Skip to main content

Featured

Kembara Pengubat Rindu

 Kembara Pengubat Rindu Alhamdullilah, kami telah berjaya mengadakan satu pengembaraan setelah hampir 2 tahun kami tidak ride bersama-sama. Ride terakhir kami adalah Ride Himalaya pada tahun 2019. Route kami kali ini adalah: Kuala Terengganu - Sungai Petani - Hatyai - Yala - Pattani - Betong - Penang - Jeli - Kuala Terengganu Day 01: 14 May 2022 Kuala Terengganu - Sungai Petani (412 km) Kami memulakan perjalanan agak lewat sikit harini kerana aku terpaksa menunggu isteriku tiba di Kuala Terengganu dari Kuala Lumpur menaiki kapal terbang. Kapal terbang AirAsia mendarat pada pukul 10:50 pagi di lapangan terbang Kuala Terengganu. Selepas saja makan tengahari kami terus pulang rumah untuk bersiap-siap. Kami memulakan perjalanan pada pukul 12:40 tengahari. Kami melalui Banjaran Titiwangsa (Jeli - Gerik) yang mengambil masa 4 jam 30 minit untuk sampai ke Castella Cafe. Cuaca harini sungguh panas sepanjang perjalanan. Sampai di sini saja, isteriku terus terjun dalam air sungai sangat sejuk. T

Procedures/ Requirement Memasuki Thailand Post Covid-19 (1 May 2022)


Persiapan Memasuki Thailand (Post-Covid-19)

Disini saya ingin kongsikan pengalaman saya memasuki Thailand pasca Covid-19 baru-baru ini. Anda harus beri perhatian tentang documents yang diperlukan sebelum anda menjejakkan kaki ke Bumi Gajah Putih.

Kemungkinan keperluan ini boleh berubah mengikut keadaan semasa. Ianya sebagai guideline untuk memudahkan anda untuk merancangkan perjalanan anda.

Document- document yang diperlukan adalah seperti berikut:

1. Passport

  • Pastikan anda mempunyai passport yang valid. Sekiranya tidak, anda boleh mengunjungi Jabatan Immigration yang terdekat ataupun boleh renew secara online di link ini Renewal Passport Online
  • Anda harus buat appointment secara online sekiranya bercadang untuk mengunjungi Jabatan Immigration di link di bawah ni STO2.0 
  • Bayaran RM 200 (13 - 59 tahun) dikenakan untuk renew Passport (RM 100 untuk warga emas).
  • Pastikan anda memakai pakaian/ tudung berwarna hitam.
2. Geran Motor / Road Tax
  • Pastikan anda membawa geran motor/ kereta yang original semasa memasuki Thailand
  • Pastikan Road Tax kenderaan anda juga hidup.
3. International Driving Permit (IDP)
  • Saya mensyorkan anda membuat IDP sebelum memasuki Thailand. Ianya memang menjadi salah satu requirement apabila berlaku kemalangan di sana.
  • Untuk membuat IDP, anda harus ke Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ).
  • Documents yang diperlukan untuk membuat IDP
    • 1 Salinan Kad Pengenalan
    • 1 Salinan Lesen Memandu
    • 1 keping gambar berukuran passport (Backgound putih)
    • Bayaran: RM 150


4. Vaccination Certificate
  • Boleh di download terus dari MySejahtera App (2 doses).
5. COVID-19 Travel Insurance Policy
  • Coverage sekurang-kurangnya USD 10,000 (1 May 2022) untuk kemalangan dan sakit termasuklah Covid-19.
  • Policy insurance ini haruslah cover sepanjang anda berada di Thailand. Boleh dipilih untuk 7 hari, 15 hari, 30 hari, 60 hari, 90 hari ataupun 180 hari.
  • Ianya dikira berdasarkan umur dan tmpoh kita berada di Thailand sebagai contoh, umur 38 tahun, 5 hari berada di Thailand - RM 70.
  • Boleh dibeli secara berkelompok, lagi jimat
  • Salah satu Insurance provider adalah AXA.
  • Untuk pembelian insurance AXA, boleh lah lawati link ini AXA Covid-19 Insurance.
  • Border pass tidak perlu Insurance Covid hanya Insurance kenderaan sahaja.
6. Hotel Booking

  • Selepas 1 May 2022, tiada lagi keperluan untuk menempah SHA+ Hotel (Safety and Health Administration) iaitu hotel yang diiktiraf oleh Tourism Authority of Thailand dan tidak lagi perlu untuk buat RT-PCR test on arrival.
  • Boleh booking seperti biasa melalui booking.com ataupun agoda.
  • Print siap-siap hotel booking confirmation anda.
7. Pre-departure RT-PCR Test
  • Hanya bagi yang tidak mengambil vaksin dan ingin mengelakan quarantine 5 hari di Thailand.
  • Haruslah di ambil dalam masa 72 jam sebelum memasuki Thailand.
8. ATK Self-Test (Swab Test)
  • Kerajaan Thailand recommend untuk membuat ATK Self-Test (Swab Test) dan resultnya haruslah di uploaded di MorCana App.  Siap-siap upload terus apps ni, tetapi hanya boleh di activate apabila anda berada di Thailand saja. Kalu ada apa-apa masalah boleh bertanya dengan staff hotel tempat anda menginap.
  • Beli siap-siap kits tu kat Malaysia. Seelok-eloknya yang menggunakan hidung bukannya yang saliva.


9. Thailand Pass

  • Haruslah di apply sekurang-kurangnya 1-2 hari sebelum memasuki Thailand.
  • Thailand pass - RM 20/ person
  • Untuk apply bolehlah melawat di sesawan ini-Thailand Pass Application
  • Anda meng-upload support document seperti Salinan Passport and COVID-19 Travel Insurance.
  • Thailand Pass ini berbentuk QR Code.

10. TM-6 (White Card)- Arrival Card / Departure Card
  • Setiap orang kena isi samada berjalan kaki mahupun berkederaan.
  • Boleh didapati di Immigration Thailand di Border ataupun kadang-kadang anda dapati nya di Pengurup Wang di sempadan.
  • RM 5 seorang
Arrival Card (Depan)
Arrival Card (Belakang)

Departure Card


11. TM2 - Information of Conveyance
  • Document bagi membawa masuk kenderaan ke dalam Thailand.
  • Document ini harus disimpan dengan baik-baik kerana akan diserah kembali ke Kastam Thailand apabila kita keluar nanti.
  • Document TM2
12. TM3 - Passenger List
  • Bagi yang membawa penumpang, haruslah mengisi document ini.
  • Document TM3
  • Borang ini boleh diperolehi di Kastam Thailand

13. Insurance Kenderaan di Thailand

Motor

  • Insurance wajib motor - RM 50
  • Voluntary short term Insurance (3 bulan/ 6 bulan/ 1 tahun) dan mengikut c.c motor. Harga dari RM 205.

Kereta

  • Insurance Kereta - ada voluntary seminggu, 2 minggu, 3 minggu dan sebulan. Dari harga RM150 hingga setahun, RM450. 
Perkhidmatan menyediakan Thailand Pass, Covid Insurance dan segala keperluan untuk memasuki anda bolehlah hubungi mereka untuk membantu anda:

1. Anas & Fairuz Services and Travelling (ANF)
  • 13, Jalan Teja 1, Taman Teja, 06010 Changlun, Kedah.
  • Contact No - Encik Fairuz: 019-6664087

2. Cikgu Burn
  • RTC Pekan Napoh hala ke Changlun (Tepi Lebuhraya PLUS)
  • Contact No - Cikgu Burn : 011-22172016


Bukit Kayu Hitam - Sadao Border

Apa yang anda harus buat?

Apabila sampai di Border Thailand kami membelok ke kiri dan parking kenderaan dihadapan bangunan Sadao Arrival Bondary Post.


A. Step 1: Pengesahan Thailand Pass di Screening Station
  • Bergerak ke kiri bangunan yang terdapat 4 kaunter dan khemah putih seperti gambar dibawah ini.
  • Anda harus menyerahkan Thailand Pass, White Card (TM6), Passport dan mengambil suhu badan.


B. Step 2: Urusan Immigration Thailand di kaunter No.9
  • Bergerak dengan kenderaan menuju ke Kaunter/ Post No.9 (sebelah kiri bangunan Sadao Bondary Post) untuk urusan kastam.
  • Anda hendaklah menyerahkan white card TM6 untuk disahkan dan dicop
  • Serahkan Form TM2 dan TM3 untuk disahkan dan dicop
  • Sekiranya anda first time memasuki Thailand, anda harus melalui proses imbasan 10 jari di sini.
  • Bayaran dikenakan sebanyak RM 2.

C. Step 3: Urusan Kastam Thailand di Sadao Custom House (belakang kaunter No.9)
  • Park kenderaan anda ditepi bangunan ini.
  • Documents yang diperlukan
    • Geran kenderaan (Original atau Certified copy dari Malaysia Authority)
    • Passport / Border Pass
    • Sekiranya pemandu (importer) bukan pemilik kenderaan:
      • Surat Kebenaran dari Pemilik
      • Salinan Kad Pengenalan Pemilik
    • Sekiranya kenderaan milik syarikat:
      • Surat Kebenaran dari syarikat.
      • Sijil Daftar Syarikat dari SSM.
  • Step di Customs House:
  • Step No.1
      • Serahkan geran motor, passport dan Form TM2.
      • Pegawai Custom di Kaunter No.1 akan mengeluarkan "Simplified Customs Declaration" sebanyak dua salinan. 
      • Tempoh sahlaku kenderaan boleh berada di Thailand selama sebulan dari tarikh memasuki negara ini.
      • AWAS, salinan harus diserahkan kembali kepada Customs Thailand apabila keluar nanti. Charge akan dikenakan per day min 1,000 THB per day atau max 10,000 THB per day sekira tamat tempoh sahlaku form ini.
  • Step No.2
    • 2 salinan harus di sign oleh pemandu (importer) dan diserahkan kepada pegawai Custom di Kaunter No.2.
    • Document tersebut akan dicop. Satu salinan akan diberi kepada kita dan satu salinan lagi disimpan di Kaunter No.2.
  • Step No.3
    • Bawa salinan anda ke Kaunter No.3 untuk Pegawai Custom Station sign dan approve.


D. Step 4: Selepas siap urusan di Sadao Customs House, bawa kenderaan anda keluar. Anda akan melewati palang security guard, disini anda harus menunjukkan passport yang ada cop kebenaran memasuki Thailand.

E. Step 5: Setelah palang dibuka anda harus bergerak dengan kenderaan ke Post Custom dihadapan (50m) dari Palang tadi. Pegawai custom akan meminta anda menunjukkan borang "Simplified Customs Declaration Form" tadi. Setelah pegawai tersebut bagi green light maka anda secara official dah masuk secara SAH! Tahniah!! kami mengambil masa 1 jam untuk settlekan semua itu.


Memasuki Malaysia
Border: Wang Prachan (Thailand) - Wang Kelian


Sesampainya di Custom Thailand, kami park motor di situ dan menyerahkan Borang "Simplified Customs Declaration".

Kami diarah untuk ke Immigration untuk cop passport dahulu. Kami juga menyerahkan borang TM2, TM3 & TM6 di sini.


Alhamdullilah settle kat Thailand, kami meneruskan urusan di Malaysia pulak. Apa yang harus lalui:
  • Serahkan passport kat Kaunter Immigration
  • Kena isi Traveller Form dalam mySejahtera procedure seperti dibawah. Pegawai KKM akan membantu anda.
  • Inspection/ Check kenderaan oleh Pegawai Kastam.


Apa yang berbeza, adalah anda dihendaki untuk mengisi borang Travellers Card di mySejahtera.


Alhamdullilah semua settle dalam masa setengah jam.

Comments

  1. terbaik tuan haji atas info yang amat berguna ini.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Moga saya struggle utk travel seperti en Aswade jg. it's not about the ride it's about the journey

    ReplyDelete
  4. Maaf bertanya Tuan, geran kereta original & international driving license memang di wajibkan ke sekarang untuk masuk sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geran kena original tapi ada kes yg dia terima yg photocopy sekiranya kereta/motor kita dah ada dlm system dia. IDP tu tak wajid...tapi preparation sekiranya berlaku accident di Thailand

      Delete
  5. Salam tuan. Sekarang ni memang kastam thai hanya scan barcode borang saje ke?.

    ReplyDelete

Post a Comment