HIKING EDITION: (G7) YONG BELAR (2181M)
HIKING EDITION: (G7) YONG BELAR (2181M) Alhamdullilah, syukur kehadrat Illahi kerana secara rasminya aku telah berjaya menawan Gunung G7 pertamaku di Gunung Yong Belar, Loging, Gua Musang, Kelantan pada pukul 10:20 pagi 06 December 2025. Terima kasih buat Outdoor Gank Adventure (OG) selaku penganjur yang telah merealisasikan impianku dan buat teman-teman hiking yang ku temui on-trek. Apa yang ku coret ini adalah sebagai sharing point untuk dijadikan simple guide pada mereka yang belum lagi sampai kesini ataupun menjadi ulangkaji bagi yang pernah menawannya. 1. Gunung G7 G7 merujuk kepada 7 buah gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia yang ketinggiannya melebihi 7,000 kaki (sekitar 2,134 meter) dan menjadi cabaran utama bagi pendaki tempatan. Gunung-gunung tersebut adalah: Gunung Tahan (2,187m) Gunung Korbu (2,183m) Gunung Yong Belar (2,181m) Gunung Gayong (2,173m) Gunung Chamah (2,171m) Gunung Yong Yap (2,168m) Gunung Ulu Sepat (2,161m) 2. Gunung Yong Belar Gunung Yo...

Comments
Post a Comment