HIKING EDITION: CORAL HILL, CAMERON HIGHLAND (1,573M)
HIKING EDITION: CORAL HILL, CAMERON HIGHLAND (1,573M) 07 December 2025 Aku mengambil peluang berada di Cameron Highland selepas menamatkan hiking ku di Yong Belar, Loging semalam, jadi aku mencari gunung atau bukit berhampiran untuk aku hiking. Bulan lepas aku ternampak satu hantaran di tik-tok Ikhwan Ismail (The TrekKings) mengenai "Coral Hill" yang sungguh menarik, so apa lagi. Booked - done!. Kami berkumpul di hadapan Surau Kampung Sungai Burung yang terletak berhampiran dengan Kuarters Perumahan JKR, Sg Burung pada pukul 9:00 pagi. Hanif telah ditugaskan untuk menjadi guide kami pada harini. Bersama aku, Mal dan sepupunya Farah (aku terlupa nama sebenarnya) akan menaiki Coral Hill pada pagi ini. Ketinggian (altitude) di parking 1,556m. Setelah taklimat ringkas diberikan, kami memulakan perjalanan naik ke Coral Hill. Yang kelakar, Hanif turut membawa kucing kesayangannya yang dimasukkan di dalam bag khas yang turut sama menaiki Coral Hill. Kami melewati kawasan kebun sayu...