Skip to main content

Featured

Kembara Pengubat Rindu

 Kembara Pengubat Rindu Alhamdullilah, kami telah berjaya mengadakan satu pengembaraan setelah hampir 2 tahun kami tidak ride bersama-sama. Ride terakhir kami adalah Ride Himalaya pada tahun 2019. Route kami kali ini adalah: Kuala Terengganu - Sungai Petani - Hatyai - Yala - Pattani - Betong - Penang - Jeli - Kuala Terengganu Day 01: 14 May 2022 Kuala Terengganu - Sungai Petani (412 km) Kami memulakan perjalanan agak lewat sikit harini kerana aku terpaksa menunggu isteriku tiba di Kuala Terengganu dari Kuala Lumpur menaiki kapal terbang. Kapal terbang AirAsia mendarat pada pukul 10:50 pagi di lapangan terbang Kuala Terengganu. Selepas saja makan tengahari kami terus pulang rumah untuk bersiap-siap. Kami memulakan perjalanan pada pukul 12:40 tengahari. Kami melalui Banjaran Titiwangsa (Jeli - Gerik) yang mengambil masa 4 jam 30 minit untuk sampai ke Castella Cafe. Cuaca harini sungguh panas sepanjang perjalanan. Sampai di sini saja, isteriku terus terjun dalam air sungai sangat sejuk. T

KEMBARA MUSAFIR UMRAH 2016



Video Clip Flag off KMU - 22 April 2016
Ternyata itu bukan pilihanNYA..

Credit utk buat Bob Khairul (Panda Design)

A. Pendahuluan


Kembara Musafir Umrah merupakan satu ride jauh berbeza dari ride-ride aku yang sebelumnya. Ianya bagiku ada satu perjalanan jiwa menuju ke tanah suci yg telah tertulis. Aku hanyalah seorang pelakon yg bergerak mengikut skripNYA.

Segala harta kemewahan yang ku ada, ianya bukan milikku mutlak. Allah menterbiahku untuk rendahkan diri dan mengenaliNYA.

Aku jemput di saat-saat aku tidak punya apa2. Perjalanan yg penuh dengan tawakal. Allah yg menjemputku datang, Allah jualah yg mempersiapkan segala-segalanya.

Jutaan terima kasih buat Teman KMU, Hj Bard, Hj Jihad dan Hj Amin kerana sentiasa membantu dan Alhamdullilah Allah telah mempersatukan hati-hati kami walaupun kami tidak pernah kenal sebelumnya.

Terima kasih buat Hj Azman atas tunjuk ajar yg cukup bermanafaat.

Buat teman-teman yg mengikuti KMU 2016 dari awal hingga akhir

Alhamdullilah.. Ikutilah perjalanan ini dengan hati yang terbuka.

B. Chronology KMU 2016

a. Tahun 2014

Kembara Musafir Umrah (KMU) tercetus apabila aku menghubungi dan mengadakan pertemuan bersama Hj Azman Baharuddin pada 16 Ogos 2014 di Asiana Cafe, KLCC bersama-sama teman sekerjaku, Razali Adnan. Pada mulanya aku bercadang untuk mengikuti kembara ke Bumi Suci pada tahun 2017 bersama isteriku. Kami berbincang tentang persediaan dari segi motorsikal, kewangan dan sebagainya.


b. Tahun 2015

Januari - Ogos 2015
Aku mengadakan beberapa ride jarak jauh bersama isteriku untuk membiasa-biasakan beliau dengan ride yang jauh. Kami telah mengadakan ride 5 Nations (Malaysia-Thailand-Cambodia-Vietnam-Laos) dan beberapa tempat lain.

September 2015 
Berita malang buat diriku apabila aku di buang kerja pada kerana kejatuhan minyak dunia yang terburuk pernah direkod abad ini.

Oktober 2015
Haji Aminuddin, Haji Norazlan dan Haji Jihad ingin turut serta dalam expedition ini.

December 2015
Aku memberitahu Hj Azman untuk tarik diri kerana masalah kewangan yang aku hadapi agak meruncing. Haji Azman memberi kata semangat untuk aku meneruskan kembara ini dan berusaha mendapatkan dana.

Aku dan Haji Azman memulakan planning dari segi route yang bakal diikuti dan menyiapkan kertas kerja dalam usaha mendapatkan dana dan urusan visa. Aku selalu berada di office Hj Azman ketika itu di Megan Avenue, KL.

Muhamad Irwan dari Singapura turut serta dalam KMU 2016

c. Tahun 2016

Januari 2016

Beberapa siri mesyuarat telah diadakan.

February 2016

Syed Zafilen dan Haji Badruzzaman menyertai Team KMU. 

Sahabat KMU terbaru:
1. Haji Azman
2. Haji Aswade
3. Haji Jihad
4. Haji Aminnudin
5. Haji Norazlan
6. Irwan
7. Syed Zafilen
8. Haji Badruzzaman

*Cadangan awal bersama Support Team:
1. Hj Amin
2. Mohd Khairool
3. Rahmat
4. Abdul Rahman

March 2016
  • Urusan visa dan pencarian dana diteruskan.
  • Saudara Syed Zafilen terlibat dengan kemalangan semasa pulang dari off-road di Mat Daling, Pahang. Beliau terpaksa mengundur diri atas masalah kesihatan.
  • Beberapa siri mesyuarat di Putrajaya
Bersama Dato' Akmar Hisham dan Muhammad (Umrah Backpacker)
Meeting bersama ahli-ahli kembara




15 Mac 2016 - Aku telah dipanggil untuk hadiri interview kerja di Dubai, UAE utk Syarikat Minyak Kuwait. Alhamdullilah diterima kerja. Serba sedikit meniupkan semangat utk meneruskan kembara.


April 2016


01-21 April 2016



  • Urusan visa - Myanmar / India / Pakistan / Iran - siap. Visa Saudi masih dalam proses sehinggalah tarikh berlepas.
  • Urusan Agent - Myanmar dan Iran - Siap.
  • Support Team - mengundur diri
  • Haji Norazlan - menarik diri.
  • Aku siapkan motor GS ku di Workshop Aboy. Tq Aboy.
  • Pertemuaan bersama Tuan Guru Haji Hadi pada 10 April 2016 di KLIA 2.












Dana untuk Aku dan Hj Azman gagal diperolehi. 85% mmg confirm aku tak boleh ikuti kembara.

Urusan Carnet di AAM pada 12 April 2016. Deposit diperlukan sebanyak RM 70 K utk GS ku. 99% Confirm aku tak boleh ikut.

20 April 2016 (malam) - Meeting terakhir sebelum flag-off. Senarai terbaru yang akan menyertai Kembara:
  1. Haji Jihad
  2. Haji Aminuddin
  3. Haji Badruzzaman
  4. Irwan

  • 21 April 2016 (malam) - Haji Bard datang ke rumahku di Semenyih utk set-up Go-pro beliau. Aku memberitahu beliau, insyallah aku akan pergi juga, tunggu aku di India. Mungkin dgn motor kapcai. Tapi mana mungkin, aku bukan ada motor selain GS dan RT.
  • Aku masing lagi yakin dengan kuasa ALLAH walaupun percentage utk join hanya tinggal 1% kerana Allah Maha Berkuasa (1% vs Infiniti).
---------------------

22 April 2016 (Jumaat).


Majlis pelepasan konvoi disempurnakan oleh Imam Besar Masjid Putra Datuk Abd Manaf Mat selepas solat Jumaat. Ramai teman-teman biker yang hadir bagi meraikan majlis pelepasan kembara (Flag-off)



Irwan telah terlibat dengan kemalangan jalanraya di Lembuh Raya Utara Selatan di Seremban.



Mereka semua akan menuju ke Alor Star. Ada diantara biker yg mengiringi peserta KMU dari Putrajaya sehingga Bukit Kayu Hitam.



Aku pula pulang ke Semenyih bersama isteriku yg baru pulang dari sekolah. Aku dan isteri kemudiannya bergerak menuju ke Alor Star bagi memberi semangat buat mereka. Aku masih lagi terfikir macam mana aku nak turut serta bersama mereka.



Koleksi gambar dari teman-teman biker, Syed Kechik (Orang Utan Adv) dan yang lain.


































































Dalam perjalanan pulang dari Alor Star ke Semenyih, aku telah menyatakan hasrat ku untuk turut serta dalam kembara ini. Entah kenapa, wajah Wak Rahim tiba-tiba muncul dalam kotak fikiran ini.

23 April 2016 (Sabtu)

Aku bersama isteri mengunjungi Wak Abdul Rahim dan Kak Ija di Klang. Agak segan juga nak mulakan ceritakan dgn Wak. 

Aku: "Wak, boleh tak saya pinjam motor EX-5 wak, saya nak bawak pergi Mekah?"

Wak: Haji ambik dan guna lah motor untuk ke Tanah Suci! Walaupun saya tidak ikut, tapi sekurang-kurang motor sampai sana.

Bercucuran air mataku keluar gagal dibendung. 

Kak Ija: Akak pun pelik kenapa Wak beria-ria nk siapkan motor padahal dia tak naik pun.

Note: Memang telah tersurat Allah menjemput Aku dengan motor yang paling kecik, 90cc sedang ku punya 2 jentera besar berkuasa 1200 cc. Allahu Akbar!!
Seterusnya aku menguruskan urusan Carnet di Shah Alam.

Tok Wan (Wan Faizal), yg aku anggap sebagai abang menghubungiku bertanya pasal status aku dalam Kembara. Sekali lagi air mataku mengalir sebak. Tok Wan bersama-sama biker Kelantan telah melancarkan kutipan dana buatku. Terima kasih tak terhingga buat Tok Wan dan biker-biker. Allahu Rabbi.

24 April 2016 (Ahad)

Tok Wan datang buka GPS holder dari GS untuk dipasang pada motor EX-5. 
Beli tiket bas ke Bukit Kayu Hitam (penumpang dan motorsikal)

-----------------------------------------

KMU 2016

Day 01: 25 April 2016 (Isnin): KAJANG - CHANGLUN

MALAYSIA

Muhamad dari awal lagi menungguku di Semenyih. Usai solat Maghrib bersalaman bersama isteri dan anak-anak. Aku kumandangkan azan. Dengan lafaz basmallah, aku mulakan perjalanan jauh pada pukul 8.00 mlm.

Aku dan Muhamad ride bersama-sama menuju ke Hentian Kajang yang terletak 15 km dari rumahku.
Bersama teman-teman yg datang membakar semangat. Haj Azman, Muhamad, Alif (adikku), Azman, Tok Wan, Tok Am dan beberapa orang biker yg lain serta Dato Razif turut hadir di hentian kajang..mudahan Allah panjang umur dan murahkan rezeki semua.
Sesi berbual-bual di Hentian Kajang.
Tok Am dgn tangan injured pun datang. Mudah-mudahan Allah sembuhkan tangan beliau dgn segera dan dilancarkan pengembaraan beliau tahun depan. Tok Am sempat menyenaraikan beberapa barang spare part untuk EX-5 untuk dibeli di Thailand yg dikatakan lebih murah berbanding Malaysia.
Terlalu banyak jasa, Tok Wan. Beliau banyak memberi semangat. Muhamad Che Rameli pula bakal merealisasikan impian beliau berback packer secara solo ke Mekah pada 5-5-2016. Mudah-mudahan Allah murahkan rezeki beliau berdua.
Inilah motor yg menjadi teman setia ku disepanjang perjalanan KMU.
Aku menaiki bas InterCity Coach menuju ke Changlun pada pukul 11.00 mlm bersama motor yg dimuatkan di tingkat bawah bas.

Day 02: 26 April 2016 (Selasa): CHANGLUN - BANGKOK

MALAYSIA - THAILAND

Alhamdullilah aku selamat sampai di Changlun pada pukul 6.30 pagi. Aku terus menuju ke Surau Al-Muhajirin, Changlun untuk bersolat subuh disana.
Bersama-sama ahli Kariah Surau Al-Muhajirin, Changlun. Terima kasih atas layanan yg diberikan.
Aku agak terharu apabila disambut oleh ahli kariah surau Al-Muhajirin. Kami mengaminkan doa yg dibaca oleh Cikgu Zaidi.

Pak Eid Sidek dari awal lagi menghubungi untuk bersarapan bersama-sama di sebuah warung di tepi jalan di Changlun. Beliau ride motor dari Jitra untuk bertemu denganku.
Pak Eid juga menambahkan lagi list spare part yg diperlukan.
Along (Aimpro Samudra) bersama Ayah dan adik beradik beliau yg dalam perjalanan pulang dari Cambodia sempat singgah di Changlun untuk bertemu denganku. Sungguh terharu.

Along sempat berkongsi pengalaman kembara beliau ke Tanah Suci beberapa tahun yang lepas.
Bersama teman2 baru di Changlun
Along dan Saiful mengiringiku sehingga sempadan Bukit Kayu Hitam.
Kami sempat bertemu dgn Angah serta isteri yg dlm berbasikal ke Mekah.
Bersama saudara Saiful dan pegawai kastam Thailand, Abg Hanan yg berpesan kpd ku utk mengirimkan Salam buat baginda Rasulullah SAW.
Urusan di Immigration dan Custom Malaysia dan Thailand berjalan lancar. Alhamdullilah saudara Saiful membantuku di border Thailand.



Aku meneruskan perjalanan menuju ke Hatyai Junction (Station Keretapi). Alhamdullilah Allah permudahkan, aku dpt ticket utk motor menuju ke Bangkok.

Aku bertemu Baba Lau, teman offroadku dari Singapore (SOAR) di station keretapi.
Terima kasih buat Ahli KMU 2016 yg lain (Hj Jihad, Hj Badruzzaman Ishak dan Hj Aminnudin Bin Marjani) yg sanggup setia menungguku di Chiang Mai. Hanya Allah sahajalah yg boleh membalas jasa baik mereka.

Day 03: 27 April 2016 (Rabu): BANGKOK - CHIANG MAI

Perjalananku diteruskan lagi merentasi Negara Gajah Putih (Thailand) menaiki keretapi SRT (State Railway of Thailand). Bayaran dikenakan sebanyak THB 700 (RM 78) dan motor THB 700. Aku sampai di Hua Lamphong Station, 2 jam lewat dari jangka menyebabkan aku missed train ke Chiang Mai sebelah pagi. Aku menukar balik ticket ke Train ke petang. Aku menghubungi Rons Aly, Datuk Bandar Bangkok. Aku menaiki taxi ke rumah beliau.
Upacara penyerahan Sticker Rasmi kepada Datuk Bandar Bangkok.

Kami bertiga posing di station keretapi...tengah testing monopod yg baru dibeli.

Aku meminta tolong agar beliau membawaku ke kedai baiki handpone (handpone ku rosak) di Central Plaza. Lunch bersama beliau dan Isteri, Patiwee Dada.
Mereka menghantarku station keretapi dan membantuku dalam urusan daftar masuk motor dlm train ke Chiang Mai.
Minum coffee..sambil berbual2 di station keretapi Hua Lamphong. Menurut Rons Aly station keretapi ini bakal dijadikan muzium tidak lama lagi. Station Bangkok akan ditukarkan ke tempat lain nanti.
Berada di counter scales utk perkhidmatan kargo. Pegawainya pun sudah kenal aku.
Motor EX-5 selamat sampai di Kota Bangkok selepas menaiki train sejauh -/+ 1100km merentasi South ke Central Thailand.

Ini lah list spare part yang di FB oleh Tok Am. Beliau selalu guna power ranger.
Ini pulak surat berantai yg di passing dari Pak Eid di Malaysia dan di sambung oleh Rons di Bangkok. Terima kasih semua. Hanya Allah sahajalah yg mampu membalasnya.

Aku menaiki train pada pukul 6.10 petang dan dijangka tiba pkl 7.30pagi.
Dah macam org pelarian...tempat duduk terletak digerabak yg paling akhir..

Terima kasih tidak terhingga buat Rons & Isteri. Semoga Allah membalas jasa baik beliau skeluarga.


Day 04: 28 April 2016 (KHAMIS): CHIANG MAI

THAILAND 

Alhamdullilah aku sampai di Chiang Mai pada pukul 7.15pagi. Sekarang aku sudah berada lebih kurang 2,100km dari Malaysia.
Dgn perlahan aku menuju ke Hotel Lisa atau dahulunya dikenali sbgai Al-Farook Hotel. Siap2 basuh2 baju, mereka semua pun sampai dari Pai. 

Dengan ketentuan dariNYA, rancangan utk masuki Myanmar terpaksa dilewatkan sehingga 01 Mei 2016 utk urusan entry permit, menyebabkan aku sempat bergerak bersama-sama. Sungguh cantik perancanganNYA.
Bersama-sama Badruzzaman Ishak...mereka baru pulang dari Pai sambil menunggu ketibaan ku. Sekarang semua ahli KMU 2016 sudah berada di Chiang Mai

Menurut mereka cuaca di Pai pun panas skrg ni. Kami makan tengahari di Mat'am Ikhwan.

Seterus aku ke workshop utk membeli spare part utk dibawa sepanjang perjalanan.

Inilah barang-barang yg disenaraikan oleh Tok Am, Pak Eid dan Rons.
Bersama mechanic motor...yg membantuku buat wiring GPS...cable yg Tok TW Wann bagi hilang entah kena..puas dicari merata tempat.
Sebuah motor salah seorang ahli kariah masjid yg sungguh mencuit hatiku...mmg klasik.
Disini terdapat barang secondhand seperti helmet, riding jacket. Haji Amin membeli GPS holder. Wei, penjual tersebut terkejut mendengar mengenai pengembaraan kami..

Sebelah petang pun kami ke BMW Motorrad Chiang Mai (Barcelona) utk melihat motor Hj Jihad yg direpair disana. Aku rasa mgkn disebabkan fuel pump ataupun fuel kotor kot.
Kami bersolat maghrib di Masjid Hedayatul Islam.
Selepas isyak, kami bersama membantu Hj Amin utk memasang gps holder pada motor beliau.


Day 05: 29 April 2016 (JUMAAT): CHIANG MAI

THAILAND

Allahamdullilah kami bersolat subuh secara berjemaah di Masjid Sinjiman yg terletak 500m dari hotel.
Selepas itu Aku, Hj Jihad dan Hj Amin ke warung nasi air berhampiran hotel Al Farook. Mmg best..

Kami makan tengahari di sebuah berhampiran hotel. Semasa menunggu makanan, Hj Jihad melontar satu soalan yg mudah tapi sukar utk dijawab, apakah niat utama kami mengembara ke Mekah ni? Mmg boleh dikatakan kesemua ahli diuji dgn pelbagai ujian dari Allah sebelum ketahap sekarang...Ianya adalah suatu pengembaraan rohani berbeza dari pengembaraan2 yg lain

Kami bersolat jumaat di Masjid Hedayatul Islam yg bilangan jemaahnya 50% berketurunan Cina dan 50% Thai.

Semalam aku telah menemui Imam Masjid Hedayatul, Hj Abdul Hadi utk meminta beliau mendoakan kami agar diberi kelancaran dlm perjalanan kami.
Bergambar bersama-sama warga felda Sg Koyan yg datang bercuti disini.













Kami mengambil kesempatan utk bergambar dgn Imam.
Makan tghari di sebelah masjid..Cuaca sgguh panas harini.
Berbeza dari jenis tetapi membawa niat sama...Labaika Allahulabai...Labaikala Syarikalakalabai.
Posing dihadapan masjid.
Teamwork...satu kecik satu besar.
Alhamdullilah motor hj jihad sudah kembali pulih..
Kesempatan ini untuk ke Supermarket utk mencari beberapa barang-barang keperluaan utk dibawa bersama.
Insyallah kami akan memulakan perjalanan ke Mae Sai esok pagi.

Day 06: 30 April 2016 (SABTU): CHIANG MAI - MAE SAI (250KM)

THAILAND

Allahamdullilah kami bersama-sama menunaikan Solat Subuh secara berjemaah di Masjid Sinjiman.

Setelah bersiap-siap kami bersarapan di Warung Nasi Air. 
Nasi Air Halia menjadi juadah sarapan pagi kami di Chiang Mai berhampiran hotel.

Sebelum itu kami sempat bergambar dengan pelancong dari Phuket yg menginap di hotel yg sama.
Setelah bacaan doa dibaca kami meneruskan perjalanan. Aku hanya bergerak pada kelajuaan 80km/j. Haji Jihad setiasia berada berada dibelakang ku. Aku meminta beliau agar memotongku dan terus menuju ke Mae Sai.

Aku dan Hj Jihad berhenti seketika di Hot Spring dipertengahan jalan menuju ke Mae Sai. Kami mengambil kesempatan berhenti seketika di Masjid Al Badar yg terletak berhampiran hotspring
Bergambar dgn Hj Jihad di hotspring. Kami berhenti makan di sini. Roti telur bermandikan susu pekat tetap menjadi pilihanku
Jersi kelab basikal ku "Gaateh" menjadi pilihanku harini. Walaupun bukan menaiki basikal..jersi ini telah sampai di bandar paling hujung di Thailand
Bersama En Yusof dari Ayuthaya yg merupakan pemandu van pelancongan dari Bangkok. Beliau mendoakan kami semua selamat sampai.
Aku dan Hj Jihad sempat berselfie di masjid al badar berhmpiran Hot Spring. Lokasinya agak strategik, terletak dikwsan bukit dan boleh dilihat jelas dari Jauh...Imamnya tidak ada semasa kami smp disitu.
Perjalananku masih jauh nun disana. Dengan izinNya lah dapat hambamu ini meneruskan perjalanan. Dua motor besar yg kumiliki (GS & RT) bukanlah pilihanMu. Ya Allah ampunilah dosa2 kami.
Berhenti seketika di Amazon Cafe utk basahkan tekak..cuaca agak panas. Aku berhenti seketika every 100km utk rehatkan motor sketika.

Kami sampai di Mae Sai pada pkl 2ptg. Kami makan tghari di sebuah restoren muslim di sini.
Posing dihadapan restoren halal Mae Sai.
Ini jenteraku...Alhamdullilah semuanya berjalan lancar sehingga sampai di Mae Sai, Bandar terakhir di Thailand sebelum memasuki Myanmar.
Posing dgn Hj Amin.

Kami menginap di Yunan Hotel dimana pemiliknya adalah seorang muslim berketurunan cina dari Kunming, China.
Kami bergambar bersama, En Ali, pemilik Hotel Yunnan. Sekiranya anda berkesempatan berada di Mae Sai datang ke sini. Lokasinya berhampiran bandar, masjid dan restoren halal.

Sebelah malamnya kami berjalan kaki ke Pekan Mea Sai utk bersiar-siar di sana. Kami mengambil kesempatan utk massage kaki disini.

Supper

Day 07: 01 May 2016 (AHAD): MAE SAI - KENG TONG (160km)

THAILAND - MYANMAR

Kami mengambil kesempatan utk solat berjemaah di Masjid An-Nur yg terletak berhadapan dgn Hotel Yunan.
Cuaca pagi ini agak sejuk. Setelah bersiap-siap kami ke station minyak utk mengisi penuh tangki motor dan tong minyak yg ku bawa.
Mae Sai, Thailand
Kami bersarapan pagi di restoren sama dgn juadah roti tempayan berlaukan ayam dan daging. Mmg best!

Urusan immigration dan kastam di Mae Sai berjalan lancar.
Seorang pegawai kastam Mae Sai ini bergambar dengan ku.

Di border Thailand - Myanmar
Kami terus menuju ke sebelah Myanmar. Agent kami menguruskan semua. Urusannya agak lama, kami terpaksa menunggu dgn tenang hampir 5 jam.
Bergambar dengan Polis Pelancongan Myanmar tapi lelaki baju biru paling hujung tu, lebih tabik dari Polis.
Posing dgn Hj Jihad, terlalu letih menunggu. Lepas duduk, berdiri lepas tu duduk balik. Masuk bilik sana keluar ikut bilik sini. Kami tetap enjoy.
Republic of The Union of Myanmar
Segala urusan di Border Myanmar telah diuruskan oleh agent kami, Burma Senses. Kami kemudian diescort ke Jabatan Jalanraya Myanmar di Tachileik untuk mendapat "temporary registration card" utk kenderaan kami.
Van escort
Menuju ke JPJ, Tachileik


Temporary Registration Number
Kami berhenti seketika utk solat dan mkn tengahari di sebuah restoren dlm 30km dari border.

Perjalanan diteruskan menuju Keng Tong. Laluan seperti laluan Chiang Kong ke Luang Namtha. Jalannya bertar. Pemandangan sawah padi dengan menyusuri sungai di sepanjang jln. Kami dikenakan 3 kali tol x 10 THB (wang thai boleh diguna disini)
Kyainge Tong /Keng Tong, Myanmar
Keng Tong, Shan, Myanmar 
Sesetengah rumah di sini menggunakan tenaga solar
Rupa-rupanya jenama arak.
Sungai yg mengalir disepanjang jalan menuju kengtong.
Pemandangan sawah padi di sepanjang jalan, 10km sebelum bandar Keng Tong.
Sebelum membayar tol
Tol Keng Tong

Pemandangan indah menaiki sebuah bukit di sini 
Aku berhenti2 beberapa kali utk bergambar.

Kami sampai di Keng Tong pd pkl 4.30 ptg. Kami menginap di Golden Star Hotel.

ROUTE MYANMAR


Day 08: 02 May 2016 (ISNIN): KENG TONG - NAMSANG (338km)

MYANMAR

Alhamdullilah kami memulakan perjalanan pada pkl 8.30 pagi. Perjalanan sungguh mencabar, menaiki dan menuruni bukit silih berganti. Alhamdullilah walaupun jenteraku kecil tapi ia tetap menjalankan tugasnya dgn cemerlang.
Berselfie dihadapan hotel Golden Star, Keng Tong
Kami bergambar di Golden Star bersama Burma Senses.
Bacaan doa oleh Hj Bard.

Kelajuaan ku adalah 40-80kmj. Ia boleh bergerak sejauh 160km utk satu tangki minyak penuh.

Salah sebuah puncak gunung..jalannya masih lagi under construction.
Jalan bertar dengan corner yg tajam.
Air terjun.
Kami posing di tepi air terjun yg terletak ditepi dalam dikawasan pergunungan.
Cross air dgn EX-5.
Bergambar dengan disebuah perkampungan di atas gunung.
Kanak-kanak di sebuah perkampungan.
Aku dan Dia... di Tong Tar.
Tong Tar
Posing sikit .














Hujan turun dgn lebat. Aku berhenti seketika utk menyarungkan baju hujan.
Berhenti utk pakai raincoat..

Kami berhenti seketika di tepi sungai untuk solat Zohor & Asar secara berjemaah dan makan tengahari.
Makan tengahari sambil diperhatikan oleh 2 org penduduk tempatan.
Sungai di salah sebuah checkpoint.
Bergambar di checkpoint..walaupun motor kecil tapi semangat tetap kuat.
Atas jambatan..

Hari sudah gelap aku masih lagi berada ditengah-tengah hutan mengharungi jalan menuju ke Namsang yg berbaki lagi 70km. Teman2 ku sudah berada jauh dihadapan.
Sungguh mencabar dengan ribuan kalkatu menerjah ke visor helmetku, gelap gulita dan jalan sgt sempit. Aku nyaris terjatuh.

Alhamdullilah kami smp di Guest house pd 8.00mlm (12 jam ride)..


Day 09: 03 May 2016 (SELASA): NAMSANG - MONYWA (580km)

MYANMAR

Satu perjalanan yg agak jauh perlu ku redah untuk menyempurnakan misiku ini.
Perjalanan yg panjang dan memenatkan tapi Alhamdullilah jentera 100cc berjaya menyempurna misi kami dgn cemerlang

Kami memulakan perjalanan pada 6.40pagi. Jalan agak basah kerana hujan lebat semalam. Aku memberi tumpuan yg lebih. Jalannya agak berbahaya.
Posing di Guesthouse Namsang
Laluannya masih lagi basah dan dlm proses pembaikpulihan.
Laluan lereng gunung sgt mencabar. Licin dan tidak ada penghadang tepi.
Kecut perut apabila berselisih dgn trailer yg besar di sini.
Sebuah tasik di pertengahan jalan.
Aku bergambar dgn orang ramai disebuah pasar.
Aku berhenti seketika di sebuah gerai buahan. Ini adalah buah honey dew, saiznya sebesar buah limau..mmg sedah dan manis!
Pandangan dari bandar Taunggyi.
Masyarakat disini kebanyakan memakai bedak sejuk.

Kami melalui kawasan pergunangan, turun dan naik berapa kali pun aku tak ingat. Aku mmg bergerak berasingan dgn teman2 yg lain kerana kemampuan jentera kami berbeza.

Aku sampai di bandar taunggyi, sebuah bandar yg terletak di atas puncak gunung. Agak sibuk. Aku berhenti seketika di bank untuk menukarkan duit, USD 100 = 112,000 Kyat.

Aku meneruskan perjalanan menuju ke sebuah pekan iaitu pekan Heho. 
Masjid Heho.

Aku terlihat kanak-kanak bertudung keluar dari satu lorong. Aku berhenti dan menyusuri lorong tersebut dan terlihat Masjid Heho yg tersergam indah. Aku bertemu dgn muazin (bilal), Abdul Hakim. Kebanyakan bertutur dlm bahasa Urdu.
Kanak-kanak di Sekolah Agama bersebelahan dgn Masjid Heho.
Aku bersama Abdul Hakim, bilal masjid. Aku bertutur dgn beliau dlm Bahasa Urdu.

Aku meneruskan perjalanan ke Kalaw yg dikenali sbgai "Land of Pine". Kawasan kalaw umpana Cameron Highland yg penuh dgn pokok pine diserata tempat. Jalannya mengerunkan dan laluan trafik agak sibuk dgn lori2.

Aku berhenti Masjid Yin Marpinjar Mae yg terletak 60km dr Kalaw. Kws terdapat ramai muslim, lebih kurang 4000 kluarga mendiami kwsan ini.
Masjid Yin Marpinjar Mae.

Aku makan tghari di restoren sebelah masjid Yinn Marpinjar. Pemilik restoren ini pernah berkerja di Penang, 4 thn. Beliau boleh bercakap dlm bhs melayu dgn fasih.

Seterusnya aku menuju ke Bandar Meiktila yg agak sibuk. Terdapat sebuah masjid yg besar disini.
Masjid Terri Mengalar di Meiktila.

Seterusnya aku menaiki Highway menuju ke Mandalay, Bandar kedua terbesar di Myanmar. Aku sampai di Mandalay agak lewat dalam pkl 7 mlm, sudah gelap. 

Perjalanan diteruskan lagi yg berbaki 90km. Ride di Myanmar diwaktu malam sungguh merbahaya. Perlahan lahan aku ride sehingga sampai di Win Unity Hotel pada pukul 8.30 mlm (10mlm Malaysia).

Alhamdullilah aku sampai dgn selamat.

Day 10: 04 May 2016 (RABU): MONYWA - KALE (230km)

MYANMAR
Laluan harini 150km offroad dan 80km road.

Kami bertolak pada pukul 7 pagi setelah bersarapan pagi dan doa dibaca.
Kami berselfie selepas breakfast di Win Unity Resort, Monywa.
Sahabat KMU 2016.
Ready utk cabaran harini.
Motor pelbagai guna.

Aku bergerak bersama Hj Jihad dan Hj Aminnudin Bin Marjani malangnya aku terpisah dgn mereka selepas jambatan.
Jambatan yg menyeberangi Sg Mekong.

Aku telah mengambil jalan lama ke Kalay. Aku agak hairan kerana jalannya agak lengang. Dalam hati, aku berkata best jgk. Tiba2 Hj Bard memotongku laju.
Ini adalah typical rumah2 yg terletak sebelum aku menaiki kws bukit bukau. Kebanyakan rumahnya berataskan daun dan mereka memelihara lembu dan kuda

Aku melalui jalan berbukit yg sunyi. Hanya bunyi unggas sahaja. Selepas menuruni bukit bermula episod offroad sejauh lebih kurang 150km. Habis longgar skru.

Memang memenatkan tapi Alhamdullilah motor kecil, aku terfikir2 macam mn lah Hj Bard nak hadapi semua ni..route mcm mat daling & pos simpor yg pernah aku lalui sebelum ini. Kalau hujan mmg kami kena berkhemah disini. Mata ku asyik melihat kiri dan kanan, kalau2 ternampak kelibat hj Bard. Mmg hj bard melaluinya dgn cemerlang. Pingat harus diberi kepadanya.
Inilah satu laluan offroad yg aku lalui.
Laluan offroad yg berlumpur.
Batu granit yg agak besar digunakan utk dibuat jlnraya...mudah utk hilang kawal apabila melaluinya.
Berehat sekejap, kasi engine sejuk sikit. Bungkus air mineral yg ku ikat dibelakang hilang entah masa bila.
Aku bergambar di km 114 ke Kale...150km offroad bukan lah mudah...letihnya menyamai 300km ride jln normal...itu tak termasuk angkat motor jatuh.
Laluan menuruni bukit.
Sungai berwarna hijau yg menciut hati ku

Aku sampai di Friendship Bridge pada pukul 3 ptg, terus menghala ke Bandar Kalay yg terletak 25km daripada situ. Jalan yg kami lalui adalah 100km lebih dekat berbanding Hj Jihad & Amin lalui (melalui Gangew)
Friendship Bridge (India Myanmar) 

Alhamdullilah aku smp di Kale pada pukul 3.45 ptg. Line telepon Redoo tergendala menyebabkan aku terpaksa membeli simcard baru utk menghubungi agent utk mengetahui tentang hotel yg bakal kami menginap.

Haji Bard, alhamdullilah smp 2 jam lebih awal dihotel. Kami sama2 bercerita mengenai pengalaman offroad masing. Hj Jihad & Amin belum lagi smp. First time aku kalahkan diorg..Kami menginap di Majesty Hotel, Kale.

Sesudah selesai solat aku terus bergegas ke kedai motor utk service motor utk check mana2 screw tertanggal, tukar minyak hitam dan tayar belakang, ready utk cabaran di India esok hari.
Aku menyiapkan motorku utk cabaran esok pagi di India.
Bersama2 mechanic yg membantuku menyiapkan motorku.


Day 11: 05 May 2016 (KHAMIS): KALE - IMPHAL (240km)

MYANMAR - INDIA

Kami memulakan perjalanan pd pkl 8pagi ke menuju ke Border Myanmar India (Tamu - Moreh). Perjalanan ke sana agak lancar melintasi berpuluh jambatan kayu dgn lorong yg sempit.









Bergambar di Majestic Hotel
Tamu, Myanmar 

Aku smp sempadan pkl 10.45pagi. Urusan di immigration dan kastam diuruskan oleh agent kami. Dlm masa 2 jam semuanya siap.
Bersama agent Burma Senses.
Kami semua bergerak ke Moreh melalui jambatan besi yg sempit yg memisahkan Myanmar dan India.

Kami ke kastam terlebih dahulu utk cop pd carnet kami. Pegawai disana mmg peramah.
Kastam Moreh 
Selfie atas selfie
Seterusnya kami pegawai tentera utk daftar masuk India. Mereka juga mengarahkan kami utk membuka beg2 kami utk dicheck.

Kami seterusnya ke Immigration utk cop passport. Bangunannya berhadapan balai Polis Moreh.
Immigration Moreh, India.



Immigration di bwh pokok, memang sukar dipercayai.
Cop passport.

Kami ke Masjid Moreh yg terletak bersebelahan dgn balai polis utk solat.

Geng masjid berkumpul 
Masjid Moreh
Keletihan
Dihadapan Masjid Moreh, India.

Perjalanan diteruskan menuju ke Imphal yg terletak 110km dari Moreh. Aku melalui kawasan pergunungan sejauh 60km. Perlahan gunung ganang aku tawani alhamdullilah. Tiba2 minyak habis, apa lagi aku keluarkan minyak simpanan.

Welcome to Moreh.
Gunung yg tinggi 1500m diatas paras laut.
Laluan pergunungan.

Perjalanan diteruskan lagi sehingga Bandar Lilong, aku dpt perhatikan ramai tentera bersenjata berkawal. Aku juga dpt perhatikan tayar dibakar ditengah jalan..kayu direntang di tengah jalan. Rupa2nya ada rusuhan..allahuakbar...mereka tiba2 menyekatku tapi kemudiannya melepaskanku kerana plate motor malaysia..
Aku berhenti di jambatan apabila teman2 menungguku disana bersama2 tentera yg akan escort kami ke bandar. Kami imphal dan terus ke Hotel imphal.









Tentera yg mengiringi kami ke bandar.
Org ramai berpusu ke arah kami memberitahu keadaan semasa Bandar Impal yang berlaku kekacauan.
Bandar Imphal waktu maghrib.

Alhamdullilah kami sampai pkl 8mlm


Day 12: 06 May 2016 (JUMAAT): IMPHAL - GUWAHATI (485km)

INDIA

Kami memulakan perjalanan pada pkl 5.30 pgi India (8.00 pg Malaysia). Sebelum itu kami sempat bergambar dgn 2 couple dari Malaysia yg dalam perjalanan mereka round the world dgn motor (Lim & Ivan)









Kami sempat bergambar dgn geng RTW



Ride Round the World...selamat jalan buat Lim & Isteri
Round the world...gook luck buat Ivan & Pn Saleha..
Perbincangan sebelum perjalanan di mulakan
Kami bergambar di hadapan hotel sebelum bergerak.

Keadaan rusuhan di Imphal semakin pulih.

Dari Imphal kami menuju ke Dimaphur dgn jarak 207km. 160km pertama, kami melalui kawasan pergunungan yg cantik dan sejuk dgn ketinggian max 1280m diatas arah laut. Aku terpaksa menyarungkan jaket yg tebal kerana suhu terlalu sejuk dlm 20-25 degree.
Pemandangan bukit bukau dgn sg yg mengalir cukup menenangkan jiwa
Kawasan perkampungan di puncak gunung 
Subhanallah...cantik sgguh ciptaan.

Terdapat byk kws jalan yg masih dlm proses baikpulih diburukkan dgn hujan lebat turun smlm. Alhamdullilah motorku berjaya motorku berjaya memotong ratusan lori TATA yg menguasai jalan.
Some part of the road, masih dlm proses baikpulih...menguji kemahiran offroad, alhamdullilah motor kecil terlalu mudah utk mengharungi semua ini.
Hujan lebat menyebabkan jalan2 licin.
Berhenti makan di satu kawasan pergunungan.
Kami berhenti seketika utk mkn.
Pemandangan perumahan di atas gunung di Kohima.
Kohima.
Kami berhenti utk solat dipertengahan jln (15km sblm Dimaphur). Kami melalui jalan yg sesak dgn trafik di Dimaphur. Hujan turun dgn lebatnya.
Bandar Dimaphur..masih lagi some area dlm proses baikpulih. Bajaj atau teksi beroda tiga mmg menjadi pengangkutan utama di india.

Aku dengan perlahan meneruskan walaupun jauh ditinggal dibelakang. Dari satu kg ke kg...dari satu lembah ke satu lembah. Perjalanan Dimaphur ke Guwahati berjarak 285km.

Aku dapat perhatikan ramai org islam menghuni di Nagaon. Yg lelakinya memakai kurta dan berkupiah dan wanitanya berjubah hitam dan berpurdah.

Aku sampai di Guwahati 7 mlm. Mereka sudah smp 2 jam sambil berbual-bual dgn bikers Guwahati.

Kami menetap di Grand Star Line.


Day 13: 07 May 2016 (SABTU): GUWAHATI - SILIGURI (475km)


INDIA

Pagi ini hujan dgn lebatnya di Guwahati, ibu negeri Nagaland, India. Terasa malas nak bergerak awal tapi aku gagah diri utk siap sedia utk tempuhi cabaran ini.
Dihadapan hotel Grand Star Line bersama biker dari Guwahati.
Bergambar dgn bikers Guwahati.

Bikers dari Guwahati mengiringi kami keluar dari sini menuju ke Highway NH 31.
Brotherhood.
Mereka mengiringi kami keluar dari Bandar Guwahati yg agak sibuk.

Highway akan bagus dgn 2 lane tetapi kena beringat org, lembu dan kambing boleh melintas bila masa jer. Fokus harus diberikan.

Kami kemudiannya memasuki Highway NH 31 C. Jalannya ada part yg masih lagi di dlm proses baikpulih. Terdapat banyak lori2 di sini kerana jalan ini menuju ke border India - Bhutan.
Simpang ke Negara Bhutan.
Keadaan sesak dgn trailer yg berpusu utk masuk Bhutan
Masjid yg terletak ditepi highway
Pemandangan ditepian sungai.
Masyarakat disini menggunakan perahu utk mengambil pasir dari dasar sungai.

Hujan turun dgn lebatnya dan angin bertiup kencang. Aku cuba beberapa tempat utk berhenti semuanya penuh. Akhirnya aku berhenti disebuah warung. Aku mengeluarkan bekal yg aku bawa dr hotel utk mkn tghari ku.
Lumrah hidup sbgai pengembara..adakala berpanas dan adakala berhujan. Aku berehat seketika utk panaskan badan
Telah menjadi kebiasaan ku, akan siapkan bekalan dari hotel utk mkn tengahari..mmg lapar harini.
Minum teh o panas2...mmg best!
Bersama pengusaha warung.

Perjalanan diteruskan lagi sehingga menuju ke Siliguri pada pkl 7mlm (9.30mlm mlysia) di Atithi Guesthouse yg terletak di tengah2 bandar.
Keadaan trafik di Siliguri agak teruk.

Harini terasa sgt penat.


Day 14: 08 May 2016 (AHAD): SILIGURI - MUZAFFARFUR (389 km)


INDIA

Alhamdullilah harini aku bergerak lebih awal dari kawan2 yg lain (1.5jam). Perjalanan yg agak lancar melalui highway SH 63, yg melalui kawasan bernama Chowk yg majoritinya adalah muslim yg kebanyakannya berkerja sebagai petani (sawah padi).
Ladang teh ditanah rendah di Siliguri.
Ladang teh ditanah rendah di Siliguri.
Chowk yg majoriti adalah masyarakat islam.
Salah sebuah masjid di Kawasan Chowk.

Masjid boleh diperhatikan setiap 2 km di kiri dan kanan jalan. Aku dapat perhatikan terdapat pondok tahfiz al quran sini. Disini jgk terdapat beberapa buah batu bata.
Kilang batu bata di Chowk 

Seterusnya aku melalui Highway 57 dari Chowk menuju ke Muzaffarpur. Highway yg baik tapi perlu beri perhatian yg penuh terhadap simpang keluar dan masuk apabila menghampiri pekan2 kecil.
Highway NH 57 agak selesa tapi harus beringat2 dgn kenderaan yg membuat u-turn dan kekadang mereka masuk dilorong bertentangan kerena malas utk u-turn jauh

Aku berhenti 2 kali utk mengisi minyak. Harga minyak disini 64 Rupee (RM 3.80 per liter). Seperti biasa, aku akan dikerumuni penduduk tempatan yg bertanya mengenai pengembaraanku.
Masyarakat tempatan di station minyak yg datang mengerumuniku.
Aku sejukkan badan dulu..minum di sebuah warung ditepi highway. Agak payah utk mencari makanan halal di highway ni.

Aku smp di Muzaffarpur pada pkl 2 dan terus ke Masjid disini utk solat Jamak Zohor & Asar. Aku telah dismbut oleh jemaah tempatan dan ada diantara mereka mengajakku utk mkn dirumah mereka.
Kami berselfie di luar masjid.
Jemaah masjid muzaffarpur yg mintak ku mendoakan mereka utk datang ke Mekah dan Madinah. Assalamuka Ya Rasullah..kami berempat datang jauh dari timur utk melawatmu Ya Rasullah.

Selepas solat aku terus ke bandar dan bertemu dgn sahabat2 yg lain, yg baru sampai.

Kami ke hotel Gaytri Palace.
Aku teringat kisah Halimatul Sa'adiah yg membawa unta yg kurus utk mengambil Rasullah SAW utk dijadikan anak susuan..

Alhamdullilah, sampai awal, selepas basuh baju aku terus ke bandar utk minum air tebu dan service motor. Masyallah, tak terminum aku dan amin air tebu tu...rasanya..biarlah kami simpan sbgai kenangan.
Air tebu tepi jalan yg menjadi pengalaman indah buat aku dan amin.

Aku service motor di kedai Rostam, seorang muslim tempatan disitu. Aku suruh beliau ketatkan skru yg longgar.
Rostam menukar minyak hitam.
Besi yg di welding utk gps dan handpone patah..aku menggunakan tiub tayar motor...alhamdullilah.

Alhamdullilah semua selesai boleh lah berehat rehat


Day 15: 09 May 2016 (ISNIN): MUZAFFARFUR - LUCKNOW (530 km)


INDIA

Alhamdullilah perjalanan harini bermula pada pkl 5.30pagi. Aku melalui Highway NH 56 bersama Hj Jihad yg menemaniku. Beliau kata, beliau ingin mengambil gambar, so nak bawa slow2.

Kemudian kami melalui Highway NH 28. Kami berhenti seketika di sebuah masjid di kg Quinee, Gopalganj. Di sini majoriti penduduknya adalah muslim. Kami sempat bergambar dgn penduduk tempatan.








Masjid Kg Quinee



Masyakat Islam di Kg Quinee menyambut kehadiran kami
Hj Jihad dikerumuni oleh penduduk setempat
Lama x kayuh basikal.

Perjalanan diteruskan sehingga Garakphur utk mengisi minyak dan mkn tengahari disini. Station minyak disini agak selesa, mereka menyediakan katil bgi penggunanya utk berehat seketika.
Hj Jihad ready nk mkn 
Di station minyak Indian Oil..kami mkn tengahari dgn bekal yg ku bawa..Nasi dgn Kicap Kipas Udang...best tu!

Harini cukup panas dgn suhu 40 deg C, kami berhenti seketika di station minyak Indian Oil utk berteduh dan merehat seketika. Mereka menjemput kami utk berehat di bilik rehat khas. Apalagi kami tidur sejenak. Walaupun 30min sudah cukup, mcm bateri handpon dah charge penuh.
Kami melelapkan mata 30min disini 
Hj Jihad kepenatan

Kami berhenti di sebuah masjid di Mujadana, Basti utk bertemu dgn saudara muslim disini.










Penduduk Muslim Basti 

Perjalanan diteruskan melalui Ayothya dan Faizabad dan terus ke Bandar Lucknow. Kami pkl 4 ptg dan menginap di Lineage hotel.

Kami sempat beramah mesra dgn biker s Lucknow. Sungguh terharu dgn layanan mereka.

Makan mlm.
Bersama biker Lucknow

Day 16: 10 May 2016 (SELASA): LUCKNOW - AGRA (370 km)



INDIA


Alhamdullilah dan aku berterima kasih kpd Hj Bard yg telah arrange kunjungan ke Madrasah Nadwatul Ulama Lucknow dengan bantuan Farith Zul, pelajar Malaysia di madrasah ini (tahun 2) yg byk membantu kami bersama kawan-kawan beliau.
Bergambar di hotel bersama Farith Zul dan Vespanya.
Aku masih tergelak dgn telatah Hj Amin menaiki vespa

Setelah bersarapan pagi, kami bertolak ke Madrasah pkl 6pagi yg mengambil masa 30 min utk kesana.
Berselfie dgn Hj Jihad di Madrasah
Bergambar dgn Setiausaha Sayyid Rabi'ey.
Aku dan Amin

Kami dibawa bertemu dgn Mudir (Pengetua) Madrasah, Dr Saidurrahman Al A'zami. Kami berbual dgn beliau ttg pengembaraan kami berempat. Kami mengaminkan doa beliau utk keselamatan kami semua.
Beliau mendoakan kami..
Mudir dan kami, sama2 minum chai...
Bergambar dgn mudir.

Kemudiannya kami dibawa bertemu Rai'sul Nadwatul Ulama, Sayyid Rabi'ey Al Hassani An Nadwi. Di akhir pertemuaan beliau mendoakan kami semua dan menghadiahkan kami minyak atar.
Bersama ketua Ulama India, Sayyid Rabi'ey
Beliau menundukkan kepala utk jaga hati..masyallah!!

Terima kasih atas kunjungan yg bermakna ni buat semua warga madrasah. Insyallah aku dan amin akan datang lagi satu masa nnti.
Bergambar dgn student 
Selfie dgn student malaysia
Kami bergambar dihadapan bangunan madrasah.
Cuba sambung keratan gambar ni di episod akan dtg.
Bersama student dari Sg Golok dan dari Teluk Intan.
Sinaran cahaya dhuha
Saiyidkuttub Wanaloh...student tahun terakhir dari Bangkok Thailand dan juga Ketua Kelab Vespa
Student dr Thailand...
Ya Allah satukan lah hati2 kami.

Perjalanan diteruskan lagi menuju ke Agra melalui AH 01. Cukup panas, 42 degree cukup utk peningkan kepala. Aku dan Hj jihad banyak kali berhenti utk berehat seketika.

Perjalanan diteruskan melalui NH 02 sehingga ke Agra. Aku dan Hj Jihad smp di Hotel Rudra Villa pada pkl 3.30ptg.

Selepas maghrib, kami berempat ke restaurant muslim menaiki Bajaj utk perkena mutton briani dgn chicken tikka masala. Alhamdullilah best sangat.
Macam mn start ni...amin cuba bwa bajaj..
Mutton Briani


Day 17: 11 May 2016 (RABU): AGRA - NEW DELHI (211km)



INDIA

Plan hari adalah melawat Taj Mahal yg terletak beberapa ratus meter hotel. Selepas bersarapan pagi di hotel, kami menaiki tut tut bajaj utk bazar terlebih dahulu sblm ke Taj Mahal.
Kami bergambar dgn driver tut tut
Aku dan Amin dlm tut tut
Meter tut tut
Pintu masuk
Dihadapan pintu masuk taj mahal 
Pintu masuk
Amin
Taj Mahal

Kami menaiki motor menuju ke belakang Taj Mahal utk bergambar, ianya terletak di Mughal.
Alhamdullilah EX5 telah smp menjejaki tayar di Bumi Taj Mahal

Kemudiannya kami ke taman di mana terletaknya tapak black taj mahal (hanya tapak sahaja, pembinaannya tergendala) utk bergambar disini.
Subhanallah nilah gambar paling cantik..
Ada jer yg jealous nak cubit2 telinga..
Kami berempat..
Kemudiannya aku, hj bard dan hj amin ke Taj Mahal. Bayaran masuk adalah 1000 rupee. Oleh kerana pintu masuk ke bgnan taj mahal terlalu jauh kami terpaksa menaiki tut tut (50 rupee)

Kami menggunakan khidmat tourist guide utk membawa kami lebih cepat dan effective pusing taj mahal.

Taj mahal telah dibina pada kurun ke 17 yg menjadi 7 benda ajaib di dunia. Pembinaannya mengambil masa selama 22 tahun oleh Mughal Emperor, Shah Jahan utk memperingati isterinya Mumtaz Mahal.

Lebih sejam kami berada disini.

Kami bersolat zohor & asar di masjid berhampiran.
Kami meneruskan perjalanan menuju ke New Delhi menggunakan Yamuna Expressway yg agak selesa dan selamat. Terdapat r&r yg sgt convenient.

Aku dan hj Jihad berpusing2 mencari lokasi shingga habis minyak.

Alhamdullilah akhirnya kami sampai hotel atrium jalan 8mlm
Muka kepenatan.


Day 18: 12 May 2016 (KHAMIS): NEW DELHI 


INDIA


Alhamdullilah, kami masih lagi berada di New Delhi. Harini kami reservekan masa utk service motor masing2.

Kami telah pergi ke BMW utk service motor Hj Bard & Hj Jihad.

Mr Jeet, Rider dari New Delhi telah datang utk membantu kami membawa motor Hj Amin utk service.

Kami telah membuat keputusan utk ke High Commission Malaysia di New Delhi sementara menunggu motor siap diservice. Kami menaiki keretapi Metro utk ke sana. First time naik keretapi kat India.
Metro Station Mewala Maharajpur
Sibuk dgn handpon masing2

Kami telah dilayan oleh En Asfar.

Kami mkn tengahari di "The 9" yg terletak berhampiran kedutaan.
Kami menaiki teksi utk ke BMW.
Setelah semua motor siap, kami start menuju keluar dr New Delhi. Motor Hj Amin mengalami masalah, kami menunggu beliau. Apabila tiba disuatu tempat tiba tiba jer motor aku mati dalam masa yg sama motor amin jgk mengalami masalah.

Aku menolak motorku dan motor amin ke tempat yg lebih selamat. Laluan agak sibuk kerana time org keluar office.

Aku memberitahu amin supaya check connection bateri sbb aku mengalami masalah sama dahulu. Alhamdullilah mmg betul.

Alhamdullilah, Allah telah menghantar dua org penduduk tempatan, Rizwan Saifi dan kawannya utk membantu ku membawa mechanic dan menolak motorku ke bengkel yg terletak 2 km dari situ. Sahabatku yg lain terus ke hotel utk booking bilik kerana hari sudah lewat.

Motor ku telah dibawa ke Bengkel Suraj yg terletak ditepi jalan dibwh pokok. Alhamdullilah mujur motorku ini boleh dibaiki.
Alhamdullilah di India spare utk EX5 sgt senang kerana spare part boleh diambil dari model honda hero di india.

Rizwan telah membelanjaku Air Manggo dgn kuih dikedai berhampiran. Sungguh baik hati mereka.
Lima jam aku berdiri, ada masalah sedikit shggakan motor ku perlu di repair pagi esok.

Aku ke hotel The Centrium yg terletak 5km dr bengkel hampir pkl 1 pagi.


Day 19: 13 May 2016 (JUMAAT): NEW DELHI - KARNAL (141 KM)


INDIA


Selepas sarapan pagi, aku kembali bengkel motor Suraj utk melihat motorku. Masih belum siap lagi, aku menunggu sehingga pukul 3 ptg.
Aku bersama2 Suraj dan anak anaknya yg telah menyiapkan motorku. Alhamdullilah.
Ini motor Honda Hero yg banyak dipakai oleh penduduk tempatan. Enjinnya adalah sama dgn EX5

Kami makan tengahari di Restoren Al Zaika, 300m dr hotel.
Kami memulakan perjalanan pada pkl 4 ptg bersama Geet yg menaiki KTM.

Hari sangat panas harini mencecah 49 celcius ditengah2 jam. Aku bersama Hj Jihad berhenti seketika utk minum kelapa utk sejukkan badan.
Kami berhenti seketika utk minum kelapa...sedapnya..
Aku ingat tong kami dah cukup besar..ada lagi yg lebih besar..

Kami sampai di Karnal pada pukul 7 ptg di hotel Jewel, Karnal.

Kami dinner bersama2 Geet dan kawannya di hotel.

Day 20: 14 May 2016 (SABTU): KARNAL - AMITSAR (336 KM)


INDIA


Kami memulakan perjalanan pada pkl 7 pagi setelah bergambar dengan Geet, yg telah banyak membantu kami semasa berada di New Delhi dan Karnal.
Bersama geet yg banyak membantu kami semasa berada di India.
Posing kat hotel
Happy hour

Cuaca sgt panas harini, 42 degree. Tiba2 motorku tersedu-sedu, lalu aku dan Hj Jihad berhenti di sebuah bengkel di satu tempat. Tukar jer spark plug..jalan terus. Alhamdullilah.
Aku bersama mechanic yg menukar spark plug.

Kami meneruskan perjalanan tanpa henti dlm 200km lebih. Dengan keadaan cuaca yg begitu panas Hj Jihad memberitahu ku supaya berhenti seketika di McD di Bandar Jalanhar.
Jalanhar

Kami makan potato chip dgn float mmg best..

Kami meneruskan perjalanan menuju ke Amitsar yg berbaki lagi 96km. Aku mengisi minyak dari tong minyak yg aku isi di Karnal. Hj Jihad jgk mengisi minyak yg sama.

Motor haji jihad dah start meragam..rupa2 minyak yg aku bawa itu agak kotor. Motorku pulak start meragam..tersemput2...kami terpaksa berhenti berpuluh2 kali.

Akhir skli smp di Bandar Amitsar pkl 4 ptg. Aku sudah kepenatan, aku ambik keputusan berhenti dan keluarkan semua minyak dari fuel tank dan mengisi minyak baru yg ku beli di Station Minyak Indian Oil. Alhamdullilah, motorku kembali normal.

Aku meneruskan perjalanan mengejar Hj Jihad yg sudah berada dihadapan. Beliau juga berhenti ditepi jalan. Aku mendapat tiub plastic dari kedai hardware dimana hj jihad berhenti. Aku sedut keluar minyak hj jihad..minyak yg keluar sudah hitam..16liter kami keluarkan dan diganti baru. Skali start motornya kembali normal.
Kami menyedut keluar minyak dr Motor hj Jihad
Aku dan Hj Jihad bersama pemilik hardware yg sungguh baik hati..bagi minum teh tarik dgn muruku..smsa kami berhenti dihadapan kedai beliau.
Berhenti menunggu keretapi lalu.

Kami smp dihotel jam 5 ptg. Hj Bard & Hj Amin sudah ready utk border Attari utk upacara penutupan pintu sempadan yg terletak 30km dari hotel. Aku memboceng motor Hj Bard dan Hj Jihad dgn Hj Amin.




Ramai pengunjung yg datang dan perlu berasak.

Kami pulang semula ke hotel jam 6.30ptg.

Kami makan mlm dihotel.


Day 21: 15 May 2016 (AHAD): AMITSAR - LAHORE (60 KM)


INDIA - PAKISTAN


Kami bertolak ke border India - Pakistan (Attari / Waghah) agak lewat sedikit kerana, border dibuka agak lewat iaitu pkl 10pagi.
Breakfast
Alhamdullilah...kami menghampiri sempadan
Alhamdullilah...kami akhirnya menjejaki kaki dan tayar ke Bumi Pakistan..setelah menamatkan cabaran di Malaysia, Thailand, Myanmar dan India.

Urusan di Border India berjalan lancar. Cuma yg menguji IQ adalah apabila custom mengarahku utk menunjuk no. chasis & Enjin. 

Allahuakbar..tak jumpa panik seketika..Wak Abdul Rahim Mahmudin..kat mana no tu yer? Hehhee...tapi Alhamdullilah, aku menunjukkan geran motor yg asli, mereka pun membenarkan ku pergi..lepas 2 jam.

Kami terus ke border Pakistan yg terletak 1km dari India..Kami bergambar sepuas hati di pintu gerbangnya..
Staff di border pakistan..
India kami tinggalkan...pakistan sedia menunggu..
Staff di border pakistan.
Bergambar dgn pekerja di sini
Pakistan Border.
Urusan immigration dan custom di Pakistan berjalan lancar. Kira2 sejam selepas itu kami bergerak menuju ke Lahore yg terletak 30km dari border.
Bergambar dgn Hj Jihad.
Kastam check motor.
Kami berhenti seketika utk minum. Cuaca sgt panas 45degree..fuyoo cukup panas.
Amin...tido seketika dibawah pokok.
Kami berhenti minum dan makan.

Kami ke hotel Grand Inn.
Kanak2 mandi..di sungai yg berwarna kuning..lahore

Kami keluar mencari sim card pakistan, kebanyakan kedai ditutup pd hari Ahad.
Training Carpet.
Pasar di sekitar Lahore.
Masjid berhadapan Grand Inn
Kami bergambar dgn Mahazizi Pengayuh Basikal tegar..mmg sungguh hebat kisah beliau.


Day 22: 16 May 2016 (ISNIN): LAHORE - MULTAN (348 KM)


PAKISTAN

Kami memulakan perjalanan agak awal harini utk mengelakkan riding dalam keadaan cuaca yg sgt panas terlalu lama.
Aku bersama hj jihad di depan hotel.

Perjalanan agak lancar melalui Highway N5 yg terus menghubungkan antara Lahore dan Multan.
Multan jauh dihadapan..lemang Toki sebelah kiri....Jepun Okara straight.

Kami melalui beberapa bandar kecil seperti Bhai Pheru, Okara, Sahiwal.

Cuaca naik secara mendadak pada waktu tengahari menjadi 45 degree. Suhu yg cukup panas buat aku dan hj jihad. Memaksa kami utk berehat beberapa kali di restaurant di tepi highway. Hj Jihad mengambil kesempatan utk tidur seketika. Baham angin yg panas menerjam pipi kami.
Tenaga Hj Jihad, Alhamdullilah kembali pulih. Aku mengambil kesempatan utk bersembang2 dgn mereka. Redup di bawah pokok.
Katil ini lah yg kami dok tidur dan sembang2...walaupun bahasa itik dan ayam.
Mereka siap kepit/ pegang tangan saya macam member mereka di Dubai apabila hari cuti.
Aku pernah berkerja di Pakistan dulu, di Kawasan Sind (Sukkur, Karachi) hampir 10 tahun lepas di kawasan padang pasir suhu siangnya lebih dari 50 degree..separuh masak.

Aku mengambil kesempatan utk berbual2 dgn penduduk tempatan. Mereka meraikan kehadiran kami, semasa di station minyak shell mereka belanja teh tarik buat kami berdua. RM 1 = Pakistani Rupee 25.
Aku bergambar dengan pengunjung station minyak shell disini. Mereka belanja kami teh tarik.

Kami mengalami sedikit masalah komunikasi kerana kami tidak punya sim card pakistan utk berhubung antara kami & tidak ada line internet. Kami dpt berhubung apabila di hotel saja.
Kami di Restoren Bismilah, 60km sebelum Multan...Matahari mmg atas kepala kami. Ya Allah dunia pun kami tak sanggup menahannya, macamana lah padang masyhar nnti.
Staff restoren Bismilla.

Kami terpaksa mencari line internet terlebih dahulu sebelum dapat menghubungi Hj Bard & Hj Amin. Hanya Hj Bard seorang yg ada line pakistani.

Hampir 2 jam kami berehat di KFC Multan, utk meredakan kepanasan yg sgt extreme buat kami yg kerdil ini.
Alhamdullilah kami smp ke Hotel Sheza, Multan pada pkl 5 ptg.


Day 23: 17 May 2016 (SELASA): MULTAN - SUKKUR (476 KM)


PAKISTAN

Perjalanan ini diteruskan lagi. Kali ini kami bergerak lebih awal pada pkl 5.30pagi. Aku tidak bersarapan pagi utk bergerak lebih cepat. Hj Bard & Hj Amin bergerak lebih lewat dari kami. Terlebih dahulu aku menukarkan fuel filter kerana ada simtom2 sesak nafas.

Selepas bergerak 120km dari Multan, motorku mengalami masalah tersedu-sedu kerana spark plug, lalu aku menukarnya.
Waktu pagi yg berkabus.
Berapa kilo kemudian, ada masalah pula, aku berhenti di bengkel tepi jalan utk membaikinya. Alhamdullilah semuanya kembali seperti biasa.

Jam 8.30pagi, suhu sudah berada pada 36 degree. Kami bergerak lagi sehingga pkl 11pagi kerana suhu telah mencecah 48 degree.
Kami berehat seketika..
Org ramai yg mengunjungi kami
Mechanic baiki motor kami.
Kami berhenti minum air tebu.
Sedap.
Kami berehat di Restoren Bismila sehingga pkl 3.30 ptg. Perjalanan diteruskan lagi 60km dihadapan, suhu masih lagi tinggi. Kami berehat lagi sehingga maghrib.
Kami minum ais krim...sejukkan badan
Maghrib sudah hampir.

Selesai solat magrib, kami bergerak menuju ke Sukkur dgn jarak 160km pada pkl 8.00mlm. Riding pada waktu malam agak susah jgk kerana terlalu banyak lori yg keluar umpama kalkatu keluar dari sarangnya.
Masjid kami bersolat magrib..
Alhamdullilah aku bebas dari dikerumuni oleh org ramai.
Berhenti makan buah tembikai ditepi hi-way
Shah Rukh..tanpa khan.

Kami terpaksa mengharunginya sehingga kami sampai Sukkur pada pkl 11.00 mlm. Alhamdullilah selamat smp.


Day 24: 18 May 2016 (RABU): SUKKUR - QUETTA (396 KM)


PAKISTAN

Aku pernah pernah bertugas disini 10 tahun yg lalu semasa bertugas dgn Petronas. Sukkur terletak dalam province Sindh. Sebelum ini province Punjab.

Kami bergerak jam 7 pagi. Suhu normal pada sebelah pagi. Kami telah ditahan di sempadan border Province Sindh / Province Belojistan.
Sukkur bukan asing bagiku
Lori yg sarat dgn jerami padi..

Tetiba jer motor aku tak dapat dihidupkan. Lalu Hj Jihad towing ku ke bandar terdekat sambil diescort polis. Kemudian Hj Amin ambil alih. Pegawai asyik tergesa2 menyuruh kami cepat2.
Aku & Amin bergambar dgn pegawai polis di border province balojistan.
Mereka menyediakan kami..Chai..sudah 10 tahun berlalu...sekarang dapat merasa. Mereka menyediakan teh susu dalam periuk yg besar.
Motorku ditowing di tengah pasar dan diescort oleh polis. Hj Amin bawak tak ingat punya, potong lori dgn laju. Aku bersyukur bukan Faizal Sukree yg towing. 

Kami berhenti di station lalu aku mengambil kesempatan utk repair motor, rupa2nya cable ke bateri putus. Aku baikinya, alhamdulilah sekali start steris hidup.

Kami meneruskan perjalanan melalui kawasan paling panas di Pakistan Iaitu Sibi - Bolan, Balojistan. Suhunya 52 degree mmg tak boleh tahan.
Aku dan Dia di tgh2 padang pasir yg gersang.
Alhamdullilah..motorku berjaya merentasi padang pasir yg tandus dan panas yg melampau umpama jadi kambing golek rasanya.
Hanya tinggal 10 min air sejuk kat panas terus jadi air panas. Kami kena berhenti disetiap pos sekuriti kerana mereka bergilir2 menukar pegawai escort. Mereka semua baik.
Ya Allah kurniakan lah kami kekuatan.
Kami berhenti di Pos Dhadar. Hj Jihad memintak petrol spare ku. Kami mengisi penuh motor beliau. Bila nak start tak hidup. Radiator fan pun tak berfungsi. Allahuakbar! Hj Amin & Hj Bard sudah bergerak menuju ke pos seterusnya.

Aku keluarkan sleeping beg & tilam, lalu kami berehet seketika dibawah pohon yg rendah disebelah kebun bawang..berbantalkan bawang2.
Kami berehat di bawah rimbunan pohon kayu yg rendang berbantalkan bawang.
Kanna roti bayaa.

Pegawai polis datang ke arah kami dah menyuruh kami berehat di pos mereka sambil menyejukan motor seketika.

Tiba2 Amin datang dgn security. Kami bercadang ingin towing motor. Masyallah tayar motor hj Jihad bocor. Kami membantu beliau keluarkan tayar dan membawanya ke bengkel tayar di R&R Dhadar.

Settle semua, Hj Amin towing Hj Jihad ke Pos seterusnya. Kami solat jamak disini.
Kami meneruskan perjalanan yg suhu yg tinggi tapi pemandangannya cukup memukau pandangan kami dengan banjaran gunung2 yg bercantum dan dgn sungai yg mengalir kehijauan. Subhanallah..
Panas dan gersang.
Laluan celahan gunung.
Jambatan menghubungkan gunung2 
Kami meneruskan perjalanan sehingga 50km sebelum Quetta, suhu kembali sejuk dan motor Hj jihad dah kembali normal.
Alhamdullilah dah sejuk kat sini.
Kami telah escort sehingga Bandar Quetta. Kami bermalam di Bloom Star Inn. Kami terpaksa bermlam di sini 2 mlm utk dapatkan NOC dari sini.


Day 25: 19 May 2016 (KHAMIS): QUETTA 


PAKISTAN

Bergambar di hadapan hotel bersama Will, warga Netherlands yg dlm perjalanan ke border iran dgn menaiki motor klx 150 yg dibeli di Malaysia.

Alhamdullilah, harini hari berehat utk kami disebabkan kami terpaksa ke Home & Tribal Affairs Department utk dapatkan NOC (No Objection Certificate) utk membolehkan kami utk meneruskan perjalanan menuju border Taftan.
Posing dalam tuk-tuk

Kami kesana menaiki tuk-tuk dgn diescort oleh polis yg lengkap bersenjata. Aku pun tak faham kena begitu sekali. Tapi dari pembacaan ku Quetta adalah terletak di Kawasan KHURASAN yg Nabi SAW ceritakan 1400 thn dahulu mengenai tentera Imam Mahdi akan berkumpul disini.

Alhamdullilah settle semua.
Hari aku ambil kesempatan utk service motor; tukar minyak hitam, tegangkan rantai, kira full service lah. Alhamdullilah semua ready utk esok, lega rasanya hati.
Kami makan tengahari dengan Sajji, roti bersama kambing panggang.
Sajji..

Settle baju2 semua.

Bila berehat terasa pulak penat.


Day 26: 20 May 2016 (JUMAAT): QUETTA - DALBANDIN (338 KM) 


PAKISTAN

Kami memulakan perjalanan pada pukul 7.30 pagi setelah pegawai polis menjemput kami hotel. Aku terlebih dahulu bersiap sedia kerana tidak sabar utk memulakan perjalanan.
Kami berlima termasuk Will yg join sekali utk ke border. 
Berselfie dgn pekerja hotel Bloom Star Inn, Quetta
On the bike..
Laluan menuruni bukit dari Quetta. Subhanallah, sgguh cantik pemandangan bukit bukau yg kekuningan melengkapkan lanskap alam disini. Pemandangan yg serupa seperti Bandar Asghabat, Turkmenistan.

Kami diescort secara bergilir oleh pengawai polis mengikut daerah masing2.
Kami bergerak dalam 50km, tiba2 motorku pancit. Ya Allah!..Aku berhenti utk menukar tube, pegawai mengarahkan ku utk memasukkan motor di dlm pick up polis tersebut.

Motorku ditransfer ke pick up yg lain, sehinggalah diturunkan disebuah bengkel service tayar lori. Alhamdullilah..semasa beliau menukarkan tuib, aku ke restoren berhampiran utk mkn tghari bersama Bard & Will.

Aku kembali ke bengkel semula, bila hendak dibayar upah, beliau mengisyaratkan ku utk berdoa buat beliau. Ditolaknya duitku, hampir2 menitis air mataku.
Di bengkel..tgh2 panas.
Inilah mechanic yg betulkan tayarku. Ya Allah murahkan rezeki beliau..
Kami meneruskan perjalanan menuju ke Pekan Dalbandin. 50km sebelum Dalbandin, kami diuji dengan ribut pasir. First time dalam merasainya.
Will berteduh.
Kami sampai di Dalbandin pada pukul 6.30ptg di hotel Al Dawood.

Kami membeli tembikai di seberang jalan hotel...mmg best.
Insyallah esok kami akan memasuki Republic Islam Iran.

Day 27: 21 May 2016 (SABTU): DALBANDIN - TAFTAN (300 KM) 


PAKISTAN

Kami bergerak pada pkl 8.00pagi dengan diescort polis dari satu balai polis ke balai polis yg lain. Kami berhenti membeli minyak di Dalbandin. Mereka menjualnya di dlm tong2 plastic.
Di hotel Al-Dawood, hotel koboi.
Ini station minyak di Dalbandin. Hj Amin agak tidak puas hati dgn harga minyaknya yg tidak logik.
Kami berselfie atas motor.

Pemandangannya adalah sama, laluan berpadang pasir yg tandus. Sekali sekala melalui perkampungan disini. Penduduk islam disini masih lagi sunni. Banyak tempat jgk jalanrayanya rosak teruk, perlu berhati tetapi trak2 agak berkurangan semasa kami melaluinya.
Unta2 liar dapat diperhatikan di kiri dan kanan jalan.
Kami cuba mempercepatkan pergerakan kerana tujuan kami harini adalah utk memasuki Iran.
Anggota polis pengiring.
Motorku yg alhamdullilah berkhidmat dgn cemerlang.
Anggota polis gelak besar tgk motorku yg cute.
Breakfast ditepi jalan...roti dan kambing.
Polis Taftan
Kami sampai di border Taftan pkl 3.30. Proses utk dapatkan cop carnet agak lewat kerana menunggu pegawainya lebih 30 min di Kastam Taftan.
Kastam Taftan
Kastam Taftan Pakistan
Pejabat Kastam, masih lagi menggunakan buku lejer yg tebal utk menulis setiap detail.

Kami terus bergegas ke Immigration Taftan. Malang sekali pintu border sebelah Iran (Mirjaveh) telah ditutup tepat pada pukul 4.30 ptg.

Kami terlepas utk memasuki Iran harini. Agent kami sudah berada menunggu kami di sana. Kami gagal menghubungi beliau kerana tiada line telepon.

Lalu polis pengiring membawa kami ke balai polis Taftan utk menginap disini. Pengalaman baru bagiku menginap di balai polis. Pegawai mmg baik. Kami diberi sebuah bilik utk dikongsi 5 org. Agak panas kerana elektrik asyik terputus jer.

Rupanya tahanan pelarian jg dibawa ke balai polis ini. Dlm 1 jam kami di sana.. berpuluh tahanan jg d bawa di sana.Jadi..kami bersama2 berpuluh tahanan berada di balai polis tersebut. 1st time terasa mcm pelarian.










Bilik tidor kami

Setelah solat berjemaah, kami masak utk mkn malam, mmg menyelerakan.

Berbaring2 atas rumput di balai polis taftan..mmg best sambil berbual2 ttg pegalaman masing2.
Yg ini paling kesian...homesick kot.


Day 28: 22 May 2016 (AHAD): TAFTAN - BAM (400 KM) 


PAKISTAN - IRAN


Kami bergerak pada pkl 8 pagi. Sebelum itu kami bergambar dengan couple dari German yg dalam perjalanan menuju India dari Iran. Kami bertukar pengalaman melalui jalan masing2.
Kami sampai awal di Immigration Taftan. Urusan berjalan lancar. Aku menukarkan wang dollar dan lebihan rupee pakistan di situ.
Welcome to Islamic Republic Iran.
Good Bye Pakistan...Ala hafiz.
Iran hanya setapak lagi.

Kami memasuki border Iran (Mirjaveh). Urusan immigration dan kastam berjalan lancar. Cuma kami terpaksa menunggu polis pengiring awal lewat lebih sejam.
Pengawai kastam dan pegawai polis Iran rata2 agak muda

Kami bergambar dgn pengawai polis berpangkat sarjan..
Aku dan Hj Bard di Mirjaveh, Iran.

Kami diiringi menuju ke Zahedan (68km) bandar yg berhampiran dgn border. Kami terpaksa bergerak dari satu balai polis ke balai polis yg lain. Kami terpaksa menunggu agak lama. Passport dan carnet kami dipegang oleh mereka dan dipass dari satu polis ke polis yg lain. Penat betul rasanya.
Pegawai polis escort.
Hj Bard agak kepenatan...menunggu dan menunggu tengah panas2

Pemandangannya adalah sama sepanjang jalan dgn banjaran gunung di kiri dan kanan jalan, gersang dan tidak berpenghuni. Dibelakang gunung itu adalah pakistan.
Berlatar belakangkan banjaran gunung2.
Berehat seketika.
Aku dan dia...di bumi gersang.

Kami melalui Lut Desert utk smp ke Bam. 200km belum smp Bam, motorku mengalami masalah, tidak dapat dihidupkan. Kami membuat keputusan utk menaikkan motorku keatas pick up polis pengiring. Motor ku telah ditransfer beberapa kali apabila bertukar balai polis. Aku cuba membaiki motorku semasa diatas pick up tapi masih gagal. Aku suspek ignition coil problem.
100km sebelum Bam, motorku terpaksa diturunkan kerana polis pengiring menggunakan kereta. Hj Bard telah menunda / tarik motorku pada waktu malam menuju ke Bam. Mmg penat bard dan aku, kerana terlalu focus.


Motorku yg berkhidmat cermerlang terpaksa direhatkan dari barisan pemain utama.
Fly without wing.
Matahari terbenam di tengah tengah2 padang pasir Lut, Iran.Kami sampai di Bam pada pkl 11mlm. Kami cuba utk update report pengembaraan kami malangnya, FB disekat di Negara Iran. Kami tido dgn kepenatan kerana byk masa dihabiskan utk menunggu tapi Alhamdullilah semuanya selamat smp.

Day 29: 23 May 2016 (ISNIN): BAM - BANDAR ABAS (400 KM) 


IRAN

Update status dulu, kat sini jer ada wi-fi
Doa dibaca sebelum perjalanan dimulakan.
Kami bertolak pada pukul 8 pagi. Pada plan awal, aku ingin mencari mechanic di Bandar Bam tapi agak lewat sekiranya kami menunggu shgga siap. Setelah mendapat persetujuan ramai, maka sekali lagi motor aku ditunda merentasi gurun yg kering yg tidak berpenghuni.
Salute Hj Bard yg towing aku sejauh 400km bukan satu tugas yg senang...sama jarak rawang to Bukit Kayu Hitam.
Alhamdullilah kamu telah menjalankan tugas dgn cemerlang skli.
Berehat seketika..
Sampai bandar kermanshah (200km dari Bandar Abbas) motor Hj Jihad pula ditunda oleh Haji Amin kerana masalah overheat. Jadi macam 2 couple main tarik tali ditengah2 gurun.
Bersma kanak2 di Bandar Kermanshah..

Penat semalam masih lagi terasa, tapi Allahamdullilah harini tiada escort polis diperlukan.Alhamdullilah terima kasih tidak terhingga buat Hj Bard yg sanggup menarik motor ku. Laju betul harini motorku meluncur utama ex-5 berenjin 1200cc. Mmg deep in side aku mmg aku takut, sistem brek ex-5 bukanlah brek disc. Jarak tali adalah 2m, aku perlu berhati2.Kami melalui lereng2 bukit yg tinggi dgn corner2 yg tajam. Part menaik aku tak begitu gerun. Hati mmg terasa kecut apabila menuruni bukit. Terdapat tompokan minyak dan pasir di tepi jalan apa lagi apabila ditarik, banyak benda yg tidak dpt control..Allahuakbar akhirnya aku tewas apabila menuruni bukit yg berpasir, aku terjatuh dan slight beberapa meter dan kulepaskan motor perlahan2 Alhamdullilah mujur Hj Bard bawa motor perlahan2 masa tu..tapi tong minyak telah tercampak 100m dari ku.Aku hanya mengalami sedikit luka pada lutut dan siku. Motor tidak ada-apa2 yg terjejas. Alhamdullilah...Alhamdullilah...Alhamdullilah...itu saja yg terkeluar dari mulut ku.Kami berhenti seketika ditepi jalan utk menenangkan sedikit perasan..Kami meneruskan perjalanan yg berbaki lagi 120km. Kali ni Hj Bard mmg bwk perlahan sgt 40-60km/j. Kami berhenti seketika di station minyak utk melihat keadaan lukaku. Hj Bard mengeluarkan semua ubat-ubatannya dan handyplas. Terima kasih buat Hj Bard, mmg seorang sahabat yg baik..dibaginya ku pain killer dgn pill Muscle Relaxation.
Adoooii...sakitnya..gimik jer tu sebenarnya tak ada apa2..cuma seluar jer koyok...mcm penyanyi rock!

Kami meneruskan perjalanan seterusnya ke Bandar Abbas dan sampai pada pkl 6.00ptg. Kami telah diberitahu oleh Mohsen, agent kami di Iran bahawa malam ni ada ferry tapi malang, masa tidak sempat utk urusan motor khamis. Ferry yg ada pada hari Isnin dan Rabu..kami terpaksa menunggu lusa utk ke Sharjah dgn ferry. Disetiap pekara yg berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.
Kami menginap di Hotel Amin..menghadap ke Teluk Parsi..
Jalan2 cari makan..Kami keluar makan malam disekitar hotel.


Day 30: 24 May 2016 (SELASA): BANDAR ABAS 


IRAN


Ferry ke Bandar Sharjah, UAE hanya sebanyak 3 kali seminggu saja iaitu pada hari Isnin, Rabu & Sabtu dari Iran ke UAE hanya bertolak pd waktu mlm iaitu pd pkl 9 mlm.


Memandangkan kami hanya tiba di Bandar Abbas pd pkl 6.30 ptg hari Isnin dan tak dpt terus ke Bandar Sharjah utk urusan dokumentasi sbb pejabat di Iran telah ditutup pd pkl 4.30 ptg. Kami hanya dpt bergerak ke UAE pd hari ini iaitu hari Rabu.

Aku mengambil kesempatan hantar motornya utk di repair. 

Terpaksa masuk bilik bedah.
Bengkel yg masih belum dibuka.

Masalah paling besar di bandar2 yg kami lalui di Iran ialah komunikasi. Langsung tak faham bahasa Parsi. Dlm masa yg sama, mereka pun langsung tak boleh bercakap bahasa lain. Memang susah nak beli apa, nak order apa2 & nak tanya apa2 di bandar2 ini. Nasib baik ada ejen kami. Tp once dia dah tak ada & habis tugasnya.. jenuh juga kami. Sebelum habis tugasnya, kami minta ejen kami beli tiket ferry utk kami siap2. Tiket yg dibeli hanya tiket utk individu bukan utk motor. Tiket motor hanya boleh dibeli di pelabuhan semasa proses carnet.

Sekitar Bandar Abbas

Masjid berhampiran Hotel Amin.
Teluk Parsi
Masjid
Money Changer
Shahid Haghani Marine Terminal
Matahari terbenam


Day 31: 25 May 2016 (RABU): BANDAR ABAS - SHARJAH 


IRAN - UAE

Ferry hanya akan bertolak pd pkl 9 mlm, kami buat keputusan utk pergi awal utk selesaikan urusan dokumentasi & beli tiket ferry utk motor takut habis pula nanti. Kami berpakat utk bertolak pd pkl 8 pagi. 

Aku keluar awal pkl 7 pagi utk ambil motornya di kedai. Kami check out hotel awal & packing brg siap2. Motornya tak dpt dibaiki sbb mekanik tak sempat siapkan kerja. Mekanik tak ambil duit. Jadi pkl 9.30 pagi, baru kami bertolak. Sekali lagi Hj Bard menarik motorku lg ke Pelabuhan. Dlm pkl 10 pagi, kami sampai di Pelabuhan. 
Di sini, urusan Carnet cukup rumit. Nasib baik kami dtg awal. Dr satu tpt ke satu tpt lain.. kami masuk dr satu bangunan ke satu bangunan lain. Utk urusan Carnet saja ambil masa 10 jam utk selesai iaitu sehingga pkl 8 mlm..sampai pejabat tutuplah. Urusan pembelian tiket utk motor pun di tgh2 proses Carnet. 

Catatan demi catatan di belakang borang carnet dibuat oleh pegawai2 bertugas. Bila tanya pun,mereka tak tau bahasa kami. Jd kami tunggu sajalah sambil2 cuba tanya2 jg.cuba nasib kot2 dia faham. Apa yg membantu kami ialah mereka menulis nota utk kami bawa dr 1 tpt ke 1 tpt lain & berjumpa dgn pegawai2 yg kami diarahkan utk pergi berjumpa .
Selesai urusan Carnet pkl 8 mlm.. kami bergerak ke pelabuhan utk naik ferry . Di situ kami melalui pos imigresen. Yg peliknya kami saja yg kena tinggalkan pasport & urusan kami hanya dpt pasport balik dlm 1 jam iaitu sebelum pintu dibuka. 

Sebaik pintu dibuka..kami diarahkan utk masukkan motor kami ke dlm ferry. Ferry hanya bertolak dlm pkl 10 mlm. 


Di atas kapal Iran Hormuz 12

Day 32: 26 May 2016 (KHAMIS): BANDAR ABAS - SHARJAH - DUBAI (40 KM)



IRAN - UAE



Perjalanan ferry dari Bandar Abbas ke Dubai memakan masa lebih kurang 12 jam. Ferry bertolak pd pkl 10 mlm dan kami sampai pd pkl 10 pagi.

Di atas bot:





Kami yg membawa motor dibenarkan utk keluar dulu. Malang tak berbau.. bila kami turun.. kelihatan motor Hj amin berada dikedudukan lain. Rupa2nya motornya jatuh sewaktu ombak kuat. Tangki minyaknya sedikit kemek, bracket top boxnya patah & helmet & visornya calar2. (Hj Amin tinggalkan helmetnya dimotor, semua yg lain bawa naik helmet).








































































Semasa menunggu arahan polis utk ke imigresen, ejen dokumen tlh dtg ke kami.& meminta Carnet. Dia kata dia akan uruskan semua dokumentasi sementara kami buat urusan imigresen.

Dlm pkl 10.30 pg, polis mengarahkan kami ke imigresen. Proses di imigresen ambil.masa lebih kurang sejam. Kemudian, kami ke pejabat ejen. Ejen buat sedikit dokumen utk kami & arahkan kami utk pergi ke beberapa.tpt utk selesaikan.urusan Carmet. Charges yg dikenakan agak.tinggi.. kami ingat dia akan uruskam semua. Rupa2nya dia hanya prepare dokumen & kami kena uruskan sendiri semua kerja di jabatan2 yg berkatian.
Ada dlm 6 proses di jabatan2 yg berlainan. Alhamdulillah.. ada seorg pegawai yg bernama Hj mahmud yg pd mulanya kelihatan garang tp apabila diberitahu kami Musafir nak menunaikan umrah, dialah yg membantu kami selesaikan urusan & ikut kami dr 1 jabatan ke 1 jabatan sehingga semua urisan selesai. Mcm dia pula ejen kami. Dia tak mau ambil 1 sen pun bila kami.nak byr. Dia bantu kami bersungguh2 sehingga selesai semua proses dr stamping, sekuriti checking nombor chasis & enjin motor, trafik, scanning, etc etc. Di UAE..semua proses dikenakan yuran. 

Bersama Tn Mahmod yg banyak membantu semasa nak settlekan urusan di Port Sharjah yg memeningkan.

Motor discan

Keseluruhan proses dokumentasi imigresen & kastam utk carnet selesai dlm pkl 3.30 ptg ( lebih kurang 5 jam). 

Sebaik saja selesai semua urusan.. kami bergerak keluar dr bandar Sharjah ke Dubai. Dlm perjalanan kami berhenti mkn di Restoran Al-Tawasol pekena Nasi Mandi berlaukkan Kambing, Ikan & Ayam Boss.. hi3. Kami solatpun di restoran tersebut.


Selepas itu, kami teruskan perjalanan ke Mall of the Emirates utk tukar currency & beli simcard UAE. Selesai di sana lebih kurang pkl 8 mlm.
Sahabat2 di UAE recommend kami check in di Hotel Ibis Al Barsha Dubai berdekatan dgn mall bersebut. Kami pun ke sana & Alhamdulillah ada bilik yg available.
Sehingga ke hari ini, permohonan visa Saudi kami masih belum diluluskan Memandangkan pejabat kerajaan di UAE tutup pd hari jumaat & sabtu, kami tak dpt berbuat apa2 esok & lusa. Kami hanya dpt berurusan dgn konsul pd hari ahad iaitu pd 29 Mei. 

Day 33: 27 May 2016 (JUMAAT): DUBAI 

UAE
Pagi:

Acara fotografi, ambil kesempatan hari weekend utk ambil gambar di Burj Khalifah pagi-pagi buta.











































Tengahari

Hari jumaat selepas solat kawan Johari Ismail yg pernah bertugas bersama telah menjemput kami makan tghari di rumah beliau dan Tn Raden...lama sgguh tak merasa masakan malaysia.

 Teman se university Nasir @ Zulkifli




Petang / Malam

Kami telah disambut dengan begitu meriah oleh kawan bikers dari Dubai dan Abu Dhabi yg datang menyambut kami. Kami telah ke restoren rasa sayang, sebuah restoren malaysia. Apa lagi order tom yam lah, favorite makanan ku. Terima kasih buat semua.



























































Zouk arrange utk kami servis / baiki motor keesokkan harininya.


Day 34: 28 May 2016 (SABTU): DUBAI 

UAE


Pagi
Breakfast dengan Consulate General (CG), Dubai, Tn Jubazlan dan Tn Shahid, CG Trade Center. Mereka ride ke hotel dgn Harley Davidson masing-masing.




















Hantar motor ke bengkel



















Tengahari
Kami dijemput ke rumah Consulate General (CG), Tn Jubazlan di Al-Barsha. Di jamu Al Mandi. Terima kasih tak terhingga.


























Petang
Ronda2 di Dubai bersama tuan CG.



























Malam:
Kami dijemput makan malam oleh seorang teman Malaysia yg telah menetap disini hampir 16 tahun..nasi ayam special..mmg best. Terima kasih Capt Busri Marinee dan isteri atas hidangan yg best ni.
















Day 35: 29 May 2016 (AHAD): DUBAI 

UAE


Pagi / Petang


Hari ni kami berusaha utk follow up status Visa Umrah Saudi kami. Sahabat biker dr Madinah, Mr Hani Owaidah telah dtg all the way dr Madinah, utk bertemu kami. Dia mengambil cuti tahunannya semata2 utk bersama kami & membantu kami di sini. Allahu Akbar.Mulia sungguh hatinya. Dia membawa kami ke Konsul Saudi di Dubai utk check status permohonan kami. Nasib baik beliau ada. Beliau dpt masuk ke dlm konsul utk bertanya status permohonan kami & lebih mudah berkomunikasi dlm Bahasa Arab. Kami diminta menunggu diluar . Status terkini.. pihak Dubai tak boleh buat apa selagi tak dpt apa2 ara
han dr Riyadh.






































Mr. Hani belanja kami makan di Restaurant Najaf.




Tuan CG Malaysia di Dubai Tuan Yubazlan Yusof juga membantu kami dipihaknya dgn menghubungi CG Saudi di Dubai & menghubungi Embassador Malaysia di Saudi.T.ksh byk2 Tuan CG atas bantuan kpd kami tanpa jemu.

Nampak gayanya..kami akan berada di Dubai lg mlm ni. Sampai bila pun tak tahu lg. Bergantung kpd bila Visa akan diperolehi. 

Day 36: 30 May 2016 (ISNIN): DUBAI 

UAE


Pagi:
Kami bersama-sama ke Consulate Saudi Arabia menaiki teksi untuk bertanya mengenai visa kami. Hanya seorang sahaja yg dibenarkan masuk, yang lain duduk menunggu di luar. Masih lagi tiada jawapan.





Tengahari / Petang
Motor kami semua telah siap diservis. Cuma motorkusaja tak ada mekanik yg mampu baikinya di Dubai. Motornya masih kena tarik.


Harini Hj Jihad dgn Aku mahu ubah selera. Harini kami mau makan Ketam kerana terlalu banyak makan kambing. Kami ke restaurant seafood yg terletak berhampiran Mall of Emirate.

Ketam Blackpaper dishare dgn Hj Jihad.

Malam
Makan malam di Green City. Tn Shahid telah menawarkan kami untuk tinggal di apartment beliau, sungguh terharu. Terima kasih tak terhingga buat Tn. Shahid sementara beliau pergi bercuti bersama keluarga di London esok. 



Day 37: 31 May 2016 (SELASA): DUBAI 

UAE

Pagi
Kami check out hotel dan terus ke rumah beliau yg berhampiran dengan Burj Khalifah.

Petang
Jalan-jalan round Dubai












Day 38: 01 June 2016 (RABU): DUBAI 
UAE

T.ksh byk2 juga kpd Consul General Malaysia di Dubai Tuan Yubazlan yg sentiasa bantu kami follow up status visa, bawa kami keluar di Bandaraya Dubai ini & bantu kami bila ada masalah. T.ksh juga kpd Pok Nik & En Mushil iaitu pengerusi penduduk Msia Dubai yg belanja kami dinner mlm td. 






















Day 39: 02 June 2016 (KHAMIS): DUBAI 
UAE

Kami mengadakan perbincangan tak sampai stgh minit. Kami buat keputusan utk balik ke Msia dulu utk menguruskan visa di Malaysia & sebaik visa diluluskan.. kami akan kembali ke Dubai utk meneruskan ride kami bg menyelesailan misi KMU ini. Tak kiralah visa diluluskan pd Ramadhan ini atau selepas musim haji atau sehingga akhir thn.. kami akan menghabiskan & menyelesaikan misi KMU ini. InsyaaAllah.

Kami bukan buat keputusan mengikut emosi. Setelah mencapai persetujuan, kami buat comfirmation dulu isu2 yg penting. Hj Azman confirm bahawa tiket Jedah yg kami booking utk kembali ke Msia pd 11 Jun boleh ditangguhkan. Saya berhubung dgn Consul General Malaysia ( CG ) & meminta nasihatnya. Beliau jg menghubungi Konsulat Msia di Saudi. Setelah perbincangan dibuat..semua sepakat bahawa adalah sebaik2nya kami kembali dulu & uruskan visa di Msia. Once lulus..kami sambung balik ride kami.

Sebaik keputusan danconfirmation diperolehi, kami pun booking tiket kembali di KL. Alhamdulillah, kami dpt tiket SIA yg agak murah iaitu RM 1210 utk seorg drpd  Dubai - KLIA. Tiket penerbangan pd hari Jumaat mlm pd pkl 8 mln.


Day 40: 03 June 2016 (JUMAAT): DUBAI 

UAE

Pd hari jumaat ptg..kami bawa motor kami utk parking & di tptkan di rumah CG Msia Dubai. Selepas drpd itu, CG memberikan keretanya utk kami ke airport dipandu oleh drivernya. (CG baru discharge hospital... CG call konsulat Saudi dr hospital pd hari khamis utk confirmation & pd hari jumaat, terus kembali ke rumahnya selepas discharge hospital utk bersama kami & membantu kami. Allahu Akbar. Semoga Allah membalas budi baik CG & semua  sahabat2 di Dubai yg membantu kami).



Kami bertolak dr Dubai pd hari jumaat pkl 8 mlm & sampai di KLIA pd hari Sabtu dlm pkl 9.40 pagi. 

-----PERJUANGAN YG BELUM SELESAI-----

PART 2

Alhamdulillah,berkat doa semua di bulan Ramadhan yg penuh dgn keberkatan ini, kami telah mendpt respon drpd pihak Kementerian Saudi yg meminta tarikh kemasukan baru kami ke Saudi.

Terima kasih kepadaTuan CG Malaysia di Dubai Yubazlan Yusof yg tak jemu2 berusaha menghubungi pihak Konsulate Malaysia di Saudi utk follow up dgn pihak Kementerian Saudi & seterusnya update kami perkembangan permohonan kami dr masa ke semasa.




Aku ke Embassy saudi utk menguruskan urusan kami di sini

19 June 2016 (AHAD): KUALA LUMPUR - DUBAI

MALAYSIA - UAE

Alhamdullilah, kami kembali meneruskan cabaran KMU Part II - UAE - Saudi Arabia. Kami menuju ke Dubai, UAE menerusi Colombo, Sri Lanka.

Terima kasih tak terhingga buat keluargaku yg sanggup datang menghantarku di Airport (KLIA 2)

Majlis Berbuka Puasa Aliyah Family di KLIA 2. Semua org buat surprise dtg ke airport. Ibubapa datang dari Kelantan utk menghantarku, mujur adikku, Alif Ali membawa mereka dtg. Abangku, Mohd Ridhzwan Ali dari Muar dtg bersama family dan Adik Alinawate & Suami, Nasrool skluarga turut datang. Sungguh terharu...terima kasih semua atas sokongan ini 

Isteriku dan Ibuku bertungkus lumus menyediakan juadah berbuka...santai tapi penuh bermakna!

Buat teman2 lain, mohonkan doa buat kami agar selamat pergi dan sampai ke Tanah Suci Mekah & Madinah..amin
Colombo, Sri Lanka...kami kembali bergabung!!
Atas flight Airasia...Hj Bard sudah advance skrg...bawa 2 monopod utk kalahkan ku..hehe
Hj Amin menyuruh aku mengambil gambar beliau utk menunjukkan perihatin masyarakat Sri Lanka dlm membantu..sampai penuh tabung derma.

20 June 2016 (ISNIN): DUBAI

UAE

PART II - DAY 01

Kami sampai di Dubai pada pkl 5.15 pagi. Alhamdullilah kami disambut oleh Tn Shahid Abu Bakar yg kebetulan menghantar wifenya pulang ke Malaysia.
Terima kasih tak terhingga buat beliau yg menumpangkan kami di rumah beliau sekali lagi.
Jam 9, kami terpacak di Embassy Saudi tetapi bulan puasa, embassynya dibuka lewat, jam 10. Aku masuk dan bertemu pegawai kedutaan dan menyerahkan surat. Beliau mencatatkan note pada surat itu.
Cubaan Hj Bard menggunakan tongkat monopod mmg berjaya..tak sia-sia dia beli..hehehe
Aku bergambar dgn Mad yg juga berasal dari Tanah Merah, Kelantan. Beliau menceritakan pengalaman gentir beliau semasa berada di Pakistan. Beliau terkena diarrhea...mmg teruk! 

Muhamad Che Rameli juga dtg berjumpa kami di kedutaan Saudi. Beliau menceritakan pengalaman beliau ber backpacker sehingga dubai. Beliau jga sedang menunggu visa saudi.

Kami di arah ke Wafi Mall tingkat 2 utk memproses visa di Agent VFS. Agak mahal jgk bayaran yg dikenakan, AED 475 Dirham (rm 490). Alhamdullilah selesai kat sini, kami diarah utk mengambil passport di kedutaan saudi pd pkl 2 ptg. Alhamdullilah Visa telah kami perolehi utk 14 hari di Saudi.
Alhamdullilah, akhirnya dapat juga visa saudi..

Kami ke Pasar Karama bersama Tn Shahid utk membeli brg dapur utk juadah berbuka puasa kami.
Kami berada di Market Karama utk membeli lauk pauk disini. Ini adalah tempat biasa yg selalu kami dtg dihujung mggu utk pekenakan roti canai dan do'sa 6 thn lepas.
Sibuk di dapur
Kami semua bantu membantu menyediakan juadah berbuka. Agak lama juga menunggu berbuka, 7.15 mlm Dubai (11.15 mlm Malaysia). Meriam diletupkan utk menandakan masuknya waktu magrib di sini.

"Dan Allahlah sebaik-baik perancang - Al Imran- 54"

21 June 2016 (SELASA): DUBAI

UAE

PART II - DAY 02

Aku mengambil kesempatan untuk membaiki motor EX-5 ku yg berada di rumah CG. Aku membawa semua spare yg diperlukan. Banyak masa aku habis membaikinya tapi sayang tool yg dibawa tidak mencukupi. Aku ditemani oleh Muhamad Che Rameli
Kami berlima menuju ke rumah CG utk menghantarku ke sana utk membaiki EX-5. Hj Amin cuba memandu kereta di Dubai. Kami pinjam kereta Toyota Tn Shahid utk kesana.
Cubaan terakhir
Cubaan membaiki tidak pernah putus. Semuanya telah ditentukan oleh Allah.

CG mengajak kami semua berbuka puasa dirumahnya. Terima kasih buat CG dan Isteri atas hidang berbuka puasa yg sungguh sedap.
Kami bersembahyang terawih di Masjid berhampiran dgn rumah CG. Ketua Persatuaan penduduk UAE, MyUAE, Mushil Mustafa mengajak kami utk TTS di Restoren Falcon tapi tutup kami semua pergi ke Restoren Green View utk pekena teh tarik dan roti canai.
TTS dgn warga Malaysia di Dubai.
Aku bertemu dgn Didi, Efendy Zainol Abidin, kawan se U dan roomate semasa kami sama2 bertugas di Petronas ketika masing2 masih bujang. Lama betul tidak berjumpa dgn beliau yg sudah menetap di sini selama 4 thn.
Terima kasih buat semua myuae yg menyambut dan belanja kami makan. Moga Allah murahkan rezeki, kalian semua.

"Sesungguhnya Allah Maha pemberi rezeki yg mempunyai kekuatan yg sangat kukuh" Ad zhariat -58


22 June 2016 (RABU): DUBAI - ABU DHABI (120KM)

UAE

PART II - DAY 03

Kami menuju ke rumah CG dgn menaiki taxi pada pukul 3 petang. Cuaca mmg panas 40 deg C.
Kami bergambar dgn CG skluarga sebelum meneruskan perjalanan kami

Aku membuat keputusan utk menamatkan riding ku bersama EX-5 di Dubai sahaja. Aku meminta izin CG utk menumpangkan motorku di sini. Motor masih lagi tidak dpt dihidupkan lagi. Insyallah Aku akan dtg kembali ke Dubai dari Kuwait bulan depan utk menguruskan shipment. Mmg sedih juga kerana tidak menuruskan perjalanan dgn motorku tapi semuanya itu ada hikmahnya.
Terpaksa ku tinggalkan dia sementara waktu

CG melepaskan konvoi kami dari kediaman rasmi beliau.
Terima kasih buat CG sekeluarga Yubazlan Yusof dan buat Tuan Shahid Abu Bakar yg byk membantu kami semasa berada di dubai.
CG mengabadika amanat beliau pada bendera

Kami meneruskan perjalanan ke Abu Dhabi dan cuaca yg panas terik dalam keadaan puasa, mmg satu kerja gila..Aku menjadi pillion utk Part II ni.
Terima kasih buat Hj Bard kerana sanggup menumpangkan aku. Ini adalah Jumeirah Lake Towers (JLT) office aku dulu di Dubai
Kami mengambil kesempatan utk berehat seketika ditepi jalan.Tidur diatas longgok buah kurma ditepi jalan..Lena diulit mimpi...Tengok ini...dia ni mana2 asyik selfie jer..Kami terpaksa berhenti seketika utk berehat dan meredakan kepanasan. Kami kemudiannya ke kediaman seorang bikers Malaysia yg bertugas di Abu Dhabi, Jannarthan Purusotman Beliau mengajak kami bermalam di rumah beliau. Kami sampai di rumah beliau pada pkl 6 ptgMerenung jauh.
Kami bertemu dgn rakyat malaysia yg bersolat terawih di sini.Kami berbuka puasa di sebuah restoren Mamak yg kebanyakkan pekerjanya berbahasa melayu.Selepas solat Magrib, Janna membawa kami ke Masjid Sheikh Zayed yg terseregam indah. Dgn senibina yg mengkagumkan.Masjid Syeikh Zayed, Abu Dhabi. Lampu sportlight akan dinyalakan berdasar bulan...sekiranya bulan penuh..lampunya akan dinyalakan dgn terangSungguh cantik.Ukiran bunga2 pada tiang2.Senibina masjid ini seakan akan Tajmahal...marmal nya dibawa khas dari Pakistan, karpetnya adalah yg terbesar (in one piece) dijahit oleh pekerja mahir Iran.     















Kami kemudiannya TTS dgn teman Malaysia di Mushrif Mall, Abu Dhabi. Pekena teh tarik dan capati.

23 June 2016 (KHAMIS): ABU DHABI - ASH SHARQIYAH (468KM)

UAE - SAUDI ARABIA

PART II - DAY 04

Kami membuat keputusan untuk bergerak pada sebelah petang utk mengelakkan cuaca yg extremely panas di bulan puasa. Kami bergerak dari Janna pada pukul 5 petang dgn suhu 32-35 degree C.
Kami meneruskan perjalanan sehingga ke Tarif utk mengisi minyak dan berbuka puasa sini. Selesai solat maghrib, kami gerak menuju ke Border UAE - Saudi Arabia di Ghuweifah.
Kami sampai di sempadan Ghuweifah pada pkl 11mlm. Agak lengang jgk org di Immigration dan Kastam. Prosesnya agak cepat. Sejam lebih kami settle di bahagian UAE.

Jalan dari Abu Dhabi - Ruwais dalam proses pembaikpulihan harus berhati-hati. Ruwais ke Ghuwaifah agak lancar.

Kami berhenti seketika di border Ghuweifah..harga minyak di Saudi jauh lebih murah dari UAE so kami decided utk utk fuel up kat Saudi.


Immigration agak lengang. Border UAE - Saudi dibuka 24jam

Di sebelah Saudi jugak agak sibuk jgk dengan bas yg membawa penumpang ke Saudi. Kami settle dlm 2 jam lebih so kat dua border kami habiskan masa selama 4 jam.
Custom Al Batha, Saudi- utk urusan carnet, mula2 nya mereka refuse utk stamp pada carnet, akhirnya berjaya dipujuk.
Pemandangan waktu malam Immigration & Custom Al Batha yg dibuka 24hours.

Jam dah menunjukkan pkl 3 pagi UAE (2 pagi Saudi). Kami berhenti seketika di station Petro Shahab di Al Batha utk bersahur dan sembahyang terawih. Kami jgk bersolat subuh di sini.
Alhamdullilah...kami berjaya menjejakkan kaki kami ke bumi Saudi Arabia di Malam yg ke-20...Assalamualaika Ya Rasullullah, kami dtg ingin melawatmu Ya Rasullulah SAW
Bersahur...kami menghabiskan bekalan makanan yg kami tapau dari Abu Dhabi.
Kami meneruskan perjalanan menuju melalui Route 95 ke Riyadh tetapi terlalu mengantuk terpaksa berhenti di station minyak di Al Kwifiriah. Motor Hj Jihad jga terpaksa di towing kerana engine nya overheated.

Kami berhenti seketika disini. Mengantuk sangat2 dan panas sgt kat luar..kami berehat di dalam surau sebuah station minyak di sini 
Tak sanggup nk ride..bila tgk kat keluar mcm ni punya panas dan kering..

24 June 2016 (JUMAAT): ASH SHARQIYAH - RIYADH (552KM)

SAUDI ARABIA

PART II - DAY 05

Kami berehat di surau station minyak di Ash Sharqiyah sehingga 3ptg. Suhu semasa tu 45deg C. Motor Jihad masih terpaksa ditarik.
Kami menuju ke Salwa melalui Route 95. Salwa sebuah pekan dipersisiran pantai yg menghubungkan Saudi dgn Qatar. Kami berehat seketika di sini.
Perjalanan diteruskan menuju ke Hofuf yg berbaki lagi 200km. Kami sampai di Hofuf pada pkl 6ptg.

Kami berhenti disebuah station minyak di Hofuf. Pengusahanya, Aiman yg berketurunan yeman telah mengajak kami berbuka puasa dgn beliau di kedai runcit beliau. Sungguh baik hati beliau...menjamu kami nasi arab..air2...mengimbau kembali pengalamanku bertugas hampir 2 tahun di Saiyun, Hadramout, Yemen. Org2 yemen mmg terbaik dalam meraikan tetamu.
Kami bersama Aiman berjubah coklat..Jazakallahu khir..mudah-mudahan Allah murahkan rezeki beliau.


Perjalanan diteruskan kembali setelah bersolat maghrib. Perjalanan menuju ke Riyadh berbaki lagi 323km.
Harga minyak di Saudi mmg murah..rata Ron 95 SAR 0.90..
Kami berhenti sekali dipertengahan jalan. Suhu masih lagi 40deg C pada waktu malam.

Kami sampai di Riyadh pada pkl 11.30 mlm. Kami mencari hotel di Riyadh Center. Akhirnya kami menginap di Al Yamama Palace dgn rate SAR 180/day, apartment satu bilik.

Alhamdullilah sejam kemudiaan Hj Jihad & Hj Amin sampai.



25 June 2016 (SABTU): RIYADH - MADINAH (850 KM)

SAUDI ARABIA

PART II - DAY 06
Hj Amin dan Hj Jihad harini bergerak 2 jam lebih dari kami, kerana motor hj Jihad masih lagi terpaksa ditarik. Cuaca sangat panas shggakan spare tong minyak mengembang. Aku dan Hj Bard bergerak pada pukul 3.30ptg. Suhu masih lagi tinggi dalam 45 deg C.
Minyak habis betul2 dpn masjid.
Tong minyak mengembang
Trafik keluar dari Riyadh agak jam jgk. Hj Bard memecut laju di highway 65 dan Highway 60. Kami berhenti di sebuah R&R di Unayzah 300km dari Riyadh pada pkl 6.15ptg.
Laluan Riyadh.
Berbuka puasa di Unayzah

Kami berempat bersama2 berbuka dan solat jammak disini.

Kami bergerak pada pkl 8mlm menuju ke Madinah. Kami nyaris terputus bekalan minyak hanya boleh bergerak 7km jer lagi..mujurlah Haji Bard membawa spare minyak 5liter boleh lah bertahan utk 15km lagi utk smp ke next station minyak.
                                         Unta tepi r&r 
Kami sampai di Madinah pada pkl 11.59mlm. Kami terus ke masjid nabawi utk bergambar. Asyik berkejar dgn polis jer..

Pemandangan mlm Madinah dari jauh
Menuju ke masjid.

Berkali berputar utk ke Masjid Nabawi.
Polis escort kami ke hotel

 Tumpang glamour motor bard.
Kami sampai di Hotel Eiman Taibah pkl 2pgi. Setelah check in, kami bersahur di restaurant berhampiran.

Bersahur.

26 June 2016 (AHAD): MADINAH

SAUDI ARABIA

PART II - DAY 07

Kami menghabiskan masa di Masjid Nabawi. Aku dan Hj Bard pada tengaharinya pergi membeli simcard saudi "Mobily"..panjangnya beratur dari zohor sampai asar baru settle, unlimited data utk smggu, SAR 60.
Masjid Nabawi..
Pekerja2 masjid sedang mengisikan air zam-zam kedlm tong2 air..Cantik pemandangan...apabila payung dibukakan, umpama cendawan2 tumbuh di padang pasir..RaudahLorong sepanjang Babul Salam..

Assalamualaika Ya Rasullah SAW
Assalamualaika Ya Abu Bakr RA
Assalamuaika Ya Umar Al Khattab RA
Selepas solat Zohor
Kami berbuka puasa di luar masjid. Kami diberi makan nasi beriani ayam. Alhamdullilah, mmg sedap.

Selepas solat maghrib aku terus bersedia utk solat isyak dan terawih berhampiran pintu Siddiq.Solat terawihnya 20 rakaat, 10 rakaat pertama, berehat sekejap. Aku perasan imam pun bertukar. Pada 10 mlm terakhir witir akan dibuat selepas 10 rakaat solat tahajud yg bermula pada pkl 1 pagi.
Aku dan hj Bard bersahur di restaurant smlm yg berhampiran hotel kami menginap.

27 June 2016 (ISNIN): MADINAH

SAUDI ARABIA

PART II - DAY 08

Selepas solat subuh kami berehat seketika. Jam 8 pagi aku kembali semula utk menziarahi Nabi SAW melalui Babul Salam. Tak ramai org time ini kerana kebanyakan mereka berehat. Kawasan raudah masih lagi ramai beratur dihadapan pagar utk mendapat giliran masing2


Aku kemudiannya melawat perkuburan Baqiq. Selepas itu aku kembali ke hotel.
Aku telah dipertemukan dgn teman sekelas semasa di MRSM Kuala Terengganu dulu, sudah 20 tahun kami tidak bertemu, di Madinah pulak kita berjumpa. Fathiyakan Abd Rahim. Setelah berbual di Movenpick, aku mengajak beliau ke Masjid Nabawi utk ke Raudhah.

Terlalu ramai jemaah yg berhasrat ke Raudhah. Hampir sejam kami berasak dalam barisan. Sistemnya juga sekarang agak systematik dah.Mereka akan asing by group dgn pagar2. Mereka akan lepaskan group yg lain apabila group yg terdahulu sudah selesai solat dan berdoa. Masa yg diberi utk setiap group dlm 15min.
Aku menemani haji bard utk ambik gambar berjubah di hadapan pintu masuk masjid. Ramai manusia. Bukan senang nak jadi cameraman..byk bas yg melalui kawasan ni


Sebelah petangnya aku berhasrat berbuka puasa di tempat student University Madinah yg berada di hadapan Hilton Madinah, tapi aku tak jumpa, akhirnya aku berbuka puasa dgn jemaah pakistan ditepi Hilton.
Kami bersolat terawih terakhir di Madinah utk Malam ke-24.


28 June 2016 (SELASA): MADINAH - JEDDAH (420 KM)

SAUDI ARABIA

PART II - DAY 09

Kami berkemas utk ke Jeddah selepas solat berjemaah Subuh. Kami berdoa agar Allah memberikan kami serta keluarga dan teman2 di beri peluang utk dtg lagi. Selamat tinggal Ya Rasullah, insyallah kami akan dtg lagi melawatmu..Amin.
Kami bergambar di hadapan hotel sebelum bergerak. Doa dibaca sebelum kami bergerak keluar dari Madinah. Perjalanannya sejauh 420km. Mmg terlalu mengantuk, kami terpaksa berhenti beberapa kali utk basuh muka.
Masjid Nabawi dihadapan kami.

Berhenti seketika untuk bergambar.
Alhamdullilah kami sampai di Jeddah pada pkl 10.30pagi. Hj Amin dan Hj Jihad masih lagi di belakang, aku cuba menghubungi mereka beberapa kami tapi gagal. Kami meneruskan perjalanan ke Balad setelah menghubungi agent logistic kami, Mr Ali utk menguruskan penghantaran pulang motor.

Alhamdullilah aku berjaya menghubungi mereka dan memberi alamat kepada mereka. Kami membuat keputusan utk bermalam di Jeddah harini kerana terlalu penat. Kami menginap di Al Hayet Palace, Al-Balad, Jeddah.Urusan paperwork motor berjalan lancar.

Kami telah dikunjungi oleh Saudara Nor Nor Azham Bin Kasiman, Presiden Sedarah Jeddah, MC dan Saudara Azlin Abdul Aziz yg menyambut kedatangan kami di Jeddah.



Kami bersama2 mereka berbuka puasa di restoren berhampiran. Terima kasih kami ucapkan kepada mereka. Kami bersolat Maghrib dan Isyak serta terawih di malam ke-25 di masjid berhampiran.


29 June 2016 (RABU): JEDDAH - MEKAH (94 KM)

SAUDI ARABIA

PART II - DAY 10
Selepas bersahur dan solat subuh, kami berehat seketika. Kami bersiap2 dgn ihram dan bergerak dari hotel ke Babu Mekah pada pkl 10.30pagi dengan menaiki taxi dgn harga SAR 15/ kereta. Dari Babu Mekah kami menaiki taxi menuju ke Mekah Mukarammah dgn harga SAR 25/ person.


Kami sampai di Hotel Mira Ajyad, Mekah pada pkl 11.30pagi. Kami kemudiaan ke Masjidil Haram utk bersolat Zohor dan menunaikan umrah.

Di hotel Mira Ajiyad bersama Hj Amin Arrayan Travel.
Tawaf bulan ramadhan agak mencabar cuaca panas dan ramai orang. Tapi Alhamdullilah semuanya berjalan lancar. Tanpa dirancang aku dan hj jihad sama2 menunaikan umrah.
Kami menunaikan saie bersama2.




Selesai bertahalul, kami pulang ke hotel utk bercukur. First time bercukur tu..hehhe.


Kami bersiap ke Masjid utk solat maghrib.

30 June 2016 (KHAMIS) - 03 July 2016 (AHAD): MEKAH

SAUDI ARABIA

PART II - DAY 11 / 12 / 13 / 14

Bersyukur kami pada Mu, Ya Allah diberi kami peluang berada di tanah suci Mu pada saat ini. Ya Allah berikan peluang yg sama ini buat keluarga kami, saudara2 kami, sahabat2 kami dan seluruh umat Islam yg lain yg Allah..Amin.







Pemandangan kaabah dari tingkat 1 Masjidil Haram.
Teman2 kami dari Malaysia 
Muhammad dari Mesir.
Bersama Dato Mustapha Ahmad Marican 
Bersama TPM


04 July 2016 (ISNIN) - 07 July 2016 (KHAMIS): MEKAH

SAUDI ARABIA

PART II - DAY 15 / 16 / 17 / 18

Insyallah Tirai KMU 2016 bakal berlabuh tidak lama lagi. Banyak yg telah sama2 kami pelajari di Universiti Kehidupan ini selama lebih kurang 2 bulan. Semangat setiakawan dan sama2 hadapi masalah bersama2.

Alhamdullilah, semua yg berlaku ada hikmahnya. Ianya melatih hati2 utk bersikap rendah diri dan menyaksikan kekuasaan Allah direct depan mata. Terima kasih buat teman2 KMU semua.
1. Hj Jihad Mohd Noor
2. Hj Badruzzaman Ishak
3. Hj Aminnudia Marjani

Selamat hari raya aidilfitri buat semua..


Insyallah kami akan bertolak ke Tanah Air pada malam ni..






08 July 2016 (JUMAAT): MALAYSIA

Selepas menunaikan tawaf wida' pd 2 Shawal.. kami terus ke Jeddah. Jadual Flight Emirates kami pkl 9.05 mlm. Kami transit di Dubai & tiba di KLIA pd hari ini 3 Shawal pkl 3.30 ptg. Selepas solat qasar & jamak zuhur & asar di surau KLIA, kami tunggu beg & air zam zam. Semua urusan selesai lebih kurang pkl 4 ptg & selepas itu berpisah lah kami 4 sahabat yg tlh bersama lebih kurang selama 2 bulan.

Alhamdulillah..syukur kpd Allah SWT krn tlh memakbulkan usaha & doa kami utk ziarah Rasululllah SAW di Madinah & sampai ke Baitullah di Makkah utk menunaikan umrah & beribadat pd 10 mlm akhir Ramadhan secara bermotosikal.



Mohd Aswade Ali
Mangaf, Kuwait
Jam 11:14 pm, 24 July 2017



----- TAMAT----


























Comments

  1. Moga dipermudahkan ALLAH S.W.T utk menjadi tetamunya..amin

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah full informatioan...
    keep it up Tuan Aswadee

    ReplyDelete
  3. Alhamdullillah... berjaya membaca dari awal hingga akhir perencanaan ini... byk info yg bermanfaat... minta izin kongsi ilmu yea tuan hj... syukran

    ReplyDelete
  4. Berjaya baca sampai habis..Alhamdulillah..baca pun amik masa yg lama..apatah lagi tuan badan yg ride..rasa mcm diri ni turut sama2 dlm perjalanan 4 rider ni..tahniah buat 4 rider kental..syukur alhamdulillah..

    ReplyDelete
  5. It is a fantastic post – immense clear and easy to understand. I am also holding out for the sharks too that made me laugh. travel umroh sunnah

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum tuan.
    Saya baca coretan tuan ini semalam mulai 0005 hingga 0200 dan beesambung pagi ni lepas Subuh hingga 1005.
    Banyak cabaran yang kita hadapi membuatkan kita lebih kreatif.
    In Syaa ALLAH...saya akan menjejaki tuan jika ada kemampuan dari segi mental & fizikal serta kewangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. YUSSOFF JOHAR
      Balik Pulau, Penang, Malaysia.
      jyussoff@gmail.com

      Delete
  7. Alhamdulillah terbaikkk bos💪👌👍
    Apa jadi dgn muto wak rahim di dubai bos?
    Still x buleh stars ka bos

    ReplyDelete

Post a Comment