Skip to main content

Featured

HIKING EDITION: GUNUNG BEREMBUN (1014M)

 HIKING EDITION: GUNUNG BEREMBUN (1014M) Line-ups: 1-Najib 2-Ajima 3-Hidayah 4-Shila 5-Mira 6-Mirul 7-Priya 8-Rathi 9-Ikmal 10-Teacher Lim 11-Kartik 12-Nida  13-Subha 14-Ramesh 15-Awin 16-Dhuha 17-Nizam 18-Norlailah 19-Khadijah 20-Yusria 21-Nasuha 22-Mutalib 23-Eyra 24-Nurul 25-Habibah 26-Aswade 27-Hana 28-Adib 29-Hazirah 30-Syahril 31- RAJ 32- Nik Lutfil 33-Maha 34-Maricel 35-Gowri 36-Aiman 37-Amanda 38-Naim 39- Dilip babu 40-Naufal 41-Fahmi 42-Liya MGP: Saiful (SHF Adventure) Berembun Trailhead Check Points (CP): CP#01: Lata Berembun CP#02: Gua Kambing CP#03: Puncak Gunung Berembun (1014m) CP#04: WW2 Crash Site Distance/ Time: Trailhead - CP#01 : 1.8km (45 minutes) CP#01 - CP#02 : 1.9km (1 hours 30 minutes) CP#02 - CP#03 : 1.1km (1 hour) CP#03 - CP#04 : 2.6km (1 hour) 08 Nov 2025 - Sabtu Aku mengambil kesempatan berada di Negeri Sembilan untuk mencari lagi gunung-gunung yang boleh aku hiking pada trip kali ini. Alhamdullilah aku jumpa dalam tik tok SHF Adventure mengenai hik...

RIDE UDANG GALAH (KUALA ROMPIN & PEKAN, PAHANG)




 Alhamdullilah kami telah berjaya mengadakan Kembara Udang Galah di Leban Chondong, Kuala Rompin, Pahang pada 04 - 05 April 2015 sejauh 650 km. Kembara kali ini disertai oleh:

1. Hj Rujhan Hj Mat
2. Marizam Maridan
3. Mohd Aswade Ali
4. Razita Mohd Ariffin

Day 1: 04 April 2015


RV kami adalah di Kedai Kopi Borak, Prima Saujana, Kajang (N 03.00940, E 101.80394). Aku dan isteri merupakan orang yang pertama sampai di sini kerana rumah kami berhampiran dengannya. Kemudian Shuhami (Abg Mie) tiba dan diikuti dengan yang lain. Beberapa bikers yang lain turut bersarapan bersama-sama kami; Ard, Dimyati dan Jamal. Kami bergerak menuju ke Kuala Rompin pada pukul 9 pagi.










Rujhan menjadi marshal (depan), Marizam (tengah) dan aku sebagai sweeper (belakang)


Jarak perjalanan dari Prima Saujana - Leban Chondong, Kuala Rompin adalah 250km, melalui Pekan Kuala Pilah, Batu Kikir, Serting, Felda Keratong dan Bandar Muadzam Shah. Jalannya agak kecil dan agak sibuk dengan kenderaan berat seperti trailer dan lori. Pemandangan kebun kelapa sawit di kiri dan kanan jalan.

Aku dan Marizam terpisah dengan Rujhan semasa melalui kawasan Serting - Keratong kerana beliau berhenti menunggu kami ditepi jalan dan terlepas pandang apabila kami memotong deretan lori di kawasan itu. Mujurlah beliau menghubungiku dan meminta kami menunggu beliau di Simpang tiga (T-junction) menuju ke Muadzam Shah (Lebuhraya Tun Razak).

Marizam pula memecut laju kerana beranggapan Rujhan masih lagi jauh dihadapan. Aku berhenti dipersimpangan itu dan menghantar mesej kepada Marizam supaya menunggu kami di Bandar Muadzam Shah.

Beberapa minit kemudian Rujhan pun sampai dan kami berkumpul kembali (regroup) di Petronas, Bandar Muadzam Shah.

Perjalanan dari Bandar Muadzam Shah ke Leban Chondong sejauh 56km sahaja. Agak mencabar kerana cuaca yang panas terik.

Gerai Makan Azizah, Leban Chondong, Kuala Rompin, Pahang

Kami sampai di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R), Leban Chondong (N 2.89557, E 103.42534) pada pukul 12 tengahari.










Kami sampai di sini agak awal, kedai masih lagi lenggang ketika itu.

Kami memilih untuk makan di gerai makan No.2 - Gerai Makan Azizah yang menyediakan aneka pilihan makanan yang terbaik.

Udang Galah Gred A (seperti yang ku pegang) yang siap dimasak adalah RM 15 seekor (masak tomato) manakala Udang Galah Gred B (masak lemak) RM 10 seekor.

Makan best sangat. Highly recommended.

Harga Udang Galah (yang siap dimasak)

Gred A (Big Size) - RM 15/ ekor - (Masak Tomato)
Gred B (Medium Size)- RM 10/ ekor (Masak Lemak Kuning)

Harga Udang Galah (Mentah - Frozen)


Gred A (Big Size) - RM 60/ kilo (~ 5 ekor)
Gred B (Medium Size)- RM 55/ kilo (~20 ekor)

Marizam dan Rujhan membawa pulang udang galah yang disejuk beku (frozen).


Kami menyambung lagi perjalanan kami menuju ke Pekan sejauh 73km. Perjalanan yang menarik dengan pemandangan pantai di sebelah kanan jalan. Tapi sayang kawasan ini tidak dimajukan untuk tujuan pelancongan. Tiada chalet dan hotel di kawasan ini.

Kami memberhentikan perjalanan di Nenasi untuk mencari chalet di kawasan ini tetapi gagal menemui chalet yang baik. Kami meneruskan perjalanan ke Pekan. Kami sampai di sana jam 2.30 petang.

Kebanyakkan hotel telah penuh kerana terdapat majlis perkahwinan anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib pada harini.

Kami berhenti di Petronas Bandar Pekan untuk bertanya tentang hotel. Aku menyeberangi jalanraya bersama isteri untuk membeli buah tembikai untuk menyejukan tubuh kami yang kepanasan.

Akhirnya kami menemui Melati Inn (N 03.50052, E 103.38474) yang terletak di kawasan yang aman damai dan strategik yang berhampiran dengan Bandar Pekan. Harga bilik disini untuk Twin Single Bed - RM 130, Queen Bed - RM 190.



Murtabak Mengkasar, Pekan, Pahang

Setelah berehat dan solat jamaak, kami ke Restoren Murtabak Mengkasar (N 03.49890, E 103.38258) jam 4.30 petang (Restoren beroperasi bermula jam 4 petang)








Harga murtabak:

1. Murtabak biasa -   RM 7.00
2. Murtabak Special- RM 9.00

Hanya murtabak daging sahaja yang dijual disini tiada murtabak ayam disini. Mengkasar diambil sempena nama kampung tersebut, Kg Mengkasar, Pekan, Pahang.

Memang best dan puas hati. Saiz murtabaknya agak besar jika dibandingkan dengan yang lain. Dagingnya dipotong secara "slice" bukannya daging kisar yang biasa kita makan di pasar ramadhan. Murtabak ini jugak tidak dimasukkan kubis. 

Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan

Seterusnya kami ke Muzium Sultan Abu Bakar (N 3.49349, E 103.39090) untuk bergambar di sini.










Pekan Riverfront


Seterusnya kami ke Pekan Riverfront (N 3.49155, E 103.39738) untuk menikmati pemandangan Sungai Pahang di waktu petang.





Day 2: 05 April 2015 (SUNDAY)


Kami solat subuh secara berjemaah di Masjid Sultan Ahmad Shah (Masjid Lama)(N 3.49601, E 103.38813).




Setelah selesai solat subuh, kami bersiap-siap untuk meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Kami mengambil peluang untuk bergambar sebelum bergerak.






Kami bertolak jam 8.30 pagi dan bersarapan pagi di sebuah gerai di Peramu bersebelah station Petronas.

Perjalanan diteruskan melalui lebuhraya LPT. Perjalanan lancar, kami berhenti seketika di R&R Temerloh and R&R Gombak untuk berehat dan mengisi minyak.

Alhamdullilah kami semua selamat sampai dirumah masing-masing lebih kurang jam 1 petang.

--------------------------------------TAMAT-------------------------------------------

Comments

Post a Comment