Skip to main content

Featured

Kembara Pengubat Rindu

 Kembara Pengubat Rindu Alhamdullilah, kami telah berjaya mengadakan satu pengembaraan setelah hampir 2 tahun kami tidak ride bersama-sama. Ride terakhir kami adalah Ride Himalaya pada tahun 2019. Route kami kali ini adalah: Kuala Terengganu - Sungai Petani - Hatyai - Yala - Pattani - Betong - Penang - Jeli - Kuala Terengganu Day 01: 14 May 2022 Kuala Terengganu - Sungai Petani (412 km) Kami memulakan perjalanan agak lewat sikit harini kerana aku terpaksa menunggu isteriku tiba di Kuala Terengganu dari Kuala Lumpur menaiki kapal terbang. Kapal terbang AirAsia mendarat pada pukul 10:50 pagi di lapangan terbang Kuala Terengganu. Selepas saja makan tengahari kami terus pulang rumah untuk bersiap-siap. Kami memulakan perjalanan pada pukul 12:40 tengahari. Kami melalui Banjaran Titiwangsa (Jeli - Gerik) yang mengambil masa 4 jam 30 minit untuk sampai ke Castella Cafe. Cuaca harini sungguh panas sepanjang perjalanan. Sampai di sini saja, isteriku terus terjun dalam air sungai sangat sejuk. T

Ride to Pak Bara, Satun, Thailand


RIDE TO PAK BARA, SATUN, THAILAND




Alhamdullilah, kami sekali lagi telah berjaya mengadakan satu "Short Ride" ke Pak Bara, Satun. Ride pada 24 - 25 October 2014 (2 hari 1 malam) yang telah disertai oleh:

a. Mohd Razali Adnan - Ketua Rombongan
b. Tn Hj Rujhan Mat - Ketua Biro Agama
c. Mohd Aswade Ali - Ketua Perancang / Marshal
d. Razita M. Ariffin

Jarak Perjalanan: 750 km (9 jam)

Jumaat, 24th October 2014

RV kami di Petronas R&R Rawang pada pukul 8 pagi. Setibanya aku disana, mereka berdua telah berada disana maklumlah jarak perjalanan Semenyih - Rawang bukan dekat, 88km (1 jam - depend on traffic).

Aku dan isteri belum lagi breakfast, so apa lagi kami terus mendapatkan roti gardenia untuk mengalas perut yang kosong.




Tayar bergolek jam 8.30 pagi. Razali mengetuai rombongan kami kali ini. Keaadaan traffic Lebuhraya Utara Selatan (PLUS Highway) agak lengang.

Berhenti seketika di Station Minyak Caltex R&R Gurun jam 11 pagi untuk urusan insurans motor.

Kami meneruskan perjalanan ke Changlun untuk makan tengahari. Pada mulanya kami bercadang untuk makan tengahari di Restoren Haji Johari Pulut, tapi sayang restoren tutup pada hari jumaat. Akhirnya kami berhenti di sebuah restoren yang tidak jauh dari Restoren Haji Johari.



Kami meneruskan perjalanan border Wang Kelian melalui Chuping, Perlis. Jalannya agak menarik dengan corner-corner yang panjang serta pemandangan hijau yang menarik.

Laluan berbukit 16km sebelum sampai border memang mendebarkan jiwa apabila membawa muatan yang berat. 

Kami berhenti di Caltex Wang Kelian (N 06.68112, E 100.18708) untuk mengisi penuh minyak sebelum memasuki Thailand. Berlaku sedikit masalah teknikal semasa aku mengisi minyak, nozzle disini tidak set secara automatic shut off apabila minyak diisi penuh, apa lagi banjir minyak lah jawabnya.


Kami sampai di border dalam pukul 4.30 petang. Urusan immigration berjalan lancar.


Nasib kami kurang baik, sebaik saja masuk Thailand, hujan turun dengan lebat sekali sehingga basah kuyup kami dibuatnya.

Beberapa kilometer sebelum Satun hujan pun reda, kami pulak tersesat menuju ke Bandar Satun, akibat hujan lebat dan GPS ku mengalami masalah teknikal. Akhirnya kami menemui jalan ke Pak Bara Pier setelah setengah jam mencari dengan menanya penduduk tempatan Satun.

Kami sampai di Pantai Pak Bara jam 5.30pm. Kami berhenti seketika di sebuah pasar malam di tepi pantai Pak Bara. Razali dan Rujhan mengenakan ais krim yang dimasukkan kedalam kelapa muda.
Aku dan isteri membeli limau barli dan Kerabu Seafood Special...emm memang best. Kesemua penjual disini adalah muslim.






Pak Bara dahulunya dikenali sebagai "Langkasuka" yang terkenal sebelum kewujudan Kerajaan Melaka.

Kami menginap di Langka Beach Resort (N 06.84562, E 99.74310) yang merupakan sebuah resort baru disini yang menyediakan bilik berbentuk chalet yang mengadap ke pantai.



Setelah solat jamak zohor dan asar  dibilik, kami tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar matahari terbenam disini




Kami bersama-sama makan malan di Restoren Rimle Kitchen (N 06.85093, E 99.73364). Agak unik kerana makan secara bersila. Makanan seafood yang best.


Sabtu, 25th October 2014

Kami bertiga bersolat secara berjemaah di Masjid Al-Bahar, Pak Bara (N 06.85359, E 99.72803). Kebetulan Imam masjid tersebut tidak hadir, penduduk tempatan menyuruh aku mengimami solat subuh secara berjemaah. Aku menjemput Hj Rujhan untuk menjadi imam.






Setelah bersarapan pagi kami mengemaskan barang-barang untuk pulang ke rumah.


Sesi group photography:



Kami bergerak pulang jam 8 pagi, melalui Bukit Kayu Hitam.



Kami meneruskan perjalanan pulang. Kami bertemu dengan Bro Max di Petronas Tanjung Malim.


Aku dan isteri sampai jam 7 malam. Razali dan Rujhan sampai lebih awal dariku, 6.00 ptg.

-TAMAT-

Comments

  1. You are looking for a real financial loan company to procure a loan of 10,000 euros to 10,000,000 euros (for commercial or business loans, personal loans, personal loans, mortgage loans, car loans, debt consolidation loans, venture capital loans, health loans etc.))
    Or is he denied a loan from a bank or financial institution for any reason?
    Apply now and get a real financial loan. Processed and approved in 3 days.
    PACIFIC FINANCIAL LOAN FIRM  We are an international loan lender which provides real financials to individuals and companies at a low interest rate of 2% with a valid identity card or international passport of your country for verification.Loan repayments start at 1 (one) year after the loan is received and the repayment period is 3 to 35 years.

    For an immediate response and process your application for the border within 2 business days
    Contact us directly through this mail: pacificfinancialloanfirm@gmail.com

    Contact us with the following information:

    Full name: ____________________________
    The amount of money needed as a loan: ________________
    Credit term: _________________________
    The purpose of the loan: ______________________
    Birthday: ___________________________
    Gender: _______________________________
    Marriage Status: __________________________
    Contact address: _______________________
    City / ZIP Code: __________________________
    Country: _______________________________
    Occupation: ____________________________
    Mobile phone: __________________________

    Send your request for an immediate response to: pacificfinancialloanfirm@gmail.com

    thank

    Chief Executive Officer Mrs. Victoria Johnson

    ReplyDelete
  2. I was impressed by how quickly and easily I got an Expedited passport for an unforeseen family issue. Expedited services are convenient. After scheduling an appointment at my local passport office, the staff was helpful and kind despite the hurry. My passport arrived in a few days, easing my worry at a challenging moment. The extra money was worth it for peace of mind. For urgent travel, I suggest the expedited way.

    ReplyDelete

Post a Comment