Skip to main content

Featured

HIKING EDITION: YONG YAP (2168M)(G7) VIA GEPEH HILIR

  HIKING EDITION: GUNUNG YONG YAP ( 2168M )(G7) VIA GEPEH HILIR Alhamdullillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana aku berjaya mendaki Gunung G7 yang kedua ku iaitu Gunung Yong Yap dengan ketinggian 2,168m (7,113 ft). Kali ini aku mengikuti group yang dikelola oleh CM (Cameo Outdoors). Aku sudah 2 kali bertemu dengan CM di Gunung Yong Belar ditempat yang sama, iaitu di Kem Kasut. Aku tak mengenalinya secara dekat tapi aku dapat rasakan ada yang istimewa tentang beliau. Ini adalah pengalaman pertamaku Hiking & Camping dengan membawa load hampir 20kg. Memang best bersama teman-teman hiking yang sporting. Terima kasih teman-teman semua atas satu pengalaman yang indah. Gunung Yong Yap  Gunung Yong Yap yang bersempadan dengan negeri Perak/Kelantan mempunyai ketinggian 2,168 meter (7,113 kaki). Gunung Yong Yap termasuk dalam senarai tujuh gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia yang berketinggian lebih daripada 2,134 m (7000 kaki) atau dikenali sebagai G7 oleh pendaki tempatan. G...

RIDE TO SELERA RIMBA (KUALA SELANGOR)

Sempena cuti Krismas 2014 (25th Dec 2014), kami telah mengambil kesempatan untuk ride dalam Malaysia sebagai satu latihan untuk Ekpedisi Tahunan kami ke Cambodia pada 14-21 Feb 2015 ini. Perjalanannya sejauh 360km yang pemandangan yang sungguh cantik.



Konvoi kali ini telah sertai oleh 7 orang peserta (AP Bikers) dengan 4 buah motorsikal seperti berikut:

1. En. Razali -       R1200GS AC
2. Pn. Suhaila       (Pillion)
3. En. Norkhairil   R1200RT  LC
4. Pn Zalihar         (Pillion)
5. En Rujhan -       R1200GS  LC
6. En Aswade -      R1200GS  LC  
7. Pn Razita           (Pillion)

Kami berkumpul (RV) di R&R Jejantas Sungai Buloh (N 3.18764, E 101.58607) pukul 8 pagi. Kami dapat perhatikan terdapat ramai group-group motorsikal berkuasa tinggi telah berkumpul disana untuk ride ke distinasi masing-masing.

Kami memulakan perjalanan ke Selera Rimba pada pukul 8.30 pagi setelah bersetuju untuk bersarapan pagi di tempat lain kerana R&R Sungai Buloh terlalu sesak dengan orang ramai.

Kami berhenti seketika untuk bersarapan pagi disebuah kedai mamak di Kuala Selangor.


Perjalanan diteruskan lagi melalui Tanjung Karang dan Sekinchan sehingga ke Kampung Sungai Limau kami membelok ke kanan.

Subhanallah, perjalanan menerusi Jalan Sungai Panjang sungguh mempersonakan dengan landskap sawah padi yang menghijau, sungguh mengkagumkan. Kami mengambil kesempatan ini untuk berhenti seketika di sini untuk sesi fotografi.








Akhirnya kami sampai di Restoren Selera Rimba (N 3.7087421, E 101.1743999) jam 11.00 pagi. Kami merupakan pelanggan yang pertama pada harini. Selere Rimba menawarkan masakan ala Jawa dan Banjar yang menyediakan masakan hidupan exotic seperti landak, burung ruak-ruak, rusa dan lain-lain.

Terdapat banyak foto-foto dan sticker yang ditampalkan diruang belakang restoren tersebut. Apa yang menarik perhatianku adalah gambar pelanggan restaurant yang menaiki helicopter persendiriaan untuk merasai makanan disini.





Menu kami makan tengahari kami adalah Udang (Gred A) Masak Lemak, Rendang Landak, Burung Puyuh Goreng, Daging Rusa Goreng, sayur-sayur dan Teh O Ais Asam Boi. Sungguh menyelerakan.

Aku mengambil peluang ini untuk masuk ke dapur restaurant ini untuk melihat sendiri udang yang bakal dimasak untuk kami.

Harga disini jugak agak berpatutan. Purata bayaran RM 50/ orang.







Setelah menjamu selera, kami memulakan perjalanan pulang melalui kawasan ladang kelapa sawit yang luas melalui Felda Gedangsa untuk terus ke Pekan Behrang dan Lebuhraya Utara Selatan (E1).

Kami sampai di Semenyih jam 3ptg.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Comments