Skip to main content

Featured

Kembara Pengubat Rindu

 Kembara Pengubat Rindu Alhamdullilah, kami telah berjaya mengadakan satu pengembaraan setelah hampir 2 tahun kami tidak ride bersama-sama. Ride terakhir kami adalah Ride Himalaya pada tahun 2019. Route kami kali ini adalah: Kuala Terengganu - Sungai Petani - Hatyai - Yala - Pattani - Betong - Penang - Jeli - Kuala Terengganu Day 01: 14 May 2022 Kuala Terengganu - Sungai Petani (412 km) Kami memulakan perjalanan agak lewat sikit harini kerana aku terpaksa menunggu isteriku tiba di Kuala Terengganu dari Kuala Lumpur menaiki kapal terbang. Kapal terbang AirAsia mendarat pada pukul 10:50 pagi di lapangan terbang Kuala Terengganu. Selepas saja makan tengahari kami terus pulang rumah untuk bersiap-siap. Kami memulakan perjalanan pada pukul 12:40 tengahari. Kami melalui Banjaran Titiwangsa (Jeli - Gerik) yang mengambil masa 4 jam 30 minit untuk sampai ke Castella Cafe. Cuaca harini sungguh panas sepanjang perjalanan. Sampai di sini saja, isteriku terus terjun dalam air sungai sangat sejuk. T

KEMBARA MENCARI AL-KAHFI DALAM DIRI (JORDAN)


.KEMBARA MENCARI AL-KAHFI DALAM DIRI (JORDAN)

21 - 25 February 2018

Pengembaraanku kali ini agak berbeza dari yang sebelumnya. Aku mengalami masalah kemurungan yg teruk beberapa bulan yang lalu, sehingga kemuncaknya aku lebih gemar berkurung diri di dalam rumah berminggu-minggu kecuali untuk ke pejabat.

Bunyi-bunyi dipersekitaranku memeritkan telinga. Hatiku selalu berasa resah tanpa sebab dan asyik menghabiskan masa berjam-jam dengan termenung.

Aku mengalami satu mimpi yg aneh, dalam mimpiku aku  dapat melihat Masjid Al-Aqsa di Palestine sejelas-jelasnya dari sebuah menara tinggi yg condong. Tiba-tiba aku melihat melihat seorang pemimpin luar negara menuruni tangga besi dihadapanku, kemudian diikuti oleh ayahku dan ibuku. Malangnya ibuku tak berdaya berjalan diatas permukaan menara itu, lalu jatuh ke bawah. Melihat keadaan itu, ayahku terus terjun untuk menyelamatkan ibuku. Allahu Akbar!!..Aku terjaga dari mimpu.

Hampir 2 minggu aku memikirkan pasal mimpi itu. Tapi aku gagal temui jawabannya. Aku tidak bercerita kepada sesiapa pasal mimpiku, sehinggalah aku menceritakannya kepada sahabatku, Hairul. Aku memberitahu Hairul perasaanku ketika itu seperti mahu ke gua untuk memecilkan diri buat seketika. Aku bernekad untuk keluar dari Kuwait buat sementara waktu.

Mimpi bersambung lagi, dalam mimpi kali Ibubapaku membawa aku ke sebuah perkampungan nelayan. Aku rasa lokasinya di Terengganu tapi aku tidak dapat ku pastikan dengan jelas di mana. Aku dibawa berjumpa dengan seorang Imam. Imam itu memberitahu yg aku sekarang dalam keadaan sakit. Beliau mencapai tangan kiriku, lalu menarik jari jemariku. Aku dapat merasai sesuatu keluar dari pinggang sebelah kiri. Cukup melegakan, Alhamdullilah..

"Pak Imam, tolonglah ubati tangan sebelah kananku ini", kataku lagi. Tapi Imam menggelengkan kepala, lalu berkata kepada ku "Saya tidak dapat ubatinya kerana sibuk". Lalu beliau pun berlalu pergi begitu saja. Aku sedar dalam keadaan kehampaan.

Aku mengajak Hairul, untuk membeli bagpack di Decathlon , Kuwait untuk membuat persiapan utk pengembaraan kali ini. Dalam diam-diam, Hairul pulak berminat utk turut serta mengembara bersamaku. Tak pasal-pasal dia pun beli beg yg sama dengan ku, beg galas waterproof Quachua (40-60 Extended)  Tapi kemana arah tuju kita??? Jom apa lagi ke Jordan!
Hairul mengajak Zhafir utk mengembara bersama pada cuti umum di Kuwait 25-26 February 2018 (Hala February - National Day). Zhafir bersetuju!. Kami mengadakan meeting utk membincangkan dengan lebih detail.
Booked ticket ke Jordan (Royal Jordanian), done! (60 KD). Aku menyusun segala program dan berhubung dengan Usamaah, pelajar Malaysia di Jordan yg menubuhkan Kembara Jordan (FB: Kembara Jordan) utk mendapatkan pertolongan dan khidmat beliau di sana. Beliau bersetuju, done!

Hari berlalu dengan begitu pantas. Hairul shopping sakan kat online Sun & Sand Sports, ada sales katanya. Dua pasang kasut Columbia dan dua seluar Northface! Zhafir pun tak mahu kalah beli sepasang kasut Columbia. Last-last, sepasang kasut Hairul terpaksa dijual kepadaku kerana tidak padan. So tiga-tiga orang pakai kasut Columbia. Welcome To Columbia Club.

Jordan Pass adalah ticket online yang diperkenalkan bagi memudahkan pelancong-pelancong untuk membeli satu ticket yang boleh digunakan untuk semua tempat-tempat tarikan pelancong di Jordan (40 tempat) kecuali Dead Sea (private kot). Lebih menguntungkan dari membeli ticket2 di kaunter :

Di kaunter:
1. Petra - 50 JD
2. Wadi Rum - 5 JD
3. Ummu Qays - 5 JD
4. Ajloun Castle - 2 JD
5. Karak Castle - 5 JD
6. Amman Citadel - 3 JD
7. Jerash - 10 JD
8. Mount Nebo - 2 JD
9. Dead Sea - 12 JD

Total: 94 JD

Jordan Pass ada 3 package - 70 JD / 75 JD dan 80 JD

Kami beli siap-siap Jordan Pass di: 



Pengembaraan bermula;
21 Feb 2018

DAY 01: AMMAN - JERASH - AJLOUN - IRBID - MAFRAQ

Aku bangun pada jam 3 pagi bersiap-siap dan mengambil Hairul dan Zhafir dirumah masing-masing. Kami memulakan perjalanan pada pukul 4 pagi dari Mangaf, Kuwait. Airport agak lengang pagi itu. Urusan di Immigration dan kastam berjalan dengan pantas sekali. Selepas solat subuh, kami ke Lounge Master Card utk bersarapan pagi, free!
 

Yes, kami dah ada ticket!
Makan breakfast free kat Master Card Lounge
Dalam bas transit
Habis dengan semua orang kita selfie.
Ala-ala Europe juga pakaian mereka, sejuk katakan. Itu berlaku untuk musim sejuk tau. Jangan dok berangan musim panas, 50 degree!!
Penerbangan kami, RJ 0645, dijangka berlepas pada pukul 7.00 pagi tapi telah mengalami kelewatan selama sejam. No problem, kami ambil kesempatan ini itu sambung tidur. Flight ini memang selesa bagiku, ruang kaki agak luas (Airbus A320)
Breakfast atas kapal terbang.
Kami sampai di Amman Jordan pada pukul 9.30 pagi. Urusan immigration dan kastam berjalan dengan lancar. Bagi Malaysian, cukup senang, visa on arrival jer.

Jordan Pass 
Di ruang ketibaan Queen Alia International Airport, Amman, Jordan, Ehsan telah sejam menunggu kami disini. Ehsan telah ditugaskan menjadi tourist guide kami pada first day. Beliau baru saja menamatkan pengajian beliau di sebuah university di Mafraq di sebelah utara Jordan. 

Jordan masih lagi sejuk, suhu ketika itu 15 degree C.

Aku, Ehsan, Zhafir dan Hairul di Amman Airport.

Kereta Nissan ini kami naiki untuk keseluruhan kembara kami kali ini.
Apa-apa jom kita gi breakfast dulu, kasi kenyang-kenyang baru kita cerita pasal jalan. Terlebih dahulu aku mintak Ehsan berhenti di money changer yg berdekatan untuk tukar duit US dollar yg aku bawa ke Jordan. Tukaran wang: Jordanian Dinar (JD). 1 JD = 1.4 USD.
Aku terus ke Restaurant Bab Al Yemen (32.01957 N, 35.86812 E) berhampiran University of Jordan di Amman.
Makanan breakfast kegemaranku semasa bertugas di Sana'a dan Hadramout, Yemen, 13 tahun yang lepas iaitu; Roti + Laham Shori (Daging goreng di potong halus) + beit (telur) + Shai Halib (Teh Susu) kena bagi tahu nak guna Teh Cap Qabus (Gambar Professor pakai topi graduation warna biru). 
Yum..yum..
Selepas kenyang, kami ke kedai bersebelahan untuk membeli simcard, Data ZAIN (Service Provider) 34 GB untuk sebulan berharga JD 20. Alhamdullilah Hairul, membawa portable routernya. So beli satu simcard share ramai2. Jimat beb!
Kami beli 2 karton mineral water untuk bekalan perjalanan kami. Destinasi pertama adalah Jerash. Aku ternampak penjual buah-buahan ditepi jalan semasa ke Jerash, lalu meminta Ehsan berhenti seketika untuk membeli buah-buahan. Mereka masih lagi menggunakan penimbang dacing untuk menyukat berat buah-buahan. Agak murah harganya.

FRUIT IN JORDAN from aswade on Vimeo.

Location 01: Ancient Jerash

(Coordinate: 32.27232 N,35.88892 E)

Masa: 08:00-16:30 hrs. Oct-Apr, to 19:00 hrs. May-Sep
Fee: 8 JD (Jordan pass free)

Kami sampai di Jerash pada pukul 12:30 tengahari.

Jerash terletak 48km ke utara, Amman dengan ketinggian 570m di atas aras laut. Merupakan sebuah kota lama pencampuran senibina di antara Graeco-Roman dengan Arab Kuno yang di bina pada kurun ke-4 BC semasa pemerintahan Alexander of Macedon dan berjaya dikekalkan (preserved) dalam keadaan asal sehingga sekarang (+/- 6,000 tahun). Ianya terkenal semasa zaman kegemilangan Rom pada tahun ke-63 BC sehingga 400 tahun. Semasa pemerintahan Rom, ia juga dikenali sebagai Gerasa, Jerasho, atau Antioch. 

Kota ini telah terkambus beberapa kurun lamanya dan aktiviti pencarian dan penggalian semula dijalankan lebih kurang 70 tahun lepas.

Disini terdapat:

1. Hadrian's Arch
2. Hippodrome
3. Colonnaded Street
4. Cathedral
5. North Theater
6. South Theater
7. Archaeological Museum


Terdapat gerai-gerai menjual cenderamata sebelum memasuki kota Jerash ini. Peniaga ini, mengajar aku bagaimana memakai serban ala-ala badwi. Zhafir kata macam pak Arab in bagi surat watikah perlantikan sebagai ketua badwi.  Harga serban disini dijual pada harga 5 JD.
Bermula penerokaan kami di sini.
Penerangan mengenai "Ancient Jerash".

Apa-apa pun kasi ambik gambar dulu.

Zhafir dengan bendera Jordan. Kalu diperhatikan benderanya hampir sama dengan bendera Kuwait, Palestine dan UAE (Gabungan warna hitam, putih, hijau dan merah)


Kami berempat..berwelfie..
Bergambar berlatar belakangkan Hadrian's Arch.
Tiga jejaka tengah posing maut di Hippodrome. Hippodrome ini adalah tempat lumba kuda, perang berkuda atau wrestling macam cerita "Gladiator"

 Hippodrome



Oval Plaza

Apa lagi, kami apply teknik rakaman gambar terkini oleh pakar cameraman iaitu "Master Fir". Cara-cara memasak adalah seperti berikut (hehehe); 
  • Mula-mula kena tukar setting camera handphone ke mode panorama.
  • Cameraman akan berada di satu point atau kedudukan yg tetap.
  • Gerakan telephone dan maintain pada satu garis horizontal yang lurus. (Jangan gerak ke bawah dan ke atas)
  • Pelakon pulak kena "freeze" kan pergerakan beberapa second sehingga lens tu melepasi anda.
  • Pelakon kena pusing ke belakang cameraman dan berada di selepas titik fokus lens.
  • Max 3 gaya pelakon jer yang boleh di buat pada 180 degree gerakan tangan cameraman.


inilah hasilnya..
South Theater






Video:
JERASH, JORDAN from aswade on Vimeo.

Kami menghabiskan masa selama 2 jam disini dan seterusnya ke Ajloun Castle. 

Location 02: Ajloun Castle

(Coordinate: 32.32536 N,35.72526 E)

Ketinggian: 1,250 m

Masa: 08:00-16:30 hrs. Oct-Apr, to 19:00 hrs. May-Sep
Fee: 2 JD (Jordan pass free)

Istana ini telah dibina di atas Gunung Auf (1250m) pada tahun 1184-1188 oleh 'Izz Ad Din Usama bin Munqidh iaitu seorang jeneral dan anak saudara bagi Salahuddin Al-Ayubi. Dari sini mereka boleh mengawal atau memerhatikan Jordan Valley dan 3 wadi di sekitarnya.

Ia juga dikenali sebagai Qala'at Ar-Rabad. Disini mereka menghantar maklumat melalui burung merpati (pigeon). Bayangkan burung merpati boleh terbang dari Damascus, Syria ke Cairo di Mesir (615km straight line) dalam masa 12 jam. Ianya boleh menghantar message 'lit beacon' sehingga Euphrates dan Cairo, Mesir.

Kota ini mengalami kerosakan terus semasa serangan Kerajaan Mongol pada tahun 1260 dan dibaikpulih oleh Kerajaan Mamkluks.

Disekitar ini juga terdapat makam (bukan kubur) Nabi Khaidir A.S, mungkin tempat yang pernah di lawati oleh beliau. Wa Allahuaklam.

Signboard dia
Apa-apa minum Shai dulu. Khemah penjual teh terltak betul-betul dihadapan pintu masuk Ajloun Castle ini. Beliau menggunakan cerek air special yg panjang. Teh ini boleh dicampur daun pudina (yg hijau tepi tu). Harganya 1JD per cawan. 

 Pintu Masuk


Pemandangan dari atas (dari Main Gate)
Posing dulu boh..sila baca







Cross jambatan
Di dalam Istana ini terdapat mezium di bahagian tengahnya, meletakkan beberapa barang lamayang pernah digunakan disini.








Jangkamasa Zaman..
Lampu-lampu berwarna kuning dipasang di bahagian dalam istana menaikkan seri Istana umpama berada dalam sebuah gua. Ajloun Castle mempunyai 3 tingkat (floor). First floor adalah tempat tidur para askar dan tentera. Second floor dijadikan masjid dan Third floor dijadikan istana.



Terdapat sebuah ruangan solat di tingkat 2. Lokasi aku duduk itu merupakan arah kiblat.
Di satu sudut yang lain terdapat sebuah gereja (Byzantine Church) masih dikekalkan keadaannya.
Menara Aybak berbentuk L-shape.
Third Floor - Palace


Rooftop

Dari menara di rooftop ini disebelah barat, anda boleh perhatikan Jerussalam, Nablus, Jenin dan Jordan Valley. Di sebelah utara, boleh nampak Bisan, Lake of Taberias, Mounts of Shaik, Wadi Al-Yabes


Panorama






Sesi bergambar pula..teknik lompat bintang;

Cameraman: Ehsan

Solo:

Berjemaah:

Cuma Zhafir tersalah teknik...hehehe. Dah viral gambar nie, mungkin kami akan ditawarkan berlakon di Hollywood dalam cerita "star trek" yg akan datang..hehehe.

VIDEO:


AJLOUN CASTLE - PART 01 from aswade on Vimeo.


AJLOUN CASTLE from aswade on Vimeo.

Menurut Ehsan, istana ini dahulunya mempunyai jalan rahsia untuk keluar dari sini bila berlaku emergency tetapi pintu itu telah ditutup. Jalannya akan keluar di sebuah perkampungan berhampiran 2-3 km dari sini.

Kami beredar dari Ajloun Castle untuk mencari masjid berhampiran untuk solat jamak. Gambar pemandangan dari dalam masjid.
IRBID

Kami meneruskan perjalanan ke Irbid, sebuah bandar 70km ke arah utara, Amman. Merupakan bandar kedua terbesar di Jordan selepas Amman. Di sini terdapat 2 buah universiti yg terkenal iaitu Yarmouk University dan Jordan University of Technology and Science. Terdapat ramai student yang belajar disini (Syariah dan Medik). Di sini pernah berlaku peperangan besar dalam Tamadun Islam, iaitu Peperangan Yarmouk, Islam di bawah general perang Khalid Al-Walid (kemudian diganti Abu Ubaidah) berlawan dengan kerajaan Rom yg dipimpin oleh Hercules. Islam mencapai kemenangan yang besar (Zaman Khalifah Abu Bakar As-sidiq RA & Umar Al-Khattab RA).



Kami makan malam di sebuah restaurant Malaysia, iaitu Restaurant Nur Malaysia, Irbid (32.53665 N,35.85013 E). Ia terletak berhampiran Yarmouk University (walking distance).
Kawasan penempatan student Malaysia di Irbid.

Kami makan mee goreng as starter kemudiannya tom yam. Lapar sangat. Alhamdullilah. Ramai student-student Malaysia yg datang makan disini. Bergambar dengan sebahagian staff restaurant (semua org Malaysia).

MAFRAQ

Mafraq terletak 48km ke tenggara Irbid. Kami bermalam di Hotel Al-Raihan (20 JD/day). Kami sempat berbual-bual dan minum dengan Usamaah dan Ehsan. Kami memang kepenatan.
22 Feb 2018

DAY 02:  MAFRAQ - SAFAWI - AMMAN - DEATH SEA - MUTA'AH - PETRA

Kami memulakan perjalanan pada pukul 07:30 pagi. Hujan turun rintik-rintik di Mafraq membuatkan suhu turun mendadak. Harini giliran Aiman pula menjadi tourist guide kami untuk 3 hari bermula dari harini.

Selfie dgn Aiman dan Zhafir dulu.
SEKOLAH KITA, MAFRAQ

Kami mula-mula perjalanan ke "Sekolah Kita" telah dibina hasil usaha pelajar-pelajar Malaysia di Irbid dan Mafraq di bawah badan Tangisan Syria di Bumi Jordan (TSDBJ). Ia merupakan sekolah ke-2 yang telah dibina pada tahun Mei 2016. Nama-nama seperti Musa Nuwayri, Faris Isa, Hidayu Hatta dan lain-lain merupakan tokoh-tokoh pelajar Malaysia yg telah merintih jalan sehingga ianya menjadi kenyataan. Semangat juang mereka sungguh membanggakan kami. Aku mengenali mereka melalui pembacaan buku "Lelaki Terakhir Menangis Di Bumi" oleh Musa Nuwayri dan "Ini Sekolah Kita" oleh gabungan Hidayu Hatta, Musa Nuwayri dan Faris Isa.

Kami mengambil kesempatan untuk melawat "Sekolah Kita" ini berhampiran dengan hotel yang kita menginap. Cuaca masa tu masih mendung.
 Bersama Pengetua Sekolah Kita, Dina.

 Di sekolah
Bergambar dengan barisan guru-guru di sini.


Kami diberi penerangan mengenai sekolah ini dan dijamu "kahwa" kopi Arab panas2.
VIDEO:
SEKOLAH KITA from aswade on Vimeo.


POKOK AL-BAQIYAH, SAFAWI, JORDAN

(COORDINATE: 32.06669 N,37.13897 E)



Pokok Al-Baqiyah merupakan satu-satunya sahabat / hidupan yang pernah melihat susuk tubuh Nabi Muhammad SAW dan masih hidup hingga sekarang.

Anda pasti ingat mengenai sirah nabi yang terkenal dimana Nabi Muhamad SAW semasa kecilnya (10-12 tahun)(Usianya sekarang lebih dari 1481 tahun) pernah mengikuti rombongan dagang dari Mekah ke Syam yg dipimpin oleh bapa saudaranya, Abu Thalib. Rombongan dagang ini telah berhenti seketika untuk minum dan berehat di sebuah gereja di Bashra.

Nabi tidak memasuki gereja tersebut tapi berdiri di bawah pokok ini dan wajah Nabi yang mulia memandang ke arah Mekah. Ketika itu musim sejuk di Syam dan keseluruhan daun pokok luruh kecuali sehelai dan ia jatuh ke tubuh Nabi SAW. Lalu diperhatikan oleh Paderi gereja yang bernama Bahira dan ianya bertepatan dengan kisah yang diceritakan oleh Allah di dalam Injil. Bahira berpesan kepada Abu Thalib supaya membawa pulang Rasullulah SAW dengan segera pulang dan berhati-hati, orang-orang Yahudi pasti akan memusuhinya.






VIDEO:


POKOK AL-BAQIYAH from aswade on Vimeo.

GH010231 from aswade on Vimeo.

NUR MALAYSIA RESTAURANT, AMMAN, JORDAN

(COORDINATE: 31.95471 N,35.85282 E)

Kami seterusnya perjalanan ke Amman, Jordan yang mengambil masa selama 2 jam lebih untuk makan tengahari. Lapar sangat kerana pagi tadi kami tidak sempat bersarapan pagi.

Harini kami pekenakan nasi lemak dengan milo ais tabur, beb! best!

Aku mencuba kopiah tinggi Al-Ikhwan, cantik jugak. Kesemua pekerja lelaki restaurant ini mempakai kopiah ini.

Bergambar dengan Ustaz Hairul (Anak berapa ustaz?)


DEAD SEA, JORDAN

(COORDINATE: 31.74822 N,35.59120 E)


Merupakan kesan kemurkaan Allah terhadap kaum Nabi Lut yang berada di Sodom. Bumi Sodom telah diterbalikan dan dihempap ke bumi sebanyak 2 kali. Ianya sebuah tasik  terendah di dunia berada pada paras lebih dari 400m di bwh aras laut dgn panjang 80 km dan lebarnya 14m dgn kemasinan 9 kali ganda kemasinannya dari laut yg lain. Ia merupakan laut kedua termasin di dunia selepas, Tasik Assal di Djibouti. Tasik ini berkongsi bersama separuh Jordan dan separuh lagi Israel.

Pada waktu malam, polis dan tentera akan berkawal di Laut Mati untuk mengelakkan berlaku pencerobohan ke sempadan kedua-dua negara. So berenang pada waktu malam diharamkan.

Kedalamannya berbeza, di sebelah utara lebih dalam dengan kedalaman maksimum 430m dan sebelah selatan purata kedalamannya adalah 4m. Mengikut kajian scientist, paras tasik ini semakin surut dengan kadar 1 ft. setahun dan dijangkakan bakal kering pada tahun 2050.

Tebing-tebingnya terhasil dari hablur2 garam amat rapuh. Hati-hati..Dasarnya terhasil daripada mendapan garam, boleh melukakan kaki, baik pakai selipar.

Aku mengambil kesempatan utk mandi manda.


Kenapa pecat kasut tu?





VIDEO: Geng2 Pok Ya Cong Codei di Laut Mati

DEAD SEA - GENG POK YA CONG CODEI from aswade on Vimeo.

DEAD SEA PART 02 from aswade on Vimeo.
Kami seterusnya dibawa oleh Aiman ke satu kawasan bukit beberapa km dari Tasik Mati yang mempunyai arca berbentuk perempuan di atas puncak bukit yang dikatakan sebagai Isteri Nabi Lut A.S.

Bersama Aiman
Tak der kijo punya pasal...

SEPETANG DI DEAD SEA from aswade on Vimeo.

MAKAM SYUHADA PERANG MU'TAH


(COORDINATE: 31.06628 N,35.69664 E)


Kami mengambil kesempatan utk menziarahi sahabat Rasullulah SAW yg telah syahid di peperangan Mu'tah, Karak pada tahun 629 M (Tahun ke-7) dan merupakan peperangan terakhir dalam kehidupan Nabi. Dalam peperangan ini tentera Islam telah disertai oleh 3,000 orang sahaja melawan tentera Rom Byzantine seramai 100,000 orang.

Rasullah menghantar tentera Islam bagi bertindakbalas atas pembunuhan utusan Nabi di Ghassan.

Nabi telah melantik Zaid bin Harithah RA menjadi ketua tentera Islam, sekiranya Zaid terkorban akan digantikan oleh Saidina Jaafar Abi Thalib RA dan akan digantikan dengan Abdullah Ruwahah RA sekiranya Jaafar syahid. Benar-benar berlaku ketiga-tiga panglima perang islam terbunuh. Tentera Islam melantik Khalid Al-Walid memimpin dan mencapai kemenangan.

Saat peperangan sedang terjadi, Rasulullah SAW sedang bersama para sahabat. Mereka sedang membicarakan tentang peperangan di Mu'tah. Tiba-tiba, Rasulullah terdiam. Dengan mata berkaca-kaca, Rasulullah mengisahkan bahwa Zaid bin Harithah gugur, disusul kemudian Jafar bin Abu Thalib, dan Abdullah bin Rawahah. Namun tidak lama kemudian, mata Rasulullah bersinar. Rasulullah mengatakan bahwa dirinya melihat ketiganya dimasukkan ke dalam syurga. Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati. Sesungguhnya, mereka itu hidup di sisi Tuhan-Nya dengan mendapat rezeki.

Makam ini terletak di Masjid Wadrith Jaafa Abi Thalib. Di masjid ini menempatkan makam Saidina Jaafar Abi Thalib RA dan Zaid bin Harithah RA. Makam Abdullah bin Ruwahah RA terletak di masjid lain (200m) yang berhadapan dengan masjid ini.
"Air Pancut" bahasa melayu tu. Mungkin sebab ramai pelancong dari Malaysia dan Indonesia datang ke sini. Disini juga terdapat Universiti Mu'tah, terdapat pelajar Malaysia di sini.

Makam Saidina Jaafar Abi Thalib merupakan sepupu Rasullah SAW. Beliau digelar Al-Tayyar kerana Nabi telah dikhabarkan oleh Allah SWT bahawa kedua-dua tangan beliau yang terputus di peperangan Mu'tah telah digantikan dengan dua sayap di syurga.



Makam Zaid bin Harithah. Beliau merupakan anak angkat Rasullulah SAW. Beliau adalah seorang sahabat Rasullulah SAW yg disebut namanya di dalam Al-Quran (Surah Al-Ahzab)
Kami tidak sempat melawat Makam Abdullah Rawahah RA kerena berada di masjid lain dan semasa kami berada disana maqamnya telah ditutup.

Video mengenai Saidina Jaafar RA



La Maison Hotel Petra

(Coordinate: 30.32576 N,35.46921 E)

Kami meneruskan perjalanan dari Mu'tah, Karak ke Petra selama 2 jam. Benda pertama yg kena buat kat Petra, cari makan, perut dah lapar ni. Kami makan di restaurant yemen berhampiran hotel.

23 Feb 2018

DAY 03:  PETRA - WADI RUM

Harini kami bangun awal dan bersiap sedia untuk memulakan penjelajah adventure di Petra. Kami siap-siap pack barang-barang dan ke ruang breakfast hotel tepat jam 6.30 pagi. Hujan turun dengan renyai-renyai. Apa2 yg penting makan dulu.


Selfie dulu gerak ke Petra.

Kami bergerak menuju ke pintu masuk utama jam 7.30 pagi. Tak ramai pelancong yg datang sini masa kami sampai di situ. Kami bertiga jer yg masuk. Aiman hanya menunggu kami diluar saja.


Jordan Pass di checked, done..boleh masuk
Main Entrance - Bab Al-Siq 

Kami berjalan kaki dari Main Entrance ke Bab Al-Siq lebih kurang 1 km. Perkhidmatan kuda disediakan disini bagi mereka inginkan kelainan, bayaran 20-50JD. Lorong berkuda diasingkan dengan lorong pejalan kaki. Kami lebih enjoy berjalan kaki, cuaca pun best ditambah pulak hujan turun dengan renyai. Laluannya agak mudah dan rata.

Dipertengahan jalan, terdapat 3 bongkah batu bersegiempat sama di sebelah kanan jalan di panggil "Djin"

Laluan berkuda sebelah kiri dan sebelah kanan untuk pejalan kaki.
 "Djinn" bongkah batu bersegi empat.

Kami bertemu dengan "Obelisk Tomb" perkuburan kaum Nabataeans yg diukir pada kurun pertama AD. Diatas perkuburan itu terdapat 4 piramid yg dipanggil "Nafesh". 


Bab Al-Siq - Al-Khazaneh (Treasury)

Siq adalah jurang (gorge) yg sempit di antara gunung-gunung terhasil secara semula jadi. Laluannya sepanjang 2km. Terdapat sebuah empangan untuk mengalihkan banjir kilat di Wadi Musa to Wadi Al-Mudhlim dan Wadi Mataha sepanjang 88m.

Sebelum pintu masuk Siq



Siq

Subhanallah, laluan ini memang cantik. Terdapat 2 laluan air dikedua-dua belah batu tersebut. Terdapat paved road, Sabinos Alexendros Station dan Nabataen baetyls (sacred stones).

Perlawanan WWE









Laluan ini agak sibuk dengan kereta berkuda yang membawa carrier boleh memuatkan 3 orang dewasa. Tempat duduknya terpaksa dikongsi dengan pemandunya. Bagi pejalan kaki kena berhati-hati kerana jalannya sempit dikongsi bersama dgn kereta kuda.  Hujan turun dengan lebatnya, kami terpaksa menyusur dibawah teduhan gorge ini. Aku rasa tak tenang sebab bimbang passport yang aku bawa dalam beg ini nanti basah.

The Treasury (Al-Khazaneh)

Petra merupakan kesan tinggal kaum Thamud semasa Nabi Salleh. Seluruh kaum Thamud telah dihapuskan kerana mereka telah membunuh unta Nabi Salleh yg telah dikeluarkan dari celahan batu2. Mereka telah dihapuskan dgn pekikan malaikat. Semua terbunuh di dlm rumah masing2. Mereka pakar dalam mengukir gunung2 menjadi rumah yg gah.

Al-Khazaneh merupakan sebuah bangunan yg cukup mengkagumkan dengan ketinggian hampir 40m. Aku dan Hairul ke sebuah kedai cenderamata yg terletak berhadapan Al-Khazaneh untuk membeli baju hujan (3 JD..mahal tu)





kesian...tertinggal bas


Terdapat crew pengambaran terpaksa berhenti seketika kerana hujan
The Street of Facades

Dilaluan ini menempatkan perkuburan Nabataean yg dipahat pada gunung-gunung. Terdapat gerai-gerai cenderamata di sekitarnya. Mereka memang peramah. Kemudahan awam di sini dijaga dengan baik, toilet sangat bersih.










Kami mengambil keputusan untuk berhenti seketika dan pekena teh 'o' panas2 di sebuah restaurant badwi.



Theater


Kawasan gunung yg dipahat menjadi theater yg boleh memuatkan 4000 orang. Ianya merupakan satu-satunya theater yg di dunia yg dipahat dari gunung.



The Royal Tombs

Kawasan perkuburan yang terdiri daripada  4 kuburan; a. Urn Tomb, b. Silk Tomb, c.Corinthian Tomb dan d. Palace Tomb.

The Nymphaeum

The Nymphaeum adalah air panjut berbentuk semi-circle yg terletak dipertemuan Wadi Musa dan Wadi Al-Mataha.


The Colonnaded Street

Kawasan shopping umpama "Bintang Walk" di KL

















Ad-Deir (Monastery) Trail (2.5km)

Bermulalah pengembaraan yg mencabar mendaki gunung. Memang penat tapi berbaloi. Anda boleh menggunakan khidmat keldai untuk menaiki tangga sehingga kemuncak.  Bukan jauh pun tapi dah lama tak exercise.

Tangga-tangganya juga di pahat dari gunung-gunung. Kalau gunung warna merah, tangga pun warna merah dan kita boleh tengok struktur batuan tersebut pada tangganya. 

Bukan satu kerja yang mudah...mungkin tak berfaedah bila dah penat dan nak pitam..hehehe.













 Berhenti seketika untuk dapatkan oksigen secukupnya.





Gerai-gerai jualan, penduduk tempatan di sini.


Sampai dipertengahan trail, aku henti sekejap sambil menunggu Zhafir dan Hairul sampai, makcik gerai ni, offer teh 'o'. Memang best, hilang semua stress.
Tengok steady makcik ni, pakai kasut Timberland..
Diorang sampai, kita jamu teh 'o'




Kami meneruskan lagi perjalanan kami, aku berhenti sekejap untuk membeli serban buatan jordan (5 JD) di gerai-gerai sepanjang jalan. Sempat bergambar dengan tauke nya. Hairul pun beli jugak.



Perjalanan diteruskan lagi sehingga akhirnya kami sampai di Ad-Deir ataupun Monastery. Ianya pernah dijadikan lokasi pengambaran cerita Transformer. Bangunan ini mempunyai ketinggian 48m dan lebarnya 47m. Ianya digunakan sebagai tempat bersidang. Semasa pemerintahan King Rabel II ianya ditukar sebagai gereja chapel.











 Bertembungan kuasa baik dengan kuasa jahat...

Perjalanan menuruni trail agak laju sikit. Aku tak berhenti langsung. Diorang dah start buka semua baju dan serban, panas..panas.



VIDEOS:




MONASTERY from aswade on Vimeo.

Kami sampai di Al-Khazaneh pada pukul 2.00 petang. Orang dah mula memenuhi kawasan ini. Rupa-rupanya Petra telah ditutup buat sementara waktu selepas kami masuk kerana hujan lebat. Jam 11.30 pagi baru dibuka semula.

Bertemu dengan Malaysia..bangga betul





Kami sampai di main entrance pada pukul 3.15 petang. Sangat-sangat letih. Kami menghabiskan 5 setengah jam di Petra, itu pun banyak lagi yg belum cover.

WADI MUSA'S SPRING

(COORDINATE: 30.32422 N,35.49744 E)

Terletak berhampiran Petra. Terdapat sebuah mata air disini di atas bukit. Salah satu mukjizat Nabi Musa, terpancar mata air apabila kawasan itu diketuk dgn tongkaknya. Mata air masih kekal sehingga sekarang. Airnya sangat jernih. Dahulunya matair ini telah digunakan oleh penduduk Petra.

















KEM HASSAN ZAWADEH, WADI RUM 

(COORDINATE: 29.66784 N,35.45631 E)



Kami meneruskan perjalanan menuju ke Wadi Rum sejauh 110km dari Petra yg mengambil masa 2 jam perjalanan. Aku tertidur dalam kereta. Kami sampai di Wadi Rum pukul 5.30 petang. 

Wadi Rum memang aneh, macam berada di planet lain, gunung dan pasir berwarna merah kekuningan. Tempat ini telah dijadikan lokasi pengambaran cerita hollywood, The Martian.


VIDEO: WADI RUM from aswade on Vimeo

Khemah kami



Kami dihidangkan dengan makan malam yang menyelerakan. Lauknya di masak di dalam lubang yg digali khas.

DINNER IN WADI RUM from aswade on Vimeo.

Tarian masa makan





24 Feb 2018

DAY 04: WADI RUM - AMMAN - IRBID - OLD CITY AMMAN


Harini kami bersiap-siap lebih awal kerana perjalanan harini agak jauh. Semasa bersarapan pagi, kami bertemu dengan family Malaysia yg singgah ke Jordan selepas umrah, Hj Mohd Nor dan Fikri. Mereka juga menginap di sini.

Apa-apa ambik gambar dulu...







Bergambar bersama-sama Haji Mohd. Nor merupakan seorang pensyarah di UUM, yang dalam perjalanan pulang dari Umrah, mengambil kesempatan untuk melawat anaknya yg belajar di Jordan.
Fikri pula dalam perjalanan pulang mengerjakan ibadah umrah bersama keluarga. Beliau sekarang berada di UK, menyambung pelajarannya dalam PHD. Beliau kawan sesekolah dengan Juzlam, temanku di Kuwait.

Wadi Rum Train Station
Coordinate: 29.67566 N,35.43229 E

Kami singgah sebentar di Wadi Rum Train Station untuk melihat sebuah keretapi zaman Uthmaniah. Pada zaman khalifah Uthmaniah, keretapi ini digunakan oleh jemaah haji atau umrah untuk ke Mekah dan Madinah.


WADI RUM STATION from aswade on Vimeo.

Kami meneruskan perjalanan dari Wadi Rum ke Amman yang mengambil masa selama 5 jam. Sempat tidur dalam kereta.

Amman

Kami sekali lagi singgah di Restaurant Bab Al-Yemen untuk makan nasi arab. Sungguh menyelerakan.

Irbid

Kami mengambil kesempatan untuk melawat 4 orang sahabat iaitu:

1. Muaz bin Abu Jabal RA
2. Amru bin Abi Waqas RA
3. Sharhabil bin Hassneh RA
4. Abu Ubaidah bin Al-Jarah

Maqam Mu'az bin Jabal RA
Coordinate: 32.60331 N, 35.61494 E

Rasulullah SAW pernah bersabda,"Belajarlah Al Qur`an kepada empat orang, yaitu Abdullah Ibnu Mas’ud, Ubai bin Ka'ab, Abu Hudzaifah dan Mu’adz bin Jabal.

Diriwayatkan dari Al Harits bin Amr Ats-Tsaqafi, dia berkata: Sahabat-sahabat kami menceritakan kepada kami tentang Mu’adz, mereka berkata, “Ketika Nabi SAW mengutusku ke Yaman, dia berkata kepadaku, ‘Bagaimana kamu menetapkan hukum jika ada suatu perkara yang kamu hadapi?’ Mu’adz menjawab, ‘Aku akan menetapkan hukum berdasarkan Kitabullah. Jika tidak ada dalam Kitabullah maka aku akan menetapkan dengan hadits Rasulullah’. Rasulullah SAW bertanya lagi, ‘Bagaimana jika tidak ada dalam Sunnah Rasulullah?’ Mu’adz menjawab, ‘Aku akan berijtihad dengan pendapatku dan tidak berlebihan’. Setelah itu Rasulullah SAW memukul dadanya dan bersabda, ‘Segala puji bagi Allah yang telah menyelaraskan utusan Rasulullah dengannya, sebagaimana yang diridhai oleh Rasulullah’.”
Diriwayatkan dari Ashim bin Humaid As-Sakuni, bahwa ketika Nabi mengutus Mu’adz bin Jabal ke Yaman, beliau berwasiat kepadanya. Mu’adz pada saat itu sedang menaiki tunggangannya, sementara Rasulullah SAW berjalan di bawah tunggangannya. Ketika selesai, Rasulullah SAW bersabda, “Wahai Mu’adz, mungkin engkau tidak bisa lagi bertemu denganku setelah tahun ini, dan mungkin engkau akan melewati masjid dan kuburanku.” Mendengar itu, Mu’adz menangis tersedu-sedu karena harus berpisah dengan Rasulullah SAW. Beliau kemudian bersabda, “Jangan menangis wahai Mu’adz, karena tangisan itu berasal dari syetan.

“Yang kumaksud umatku yang paling alim tentang halal dan haram ialah Muaz bin Jabal.” – (HR. Tarmizi dan Ibnu Majah).

Beliau meninggal pada usianya muda, 36 tahun.









Maqam Amru bin Abi Waqas RA

Coordinate: 32.54150 N,35.60506 E

Sahabat Rasullah, merupakan anak beradik kepada Saad bin Abi Waqas.

Kami mengambil kesempatan untuk bergambar di tepi pohon zaitun yg ditanam diperkarangan Masjid.


Kami melalui jalan Jordan Valley di mana persempadanan di antara Jordan dan Israel hanya Jordan River yg memisahkan antara 2 negara. Jordan Valley memang subur. Kami boleh lihat kawasan Israel dari sini. Kami mengajak Aiman untuk ke mencuba melihat pintu sempadan Israel-Jordan melalui Jambatan King Hussien Bridge road, kami terpaksa membuat u-turn kerana ternampak tentera bersenjata mengawal pintu masuk tersebut.

JORDAN VALLEY from aswade on Vimeo.

Maqam Sharhabil bin Hassneh

Coordinate: 32.39849 N,35.57999 E

Sharhabil bin Hassneh merupakan salah seorang penulis wahyu. Beliau menjadi komandan pasukan pada masa Khalifah Abu Bakar dan Umar bin Khatab.

Prestasi Syurahbil bin Hasanah dalam memimpin pasukan tidak diragukan lagi, ia bahkan mampu menaklukkan Syria di bawah naungan Islam. Namun, Allah berkehendak lain, Syurahbil bin Hasanah hanya sempat bertugas selama 4 tahun sebelum meninggal pada tahun 639 H.


Kami berbual-bual dengan masjid ini, beliau memberitahu kami, bahawa sempadan dengan Israel hanya 2km dari sini. Kami bertanya boleh ke kami ke sana?. Beliau membalas "Mam Nung"(dilarang).


Kami mengambil kesempatan untuk menikmati keindahan waktu senja di sini. Subhanallah, cukup cantik.

Di belakang itu tanah Palestine yang di ambil oleh Israel

Gembala kambing membawa pulang ternak mereka.
KAMBING2 from aswade on Vimeo.

Maqam Abu Ubaidah bin Jarrah


Coordinate: 32.22602 N,35.61827 E

Sabda Rasullulah SAW:
“Abu Ubaidah adalah pemegang amanah umat ini. Jika aku bercita-cita, maka aku mengharapkan adanya setiap rumah didiami oleh orang-orang yang seperti Abu Ubaidah bin Jarrah.”

Di kalangan tokoh-tokoh islam yang terkenal pada zaman Rasullulah SAW, ketokohan Abu Ubaidah sebagai sahabat besar begitu menonjol sekali. Bahkan beliau tergolong sebagai pahlawan yang gigih. Beliau mempunyai ciri-ciri akhlak yang mulia lgi terpuji. Abu Ubaidah juga terkenal kuat beribadah, zuhud serta merendah diri. Satu lagi keistimewaannya ialah beliau termasuk orang-orang islam yang awal. 


Abu Ubaidah bin al-Jarrah atau ama sebenarnya Amir bin Abdullah bin Jarrah bin Hilal al-Fihri al-Quraisy.Beliau berasal daripada kaum Quraisy suku al-Harith bin Fihr Lahir pada 582 masihi di Mekah. Abu Ubaidah al-Jarrah adalah antara sahabat Nabi Muhammad SAW yang terawal memeluk Islam. Dia diantara 10 Sahabat Nabi Muhammad SAW yang dijamin masuk Syurga. Pada 15 Hijrah, beliau menakluk Baitulmaqdis (Jerusalem). Menjadi panglima perang ke Syria. Umar al-Khatab melantiknya sebagai Gabenor di Syam. Bencana kebuluran di semenanjung Arab pada tahun 17 Hijrah. Umar mencadangkan Abu Ubaidah sebagai calon khalifah selepasnya. Wabak taun menyerang Syam. Abu Ubaidah al-Jarrah meninggal dunia semasa berumur 58 tahun akibat wabak taun pada tahun 640 masihi bersamaan 18 hijrah. 


Rafi Hotel, Old Amman

Coordinate: 31.95086 N ,35.93670 E

Setelah menziarahi maqam-maqam ini, kami terus ke Rafi Hotel Old Amman untuk menginap di sini. Kami sampai di sini jam 8.00 malam. Setelah check-in, kami keluar semula untuk membeli ole-ole utk dibawa pulang dan makan malam. Rambang mata dibuatnya. Aku beli keychain dan freeze magnet.






Setelah makan malam, kami bersalam-salaman dengan Aiman kerana beliau akan pulang ke Mafraq kerana keesokkan harininya beliau ada kelas. Selama 3 hari beliau bersama kami. Terima kasih!

Kami pulang ke hotel, tak cakap banyak terus tidur dengan nyeyak sekali.


GH010671 from aswade on Vimeo.

25 Feb 2018

DAY 05: ASHABUL KAHFI - AIRPORT

Harini adalah hari terakhir kami bumi Urdun (Jordan). Kami bertiga bangun dengan lebih awal untuk mengambil kesempatan untuk solat subuh secara berjemaah. Di sini mereka bermazhab Shafie. Solatnya tidak terlalu laju dan di baca qunut. Masalahnya aku ke masjid yg berbeza dari diorang, aku terpaksa berjalan kaki sejauh 2 kilometer iaitu di Masjid Raghadan dekat dengan Roman Theater. Mereka ke Masjid Grand Hussien, 200m dari hotel.





Aku mengajak mereka bersarapan pagi di sebuah restaurant. Memang susah nak cari restaurant yang buka pada waktu pagi-pagi (6.30pagi). Entah macam mana, aku ternampak sebuah restaurant kecil di jalan-jalan belakang. Restaurant Najah.

 Apa kebenda ni labu? Makan jer lah..labi..


Sesudah makan, ronda-ronda sikit di sekitar hotel.

Roman Nymphaeum..bukan Nyamuk. Nyamphaeum adalah air panjut atau fountain dalam Bahasa Roman. Binaan ini masih dalam proses restoration dan rehabilitation.



Kami makan pulak breakfast kat hotel, sayang kalu tak makan dan ler free.

Pada pukul 7.30 pagi, Usamaah pun sampai di hotel. Hari terakhir ini sambut oleh Usamaah. Beliau baru saja menamatkan pengajian di universiti di sini.

Ashabul Kahfi, Amman (Seven Sleepers)

Coordinate: 31.89875 N,35.97276 E

Lawatan yang terakhir di Jordan adalah, Ashabul Kahfi atau dipanggil Seven Sleepers terletak di Kota Amman. Terdapat sebuah masjid besar bersebelahan dengan gua itu.

Ustaz Usamaah bercerita mengenai Ashabul Kahfi seperti di dalam video ini.



Pemandangan di sekitarnya.

Kami bertemu dengan pelancong dari Indonesia yg datang lebih awal dari kami. Mereka baru pulang dari Masjidil Al-Aqsa di Palestine. Insyallah kami akan ke sana juga satu hari nanti.

Pintu masuk ke gua tersebut



Kami bergambar bersama-sama penjaga gua
Ini adalah tulang-tulang mereka yang disimpan di lubang yg berkaca
Tempat mereka tidur selama 309 tahun masihi (300 tahun Hijrah).



Lubang dimana cahaya masuk terus ke dalam gua.

Masjid yang dibina diatas gua.















Masjid atas gua..
Di pintu gua kami bergambar

 Persekitaran gua
 Disini lokasi anjing (raqim) mereka berjaga
Tulang-tulang di letakkan didalam 2 lubang itu
Telaga / Mata air yg digunakan untuk mengambil wuduk.
Kami bergambar di hadapan masjid bersebelahan Ashabul Kahfi.

Senarai nama pemuda-pemuda tersebut.


Ambik gambar tepi bunga tu...ada taman dalam hati.

Lepas itu kami ke Nur Malaysia Restaurant untuk makan tengahari. Aku order roti pisang dengan air bandung 3 lapis.
Kami bergegas ke Airport selepas itu. Kami bersalam-salaman dengan Usamaah. Kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ehsan, Aiman dan Usamaah sangguh membawa kami jalan-jalan di Jordan.

"Itulah umat yang telah berlalu. Baginya mereka apa yang mereka usahakan dan bagimu apa yang telah kamu usahakan. Dan kamu tidak akan diminta (pertanggungjawabkan) tentang apa yang dahulu mereka kerjakan" [2:141]

-TAMAT-

Comments

  1. It's hard to overstate the ecstasy of waking up in a tent to the sounds of birds singing and leaves rustling. Having the proper camping equipment is crucial, as I've learned over the years. When I go camping, I usually bring a tarp with me, since it can be used for a variety of functions, including giving additional cover and keeping the campground dry. As for camping cooking equipment, I could go on and on about how versatile a camping stove and a few small pots and pans can be.

    ReplyDelete

Post a Comment