diteruskan lagi, sehingga lah kami terlihat seorang petugas (agent) mengisyaratkan ke kiri supaya kami membelok ke kiri naik ke arah bukit di kiri jalan. Kemana mana pulak nak pergi ni? Jam ditangan menunjukkan pukul 5:00 petang. Kami teruskan perjalanan menaiki bukit sehinggalah sampai di roundabout. Ke mana arah nak pergi ni? Mana yang lain? Isteriku menunjuk arah ke kanan, terus aku ke kanan, jalan menaiki bukit. Hotel kita akan gunung ke? Isteriku dah start membebel kenapalah pilih hotel atas gunung. Tiba-tiba dihadapan itu ada beberapa pekerja sedang membaiki jalan. Kita dah salah jalan ni. 

Korang nampak tak bangunan atas bukit belakang? Aku dan isteri dah sampai sana. Kami ingat itu lah hotel tempat kami menginap malam ini sebab tak ada info yang kami dapat mengenai lawatan ke Tokong ini...Aduh!!



Kami membuat keputusan untuk u-turn dan kembali ke roundabout. Setibanya kami di situ ada seseorang  menunjukkan tangan ke arah bukit yang terdapat patung buddha (keadaan duduk) yang besar. Rupanya diorang semua naik ke Monestery Buddha (Diskit Gomba) utk bergambar di situ. Bila sampai di situ, aku dan isteri sepakat, jom lah kita turun. Aku tak berapa minat dengan benda-benda ni. Kami turun dan menunggu yang lain di bawah.

Tokong inilah yang aku maksudkan tu.


Setelah semua turun, kami bertemu dengan Shahidan, aku sempat bertanya berapa jauh lagi tempat penginapan kita. Beliau memberitahu kami, ianya sudah dekat, tidak lebih dari sejam perjalanan. Sebetulnya kami bimbang, kerana kami belum lagi bersolat sedangkan hari sudah petang.

Perjalanan diteruskan dari Diskit ke Hunder. Dalam perjalanan tersebut tiba-tiba motorku mengalami problem semput-semput, tidak boleh bawa laju sekadar 30-40 km/j. Aku tetap meneruskan perjalanan dalam keadaan motor tersedut-sedut sehingga lah sampai di simpang 3. Kami membelok ke kanan dan berhenti di situ. Subhanallah sungguh cantik pemandangan di situ, sebuah padang pasir terletak di antara 2 buah gunung. Pasirnya sangat halus. Memang aneh ciptaan tuhan. Mengikut ilmu geologi yang aku pelajari, pasirnya terhasil dari pergerakan angin yang membawa, mengerakkan dan memecahkan batu menjadi pasir. Memang kuat angin disini.

Simpang Tiga. Cuba lihat pada gunung di belakang, Subhanallah batu-batu yang keras telah bertukar menjadi pasir halus yang meliputi 70% permukaan gunung tersebut.
 Lembah diantara 2 gunung.


Kami meneruskan perjalanan ke Magpie Camp yang terletak 5 minit dari simpang tadi. Kami hanya mengekori kereta pick up menuju kesana. Memang banyak simpang-simpang dan lorong-lorong kecil yang boleh memuatkan sebuah kereta dalam satu masa. Aku memang lost lah kalau tak der guide. Disini terdapat banyak camp-camp dan pengunjungnya juga boleh tahan ramai. Aku dapat perhatikan ada sebuah masjid di sini. Nubra Valley hanya menerima pengunjung pada bulan 7, 8 dan 9 sahaja, ini kerana kesemua jalan akses ke sini ditutup kerana salji yang tebal menutupi jalan ke sini pada bulan-bulan yang lain.

Kami sampai di Magpie Hotel (34.574748 N, 77.498013 E)  pada pukul 6:00 petang. Aku memberitahu Shahidan mengenai masalah motorku. Kami harus bersolat dan bersiap-siap dengan segera kerana rancangan seterusnya ke Camel Safari untuk merasai pengalaman menunggung unta berbonggol dua di padang pasir. 

Khemah kami. Kami menginap di Khemah No.11.




































Pada pukul 6:30 petang semua sudah ready kat parking. Kami agak tergesa-gesa kerana tempat itu akan ditutup pada pukul 7:00 petang. Alhamdullilah kerana menaiki kereta pick up beramai-ramai. Rasa dah penat nak ride motor kesana. Shahidan membawa motorku untuk check masalah motor tadi.

Beberapa minit kemudian kami sampai di sana. Memang cantik pemandang gunung, padang pasir dan sungai yang jernih mengalir ditengah-tengahnya. 




Kami bergegas ke kaunter menjual ticket, bayaran dikenakan sebanyak 300 INR untuk 15 minit.



















Unta ini agak kecil jika dibandingkan di negara Arab. Unta di negara Arab mempunyai 2 kepala lutut, so untuk naik/ unta bangun, posisi pergerakan dia adalah (depan-belakang-depan-belakang). Unta yang ini pergerakannya (depan-belakang) dan terus berdiri. 

Penjaga unta memegang tali dan membawa kami ke arah padang pasir. Terasa damai dan tenang apabila berada atas unta, angin bertiup sepoi-poi bahasa dengan pemandangan senja yang cantik. Aku meminta Eirwan mengambil gambarku.



Kami di bawa hingga ke hujung padang pasir dan penjaga unta berhenti seketika untuk mengambil gambar kami.



Perjalanan diteruskan sehingga sampai ke permulaan tadi. Kami mengambil kesempatan untuk bergambar bersama-sama disini.









Kami menaiki pick up dan pulang ke kem. Suasana di Magpie Camp sungguh menarik. Kami menginap di dalam sebuah khemah mewah yang terdapat katil queen size dan terdapat toilet di dalamnya. Bekalan elektik hanya bermula pada pukul 7:00 malam sehingga 7:00 pagi. Tiada akses internet dan wifi di sini. Hanya line BSNL yang ada akses internet itupun nyawa-nyawa ikan.

Shahidan memberitahuku motorku tidak ada masalah. Masalah ini mugkin terjadi disebabkan clutch terlalu panas. Jadi bila dah sejuk dia kembali normal.

Kami makan malam pada pukul 8:30 malam di kafe Magpie. Menu malam ini nasi goreng goreng, sayur-sayuran (vegetarian). 

Alep, Hafiz, Fauzi, Don, Along dan Eirwan. Diorang request suruh masukkan nama diorang (hehehe). Kena bayar royalti ni.








































Setelah makan kami berbual-bual di tepi unggun api sambil minum kopi. 










Disebelah hotel kami terdapat sebatang sungai, pada waktu malam yang sunyi, bunyinya jelas kedengaran.

Sungguh penat di hari pertama ride. Kami tidur dengan menyenyaknya.


Day 04 (Tue - 09 July 2019): Nubra Valley - Pangong Lake

Tripmeter (started): 21,495.3 km
Tripmeter (arrived): 21,660.2 km
Total Distance: 164.9 km

Pangong (dibaca: "Pen-gong") Lake (Tso) merupakan antara tasik tawar tertinggi di dunia yang terletak pada ketinggian 4,350 m dari aras laut. Panjang tasik ini adalah 134 km dan lebarnya 5 km yang terletak di dalam beberapa buah negara iaitu India, Tibet dan China. 60% adalah terletak di dalam Tibet. Pada musim sejuk, airnya akan membeku.

Kami bersiap-siap selepas subuh. Apabila hendak mandi, tak der air panas lah pulak. Aku bedal juga dengan air sejuk. Barang-barang yang telah siap di pack dan diletak di tepi khemah. Aku mengambil kesempatan untuk mengambil gambar di sekitar Magpie Camp yang cantik. Subhanallah. Dimana saja gambar diambil semuanya cantik, kalau diletak semua gambar dalam blog ini, pasti penuh.






















Video pemandangan di pagi hari di Magpie Camp.
Aku perasan banyak pagar-pagar di kawasan camp dan rumah rumah meletak kayu dan ranting atas pagar, rupa-rupanya ranting berduri diletak disini sebagai pengantikan dawai berduri.








Pada pukul 7:00 pagi kami ke cafe untuk bersarapan pagi. Isteriku membawa bekalan nasi goreng semalam (dari Restaurant Norbu, Khardung Village) untuk dipanaskan. So breakfast kami harini nasi goreng tu.

Motor kami semuanya telah diperiksa, diisikan minyak dan tayar motorku isikan angin. Kami hanya perlu membayar kepada mereka sebanyak 500 INR untuk duit minyak.

Kami bertolak pada pukul 07:30 pagi. Kami sempat bergambar sebelum bertolak.




















Kami berhenti seketika di simpang 3 untuk menunggu yang lain sampai. Aku rakamkan pemandangan disini dengan bukit yang berpasir halus.

Penutup hidung dan mulut memang diperlukan dalam trip ini. Kena banyak minum air kerana udaranya sangat kering dan bibir mudah pecah. Sila bawa dan guna lip balm dan masukkan dalam poket senang nak guna nanti.


















Kami meneruskan perjalanan merentasi lembah. Aku dapat perhatikan jalan agak basah semasa kami melepasi simpang 3 (34.52756 N, 77.68687 E). Ini kerana air Sungai Shyok telah melimpah ke jalan semalam tapi sudah surut. Kami menaiki kawasan tinggi dan kemudiannya sampai disebuah padang pasir yang luas. Kami berhenti dan bergambar di sini seketika.
 Zaharof, Akbar, Farah, Isteriku dan Aku


















Jenteraku siap sedia untuk berkhidmat pada hari ke-2 ride.


















Kami meneruskan perjalanan sehingga sampai di satu kawasan yang jem dan banyak kereta yang berhenti di tengah-tengah jalan kerana air melintasi jalan. Dengan perlahan-lahan kami mencelah kenderaan yang terhenti di tengah jalan dan menyeberangi lintasan air tersebut. 




Ingatkan dah habis kat situ, rupa-rupa depan tu lagi kuat. Airnya deras mengalir. Sebuah backhoe (Kelantan- keto case) sedang mengalihkan laluan air ke tepi dengan membina parit disisi jalan. Agak lama juga kami menunggu. Akhir Shahidan dan Samphel membuat keputusan untuk mengharungi air kerana kita tidak tahu boleh jadi air semakin deras sekiranya di tunggu lebih lama. Satu per satu motor di bawa mengharungi air tersebut. Aku menyerah motor kepada Stazin untuk dibawa menyeberang air, bimbang apa-apa berlaku pada motor nanti. Ada beberapa orang sahabat yang berjaya melepasinya. Isteriku dan Farah menaiki pick up untuk keseberang sana.

Air melintasi jalan.


Backhoe sibuk berkerja

Menunggu dengan setia



















Cubaan pertama menyeberang
Akhirnya berjaya

Alhamdullilah semua selamat. Hampir sejam kami menunggu tadi. Isteriku kembali mengikutiku. Perjalanan diteruskan lagi melalui jalan-jalan berbukit. Aku seperti biasa menjadi orang paling last. Di setiap corner isteriku akan menyuruhku hon kerana banyak kali kami menghadapi situasi terkejut apabila lori makan jalan di kawasan korner.

Aku menunggang dengan berhati-hati kerana terdapat banyak batu-batu berada di atas jalan. Ini kerana batu-batu dari atas gunung mengelongsor turun. Planning harini adalah untuk singgah di Durbuk untuk makan tengahari sebelum meneruskan perjalanan ke Pangong Lake.

Kami melalui sebuah lembah dimana terdapat berpuluh-puluh tempat air melintasi jalan sudah cukup untuk membuatkan riding boot aku basah. Memang enjoy terjun air. Hanya tiga tempat yang agak mencabar bagiku. Ada satu tempat itu, sedang aku mengambil lajak nk naik tebing tiba-tiba Rizal berhenti. Aku brek tiba-tiba, lalu motorku mati. Aku meminta isteriku turun dan berjalan kaki beberapa meter, aku start kembali motor, masuk gear 1 dan terus aku pulas trotter semaksimum mungkin. Zuppp...motor lompat ke atas tebing. Alhamdullilah lega dan lepas.


Last sekali river cross yang besar, aku minta isteriku turun. Aku kuatkan tangan dan pulas trotter kuat sikit, terdapat banyak batu-batu besar di situ. Berjaya aku lepasinya. Masalahnya pulak isteriku tak boleh cross sungai kerana air terlalu laju. Jadi aku minta tolong pemandu bulldozer yang kebetulan berada di situ (sedang membaiki jalan) untuk membawa isteriku ke tepi sebelah sana.

Abang bulldozer yang baik hati menolong isteriku cross sungai.



Kami berhenti seketika di warung Silk Route Cafe. Kami sempat minum-minum dan makan buah tembikai lagi. Memang best. Kami menghabiskan masa berbual-bual tentang pengalaman masing-masing cross sungai tadi.






















Pemandangan dari cafe ini.














Semasa aku menuruni satu kawasan bukit dengan gaung yang dalam di sebelah kiriku, dengan berhati-hati aku turun kerana batu-batu dan pasir banyak atas jalan. Ini kalau brek emergency memang makan pasir tepi jalan lah jawabnya. Aku ternampak orang ramai sedang berkumpul ditengah-tengah jalan  dimana 2 buah kereta sewa (Toyota Innova) berhenti disitu. Dalam hatiku, kenapa pulak yang kau nak ambil gambar sampai berhenti ditengah jalan, menyusahkan orang betul!. Tiba-tiba aku ternampak ada orang sedang terbaring. Allahuakbar! Rupanya geng kita. Aku nampak Zaharoff terbaring ditepi jalan. 
Semasa itu Ikram, Fadzli dan Rizal sudah sampai ditempat kejadian. Kami memberi beliau air dan membuka kasut dan helmetnya. Bila kami tanya beliau sakit dimana? Beliau menunjukkan pada bahu. Kebetulan pulak beliau tak pakai riding jacket tapi tidak nampak kesan luka. Motornya tersadar di tepi batu yang besar. Kalau dia bawa laju tadi mau terjatuh ke dalam gaung yang dalamnya lebih kurang 10m aku rasa.







Akhirnya kereta sweeper sampai. Samphel turun membawa first aids. Zaharof diberi ubat tahan sakit dan lukanya dibalut. Samphel membawa Zaharoff ke Military Clinic/Hospital yang terletak di Durbok yang jarak perjalanannya berbaki lagi 10 km.


















Inilah tempat kejadian, kesan brek masih lagi jelas nampak di jalan raya. Terdapat biji batu yang besar ditengah-tengah jalan. Zaharof tidak perasan batu tersebut dek kerana terpukau dengan keindahan alam.















Kami sampai di Durbuk pada pukul 1:50 petang. Jarak yang dilalui kami adalah 122 km (Nubra Valley - Durbuk). Kami berhenti di Yummy Restoren. 



Akram menceritakan kembali bagaimana kemalangan tadi berlaku sambil kami menunggu makanan sampai. Kami mengorder nasi goreng, mee goreng dan omelet.

Kami telah diberitahu bahawa bahu Zaharoff mengalami keretakan apabila dibuat x-ray. Beliau bercadang untuk menamatkan ride pada hari ini dan terus pulang ke Leh. Sedih jugak dengar.

Kami meneruskan perjalanan ke Tangtse. Rombongan kami berhenti seketika disini untuk memindahkan barang-barang dari satu kereta pick up ke pick yang satu lagi kerana sebuah kereta akan pulang ke Leh untuk membawa Zaharoff pulang. 




Bincang punya bincang last-last Zaharof setuju nak ikut kami ke Pangong Lake.



















Keadaan motor Zaharoff masih lagi maintain, cuma lampu depan sahaja yang tercabut.
Motor  beliau ditinggalkan di Restaurant Pangong, Tangtse.











Perjalanan diteruskan lagi dari Tangste ke Pangong Lake yang jaraknya 42 km lagi. 

Ada river crossing yang agak dalam. Aku meminta isteriku turun. Isteriku menaiki sebuah pick-up yang lalu disitu, aku startkan motor, masuk gear 1 dan terus aku pulas trotter semaksimum mungkin, Alhamdullilah berjaya. Bila isteriku kembali menaiki motor, aku bertanya dengan dia, awak naik kereta siapa tadi? Rupa-rupa dia tersilap kereta, dia ingatkan itu kereta pick-up  group kami. Tergelak aku bila dengar dia cakap "Patutlah muka macam tak kenal jer dalam kereta tadi?"



Kami mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah untuk sampai ke sana. Sebelum sampai ke Pangong Lake, terdapat satu point yang menjadi view pertama untuk kita lihat Tasik Pangong. Kami berhenti sekejap disini untuk bergambar. First View Pangong Lake (33.965261 N, 78.385596 E)



Kami sampai di Pangong Lake pada pukul 4:30 petang. Kami berhenti ditepi sebuah kem askar bagi menunggu yang lain sampai kerana selepas ini kita akan memasuki simpang ke kanan untuk naik ke kem kami. 

Di kem askar itu terdapat satu tiang bendera India dan bentuk kemnya agak aneh seperti di planet marikh berbentuk spera berwarna putih. Semasa kami sampai terdapat satu upacara menurunkan bendera kecil di sebelah tiang yang tinggi itu.



Kem kami terletak betul-betul di atas bukit, dimana terpaksalah kami offroad sekali lagi di jalan yang berdebu halus dengan corner yang tajam. Kalau tak berhati-hati mau jatuh. Kem tersebut berhadapan dengan tasik. 

Kem kami, Eco Travellers Camps (33.907885 N, 78.459570 E)


Mula-mulanya khemah aku dan Akbar agak jauh dari yang lain lalu aku complaint dengan Samphel. Aku rela bayar lebih untuk dapat bilik yang hampir dengan kantin dan yang lain. Kalau tidak aku terpaksa berjalan kaki lebih 300m dengan keadaan tercungap-cungap. Alhamdullilah diberi bilik yang hampir dengan kantin. Khemah disini agak kecil berbanding di Nubra Valley. 

Kami dihidangkan dengan masala tea sebagai minum petang. Kami mengambil kesempatan untuk menelan ubat AMS. Satu nikmat yang tidak dapat didustai; berehat, minum teh sambil melihat pemandangan tasik yang cantik. Subhanallah.



















Tiba-tiba Zaharoff datang dengan keadaan tangan kanannya beranduh.
Beliau menceritakan kembali bagaimana incident itu boleh berlaku. Saksikan. Hilang fokus adalah masalah utama.


Pangong Lake merupakan lokasi pengambaran movie Hindi yang terkenal iaitu "Three Idiot". Yang dilakonkan oleh Amir Khan sebagai hero dan Kareena Kapoor sebagai heroin.

Khemah kami.




Setelah solat asar dan zohor, kami bersiap-siap menuju ke tasik pada pukul 6:00 petang. Isteriku menaiki kereta manakala aku lebih selesa menunggang motorku ke sana. Aku ingatkan dekat jer rupa-rupa hampir 15 km siap ada river cross pulak kat atas bukit. Basah pulak kasut aku.

Pemandangan tasik memang cantik. Terdapat perkhidmatan kuda untuk ke tasik. Jarak antara parking dengan tasik hampir 500m. Kami menaiki kuda yang di tarik oleh tuannya dengan harga 250 INR satu trip. Seronok juga rilex2 atas kuda. 

Sampai di tasik, kami membayar 50 INR untuk bergambar dengan vespa kuning yang seakan-akan vespa yang dinaiki oleh Kareena Kapur dalam Three Idiots.
Aswade Khan dengan Razita Kapoor

Masa balik ke parking, kami menaiki Yak dengan harga 200 INR per trip seorang. Inilah pertama kali aku melihat Yak dengan mata kepala ku. Apa lagi jom naik Yak. Mereka meletak kerusi untuk memudahkan kami menaiki yak tersebut.




Suasana hampir gelap, kami pun bergerak pulang. Aku mengikuti kereta dari belakang. Kali ini pemandu melalui jalan yang lain. Aku terpisah dengan kereta dan tersesak entah kemana. Mula-mula aku berhenti di sebuah khemah yang hampir sama. Aku meneruskan perjalanan, hari sudah gelap. Kemana nak pergi ni. Last-last aku ternampak kem askar tadi.

Aku dah mula ingat. Aku membuat pusingan u-turn dan menaiki bukit di hadapan untuk ke kem ku. Bila sampai, aku melihat isteriku dan pemandu kereta tadi tercegak di tepi jalan masuk ke kem. Risau menunggu aku.

Malam itu kami buat unggun api dan kami saling memperkenalkan diri masing-masing. Kekadang aku pun terlupa dan tertukar orang. Inilah sesi suai kenal kami setelah 2 hari kami ride bersama-sama. Aku rasa gembira dapat berkenalan dengan semua.

Malam ini kami dihidangkan dengan makanan yang agak special. Kari kambing!. Kami dari awal lagi berpakat kongsi duit untuk merasai kambing di Pangong Lake. Daging kambing dibeli dan dimasak disini. Memang best dan tukang masak dia number one tapi daging kambing sedikit keras. No hal. Peace Yo. Apa-apa pun Alhamdullilah kenyang.



Di dalam khemah kami tidak ada plug untuk charge helmetku. So aku tumpang charge di kantin sahaja.

Malam itu isteriku mengadu sesak nafas. Aku terus bergegas mencari Shahidan untuk mendapatkan oksigen. Samphel datang ke bilikku dengan membawa balang oksigen. Samphel memasangnya. Isteriku menggunakan oksigen selama hampir 20 minit sebelum dia rasa selesa untuk bernafas secara normal. Samphel kembali datang menutup bekalan oksigen itu. Aku tidak nyenyak tidur malam itu tapi akhirnya aku ketiduran. Tepat pukul 11:00 malam, elektik dimatikan.


Day 05 (Wed - 10 July 2019): Pangong Lake - Leh  

Tripmeter (started): 21,675.2 km
Tripmeter (arrived): 21,826.1 km
Total Distance: 150.9 km

Jam 6:15 pagi, kami terkejut apabila tiba-tiba seorang pekerja kem tersebut telah masuk ke dalam bilik untuk menghantar air panas tanpa meminta izin. Mujurlah isteri sempat bersembunyi dalam selimut. Air panas separuh baldi diberikan kepada kami. Nikmat betul kalau dapat mandi air panas time sejuk-sejuk macam ni.

Aku dari bangun tadi, terasa sakit kepala di bahagian belakang (Medulla oblongata). Setelah barang sudah siap, kami terus ke kantin untuk bersarapan pagi. Aku menelan dua biji panadol anti-fast untuk meredakan sakit kepala.


















Sebelum bergerak aku mengambil gambar di sini.




Kami memulakan perjalanan pada pukul 9:00 pagi. Kami bergerak menuju ke Durbuk melalui Tangtse. Aku berhenti seketika di Pangong Restaurant (Tangtse) dimana motor Zaharoff di tinggalkan semalam untuk ke tandas. 10 INR dikenakan untuk mengunakan tandas tersebut. Lega rasanya.

Kami meneruskan perjalanan ke Durbuk dan sampai di sana pada pukul 10:30 pagi. Kami rehat seketika di sebuah restaurant untuk minum teh sambil menunggu yang lain tiba.



Setelah semua tiba, kami meneruskan perjalanan yang sungguh mencabar. Lebih mencabar dari hari-hari yang sebelumnya. Kami melalui kawasan pergunungan 80% jalan offroad mendaki pada jalan yang basah. Keadaan bertambah serabut apabila van-van membawa penumpang tidak sabar kerana mengejar trip. Banyak kawasan yang mereka gunakan  short cut, memang bahaya. Tiba-tiba jer kereta/van keluar ikut celah-celah batu.






Pemandangan sangat cantik dengan salji memutih di puncak-puncak gunung. Aku hanya menggunakan gear 1 dan 2 jer dengan kelajuaan tidak lebih dari 40km/j. Aku akan berhenti seketika isteriku turun dan merengangkan tubuh.


Akhirnya pada pukul 12:30 tengahari, kami sampai di  Chang La, puncak kedua tertinggi yang ketinggian 5,391 m (17,688 ft). Kami berhenti disini untuk bergambar. Semasa kami sampai kawasan ini lengang dari pengunjung jadi boleh ambik gambar dengan tenang. Kawasan ini diselaputi salji.



Perjalanan diteruskan lagi. Pada pengakhiran offroad adalah paling bahaya. Kami menuruni gunung yang agak curam dan berdebu halus. Bila selisih dengan kenderaan lain, berdebu. Semasa sedang turun di satu corner patah, tiba-tiba kereta di hadapan reverse ke belakang kerana termakan jalan. Aku control motor dengan engine breaking dan brek belakang. Aku menyuruh isteriku turun dan berjalan kaki ke kawasan yang lebih landai. Alhamdullilah berjaya aku control sampai ke bawah. 

Kami meneruskan perjalanan sehingga ke Zomsa Restaurant untuk makan tengahari. Menu tengahari kami adalah maggi kari. Memang best dapat makan dan berehat.








Perjalanan kami selepas makan sangat lancar. Jalanraya sangat baik dari bermula kawasan bernama Sakti. Perjalanan diteruskan lagi ke Chemrey dan Karu. Bermula lah highway Leh - Manali yang besar (jalan 3 lanes). Kami mengisi minyak di station IndianOil di Karu (700 INR).

Perjalanan diteruskan lagi sehingga kami sampai di Leh pada pukul 4:00 petang. Kami berehat selama 2 jam. Aku mengajak isteriku keluar ke Bazaar di Leh kerana aku ingin melihat suasana malam di Leh. Malam ini malam terakhir kami di Leh. Isteriku membeli kacang hijau dan apricot untuk dimakan sambil roda-roda bazaar. 



Perutku dah berkerongcong. Aku bertanya kepada beberapa muslim di sini tentang restaurant halal berhampiran bazaar, lalu mereka menunjukkan aku, Wazwan Planet Restaurant. 




Restaurantnya berada dipermulaan pathway bazaar di tingkat 1 sebuah kedai 3 tingkat. Pekerjanya memberitahu aku, harini adalah Hari Buddha dimana semua kedai Leh tidak menjual makanan berasaskan daging. Hanya vegetarian. Jadi kami order roti dengan butter masala.

Alhamdullilah perut sudah kenyang, mari kita ronda-ronda.







Setelah puas berjalan, kami pun pulang ke Puma House. Sekali lagi aku tersesat. Hampir 10 minit barulah bertemu jalan yang betul.

Pukul 9:00 malam, aku dinner sekali lagi. Kali ini Rizal, Akram dan beberapa orang yang lain membantu chef di dapur. Selepas sahaja makan, kami terus ke bilik untuk berehat.

Nyenyak di buai mimpi.


Day 06 (Thu - 11 July 2019): Leh - Kargil 


Tripmeter (started): 21,838.0 km
Tripmeter (arrived): 22,061.1 km
Total Distance: 223.1 km

Kami bertolak agak lewat harini iaitu pada pukul 10:00 pagi kerana kami terpaksa bersiap-siap memasukkan kesemua beg dalam pick up.

Check motor dahulu sebelum memulakan perjalanan




















Aku menampal sticker Touring Couple Rider di pintu Puma House sebagai kenang-kenangan bahawa kami pernah sampai di sini dahulu.












Kami berhenti di station minyak sementara menunggu Hidayat dan Akram sampai kerena mereka ke Bandar Leh terlebih dahulu untuk membeli fridge magnet di sana. Harini kami bergerak dengan 18 buah motor dan 2 kereta pick up. Tiga buah motor bertambah kerana group kedua yang akan bermula dari Srinagar memerlukan 18 buah motor.

Kami bergambar dengan James. James ini kuat menyanyi, rasanya dia ni kaki karaoke. Dia selalu menyanyikan lagu Hindustan dan lagu Ladakhi masa kami tengah makan di kantin di Puma House.


Kami melalui Highway Srinagar - Leh. Jalannya sangat baik. Ini adalah signboard menanda kami sedang melalui Highway Leh - Srinagar.

Tempat pertama persinggahan kami adalah Magnetic Hill yang terletak 30 km dari Puma House. Magnetic Hill (34.17638 N, 77.355054 E) berada di tepi highway. Terdapat satu petak dicat di atas jalan. Anda boleh melihat fenomena ini dimana kenderaan akan bergerak naik apabila brek dilepaskan. Masalahnya jalan dah ler sempit, diorang parking tengah jalan. Memang lawak.




















Kami berhenti seketika di sebuah kuala, di mana berlakunya pertemuan dua sungai iaitu Sungai Indus dan Sungai Zanskar.


















Sungai Indus airnya berwarna lebih muda/ cerah


















Kami berhenti seketika di sebuah jambatan yang merentangi Sungai Indus.



Kami meneruskan perjalanan sehingga ke satu check point (Balai Polis) di Khalsi sebelum dipersimpangan Kargil dan Batalik. Kami berhenti di sana untuk mengisi semua detail pengenalan diri pada buku log yang besar.



















Simpang ke Kargil dan Batalik





Perjalanan diteruskan melalui lereng-lereng bukit di sepanjang Sungai Indus. 


Kami berhenti seketika di Moonland (34.283487 N,76.792817 E). Di mana anda dapat perhatikan kawasan bukit yang terbina dari pasir seakan-akan sand castle ditepi pantai. Memang aneh.

Kami berhenti di Lamayuru Restaurant untuk makan tengahari pada pukul 2:00 petang. Aku dapat perhatikan ada sebuah signboard yang terletak bersebelahan dengan restaurant. Mengikut signboard tersebut jarak Lamayuru ke Kargil adalah 120 km lagi.




















Sticker Touring Couple Rider juga ditampal disini.


Kami meneruskan perjalanan menaiki gunung. Jalanraya semakin berlubang di sana sini. Terdapat banyak tempat yang mana lubangnya betul-betul berada di corner yang tajam (10 km sebelum Fatula Top - jalan sangat teruk). Akhirnya kami sampai di Fatula Top yang merupakan kawasan tertinggi di sepanjang Lebuhraya Leh - Srinagar dengan berketinggian 4,108 m (13,479 ft). Kami bergambar di sini.





Terdapat ramai pengguna jalanraya yang berhenti seketika di sini untuk bergambar. Kami sempat bergambar dengan beberapa orang penduduk tempatan di sana.

Perjalanan diteruskan lagi melalui kawasan pergunungan. Kami singgah sebentar di puncak Namik La yang berketinggian 3,717 m (12,198 ft).




Perjalanan seterusnya, episod menuruni kawasan pergunungan. Kami berhenti seketika di Wadoo apabila kami ternampak sebuah masjid terletak di sebuah lembah. Kami tertarik melihat sebuah batu berbentuk seakan-akan seekor beruang di kaki gunung berhampiran Masjid Wadoo.
Batu yang seakan-akan beruang itu.


Kami meneruskan perjalanan sehingga ke Mulbekh. Kami berhenti dan mengambil gambar keindahan kawasan lembah yang sangat hijau di sini.
Aku memberhentikan motor apabila melihat sebuah jambatan di kaki gunung di Shargole. Satu pemandangan yang indah, kombinasi di antara rumah, Sungai Wakha dan gunung bersatu.



Bila masa sifu Son Goku ni muncul kat belakang tu? (hehehe)


Perjalanan diteruskan lagi dan kami berhenti di Masjid Larsee. Mengikut Shahidan, majoriti masyarakat Islam di Kargil adalah berfahaman Shia. Anda boleh perhatikan terdapat banyak buah masjid terletak di kiri dan kanan jalan.

Rombongan kami telah ditahan di satu kawasan di mana terdapat sekatan jalanraya oleh penduduk tempatan yang meminta wang tol. Awas, mereka membawa kayu belantan. Samphel telah membayar tol untuk kami semua. Aku terlupa berapa seorang kena tapi murah.
Mereka mengunakan buluh untuk dijadikan palang sekatan tu (kat belakang tu)



















Aku berpeluang merakam gambar beberapa orang tempatan yang lalu lalang di situ semasa kami menunggu semua urusan settle.
Mereka memasukkan anak kecil di dalam bakul untuk dibawa berjalan-jalan.








Akhirnya kami sampai di Chhutuk Height pada pukul 6:30 petang. Isteriku meminta bilik di ground level kerana beliau tidak larat untuk naik tangga ataupun lif. Pemandangan di hotel kami ini sungguh indah. Ia terletak di tebing Sungai Suru yang mengalir laju sehingga menghasilkan bunyi yang menakutkan. Bila tengok sungai ini, aku terbayang, macam lah kalau jatuh dalam sungai ini? Memang ngeri.






Aku rasa owner Chhutuk Height ini merupakan seorang muslim kerana di receptionistnya terdapat kalimah "Masya Allah La Haulawa Kuwata illa billah"


Kami makan malam di hotel. Bestnya nasi putih dengan kari ayam. Memang sedap. 


Selepas makan malam, aku, akbar dan isteri masing-masing serta Hidayat bersembang-sembang di bangku luar hotel sambil minum teh. Kami menikmati suasana malam di Chuutuk, Kargil. Hotel ini agak outskirts dari Bandar Kargil. 

Kami masuk berehat pada pukul 10:00 malam.


Day 07 (Fri - 12 July 2019): Kargil - Srinagar

Tripmeter (started): 21,061.1 km
Tripmeter (arrived): 22,278.1 km
Total Distance: 217 km


Setelah bersiap-siap. Kami meletakkan bag-bag di lobby hotel dan terus ke cafe hotel untuk bersarapan pagi. Kami check out hotel dan terus lepak di luar sambil melihat pemandangan indah di waktu pagi di sini.



Pemandangan Sungai Suru

Hanif dan Shahidan memberikan taklimat sebelum memulakan perjalanan harini.

Tepat jam 9:30 pagi kami bergerak menuju ke Bandar Kargil yang terletak 8 km dari hotel. Hampir sejam kami menghabiskan masa di  Bandar Kargil. 

Bandar Kargil






Kami bergambar dengan penduduk tempatan di Kargil

Kami seterusnya ke station minyak untuk mengisi  penuh tangki dengan minyak (600 INR). Aku mengambil gambar Sungai Suru yang cukup ganas umpama dalam mesin basuh.





Kami bergerak menuju ke Drass yang terletak 64 km dari Kargil. Pemandangan di sepanjang jalan sanagt cantik. Kami melalui lembah gunung yang hijau dengan sungai yang jernih mengalir ditepinya. 



























Kami terpisah dari group yang ramai. Aku memberhentikan motor untuk mencari yang lain tapi tak jumpa. Aku meneruskan perjalanan, pada pemikiranku mungkin mereka sudah berada dihadapanku. 

Drass - Gumri

Kawasan ini boleh dibahagi kepada tiga bentuk muka bumi:

Pertama - Kawasan pergunungan yang terdapat sungai ditengah-tengahnya.



















Kedua : Safari - Lembah yang hijau dan ada sungai kecil di tengah-tengahnya. Anda akan dapat lihat kuda liar meragut rumput disini.



















Ketiga - Lembahnya dibina jalan raya. Sungai tidak kelihatan











Aku sampai di Gumri iaitu dipermulaan Zojila pass yang menakutkan. Nama pun dah macam Godzilla. Di sini terdapat kawasan rekreasi, dimana ramai pengunjung yang bermain ski di sini. 

Permulaan Zojila Pass
Kawasan Rekreasi - Ski





Pada permulaannya jalanraya di sini dibina dari cement blok yang disusun rapi



Cabaran bermula bila jalan semakin sempit dan jurang dan gaung tersangat dalam. Tidak dapat aku nak imagine macam mana aku boleh berada di sini. Lori-lori besar silih berganti sehinggakan terpaksa berhenti memberi laluan kepada mereka.

Pekerja-pekerja sedang membuat cement block ditengah jalan menyebabkan laluan menjadi sempit. Hanya boleh dilalui sebiah kenderaan sahaja dalam satu masa.








Aku mengambil peluang untuk mengambil gambar di sini. 





Perjalanan kami diteruskan lagi sehinggalah kesemua lalu lintas terhenti di satu kawasan pergunungan (Baltal). Aku tak tahu kenapa? Dengan perlahan-perlahan kami mencelah kenderaan-kenderaan di hadapan. Rupanya separuh jalan telah ditutup untuk pembaikpulihan jalan dalam masa yang sama sebuah lori besar pulak rosak. Memang perfect!.
 Bersusun kenderaan berhenti di tengah jalan.







Semasa aku sedang mencuba untuk melepasi kenderaan tersebut, teman-teman yang pun sampai. Mereka lagi ganas mencilok. Aku perlu berhati-hati kerana aku membawa pillion dibelakang. Di tempat yang sempit aku menyuruh isteriku turun, aku bimbang takut kaki dia tersepit. Dia menolongku menolak dan memegang motor.

Saksikan video youtube Eirwan Ahmad. Aku yang memakai full suit dalam video tu.



Tempat paling bahaya adalah apabila kami laluan sebelah tepi gaung yang selebar 1 kaki. Memberatkan badan ke sebelah lori. Isteriku berjalan kaki sambil memegang motor. Berdebar bro! Masa tu mari perasaan menyesal pun ada tapi boleh buat. Peribahasa ada berbunyi "Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya".

Alhamdullilah kami melepasi kesemuanya dengan selamat. Sebenarnya jalan yang jem itu hanya 5km sahaja tapi perasaan pada masa tu rasa 500km. Tobat Lahum!

Tidak sempat habis lagi kawasan offroad. Hujan dah mula turun rintik-rintik. Aku tidak henti-henti berdoa kepada Allah, mintalah jangan hujan. Kalau hujan lagilah disaster. 

Bila nampak jalan berturap boleh sujud syukur kat situ. Perjalanan seterusnya melalui jalanraya yang baik sehingga ke Sonamarg.  Kami sampai di sana pada pukul 4:00 petang. Kami berhenti makan di Peak Hotel & Restaurant. Kami order nasi bryani kambing sorang satu habis tu. Mulut kami tak habis-habis bercerita mengenai pengalaman ngeri masing-masing. Kami meminta izin tuan restaurant untuk bersolat di situ. Beliau memberi kami sebuah bilik untuk dijadikan surau. Kami bersolat di atas katil.
Aku sempat bergambar dengan anak tuan restoren. Aku dah macam astronaut yang baru mendarat dari bulan dengan full suit. 
 Nasi bryani kambing lagi




















Beberapa ketika Samphel dan beberapa orang lagi sampai semasa kami tengah makan.

Korang tengok apa dah jadi dengan Samphel tidak perlu guna fb apps untuk tua kan muka.







Mengikut Hanif kawasan Sonamarg akan dilitupi salji setebal 12 kaki semasa musim sejuk. Penduduk di sini akan berpindah ke tempat lain pada musim sejuk kerana jalan ekses ke sini ditutup.

Perjalanan berbaki lagi 80 km. Aku sempat bertanya Hanif, adakah jalan ke Srinagar sama macam Zojila Pass. Kalau jalan teruk, aku kata aku lebih rela bermalam di Sonamarg dan esok awal-awal pagi aku akan shoot ke Srinagar. Dia beritahu aku jalan Highway Sonamarg ke Srinagar memang baik.

Kami terpegun dengan keindahan semula jadi di Sonamarg. Pokok Pine tersusun cantik ditebing Sungai Sind yang mengalir laju. Sungguh indah. Aku cuba untuk memberhentikan motor untuk mengambil gambar tapi dihalang oleh tentera yang berkawal ditepi-tepi jalan. Tentera-tentera tersebut lengkap bersenjata. Kenapa pulak macam ini? Insyallah satu masa nanti kami akan datang kembali ke sini.

Perjalanan diteruskan lagi. Samphel berpesan supaya kami mengikut rapat dengan beliau kerana keadaan traffik di Srinagar sangat teruk. Kalau terpisah memang tersesat nanti. Hanif, Akbar dan Aku yang paling last. Semasa mencilok-cilok, kaki Farah kena pada scooter di tepi jalan, lalu scooter itu jatuh. Penunggang scooter siap marah marah lagi, kami meminta maaf. Kami bertiga telah terputus dari group yang besar tadi.

Hanif mengetuai rombongan. Dia juga tidak pasti jalan ke Gate 19, Dal Lake. Beberapa kali juga beliau bertanya dengan penduduk tempatan. Akhirnya kami sampai pada pukul 8:00 malam di Gate 19. Motor di parking di kawasan berbayar. Kami menunggu kereta pick yang membawa beg-beg kami tadi hampir sejam.

Kawasan parking motor



















Gate No.19. Salah eja tu

Muka kepenatan








Kami menaiki perahu menuju Boat House New Flower Garden. Untuk menjaga keselamatan Akbar @ Bak terpaksa pakai helmet dalam boat (hehehe) 



Terdapat hanya dua bilik di atas boat ini. Jadi boat ini khas untuk geng couple sahaja yang lain duduk kat boat house sebelah kami. 

Bilik kami macam hotel 5 bintang untuk VVIP



Kami sampai di boat pada pukul 9:00 malam. Setengah jam kemudian kami dihidangkan dengan nasi bryani kambing sebagai makan malam. Ini mau gemuk hari-hari makan nasi bryani.

Sesudah sahaja kami makan, dah ready saudagar batu permata datang menjual barang dagangannya. Aku tidak membeli apa-apa kerana terlalu penat. Selepas itu kami masuk tidur.



Zojila menghantui diriku. Pergi kau main jauh-jauh!!

Zzzzzzzzzzz.....

Day 08 (Sab - 13 July 2019): Srinagar

Semalam adalah hari terakhir kami menunggang motor dalam trip kali ini. Jadi harini kami telah sepakat untuk meronda-ronda di sekitar Srinagar. Untuk pengetahuan anda Srinagar adalah ibu negeri bagi Kashmir.


Harini aku bangun lewat sikit kerana jam 9:00 baru kami akan keluar ke Srinagar. Aku mengambil kesempatan untuk pusing-pusing di sekitar Boat House aku ini sambil menikmati keindahan Tasik Dal (Dal Lake) . Tasik ini berkeluasan  18-22 kilometer per segi. Ia juga dikenali sebagai Lake of Flower dan Srinagar's jewel.

Pemandangan Tasik








Pemandangan Luar boat








Pemandangan dalam boat

Ruang Tamu
 Meja Makan




Kebetulan semasa kami sedang lepak-lepak di anjung rumah. Seorang juru kamera datang kepada ku untuk menawarkan pakej bergambar dengan baju tradisional di atas perahu dengan berlakarbelakangkan tasik Dal. Masa tu mandi pun belum lagi. Mana orang tau?. Bayaran dikenakan sebanyak 250 INR sekeping untuk gambar bersaiz besar. Apa lagi posing maut lah!. 



Setelah bersarapan pagi, kami menaiki boat untuk Gate 19. Untuk trip ronda kami mngambil pakej lawatan sehari di Srinagar yang berharga 400 INR per pax. Semasa menyeberangi tasik, kami telah didatangi oleh ramai penjual-pejual yang menawarkan pelbagai product dari bag, cincin, batu permata, pashima, safran dan lain-lain lagi. Kadang-kadang penat melayan mereka. Kami tak sempat untuk menikmati pemandangan tasik dengan tenang.



Di gate juga sama. Mereka tidak akan lepaskan peluang menawarkan barangan mereka. Nak bercakap pun serabut.

Tempat yang pertama kami lawati adalah Nehru Memorial Botanical Park. Bayaran masuk adalah 24 INR. Sebelum itu kami pekena ais krim di depan taman. Sebetulnya aku tak berapa minat dengan taman-taman ini. Aku lebih tertarik untuk mengetahui sejarah Srinagar. Kami pusing-pusing dalam taman. Aku perhatikan Hidayat, Akram dan Akbar mengambil khidmat juru gambar untuk merakamkan gambar berpakaian traditional Kashmir.























Semasa di dalam bas, aku sempat merakamkan video, pemandangan boat house dari jalanraya. Kawasan ini boat house tidak berjauh dari tebing, lebih kurang 100m. Satu sahaja kelemahannya adalah bising. Korang tahu sahaja lah di sini kenderaan hon..pok..pek...pok..pek. Serabut kalau nak tidur malam. Boat kami akan jauh dari tebing, jadi damai dan tenang.



Semasa aku mengambil video, Azman a.k.a John nak test Dji Osmo Pocket. Nah tengok video dia.



Seterusnya kami ke Masjid Hazratbal. Masjid ini terletak di tebing Tasik Dal (sebelah barat). Ianya dibina dengan menggunakan marmar berwarna putih. Di masjid ini juga menyimpan janggut Rasullullah SAW yang akan dipamerkan setiap hari Jumaat yang dibawa dari Madinah seribu tahun lepas. Ianya dibina pada kurun ke-17 yang mengabungkan senibina Kashmiri dan Mughal. Aku menunaikan solat tahyatul masjid di sini. Kami bergambar di sini.

Bahagian depan masjid masih dalam proses pembaikpulihan

Bahagian dalam masjid








Bahagian sisi masjid


















Bahagian belakang masjid
























Terdapat beberapa orang kanak-kanak sedang mandi manda di tepi tasik. Terasa nak tumpang sekaki jer.

Kami juga singgah di kedai-kedai berhampiran dengan masjid. Kami terlihat seorang penjual sedang mengoreng puri gergasi. Ianya dijual secara kilo (100 INR/kg). Kami juga membeli fridge magnet di sini.

Seterusnya kami di bawa ke kedai mewah yang menjual pashima, jaket kulit, sejadah dan pelbagai hasil kraftangan di sini. Harga di sini sangat mahal. Aku tidak membeli apa-apa. 


Setelah keluar dari kedai itu isteriku terlihat beberapa batang pokok apple hijau yang sedang berbuah. Inilah kali pertama kami melihatnya.


Seterusnya kami ke Restaurant Mughal Darbar untuk makan tengahari. Aku memesan nasi putih dengan kari kambing sahaja dan isteri hanya memesan roti untuk dicicah dengan kari tersebut. 



Sesudah makan kami melintasi jalan dan ternampak orang menjual seluar hiking buddle (300 INR/sehelai). Aku membeli sampai 3 helai.

Kebanyakan kedai-kedai di sini ditutup harini. Mengikut travel agent itu, terdapat riot di Srinagar harini. Aku pun tak pasti kenapa tapi tak nampak pun orang ramai berkumpul sepanjang perjalanan kami. Aku berharap betul beliau membawa kami ke pasar untuk membeli barang-barang cenderamata yang lebih murah. Riot pulak disalahkan.

Shikara Ride

Seterusnya kami pulang ke boat untuk berehat-rehat dahulu kerana kami ada tour pusing tasik pada pukul 5:00 petang. Pusing-pusing tasik tu dinamakan Shikara Ride. Ianya bagus untuk tenangkan jiwa yang resah.

Pada pukul 5:00 petang aku dan bak bersama isteri masing-masing menghabiskan masa memgelilingi tasik sepetang. Kami dapat lihat puluhan rumah boat di sini dengan pelbagai design dan dekorasi. Terdapat juga kedai-kedai tebing tasik yang menjual hasil kraftangan penduduk tempatan.

Bersama pak cik perahu yang baik hati

Pemandangan indah semasa shikara ride aku rakam semua untuk kenangan di suatu masa nanti.




















Geng rumah sebelah

























Puteri-puteri sedang beradu di dalam perahu



















Tempat baiki perahu. Kira macam mekanik ler kat sini


 Gigih kakak ini mendayung perahu

Barisan kedai-kedai kraftangan









Kami membeli buah tembikai dan mangga dari penjual yang menaiki perahu.



















Kebun teratai







Pak cik perahu tiba berhenti dan melentukkan tubuhnya ke tasik. Kami agak terkejut, ingatkan beliau nak terjatuh, rupa-rupanya beliau mengambil bunga lily yang mekar di tasik tersebut untuk kami.



Kami berhenti sekita di sebuah kedai runcit untuk beli air kopi.





















Aku tidak melepaskan peluang untuk bergambar. Aku minta tolong Bak ambilkan gambar.

Kami pulang ke boat sebelum hari gelap. Hampir sejam setengah kami pusing tasik tadi.

Selepas maghrib, kami didatangi penjual kain, aku membeli dua helai pasmina untuk ku kenangann. Kain pasmina boleh jadi kain ri'da. Kainnya sungguh lembut. 

Penjual ini memberitahu kami kenapa hari ini semua kedai tutup. Mengikut beliau hari ini (13 July 2019) adalah hari ulangtahun memperingati Kashmir Shuhadah Day ataupun Kashmir Martyrs Day di mana pada 13 July 1931, muazzin pertama yang melaungkan azan di bumi Kashmir telah di bunuh penguasa pada masa itu.

Makan malam kami nasi putih, sayur goreng, kambing masak pedas dan maggi yang disponser oleh Bak dan isteri. Alhamdullilah sangat kenyang.


Day 09 (Sun - 14 July 2019): Srinagar - New Delhi

Aku telah berpakat dari semalam dengan Hidayat untuk meninjau pasar minggu di Dal Lake pada pukul 5:00 pagi. So kami 2 ambil dua buah perahu.

Lepas sahaja subuh team aku dan Bak sudah ready untuk naik perahu. Suasana masih gelap lagi


Apabila kami sampai disana terdapat banyak buah perahu yang diisi dengan sayur-sayuran. Kesemuanya adalah lelaki. Tak usahlah nak nasi lemak ke, kuih-kuih ke, memang tak der. Aku perhatikan, bagi penjual, mereka akan saling tukar menukar barang jualan diantara mereka (system barter).












Target utama penjual kepada pelancong adalah menjual benih-benih bunga seperti bunga ros, tulip dan berbanyak lagi. Semua warna ada hitam pun ada. Aku tak berapa nak percaya. Mana lah semua ini sesuai dengan cuaca di Malaysia.

Kami kembali ke Boat House kami untuk bersarapan pagi pada pukul 7:00 pagi. Menu harini, roti kashimiri dan butter dan jam. Rotinya sedikit keras.
Setelah bersarapan pagi kami siapkan bag dan standby untuk menaiki boat ke jetty di Gate 19 untuk ke airport. 

Kami bergerak dari boat pada pukul 8:00 pagi. Terdapat dua buah van akan membawa kami ke Airport. Kami letakkan bag di ruang penyimpan bag yang terletak di atas bumbung.

Terdapat hampir 5 security check yang harus kami lalui sebelum duduk di dalam pesawat. Apabila sampai di airport (pagar) Security #1: Main Gate (Luar), bag-bag akan diturunkan dan discan. Kemudian dinaikkan kembali ke atas kereta dan bergerak hampir 1 km.

Sampai sahaja pintu airport (Security #2) bag dan penumpang discan sekali lagi. Anda harus mengisi borang di Foreigner Registration and Facilitation Counter sebelum ke kaunter check in.


Aku check in secara online di mesin sebelum drop bag di kaunter. Aku sudah ready untuk bayar excess luggage (total weight - 50kg) tapi pegawai kaunter AirIndia buat tak tahu jer. Flightku delayed dari pukul 11:30 pagi ke 2:30 petang. Letihnya menunggu.

Untuk masuk ke ruang menunggu di atas sekali lagi hand carry luggage dan penumpang discan (Security #3). 


Kami naik ke atas dan terus ke food court. Mengikut Shahidan terdapat sebuah KFC yang halal di sini. Kami makan ayam goreng satu bucket.


Apa yang pelik di sini adalah macam mana burung gembala kerbau boleh masuk dalam airport dok lepak-lepak kat food count. Bukan seekor tapi satu group.


Kami juga diberi Nasi Bryani Vegetarian dan air secara percuma kerana kelewatan ini disebabkan oleh airlines. Sekali lagi bag dan penumpang di scan dan diperiksa (Security #4) dan akhir di tangga sebelum menaiki pesawat juga di check (security #5). Sistem security di sini mengalahkan security di border Israel - Jordan. 


Flight kami berlepas pada pukul 2:30 petang dan sampai di Airport New Delhi pada pukul 3:45 petang. Seterusnya, setelah bag-bag telah ku terima, aku menaiki teksi ke Viva Palace Hotel (800 INR) dan sampai pada pukul 4:30 petang.

Aku dapatkan teksi di carzonrent agak mahal. Sila guna Uber, lagi murah tambangnya lebih kurang 170 INR dah boleh save 600 INR.
 Viva Palave Hotel

Aku mengajak isteriku berjalan-jalan disekitar hotel. Dan akhirnya kami minum jus mangga di hotel memang best tapi dia beli di warung tepi jalan jugak (hehehe).


Selepas maghrib kami semua telah sepakat untuk ke Restaurant Bryani by Kilo yang agak terkenal di New Delhi. Kami menggunakan perkhidmatan Uber. Lebih cepat, murah dan tak sakit kepala.





Nasi bryani di sini memang sedap. Ianya dimasak di dalam periuk tanah liat. Anda harus menunggu lebih kurang 30 minit untuk dimasak sebelum ianya dihidangkan kepada anda. Kena sabar boss!. Satu lagi aku suka adalah roti romali yang lembut di cicah dengan chicken butter. Fuhh!!

Setelah kenyang kami bergerak pulang. Nak dapatkan buah kereta pun masalah, tak der sorang pun driver uber yang accept request kat Uber Apps malam itu gara-gara berlangsungnya perlawanan kriket antara England dengan New Zealand. Betapa besarnya kesan kriket terhadap masyarakat India. Dah boleh tesis dengan tajuk ni rasanya.

Kami sampai di hotel pada pukul 12:00 tengah malam.

Mengantuk sangat-sangat.


Day 10 (Mon - 15 July 2019): New Delhi - Agra - New Delhi

Seperti yang telah direncanakan, kami akan telah Taj Mahal harini. Jarak diantara New Delhi ke Taj Mahal yang terletak di Agra adalah 231 km. Oleh kerana jaraknya jauh jadi kami telah sepakat untuk bergerak ke Agra lebih awal iaitu pada pukul 4:00 pagi. Shahidan telah lama menempah bas 16 seater (Traveller) dengan harga 17,500 INR (RM 1050) untuk 16 orang.

Sesudah solat subuh, kami bergegas ke lobby. Lorong menuju ke Viva Palace Hotel ditutup pada waktu malam. Jadi bas tidak dapat masuk ke hotel, jadi kami sama-sama berjalan kaki ke jalan utama untuk menaiki bas.

Highway New Delhi - Agra memang bagus, lebar (3 lanes) dan kemudahan R&R. 


Kami sampai di Agra pada pukul 7:30 pagi dan terus ke restaurant untuk bersarapan pagi. Mujur ada Hidayat, beliau selalu datang ke sini dia lah yang guide driver untuk ke restaurant dan kemudiannya ke Taj Mahal melalui East Gate.


Kami bersarapan di Chef Signature. Kami makan puri dan chapati di sini. Kawan-kawan yang lain kebanyakan memesan nasi goreng yang terlebih cuka. Kesian mujur tak putus urat perut (hehehe). 

Selepas makan, kami menuju ke East Gate. Dari sana kami menaiki buggy (10 INR - satu trip) ke kaunter menjual ticket. Harga ticket untuk pelancong mengunakan credit card lebih murah berbanding tunai. Harganya adalah 1250 INR dan diberi satu botol air mineral (kecil) dan sepasang stokin pakai buang. Ticket ini hanya valid untuk 3 jam lawatan sahaja, tidak boleh lebih. Kalau tak terpaksa bayar extra charge.




Kami mengambil perkhidmatan tourist guide. Beliau bernama Bharat. Mengikut Bharat berdapat beberapa item yang tidak boleh di bawa masuk antaranya adalah tripod (camera/gopro) dan plastic bag.








































Penerangan mengenai pintu masuk Taj Mahal, terdapat tiga pintu masuk iaitu Eastern (Sirhi Darwaza), Western (local) dan Southern Gate (workers). Bangunan di Taj Mahal semua dibuat secara simetri. Terdapat 22 kubah (dome) di atas pintu masuk utama menandakan 22 tahun untuk membina keseluruhan Taj Mahal. Ianya bina pada tahun 1632 oleh, Mughal Emperor iaitu Shah Jahan bagi memperingati isterinya,  Mumtaz Mahal. Keluasan kompleks ini adalah 17 hektar.



Ketinggian pintu masuk tersebut adalah 35m dan terdapat 210 bilik-bilik kecil di sekitar gate untuk kediaman tetamu yang datang ke sini pada zaman dulu. Kesemua binaan dibuat dengan batu berwarna merah kerana merah melambangkan Mughal Empayar.


 Aku bergambar disini.

Plan View Kompleks Taj Mahal
Di pintu masuk terdapat ayat al-quran yang ditulis pada arch seakan-akan sama saiz, sebenarnya tidak, saiz semakin bertambah apabila naik ke atas.


Anda akan melihat Bangunan Taj Mahal menjauhi anda apabila melalui jalan masuk di Pintu Utama
Aku mengambil juru gambar untuk merakam gambar kami disini. Harganya 2000 INR untuk 20 keping gambar saiz sederhana bersama album dan softcopy gambar tersebut.

Gambar kenangan kami Taj Mahal























Kami seterusnya bergerak ke Maqam Shah Jahan dan Mumtaz Mahal. Terletak di tengah bangunan Taj Mahal. Pada permulaannya kawasan ini adalah maqam untuk Mumtaz sahaja tetapi Maharaja meminta anaknya mengebumikan beliau berhampiran isterinya. Maqam di bahagian atas adalah replika. Maqam asal terletak di bawah bangunan. Pengunjung tidak dibenarkan masuk ke bawah. Hanya sempena hari jadi Maharaja sahaja ruangan tersebut di buka. Sistem pengudaraan di bawah sana amat teruk.

Seterusnya kami memasuki kawasan maqam di raja. Sarung kasut haruslah dipakai disini. Ticket kertas akan discan di sini.


Kami melawat maqam diraja

Seterusnya kami keluar ke belakang bangunan Taj Mahal untuk melihat tapak Black Taj Mahal yang tidak berjaya disiapkan. Terdapat sebatang sungai di sini iaitu Sungai Yamuna. Dari sini juga dapat diperhatikan Agra Fort. Maharaja Shah Jahan telah dipenjarakan oleh anaknya (Aurangzeb) di Agra Fort selama 8 tahun (1658-1666) dan meninggal di sana. Kemudian dimaqamkan di Taj Mahal bersebelahan dengan isterinya.

Maharaja Aurangzeb. 

Beliau merupakan anak ke-3 Mahajara Shah Jahan (Maharaja Pertama). Aurangzeb telah memerintah kerajaan Mughal selama 50 tahun. Merupakan maharaja paling lama memerintah. Meninggal dunia pada usia 80 tahun. Mempunyai ketinggian 9 kaki.


Kami bergambar di sini


Seterusnya kami bergerak ke Masjid Khanah telah dibina pada 1631 sehingga 1648. Masjid ini dijadikan tempat solat jummat.


Bahagian tidak berapa dijaga dengan rapi berbeza dengan kawasan-kawasan lain di sekitar Kompleks Taj Mahal. Bahagian saf hadapan penuh dengan tahi burung. Sungguh menyedihkan.


Jam menunjukan pukul 12:30 tengahari. Kami bergegas keluar kerana tempuh kami berada di sini berbaki lagi 15 minit. Kami kemudian ke kedai marmar untuk melihat dengan lebih dekat cara bagaimana mereka menghasilkan marmar beraneka corak. Kami menunggu sehingga gambar-gambar kami tadi siap di print.


















Kami menaiki buggy menuju ke kawasan letak kereta untuk menaiki bas. Kami seterusnya ke Kedai Royal Enfield, di mana aku membeli cap dan t-shirt sebagai tanda kenang kenangan di India.

Seterusnya kami ke Restaurant Mama Chicken untuk makan tengahari di sini. Kami mengorder ayam percik dengan nasi putih. Best jugak.


Setelah makan tengahari kami bergerak pulang ke New Delhi pada pukul 2:00 petang. Kami singgah sebentar di sebuah R&R untuk solat Jamak Zohor dan Asar. Malangnya tidak bilik solat yang khusus di sini. Kami solat di atas rumput di sebuah taman di tengah-tengah R&R.

Trafik begitu teruk apabila kami menghampiri New Delhi dan kebetulan juga waktu pulang dari pejabat. Fauzi dan Along akan pulang ke Malaysia malam itu. Kami sampai di hotel pada pukul 8:30 malam. Mereka berdua terus berkejar ke airport. Alhamdullilah mereka sempat sampai pada masanya.

Kami berehat dan tidur lebih awal harini kerana penat seharian berada dalam bas.

Day 11 (Tue - 16 July 2019): New Delhi - Kuala Lumpur

Kami bersarapan pagi pada pukul 8:00 pagi di cafe hotel. Makan puri dengan kuah dal.

Aku dan Bak berpakat untuk ke Janpath Market yang terletak 18 km dari hotel. Kami menggunakan perkhidmatan Uber untuk ke sana. Kami sampai di sana pada pukul 10:30 pagi. Kedai belum dibuka sepenuhnya kerana ia beroperasi pada pukul 11:00 pagi.

Kami semasa kami meninjau-ninjau di kawasan tersebut, ada seorang penduduk tempatan di situ mencadangkan Bak untuk ke Nirula Mall yang dikatakan oleh beliau menjual barang-barang kraftangan.

Kami menaiki tut-tut untuk kesana. Kami berempat bersempit-sempit dalam tut-tut tersebut. Agak jauh juga perjalanannya. Kedai tersebut menjual kraftangan dengan harga yang mahal. Kami hanya mencari yang biasa-biasa sahaja. Jadi kembali semula ke Janpath Market. Uncle Singh tut-tut tadi membawa kembali ke sana.


Bak membeli bag disini. First customer dikata itu yang dapat discount tu.


Kami pusing satu pusingan dan menuju ke jalan utama untuk mendapatkan teksi menggunakan Uber. Kebetulan belakang bus stop ada seorang penjual bag sling yang memang isteri cari dari Srinagar lagi tapi tak jumpa. Alhamdullilah settle.

Kami menaiki teksi ke Bryani by Kilo untuk makan tengahari. Tempohari Bak tidak mengikuti group kami makan di sini kerana telah makan di sebuah restoren berhampiran hotel. Kami makan bryani.


Setelah makan, kami pulang ke hotel. Kami keluar sekejap pada pukul 3:30 petang untuk mencari bag troli kerana kesemua bag kami sudah penuh.

Kami bergerak ke airport lebih awal itu pada pukul 7:00 petang. Urusan di kaunter ticket, immigration dan kastam berjalan dengan lancar.



















Apa-apa pun kasi solat settle dulu.  Kami bersolat jamak Maghrib dan Isyak di Prayer Room yang berhampiran Gate 15. Bagus fasiliti nya.




Ready to go



















Kami berlepas pulang pada pukul 10:00 malam. 

Kami sampai di KLIA pada pukul 6:00 pagi



--------- TAMAT---------



---------------------------------------------------------------------------------


COSTING

A. Ticket

1. Kuala Lumpur (KUL) - New Delhi (DEL) (Return Ticket)

  • Malindo Air - RM 870/ pax (Hot Seat)

2. New Delhi (DEL) - Leh (IXL) (One way)
  • GoAir - RM 411/pax (US 100) (Booked window seat)
3. Srinagar (SXR) - New Delhi (DEL) (One way)
  • AirIndia - RM 198
Total = RM 1,479

B. India Visa:

E-visa: US 81 (RM 333.00) - Multi Entries (1 tahun)


C. Minyak

1. Day 03: 1,000 Rupee
2. Day 04: 500 Rupee
3. Day 05: 700 Rupee
4. Day 07: 600 Rupee

Total = 2,800 Rupee (RM 167)

D. Makan

Average (per day) = 500 Rupee (RM 30)

E. Package

Pillon + Royal Enfield Himalayan (410cc)
RM5000 couple room (Pakej E)

Package Included:

  • Motosikal / kereta sewa sana
  • Guide / mechanic / Helper / Back up Rider
  • 4x4 Back up / Free towing
  • Sparepart / tools / First Aid kit
  • Group Insurance
  • Permit
  • Event Tshirt
  • Hotel & Accommodation ( Breakfast & Dinner )
  • Semua airport transfer guna van/teksi


Not Included

  • Semua flight International & domestic
  • Visa
  • Riding Gear
  • Minyak motor
  • Lunch
  • Belanja Harian
  • Semua bayaran yang tak masuk dalam package


F. Taxi

Average teksi dari airport ke hotel (prepaid cabs): 800 - 1000 INR

Note: Better install UBER apps dan gunakan perkidmatannya lagi murah. (150 - 180 INR)

G. Injection / Ubat

1. Influenza - RM 81.50
2. Typhoid - RM 72.00
3. Apo - Acetazolamide (250mg) - Pill AMS - RM 89.00

H. International Driving License

Dapatkan di Jabatan Pengangkutan Jalan Raya dengan harga RM 150.00. Ianya sah untuk setahun sahaja.

Sila bawa:
1. Salinan Kad Pengenalan - 1 salinan
2. Salinan Lesen Memandu - 1 salinan
3. Gambar berukuran passport (background putih sahaja) - 1 keping



Comments

  1. Salam..with latest situation in Kashmir, selamat ke nak travel Himalayan region buat masa ni?

    ReplyDelete

Post a Comment