Skip to main content

Featured

Kembara Pengubat Rindu

 Kembara Pengubat Rindu Alhamdullilah, kami telah berjaya mengadakan satu pengembaraan setelah hampir 2 tahun kami tidak ride bersama-sama. Ride terakhir kami adalah Ride Himalaya pada tahun 2019. Route kami kali ini adalah: Kuala Terengganu - Sungai Petani - Hatyai - Yala - Pattani - Betong - Penang - Jeli - Kuala Terengganu Day 01: 14 May 2022 Kuala Terengganu - Sungai Petani (412 km) Kami memulakan perjalanan agak lewat sikit harini kerana aku terpaksa menunggu isteriku tiba di Kuala Terengganu dari Kuala Lumpur menaiki kapal terbang. Kapal terbang AirAsia mendarat pada pukul 10:50 pagi di lapangan terbang Kuala Terengganu. Selepas saja makan tengahari kami terus pulang rumah untuk bersiap-siap. Kami memulakan perjalanan pada pukul 12:40 tengahari. Kami melalui Banjaran Titiwangsa (Jeli - Gerik) yang mengambil masa 4 jam 30 minit untuk sampai ke Castella Cafe. Cuaca harini sungguh panas sepanjang perjalanan. Sampai di sini saja, isteriku terus terjun dalam air sungai sangat sejuk. T

RIDE KEKOH LIPAN (KOH LIPE, SATUN, THAILAND)








Alhamdullilah, AP Bikers sekali lagi berjaya mengadakan kembara merentasi sempadan pada 19 - 21 September 2015 yang lalu dengan tema "Ride Kekoh Lipan". Destinasi kami adalah ke Koh Lipe, Satun, Thailand yang juga digelar "Maldives Island in Thailand". Kembara ini telah disertai oleh 10 orang peserta dengan menaiki 6 buah motorsikal seperti dibawah:
  1. Norkhairil Mohamad (Kepala Lipan) - RTLC
  2. Pn Zalihar M. Arshad
  3. Mohd Rujhan Mat (Ekor Lipan) - GSLC
  4. Shuhami Saidin - GSLC
  5. Marizam Maridam - GSLC
  6. Pn Noor Najwa Samion
  7. Rizalmi Romali - MST
  8. Pn Jaslina Abdullah
  9. Mohd Aswade Ali - GSLC
  10. Pn Razita M. Ariffin
Note: Perjalananku sejauh 1,342 km

Day 1: 19 September 2015 (Sabtu)

RV

Kami berkumpul (RV) di R&R Jejantas Sungai Buloh (N 3.18764, E 101.58607) pada pukul 8:00 pagi. Kami bersarapan pagi di sini dengan memakai baju tema kami. Isteri dan anak-anak Hj Rujhan (Jijek) turut sama datang ke sini untuk memberi semangat buat kami.







































Setelah doa dibaca kami memulakan perjalanan menuju ke utara tanahair pada pukul 8.45 pagi. Sebelum itu kami berhenti seketika untuk mengisi penuh minyak di Station Minyak Petron R&R ini.





























Trafik Lebuhraya Utara Selatan agak sibuk kerana harini merupakan hari pertama cuti persekolahan. Hj Rujhan telah ditugaskan untuk mengepalai konvoi manakala aku pula ditugaskan untuk menjadi "sweeper" (last man).

Check Point #01

Kami berhenti untuk mengisi minyak di Petronas, R&R Simpang Pulai, Perak (N 4.583761, E 101.14405) pada pukul 10.30pagi . Kami berehat seketika.

Check Point #02

Kami berhenti untuk mengisi minyak di Caltex, R&R Gurun, Kedah (N 5.83352, E 100.48678) pada pukul 01:00 tengahari.


Check Point #03

Kami berhenti untuk makan tengahari di Restoran Haji Johari (Cendol Pulut), Changlun, Perlis (N 6.36426, E 100.42285) pada pukul 02:00 petang.

Restoren ini juga menyediakan perkhidmatan insuran motor Thailand. Kami membeli insuran motor Thailand (RM 18) dan mengisi "Arrival/ Departure Form" (Kad Putih)(RM 2/orang).



























Kami singgah sekejap di Changlun CNT Enterprise, Changlun (N 6.42480, E 100.42855) untuk menukarkan RM kepada Baht Thailand sebelum memasuki sempadan.


Check Point #04

Perjalanan diteruskan pada pukul 3:00 petang menuju ke Sempadan Wang Kelian (Malaysia) - Wang Prachan (Satun, Thailand). Kami melalui Chuping, Perlis yang merupakan kawasan penanaman tebu dengan landskap pemandangan yang hijau dan cantik; berlatarbelakangkan bukit-bukau. Laluan berliku dan berbukit memang mengerunkan kami dengan corner tajam mendaki dan menuruni bukit. Memang best!






















(Video: Credit to Norkhairil & Pn Zalihar)

Kami berhenti di station minyak terakhir sebelum memasuki Thailand untuk mengisi penuh minyak di Station Minyak Caltex, Wang Kelian (N 6.68112, E 100.18708). Masing-masing menceritakan pengalaman baru melalui corner-corner tajam di Wang Kelian.


















Station minyak ini baru saja menyediakan minyak RON 97. Kami terus menuju ke Sempadan Malaysia - Thailand yang berada 3km dari station minyak ini.

Check Point #05

Kami sampai disempadan pada pukul 4.15 petang. Di Immigration Malaysia (N 6.69598, E 100.17941), kami hanya menghulurkan passport style "Drive Thru" tanpa berhenti untuk di scan.


Kami terus menjejakkan kami ke bumi Thailand. Motorsikal diparking bersebelahan dengan Bangunan Immigration Thailand dan seperti biasa bayaran dikenakan sebanyak RM 2/orang semasa menyerahkan passport untuk dicop dan RM 5 untuk proses membawa masuk kenderaan ke Thailand. Alhamdullilah, semuanya berjalan dengan lancar
























Kami berhenti seketika dibarisan kedai beratapkan zin di kiri dan kanan jalan berhampiran dengan bangunan Immigration Wang Prachan ini. Apa lagi, isteriku terus turun dan menuju ke kedai tersebut. Isteri membeli 5kg buah dokong yang berharga RM2/kg. Memang murah jika dibandingkan dengan Pasar Semenyih RM 5/kg.




























Check Point #06

Perjalanan diteruskan lagi menyusuri perkampungan dengan lanskap gunung-ganang yang hijau yang menyejukkan. Terdapat beberapa buah masjid di kiri dan kanan sepanjang perjalanan. Kami meneruskan perjalanan ke Masjid Misbahuddin, Ban Khuan, Satun, Thailand (N 6.70491, E 100.06537). Aku telah meminta bantuan Joe dan isterinya, Pn Karlisa untuk menempah bilik untuk kami di Pak Bara. Mereka berdua merupakan peneraju utama untuk Tadika Misbahuddin yang terletak bersebelahan dengan masjid yang mengajarkan ilmu agama dan Bahasa Melayu untuk kanak-kanak berumur dari 6 hingga 12 tahun (Sabtu & Ahad sahaja). Alhamdullilah dengan usaha gigih mereka berjaya membina 3 tingkat bangunan sekolah. Ianya masih lagi dalam proses pembinaan. 

Kami bersolat jamaak secara berjemaah di masjid ini



Kami sempat bergambar dengan Imam Masjid, Hj Ali dan Pengasas Tadika Misbahuddin, En. Ali (Ayah kepada Pn Karlisa).






























Check Point #07


Setelah bersalam-salaman kami meneruskan perjalanan menuju ke Pak Bara. Joe dan Pn Karlisa menaiki kereta menunjuk jalan ke Rim Khao Resort. Disebabkan kesesakan jalanraya, aku menghubungi mereka untuk bergerak terlebih dahulu menuju ke Pasar Malam (N 6.84912, E 99.73713di Pak Bara. Boleh dikatakan kesemuanya penjual adalah muslim dan sesetengah dari pada mereka boleh bertutur dalam Bahasa Melayu. Terdapat beraneka juadah yang enak-enak dijual disini, yang paling menarik bagi kami adalah ais krim kelapa (Baht 40)!

Anda boleh lah menghubungi En Joe/ Pn Karlisa (Tel/Whatapps) di +66-62972-8939 untuk tempahan bilik di Pak Bara / Koh Lipe dan pembelian tiket speedboat ke Koh Lipe.




Hotel Rim Khao Resort

Joe membawa kami ke Rim Khao Resort (N 6.85185, E 99.76339yang terletak 2km dari Pasar Malam. Biliknya sungguh cantik dan selesa berharga Baht 650 (~RM 75). Kami meminta tolong Joe untuk membelikan tiket Speedboat ke Koh Lipe yang berharga Baht 1,200 (Pergi-Balik). 

Setelah bersiap-siap dan menunaikan solat jamaak, kami ke Restoren Kuala Bara (N 6.85050, E 99.73447) untuk makan malam. Menu kami adalah, tom yam, ikan siakap tiga rasa, sotong celup tepung, som tam, telur dadar dan sayur khailam. Sungguh enak dan murah, Baht 350/orang. Highly recommended.

Day 2: 20 September 2015 (Ahad)

Kami memulakan hari kami dengan solat subuh secara berjemaah di Masjid Bantalosai, Pak Bara (N 6.84626 E 99.75203) yang terletak 1km dari hotel kami menginap. 





































Aku terkejut apabila bertemu dengan Hj Amit Jaafar yang merupakan bekas pekerja Petronas (retirement) yang pernah bertugas bersamaku di Addis Abba, Ethiopia, lapan tahun yang lepas. Sungguh tak disangka. Beliau dan isteri dalam perjalanan bercuti di Thailand. Aku mengajak semua untuk bersarapan pagi di sebuah warung berhampiran masjid (N 6.84666 E 99.75131).























































Kami pulang ke hotel dan bersiap-siap untuk ke Jeti Pak Bara (Pier). Kami mengambil peluang untuk bergambar sebelum check out. Kami berkongsi menyewa sebuah bilik untuk meletakkan barang-barang kami seperti helmet, riding jacket dan riding boot.







































Kami seterusnya menuju ke tempat meletak motor yang terletak berhampiran dengan Jeti Pak Bara (N 6.85926 E 99.72454). Parking yang agak selamat dan berbumbung berharga Baht 100/hari.

Kami menaiki sebuah truck pick-up untuk membawa kami ke Jeti Pak Bara. Sungguh seronok dapat bersesak-sesak diatas pick-up tersebut saling tak tumpah seperti pekerja buruh ingin pergi berkerja.




Kami bersarapan pagi disebuah Restoren Muslim yang terletak 50m dari Jeti. Selepas bersarapan kami tawaf kedai berhampiran, semua membeli topi dan sunglass disini.




























Kami seterusnya menuju ke Pier Pak Bara (N 6.86039, E 99.72160). Bayaran Baht 50/orang dikenakan semasa memasuki jeti. Agak lama juga kami menunggu di jeti. Kami menaiki Ploysiam Speedboat (Adang Sea Tour) dan hanya sebuah speedboat sahaja setiap hari ke Koh Lipe. Kami menaiki speedboat pada pukul 10.30 pagi waktu Thailand.

























Kami bergambar di Pak Bara Pier.






Speedboat ini boleh memuatkan 40 orang penumpang dan dilengkapi dengan life jacket. Speedboat ini menggunakan 4 unit 225 HP motor dengan purata kelajuaan 50km/jam.



























Perjalanan menaiki speedboat dari Pak Bara Pier ke Koh Lipe Pier mengambil masa selama 2 jam (60km). Satu pengalaman yang menarik bagi kami semua.






























Setelah sejam setengah berlalu, tiba-tiba speedboat memperlahankan pergerakkan dan berhenti di sebuah pulau kecik berhampiran Koh Lipe, iaitu Koh Khai (Pulau Telor - Egg Island). Subhanallah, pemandangan disini sungguh mengkagumkan. Kami turun disini lebih kurang 15 minit untuk bergambar. Airnya sungguh biru dengan pasir putih yang halus.









































Kami meneruskan perjalanan ke Pulau Koh Lipe. Kami sampai di Platform Koh Lipe. Speedboat tidak dibenar menghampiri Pulau Koh Lipe kerana terdapat banyak rumpunan batu karang di sekitar pulau ini.




Dari Platform ini, kami menaiki "Long Tailed Boat" atau dikenali sebagai "Taxi Boat" (bot sangkut) untuk ke pulau. Bayaran dikenakan sebanyak Baht 50/orang untuk menaiki Taxi Boat ini.







































Perhatian yang tinggi diperlukan semasa menaiki Taxi Boat dari platform, terutama sekali apabila ombak besar terhasil dari bot-bot lain yang lalu lalang di kawasan tersebut. Pasti barang-barang berat dihulur ke dalam bot sebelum anda melangkah masuk ke bot.

Subhanallah, sungguh jernih air laut disini.







Kami sampai di pulau pada pukul 1:30 petang.

 Kami telah disambut oleh 2 orang pekerja Mali Resort di Jeti.


Dari jeti kami dibawa ke Mali Resort dengan menaiki tut (pick-up) menyusuri jalan offroad.

Pantai Koh Lipe boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:
  • Pattaya Beach
  • Sunrise Beach
  • Sunset Beach
Pattaya Beach

Pantai utama di Koh Lipe .Terletak di sebuah teluk besar yang terlindung.Pantai diliputi  dengan pasir halus yang lembut, air biru yang jernih dan baik untuk aktiviti snorkeling . Terdapat pelbagai pilihan tempat penginapan di Pantai Pattaya, tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini terdapat trend untuk membina resort yang lebih besar dan lebih mewah.


Terdapat berpuluh-puluh bar dan restoran di pantai atau di sudut di Walking Street. Pada musim puncak,kawasan ini  agak sibuk. Anda sekadar berjalan kaki 15 minit untuk lari dari kesibukan di Walking street.

Sunrise Beach (Hat Chao Ley)

Sunrise Beach menampilkan sebuah pantai yang putih lagi bersih di teluk yang cetek dan luas. Ia dilindungi dari cuaca tengkujuh di musim rendah (low season), dan mempunyai tiupan angin yang nyaman sepanjang hari pada musim puncak. Terdapat sebuah Sekolah, hospital dan kecil kampung Chao Ley berhampiran.

Penginapan adalah lebih banyak disini daripada di Pantai Pattaya, dan masih terdapat beberapa tempat murah di sekitar. Beberapa resort mewah telah dibuka sejak beberapa tahun yang lalu. Terdapat beberapa restoran kecil dan kedai-kedai di dalam dan berhampiran Sunrise Beach.

Sunset Beach (Hat Pramong)

Pantai Sunset terletak disebuah teluk kecil menghadap barat ke seluruh kumpulan pulau itu, dan, seperti namanya sunset beach, adalah tempat yang terbaik untuk menonton matahari terbenam, atau kapal pelayaran menyesurinya. Aman dan santai, bar dan restoran dibina dengan kayu hanyut. Ini memberi satu daya tarikan menarik. Jika anda ingin mendapatkan kelainan di Koh Lipe,pantai ini memang pilihan tepat. Anda seperti berada di  lima atau sepuluh tahun lalu.Pantai Sunset menyediakan anda suatu kehidupan yang 'lama' dan  cara tradisional pulau.

Penginapan antara pondok asas ala kampung hingga ke banglo terletak di dalam hutan rendang. Pembangunan kini rancak di dalam kawasan itu, dengan beberapa pusat peranginan baru disamping mengekalkan keaslian. Terdapat beberapa tempat-tempat yang bagus untuk makan dan minum di kawasan itu. Anda perlu  berjalan 10 hingga 15 minit untuk ke Walking Street dan pantai yang lain.

(Sources:http://visitsatun.blogspot.my/2014/11/pantai-koh-lipe-pak-bara-satun-thailand.html)

Mali Resort

Mali Resort terletak di Pattaya Beach. Lokasi sungguh tenang jauh dari kesibukan orang ramai. Senibina chalet/ banglonya sungguh menarik.





 Terdapat 5 pilihan bilik di sini:
  • Balinese Luxury Beachfront [RM 400/day (Low) & RM 900 (Peak)]
  • Balinese Luxury Ocean View [RM 350/day (Low) & RM 730 (Peak)]
  • Balinese Tropical Villas [RM 270/day (Low) & RM 680 (Peak)]
  • Beachfront Garden Wing [RM 300/day (Low) & RM 550 (Peak)]
  • Garden Wing [RM 230/day (Low) & RM 430 (Peak)]
High Season: November - Early May
Peak Season: 15 December - End of February
Low Season: May - October

Kami menginap di Balinese Tropical Villas (Couple) dan Garden Wing (Solo).

Balinese Tropical Villas




































Garden Wing


























Selepas bersiap-siap, kami berjalan kaki menuju ke "Walking Street" yang terletak tidak berapa jauh dari Mali Resort untuk makan tengahari. Kami berhenti di Bung Roon Restoren (Halal Food) tapi menyediakan minuman keras. Kami beredar dari situ untuk mencari restoren halal yang lain.























































Kami menyusuri Walking Street sehingga terlihat Restoren Roti Mina.





Kami menjamu selera disini. Restoren ini menyediakan aneka jenis roti dan masakan panas yang enak-enak. Selepas makan tengahari, kami mengambil kesempatan untuk menronda di seluruh pulau dengan menaiki tut bermotorsikal yang boleh memuatkan 3 orang penumpang. Bayaran dikenakan sebanyak Baht 400 untuk pusing satu pulau (1 jam). Kami bertemu dengan pemandu tut yang berasal dari Pattani, Bushree yang menjadi pemandu pelancong bagi kami. Sekiranya anda sampai di pulau ini bolehlah menghubungi beliau (telepon): +66-93-7516083.

Pengalaman menaiki tut di Koh Lipe memang menarik. Boleh dikatakan sistem jalanraya di pulau masih lagi belum siap sepenuhnya. Mereka membuat jalanraya menggunakan simen binaan dan dicat biru di sebahagian tempat. Sebahagian besar jalan adalah offroad. Menaiki tut dijalan offroad ini umpama roller coastal yang menyeramkan.







Kami ke Sunrise Beach dan Sunset Beach. Mereka membawa kami melihat dengan lebih dekat hotel-hotel yang terdapat di Koh Lipe. Hotel-hotel mempunyai keunikan tersendiri dari segi senibinanya dengan berlatarbelakang pantai dan bukit yang cukup mengkagumkan kami. Subhanallah.

Setelah satu pulau kami jelajahi. Kami terus pulang Mali Resort untuk acara mandi-manda sehingga senja muncul. Sungguh best mandi di sini, airnya jernih sehinggakan ikan di dasar pun boleh nampak. Terdapat banyak rumpunan batu karang disini. Pantainya tenang kerana ombaknya tidak terlalu ganas.

Setelah bersiap-siap, kami sekali lagi ke Walking Street untuk makan malam. Ramai diantara kami yang mengambil kesempatan untuk massage terlebih dahulu sebelum makan. Aku dan Isteri, Rujhan dan Shuhami terus Restoren Roti Mina.

Selesai makan, kami meronda disekitar Walking Street untuk mencari oleh-oleh untuk dibawa pulang. Aku dapat perhatikan terdapat beberapa buah lagi restoren halal disini antaranya Raklay Seafood dan Khonlay Thaifood. 



Day 3: 21 September 2015 (Isnin)

Aku dan isteri bersiar-siar di tepi pantai sambil melihat keindahan matahari terbit.


































































Kami bersarapan pagi di hotel. Pihak hotel telah menyediakan perkhidmatan bot (Long Tailed Boat) untuk ke platform. Kami bergerak dari hotel pada pukul 8.30 pagi waktu Thai. 



 Penjaga kaunter yang fasih berbahasa Melayu.




























Koh Lipe kami tinggalkan. Kami bergerak balik ke Pak Bara pada pukul 9.30 pagi menaiki Speedboat Ploysiam. Alhamdullilah, kami sampai ke Pak Bara dalam masa 1jam setengah kerana keadaan cuaca yang sungguh baik.




Setibanya kami di jeti, pengusaha parking motorsikal kami tercegak menunggu untuk membawa kami ke parking. Setelah proses mengambil motor kami terus ke Restoren Muslim yang berhampiran Pier (Jeti) untuk makan tengahari.




























Selepas itu kami menuju ke Rim Khao Resort. Dipertengahan jalan isteriku ternampak gerai menjual cempedak, apalagi 3 biji buah cempedak disumbat masuk dalam box.




Kami bergerak pulang pada pukul 2 petang setelah Solat Jamaak Zohor dan Asar.

Check Point #08

Kami memasuki Malaysia melalui border Wang Prachan - Wang Kelian sebagaimana kami masuk ke Thailand tempoh hari. Kami berhenti seketika di gerai buah-buahan, kali ini 3kg dokong jadi habuan. Proses di Kastam dan Immigration berjalan lancar dan kami terus ke Caltex Wang Kelian untuk mengisi penuh minyak.

Check Point #09

Dari Wang Kelian kami terus ke station minyak Shell di Bertam, Pulau Pinang untuk mengisi minyak dan beristirehat seketika.




























Check Point #10

Hujan lebat di Juru menyebabkan kami basah kuyup. Perjalanan diteruskan lagi menuju ke R&R Tapah. Keadaan traffik sungguh sesak sebelum memasuki Terowong Menora kerana berlakunya kemalangan jalanraya. Shuhami mengetuai konvoi untuk membuka laluan untuk kami semua. Kami sampai di R&R Tapah pada pukul 7.30 petang.

Kami solat dan makan malam disini. Setelah bersalam-salaman, kami bergerak ke destinasi masing-masing.

 Check Point #11


Aku dan isteri bermalam di Bidor, Perak, 20km dari R&R Tapah.

Day 4: 22 September 2015 (Selasa)

Aku bergerak pulang ke Semenyih dan sampai pada pukul 2 petang.

--------------------------------TAMAT-----------------------------------

Comments

  1. Thank you for your comprehensive reporr.

    ReplyDelete
  2. Sheikh punya write up memang A1... terasa macam ada sekali dalam group ni.... Som Tam tepi pantai tu memang terbaik dibandingkan keseluruhan Siam yg pernah dilawati... Ada satu kedai Sup Daging terbaik dipersimpangan laluan Satun-Hatyai (sebelum Ratthapun).. bagi saya ianya No.1 di Siam...kordinat nanti saya semak balik...

    ReplyDelete
  3. Biasa-biasa jer....Mmg kami order 2 pingan som tam.....hj bagi coordinate nanti saya update dlm list

    ReplyDelete
  4. salam tuan.. nak tnya dekat pak bara tu.. parking moto area mana ya. .saya check dlam google tak jmpa. then side box dgn top box smua simpan dkt hotel ka atau simpan dkt moto saja.. planning nak ride blan 10 masuk koh lipe

    ReplyDelete
  5. Salam, tak boleh bawa motor ke ke koh lipe?

    ReplyDelete

Post a Comment