Skip to main content

Featured

Kembara Pengubat Rindu

 Kembara Pengubat Rindu Alhamdullilah, kami telah berjaya mengadakan satu pengembaraan setelah hampir 2 tahun kami tidak ride bersama-sama. Ride terakhir kami adalah Ride Himalaya pada tahun 2019. Route kami kali ini adalah: Kuala Terengganu - Sungai Petani - Hatyai - Yala - Pattani - Betong - Penang - Jeli - Kuala Terengganu Day 01: 14 May 2022 Kuala Terengganu - Sungai Petani (412 km) Kami memulakan perjalanan agak lewat sikit harini kerana aku terpaksa menunggu isteriku tiba di Kuala Terengganu dari Kuala Lumpur menaiki kapal terbang. Kapal terbang AirAsia mendarat pada pukul 10:50 pagi di lapangan terbang Kuala Terengganu. Selepas saja makan tengahari kami terus pulang rumah untuk bersiap-siap. Kami memulakan perjalanan pada pukul 12:40 tengahari. Kami melalui Banjaran Titiwangsa (Jeli - Gerik) yang mengambil masa 4 jam 30 minit untuk sampai ke Castella Cafe. Cuaca harini sungguh panas sepanjang perjalanan. Sampai di sini saja, isteriku terus terjun dalam air sungai sangat sejuk. T

Di Mana Tembokmu Zulkarnain

Dimana tembokmu Zulkarnain
(Georgia & Armenia)


Pengembaraan kami (Aku dan Isteri) kali ini adalah Georgia dan Armenia. Aku mengambil peluang cuti umum yang panjang di Kuwait sempena National Day (25 Feb) dan Liberation Day (26 Feb) yang digabungkan pula dengan cuti hujung minggu sudah cukup 5 hari percuma apalagi jom jalan-jalan.

Georgia dan Armenia merupakan dua buah negara yang terletak dipergunungan Causasus di antara dua buah tasik daratan (masin) iaitu Black Sea dan Caspean Sea. Ia terletak di utara Turkey dan Iran dan di selatan Russia.

Sekarang ini musim sejuk (winter) bermula dari December hingga February dengan suhu 2 degree hingga 6 degree dan kebanyakan kawasannya dihujani salji. Persiapan haruslah disediakan lebih awal terutamanya pakaian yang sesuai dengan musim sejuk. 

Di Tbilisi, Georgia dan Yerevan, Armenia terdapat banyak juga restaurant halal di sana tetapi disebabkan kita selalu dalam perjalanan (on the move) persiapan untuk makanan haruslah disediakan, aku membawa rice cooker kecil (0.6 liter), beras, serunding dan ikan bilis goreng. Kami akan memasak nasi siap-siap di hotel dan dimasukan dalam beg galas kami. Bila-bila jer rasa lapar kami akan keluarkan bekalan makanan tersebut.

Kami mengunakan khidmat agen pelancongan Georgia iaitu Travel Door Georgia (https://traveldoor-ge.com/) yang mengadakan usaha sama dengan agent di Kuwait iaitu Kapiko Travel. Harganya sungguh berpatutan. Pekhidmatannya professional dengan tourist guide mereka yang fasih berbahasa Inggeris. Agak sukar juga untuk kita mengembara di suatu tempat yang rata-rata penduduknya tidak dapat berbahasa Inggeris.

Kami mengembara selama 7 hari 6 malam di dua buah negara sebetulnya memang memenatkan tapi kami gembira kerana dapat melihat tempat-tempat yang baru yang penuh dengan perbezaan budaya, bahasa, senibina dan karektor masyarakat tersebut.



Info Ringkas: 

Zulkarnain Penakluk Agung

Zulkarnain dalam bahasa Arab bermaksud pemilik dua tanduk (Mahkota perang yang mempunyai dua tanduk). Al-quran menceritakan mengenai Zulkarnain dalam surah Al-Kahfi ayat 82 - 98.

Al-Qurtubi menyebut Zulkarnain hidup sezaman nabi Ibrahim dan pernah menunaikan haji dan melaksanakan tawaf bersamanya pada 2000 BC. Nabi Khaizir A.S. adalah sepupu dan penasihatnya.

Saya berpendapat kemungkinan besar beliau adalah Cyrus the Great (Cyrus II) dari Kerajaan Parsi dan bukannya Alexander the Great dari Macedonia.


Kaum yang membantu Zulkarnain adalah Kaum Georgia purba yang dikenali sebagai kaum Kolchis dan Kaum Armenia yang hidup di pergunungan Caucasus.



 Masyarakat Georgia Purba
 Kaum Kolchis / Georgia dan Armenia













Sumber: 

  1. https://notahidupku.weebly.com/blog/siapakah-zulkarnain
  2. https://notahidupku.weebly.com/blog/pengembaraan-zulkarnain-dan-tembok-yang-dibina
  3. abusyahirah.blogspot.com
  4. Tafsir al-Munir-Dr. Wahbah az-Zuhaily
  5. At-Tibyan fi Tafsir al-Quran -Surah al-Kahfi- Dato’ Seri Tuan Guru Hj abdul Hadi Awang.
  6. Tafsir ‘Abrul Athir- Ustaz Ahmad Sonhaji Muhammad.

---------------------------------------------------------------------------------


Dengan lafaz Bismillah ku mulakan pengembaraan ini bersama isteriku.


Day 01: 21 Feb 2019

Kami bertolak dari rumah seawal jam 9.20 pagi menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait dan sampai di sana pada pukul 10.00 pagi. Kaunter Qatar Airline memang lengang masa kami sampai, kemungkinan kami datang terlalu awal. Sebenarnya untuk trip kali ini aku gunakan khidmat agen pelancongan Kuwait – Georgia (Kapiko – Travel Door). Group rombongan aku yang lain pun belum sampai.




Kami terus ke kaunter Qatar Airline untuk urusan check in dan terus masuk untuk urusan kastam dan immigration. Alhamdullilah semuanya berjalan lancar. Seperti biasa kami akan lepak-lepak di Master Card Lounge, sebab makan free kat lounge ini bagi yg ada master card tapi sekarang dah pindah dan diorang gunakan perkhidmatan Dasman Lounge (berhadapan gate 22).

Flight kami berlepas pada pukul 1.00 petang dari Kuwait dan sampai pada pukul 4 petang di Doha, Qatar (2 jam perjalanan). Kami transit selama 1 jam setengah. Perjalanan diteruskan lagi selama 3 jam untuk sampai ke Tbilis, Georgia. Hampir separuh penumpang kapal terbang adalah dari group kami.
























Kami sampai pada pukul 8.30 malam di Lapangan Terbang Tbilisi, Georgia. Waktu di Georgia 1 jam lebih awal dari Kuwait atau 4 jam lebih lewat dari waktu Malaysia. Lapangan terbang Tbilisi agak kecil lebih kurang saiz lapangan terbang Kota Bharu, Kelantan. Urusan immigration dan ambil bagasi sangat laju kerana geng-geng kita orang jer. Majoriti group adalah orang Philippine (Pinoy ataupun diorang panggil Kebayan). 

Untuk rakyat Malaysia visa tidak diperlukan tapi teringat balik, masam sungguh muka pegawai Immigration, tak senyum langsung. Macam nak makan orang jer. Dihempuknya passport aku ke meja. Mungkin adalah masalah hidup kot. Entahlah.


















Bendera Georgia seperti dibelakang itu, terdapat empat cross kecil dan satu cross besar yang berwarna merah dengan background berwarna putih.

Di luar terminal, agent kami Travel Door telah sedia menunggu kami dengan banner. Kami berkumpul dan sim card (Beeline) di beri satu simcard untuk satu keluarga. Settle jer bagi simcard, aku terus ke money changer tukar duit USD 400 dapat LARI 1026 (USD 1 = LARI (GEL) 2.60). Matawang dia LARI dan duit syilling dia dipanggil tetri (1 LARI = 100 tetri).

Kalau perhatikan tulisan dia memang aneh. Memang baca langsung. Tulisan dia sama dengan tulisan yang ada pada cincin Lord of the Ring.

Aku belikan satu lagi simcard buat isteriku (5 GB berharga Lari 38 = USD 15), boleh consider murah jugalah. Bersama-sama jurujual simcard di airport Tbilisi. Kaum wanitanya typically berwajah sama seperti dia.

Suhu tak lah sejuk sangat dalam 10 degree tapi berangin.

Rombongan kami dipecahkan kepada 3 hotel; Aku dan isteri ke Hotel GTM (3 bintang) dengan menaiki bas. Jaraknya tidak jauh dari Airport, lebih kurang 15 minit. Kami sampai di hotel jam 9.30 mlm. Bilik sangat ok. Bestnya dapat rehat.


Day 02: 22 Feb 2019

Pagi ni acara bebas sambil menunggu rombangan yg kedua yg akan sampai pukul 10 pagi di Tbilisi. Kami bersarapan pagi di hotel sambil menikmati pemandangan indah Tbilisi dengan berlatarbelakangkan banjaran gunung dan Sungai Mtkvari yang mengalir deras. Suhu agak dingin, 5 degree serta berangin. Sungai Mtkvari merupakan sebuah sungai yang mengalir dari Negara Turkey ke Georgia kemudian ke Azerbaijan dan terus ke Caspian Sea sepanjang 1,500 km (400 km di dalam Georgia).

Mtkvari River, Tbilisi, Georgia from aswade on Vimeo.





Usai bersarapan pagi kami, bersiar-siar di kawasan sekitar hotel. Kami berjalan menuju ke Carrefour Market yg terletak lebih kurang satu kilometer dari hotel. Kami sampai di sana agak awal kerena Carrefour beroperasi bermula jam 9.30 pagi. Kami meneruskan perjalanan sehingga Metro Station Isani (4 km dari hotel). 


Jalannya agak mendaki dengan udaranya sungguh nyaman. Terdapat beberapa gerai yg menjual shawarma halal ( Doner). Aku rasa gerai yg berasal dari Turkey.
Kami berpatah balik semula ke Carrefour sampai melihat barang-barang di sana. Kebanyakan sama jer dengan yang Malaysia. Ternampak sudut barang barang tempatan, seperti madu dan gula2 tempatan.



Kami kembali ke hotel dan singgah sekejap di restaurant Coffee Out yg terletak berhampiran hotel kami menginap. Kami baru tahu rupa rupanya pemiliknya adalah seorang muslim yg berasal dari Azerbaijan iaitu Rami yang sudah 6 tahun berhijrah ke Tbilisi. Restaurant ini bersebelahan dengan hotel Star 7 yang juga pemiliknya seorang muslim iaitu Hamid yg senegara dgn Rami yg baru setahun berada di sini. 











Rami memberitahu makanan di restaurantnya adalah halal. Apalagi, kami order set breakfast. Roti, telur bersama kopi pekat, memang pahit.
 Bersama Hamid (tengah) dan Rami (Hujung kanan)




























Kami pulang ke Hotel untuk bersiap untuk sembahyang jumaat di Central Masjid Tbilisi yg terletak di Old Town (32, Botanical Street) yg terletak sejauh 4 km dari hotel, menyebarangi sungai Mbkvari. 


Kami sampai di Masjid pada pukul 12.30 tengahari. Sebelum itu kami telah memuat turun aplikasi Yandex, aplikasi seumpama grab dan uber di Malaysia. Memang sangat mudah, convenience, sangat murah dan tidak perlu berkomunikasi (language barrier).

Alina, receptionist GTM Plaza hotel membantu kami memuat turun aplikasi Yandex dan mengajarkan kami cara menggunakannya. 


Masjid Central Tbilisi merupakan satu-satunya masjid yg berada di sini. Binaan luarnya menggunakan batu bata berwarna merah. Dekoration dalamannya seperti di Kazastan yg menggunakan jubin2 berwarna biru. Masjid ini diimarahkan oleh kaum Sunni Hanafi dan Syiah (Imam 12). Ramai penduduk muslim Sunni Hanafi berada di Adjara (sempadan Georgia - Turkey)

Bilangan muslim di sini adalah 10% dari population Georgia (4 juta)

Seperti di Turkmenistan, lantai bahagian dalam masjid biasanya akan di lapik dengan platform kayu sebelum diletak karpet.

Pemandangan bahagian dalam Masjid Tbilisi

Bilal mengalunkan azan Zohor


Khutbah Jumaat di dalam bahasa Georgia.



Di atas: Bersama-sama Imam Masjid Tbilisi.
Di bawah: Suasana selepas solat Jumaat, masing-masing bertegur sapa.


 
Usai solat jumaat pada pukul 1.45 petang, kami pulang ke Restaurant Coffee Out untuk makan tengahari. Kebab ayam dan kambing menjadi pilihan kami, dimakan bersama roti.



Kami berkumpul dan menaiki bas pada pukul 3.00 ptg untuk acara pertama kami ronda-ronda di kota Tbilisi. Pemandu pelancong kami kali ini adalah Ani dan Michael. Kami di bawa ke Europe Square dan terus ke naiki bukit ke Statue King Vakhtang Gorgasali. 


1. Europe Square

Terletak di sebelah kanan Sungai Mtkvari / Kura boleh dilalui dengan menggunakan Metekhi Bridge ataupun Peace Bridge.


Europe Square
 Europe Square


















2. Statue King Vakhtang 

King Vakhtang merupakan raja yang memerintah pada awal abad ke-6 yg mengalihkan ibukotanya dari Mtskheta ke Tbilisi setelah menemui hot spring (sulpur) di sini semasa berburu di situ. Tbilisi bermakna “warm place”. Tbilisi terdapat 3 kubu utama di puncak gunung yg terletak ditepi sungai mmg strategic; satu di monument King Vakhtang, Puncak Sololaki Hill dan Kubu Narikala.

Terdapat sebuah gereja di sini iaitu Meketi Church yang masih dalam pembaikpulihan.

Statue King Vakhtang Gorgasali from aswade on Vimeo.


Ani Ivanishivili, tourist guide menerangkan kami secara panjang lebar mengenai sejarah Statue King Vakhtang.

3. Rike Park

Kami kembali turun dari statue tersebut melewati Europe Square menuju ke Rike Park. Kami bergambar di Tree of Life.


Kami melalui satu kawasan kedai-kedai lama di kaki bukit menuju ke Statue King Vakhtang Gorgasali. Senibina Georgia boleh diperhatikan pada veranda tingkat satu yang diperbuat dari kayu yang tampak kukuh menghiasi bangunan disini.
Seterusnya kami menaiki cable car untuk ke Monument Mother of Georgia.

4. Cable Car 

Untuk melihat Bandar Tbilisi secara keseluruhan, anda hendaklah menaiki Sololaki Hill dengan menaiki cable car dari Rike Park. Untuk sampai ke puncak ia mengambil masa selama 2 minit. Bayaranya sangat murah iaitu 1 GEL dikenakan untuk naik dan turun bukit tersebut. Terdapat kaunter bayaran disitu.

Pengalaman pertama buat isteriku menaiki cable car. Sungguh cantik pemandangan dari atas cable car








5. Sololaki Hill

Pemandangan di Sololaki cukup menarik dan mengkagumkan. Anda boleh lihat keseluruhan Tbilisi dari sini. Sungai Mtkvari yang menjadi nadi kota dan membahagi dua kota Tbilisi. Penempatannya agak padat. Terdapat tarikan pelancongan di atas bukit ini adalah Monument Kartlis Deda atau lebih dikenali sebagai Mother of Georgia. Terdapat gerai-gerai menjual cenderamata dan hasil kraftangan di disini. Harganya agak mahal jika dibandingkan dengan tempat lain.

Pemandangan Kota Tbilisi dari puncak Sololaki Hill

View from top of Salolaki Hill, Tbilisi, Georgia from aswade on Vimeo.

Bergambar di puncak Sololaki Hill



Gerai-gerai kraftangan





























6. Monument Kartlis Deda / Mother of Georgia

Kami berjalan kami 500m ke monument Mother of Georgia. Monument setinggi 20m yg mengambarkan wanita berpakaian tradisional Georgia. Tangan sebelah kirinya memegang semangkuk wine bagi menyambut sesiapa yang datang sebagai kawan dan tangan kanannya memegang pedang bagi yang datang sebagai musuh.

Monument ini telah dibina pada tahun 1958 sempena ulangtahun yang ke-1500 Tbilisi. Bermakna Tbilisi telah wujud sejak tahun 458.




7. Narikala Fortress


Kami kemudian menuruni Sololaki Hill menggunakan tangga yg agak landai menuju ke Kubu Narikala. 

Kubu lama yang dibina pada kurun ke-4 dan ianya digunakan untuk mempertahankan Kota Tbilisi. Kubu ini terdapat 2 tembok di lereng bukit iaitu antara bukit dengan Sulfur Baths and Botanical Garden. Sebahagian dari kota ini runtuh pada tahun 1827 semasa berlakunya gempa bumi di sini.




 Bergambar dengan Michael, tourist guide kami di Georgia.


Terdapat sebuah gereja di sini iaitu gereja St Nicholas. Dari atas ini kami dapat melihat Central Masjid Tbilisi berdiri kukuh di kaki gunung di Botanikal Street yang 3 buah rumah ibadat, gereja, masjid dan synagogue (temple orang2 yahudi).

Gereja St Nicholas

Pemandangan dari Narikala Fortress. Kelihatan masjid berwarna merah bata di sebelah bawah (kanan) dan Sulfur Bath berbumbung kubah.



8. Leghvtakhevi Waterfall

Kami berjalan melalui lorong dan melewati masjid untuk ke Leghvtakhevi Waterfall. Air terjun bukanlah macam kat Malaysia yg sangat tinggi dan airnya banyak. 

Alley to Leghvtakhevi Waterfall from aswade on Vimeo.

Terdapat banyak jambatan di sini mereka mengambil manga kunci dan di kunci pada jambatan tersebut mungkin utk meletak hasrat dan impian masing2.



Leghvtakhevi Waterfall from aswade on Vimeo.
Kami kemudian menyusuri sungai tadi menuju ke Abanotubani yang bermaksud “place of baths”. Kawasan ini asalnya terdapat hot spring yg mengandungi sulpur yg diubah menjadikan rumah mandi panas. 

Seterusnya kami berjalan kaki menuju ke area bas parking untuk ke tempat lawatan ke Trinity Church sebelum akhiri trip untuk harini. Kami dah hilang minat untuk jalan2, terlalu penat.

Kami bergerak pulang ke hotel pada pukul 7.30 mlm. Sesampai di hotel kami membayar wang untuk aktiviti kami di Gudauri esok pagi. Aku berhasrat untuk mencubanya skiing (USD 50), paragliding (USD 100) dan snow mobile (USD 30).

Kami ke bilik untuk solat jamak qasar Maghrib Isyak, bersiap2 turun untuk makan malam di Coffee Out.

Kami bergegas ke East Point Mall dgn taxi untuk mencari gopro stick yg patah tempoh hari. Sayang betul tak jumpa. Aku membeli DJI Osmo Pocket disini.

Dari mall tersebut kami terus ke menaiki taxi ke Abnotubani (Sulpur Bath) di Old Tbilisi. Terdapat banyak rumah mandi sulpur di sini  Bath House No.1, No.2, No.3, No.5, Royal Bathouse, Gulo’s Baths,  Queen’s Sulphur Bath dan Orbeliani Bathhouse. Hari agak penuh kami ke Bath House No.5 dan Gulo’s Baths penuh (mahal – 150 – 120 Lari/jam). 

Kami cuba nasib di Royal Bathhouse, biliknya private dan murah (70 lari/jam) dan bersih. Terdapat toilet dan set kerusi kayu untuk berehat. Memang selesa.








Agak panas pada mulanya, suhu air sekitar 40-50 Degree lepas dok lama2 jadi biasa. Kami bermandi manda di situ dari pukul 11 mlm hingga 12 mlm. Berpeluh2, mujurlah kami siap2 order 2 botol air mineral.
Kami pulang order taxi dan terus pulang ke hotel. Mengantuk dan panas seluruh tubuh.

Day 03: 23 Feb 2019

Harini kami akan ke Gudauri sehari suntuk jadi kami masak nasi siap2 untuk dibawa sebagai bekal ke sana dengan berlaukkan ikan bilis goreng dan serunding daging yg kami bawa dari Kuwait. Kami memakai 4 lapis pakaian untuk mengelakan kesejukan.
Bas telah siap sedia untuk bergerak pada pukul 9.00 pagi tapi perjalanan kami mengalami kelewatan sedikit gara-gara seorang dari kumpulan kami lewat bangun.  

Jarak perjalanan dari Tbilisi ke Gudauri adalah 120 km melewati Kota Mtskheta yang terletak 28 km dari Tbilisi yang merupakan Kota pemerintahan pertama di Georgia sebelum dialihkan ke Tbilisi. Kedudukan Kota Mtskheta terletak tepi sungai Mbkveri dan terhalang dengan bukit; agak sukar untuk expend kan kota ini lagi.


Kami menyusuri jalan Georgian Military Road untuk sampai ke Gudauri. Ini merupakan satu-satunya lalui untuk ke Russia. 

1. Zhinvali Dam

Kami berhenti seketika di Zhinvali Dam yang berbentuk ‘V’ dan ia terletak dipergunungan Caucasus yang dibina pada tahun 1986. Sumber airnya dari Sungai Aragvi. Bergambar dan berehat 10 min disini kami meneruskan perjalanan ke Ananuri Fortress. 











Zhinvali Dam from aswade on Vimeo.

2. Ananuri Fortress

Kota ini terletak 72km dari Tbilisi dan terletak tepi sungai Aragvi. Di bina pada abad ke-13. Terdapat gerai-gerai yang menjual barang keperluan bagi pengujung yg akan ke Gudauri seperti boot, topi, glove dan lain-lain lagi. Aku tidak melepaskan peluang untuk bergambar di atas kuda sambil memperagakan pakaian tradisional mereka (5 lari). Kami juga membeli snow cap dengan harga 20 Lari. Terdapat toilet berbayar disini. Jadi ramai yang berhenti di sini belum meneruskan perjalanan.











3. Gudauri

Sebelum sampai ke Gudauri aku dapat perhatikan terdapat banyak trailer2 yg berhenti ditepi jalan. Laluan ini merupakan laluan ke Russia untuk membawa barang-barang dagangan. Polis mengawal trailer supaya jadi tersebut tidak sesak. Jalan disini agak sempit. Di sebelah pagi dan petang laluan ini sibuk dgn bas2 yg membawa penumpang ke Gaudari.




Terdapat banyak2 rumah kiri kanan jalan tapi tak ramai yg mendiami disitu aku perhatikan. Mungkin mereka berpindah ke tempat lain semasa musim sejuk.



Subhana Allah kagum aku melihat gunung2 telah diselaputi salji. Ini merupakan pengalaman pertama ku melihat salji. Jalan mendaki gunung agak berliku.






Kami sampai pada pukul 1 petang. Kami diberi masa selama 4 jam untuk berada disini kerana apabila matahari terbenam suhu kawasan disini akan turun mendadak menjadi negative. Gudauri merupakan salah puncak gunung yg terkenal aktiviti sukan musim sejuk. Kawasan ini akan dipenuhi pengunjung bermula dari November sehingga April (Musim Sejuk). Ianya berada pada ketinggian 2,200m di atas paras laut di pergunangan Caucasus.

Terdapat sebuah restaurant halal di sini, Restaurant Taj Mahal.





Keletihan, setelah memanjat bukit salji yang agak tinggi dan menegak.



Acara pertama kami adalah menaiki Snow Mobile, ala-ala ATV tapi roda berantai dan bahagian depannya ski (papan luncur). Cuaca agak baik, cerah dan tidak terlalu sejuk dalam suhu 2-5 degree. Kami turut serta menyewa snow mobile (30 Lari/ pusingan). Kami telah dibawa oleh staff mereka mendaki dan menurun tersebut. Aku membonceng isteri. Agak susah juga mahu control streng tapi lama-lama dah ok.




Harini agak sibuk sedikit kerana terdapat pertandingan ski di sana.

Acara seterusnya Paragliding, pengalaman pertama ku menaikinya. Bayaran utk paragliding adalah USD 100/ terjunan. Isteri tidak berminat untuk mencuba so aku seorang saja yg naik. Aku telah diletakkan dibawah Alex sebagai pilot. Aku menaiki cable car bersama Alex untuk sampai ke kemuncak bayaran dikenakan sebanyak 10 GEL.

 Berrsama Alex, pilot paragliding


Aku sempat berbual-bual dengan Alex. Beliau merupakan anak tempatan yg berkerja disini. Sejujurnya aku agak cemas melihat pada Alex yg kelihatan agak penat. Beliau membuat 6 terjunan sebelumku. Aku bertawakal jer.

Cable car in Gudauri, Georgia from aswade on Vimeo.
Apabila sampai di puncak, aku telah dipakaikan hardness yg attached kan dengan Alex. Aku diarahkan berlari sehingga ke hujung cliff (curang). Memang mendebarkan bila berada di udara dan sangat sejuk. Aku diarahkan untuk memegang GoPro untuk merakamkan video semasa paragliding. 






Aku dan Isteri telah menempah utk mencuba bermain skiing tapi tak sempat kerana kesuntukan masa.


Kami bertolak balik pada pukul 5.30 petang dan sampai di hotel pada pukul 8.00 malam.

Aku dan isteri bersiap-siap dan terus mendapatkan taxi untuk makan malam di Restaurant Egypt Oriental. Kami memesan 2 mangkuk sup lentil dan Masboosh Kambing harganya hampir 50 Lari, sebetulnya ia agak mahal bagi ku, tapi Alhamdullilah rasanya sedap dan service nya jgk ok.






Day 04: 24 Feb 2019

Harini kami bertolak ke Negara Armenia yg terletak bersebelahan dengan Georgia pada pukul 9.30 pagi menuju ke Border Sadakhlo (Georgia) – Bagratashen (Armenia). Border ini terletak hamper 70km ke selatan Georgia. Perjalanan ini mengambil masa 1 jam 15 min.

Pemandangan agak berbeza jika dibandingkan dengan perjalanan ke Gaudari semalam, ia lebih landai, subur dan kegiatan utama mereka adalah pertanian dan penternakan. Aku dapat perhatikan mereka sudah mula kegiatan penanaman ubi kentang dengan tanah mulai dibajak.
Terdapat laluan kereta api bersebelahan dengan jalanraya. Mengikut Jemma, pemandu pelancong kami memberitahu bahawa hanya terdapat perkhidmatan keretapi dari Tbilisi ke Armenia pada musim sejuk. Pada musim panas perkhimatan ini disambung sehingga ke Batumi (Barat Georgia). Semasa dibawah pemerintahan Soviet Union (USSR), perkhimatan keretapi bermula dari Tbilisi hingga ke Russia tapi sekarang perkhidmatan itu telah dihentikan. Masa yang diambil untuk sampai ke Russia adalah selama 4 hari.


Aku dapat perhatikan terdapat sebuah masjid di Imiri. Kawasan ini terdapat ramai kaum muslim yg berasal dari Azerbaijan yg menetap di sini.

Jumma mengarah kami memerhatikan pagar rumah2 di kawasan tersebut sekiranya terdapat ribbon berwarna merah atau putih menandakan family tersebut mempunyai anak dara. Tergelak besar group2 kami.
Kami sampai di border pada pukul 10.45 pagi. Kami dikehendaki turun bas dan berjalan kaki menuju ke quarters immigration Georgia, barang2 ditinggalkan di dalam bas. 


Urusan berjalan lancar. Kami menaiki semula bas dan bergerak 1 km ke Border Bagratashen (Armenia). Kali ini kami dihendaki membawa turun semua barang untuk diperiksa. Kami apply Visa on Arrival (VOA) dikaunter visa. Visa Pelancong bagi rakyat Malaysia adalah selama 21 hari tiada bayaran diperlukan.

Aku tengok begitu teliti pegawai immigration memeriksa passport ku hingga beliau menggunakan kanta pembesar. Alhamdullilah tak der apa yg berlaku. Setelah barang di scan kami ke Money Changer yg terletak dipintu sebelah untuk menukarkan wang USD kepada Dram (AMD) di Ararat Bank. Armenia menggunakan matawang Dram. 1 USD bersamaan 487.5 AMD.


Agak lama juga kami menunggu kesemua ahli selesai. Hampir 3jam. Perjalanan diteruskan pada pukul 1.30 petang. 
Armenia adalah sebuah negara yg kecil land lock (tiada pelabuhan) berjiran dengan Georgia, Azerbaijan, Turkey dan Iran. Terdapat 3 juta penduduk di Armenia. Merupakan negara yg terawal menerima kristian.
Border Armenia – Azerbaijan telah ditutup ekoran berlaku peperangan merebut tanah jajahan. Armenia menang dalam peperangan tersebut. Kami dapat perhatikan tembok sempadan berwarna putih dibina di kawasan pergunangan sempadan negara tersebut.


Kami meneruskan perjalanan sejauh 130km selama 2 jam 30 minit. Kami berhenti di sebuah restaurant iaitu Getap Complex untuk makan tengahari. Kami sampai disana pada pukul 4.00 petang. Kawasan disana agak sejuk kerana masih lagi terdapat tompokan-tompokan salji disitu. Tempahan makanan terlebih dahulu telah dibuat untuk mempercepatkan perjalanan kami. Dalam menu utamanya terdapat barbeque khinzir. Kami hanya makan bekalan makanan yg kami bawa dari Kuwait lagi dan lebihan nasi masbooh yg kami beli di Tbilisi semalam.

























Aku dan isteri bersolat jamak disini. Kami berehat sini selama 2 jam. Perjalanan diteruskan pada pukul 5.50 petang menuju ke Sevan Lake. Perjalanan dari Getap ke Sevan sejauh 35 km mengambil masa selama 50 minit. Sebelum sampai kami melawati terowang Sevan Dilijan sepanjang 3 km. Apa yg menarik, persekitaran kawasan permulaan terawong agak kering dan tiada salji bila jer keluar terowong, terkejut tengok semua jadi salji kawasan sekitarnya. Macam magic jer.



















1. Sevan Lake

Kami sampai di Sevan Lake pada pukul 6.35 petang. Sevan Lake merupakan tasik air tawar kedua terbesar di dunia (1416 km2) selepas Titicaca Lake di Bolivia-Peru Border. Apa yang menarik tasik ini kawasan pergunungan / tanah tinggi. Satu-satunya tasik di tanah tinggi. Ia terletak 1,916 m atas paras air laut. Subhana Allah memang mengkagumkan. Mengikut Jemma, pada sesetengah winter, permukaan tasik ini membeku sehinggakan boleh berjalan di atasnya. Memang sangat sejuk. Sevan bererti “hitam” dalam bahasa Armenia. Sebanyak 28 buah sungai yg mengalir masuk ke tasik tetapi hanya satu yg keluar iaitu Sg Razdan.


Kami berhenti di tanjung Sevan (Peninsular Sevan) terdapat Sevanavank (Sevan Monastery) di mana terdapat 2 gereja di atas puncak tanjung. Puncak Sevanavank agak tinggi, berangin dan sejuk. Isteriku tak sanggup untuk naik ke sana kerana terlalu sejuk, jadi aku seorang sahaja yg naik. Subhanallah sungguh cantik pemandangan tasik Sevan di waktu senja. Kami menghabiskan masa utk mengambil gambar disini.





Sevan Lake from aswade on Vimeo.

Kami membeli fridge magnet di sini dengan harga 2500 dram untuk 5 biji.
Kami meneruskan perjalanan pada pukul 7:50 petang. Cuaca dah semakin sejuk. Jarak antara Sevan Lake ke Yerevan, ibukota Armenia sejauh 70km. Kami sampai di Yerevan pada pukul 9.00 malam.
Aku perasan Yerevan lebih sejuk berbanding Tbilisi. Kami menyambung program tour kami dengan roda-roda kawasan di Yerevan. Kali ini berjalan kaki di empat kawasan tarikan pelancong di Yerevan. Jaraknya berhampiran di antara satu sama lain, iaitu Yerevan Cascade, Opera House, Northern Avenue dan Republic Square.

2. Yerevan Cascade (Kaskad) 

Yerevan Cascade (Kaskad) merupakan salah mercu tanda banda ini yg menempatkan café, restaurant, museum, statues dan architecture. Diilhamkan oleh architect Yerevan iaitu Alexandr Tamanian.






















3. Opera House

Opera House merupakan theatre untuk opera dan ballet di buka semenjak tahun 1933. Design memang cantik juga dibuat oleh Alexandr Tamanian.





















4. Northern Avenue

Northern Avenue adalah laluan pejalan kaki  sepanjang 450m yg menghubungkan Abovyan Street dengan Freedom Square.  Terdapat coffee shop, kedai mahal2, office, hotel dan restaurant di kiri kanan laluan tersebut. Dipenghujungnya ada landmark “Yerevan 2800”, yg bermaksud Kota Yerevan telah wujud selama 2800 tahun dahulu iaitu 781 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa AS. 30 tahun lebih awal dari tamadun Rom.


Northern Avenue 1 from aswade on Vimeo.




Northern Avenue from aswade on Vimeo.

5. Republic Square

Republic Square merupakan dataran yang paling terkenal di Yerevan. Dataran ini menempatkan National Art Gallery, Government House, Central Post Office, Mariot Armenia Hotel dan Ministry of Energy and Natural Recouces. Bangunan ini siap dibina pada tahun 1950. Plan asal adalah rekaan Alexander Tamanian pada tahun 1924. Semasa Soviet memerintah kawasan ini dikenali sebagai Lenin Square dan tugu Vladimir Lenin didirikan disini. Binaannya mmg cantik apabila dipancar lampu2 kearahnya.


Government House
 Marriott  Armenia Hotel

Central Post Office


















Ministry of Energy and Natural Resources






Republic Square from aswade on Vimeo.

Night Walk Tour tamat pada pukul 10:30 mlm. Bas telah sedia menunggu kami di parking Republic Square.

Kami dibawa ke Bomo Nairi Hotel untuk bermalam disini.

Day 05: 25 Feb 2019

Kami bergerak dari hotel jam 9.30 pagi menuju ke Republic  Square untuk mengambil kawan-kawan satu rombongan yg menetap di 14th Floor Hotel. Bilangan group kami agak besar iaitu seramai 90 orang jadi terpaksa dibahagikan kepada dua buah hotel.  

1. Geghard Monestry

Lokasi pertama kami adalah Geghard Monestry. Dalam perjalanan kami dapat melihat keindahan  Gunung Ararat yg bersalji begitu jelas nampak dari Yerevan. Gunung Ararat terletak di timur Turkey tapi dapat dilihat dari Armenia. Gunung Ararat dan Gunung Judi selalu diceritakan sebagai tempat dimana bahtera Nabi Nuh AS terdampar setelah banjir besar. Ia jugakan diceritakan di dalam Kitab Bible. Pengkaji sejarah telah menemui bahtera Nabi Nuh di atas Gunung Ararat, mereka 99% yakin itu adalah bahtera Nabi Nuh AS. Berdasarkan ujikaji, usia bahtera tersebut adalah 4,800 tahun.
Kami sampai di Geghard Monestry pada pukul 11.30 pagi.

Ararat Mount
































Geghard Monestry terletak 35km ke utara Yerevan. Ianya ditemui pada kurun ke-4. Monestry ini agak unik kerana sebahagiannya ditebuk pada gunung dan dikelilingi gunung-gunung. Memang persekitarannya sangat strategic untuk pertahanan. Pada kurun ke 13 berlaku peperangan di antara orang Armenia dengan tentera-tentera Mongol. Mereka cuba mendapatkan permata yg berada di bahagian bumbung, tetapi mereka gagal mendapatkannya. 

Terdapat gerai-gerai yg menjual kraftangan, madu dan roti Armenia di kaki bukit sebelum sampai ke monestry.






































2. Garni Temple

Kami meneruskan perjalanan menuju ke Garni Temple yang terletak 5km dari Geghard Monestry. Kubunya terletak di hujung tanjung yang berbentuk segitiga dan dikelililngi curam2 gunung yg sangat dalam. Ahli arkeologi berpendapat ianya di bina pada kurun ke-3 sebelum BC. Pada kurun pertama ianya musnah di serang oleh tentera Roman kemudian dibina semula oleh Raja Tiridates I. Kemudian berlakunya perperangan dengan Arabs, Mongol dan Turks menyebabkan sebahagian temboknya runtuh. Pada tahun 1679, keseluruh bangunan ini runtuh akibat gempa bumi dan tertanam di tanah. Pada tahun 1950an proses pengalian dan pembinaan semula dijalankan.





Garni Temple from aswade on Vimeo.







Garni Temple 02 from aswade on Vimeo.

Semasa keluar dari Garni Temple, aku ternampak kereta Lada buatan Russia. Mengimbas kembali kenanganku semasa berkerja di Turkmenistan 10 tahun yang lalu. Kereta ini banyak digunakan sebagai teksi kerana ia cukup tahan dan senang dibaiki.



3. Tsaghkadzor Ski Resort

Pada pukul 2 petang kami bergerak menuju ke Tsaghkadzor Ski Resort. Ianya terletak 60 km di Timur  Laut Yerevan. Ia terletak di Gunung Teghenis dengan ketinggian 2820m. Kami menaiki kereta cable ke kemuncak. Kereta kabel cable ini hanya boleh memuatkan 2 org dalam satu unit. Ianya tidak tertutup agak mengerikan apabila angina bertiup kencang. Kita harus menarik sendiri penghadang secara manual. Berhati-hati dengan camera dan handphone, bimbang kalau jatuh, mmg tidak dapat diselamatkan. Ia bergerak perlahan jika dibandingkan dengan kabel car di Gudauri, Georgia. Apabila sampai ke kemuncak, anda hendaklah terjun dan melompat ke tepi. Aku perasan ramai group kami yg terjatuh dan terlanggar dengan kereta kabel. Jangan sekali-kali lompat sambil berpegangan tangan, memang kena langgar.










































Cable Car in Tsaghkadzor from aswade on Vimeo.

Skiing in Tsaghkadzor from aswade on Vimeo.

Sayang sekali tiada apa yg dapat dibuat di atas melainkan bermain ski. Setelah beberapa ketika kami turun kembali ke bawah. Kami membeli kopi Armenia di sebuah restaurant di sini, memang sedap dan menghangatkan badan kami.





Seterusnya kami berhenti di restaurant Gagari motel yg terletak di tepi tasik Sevan untuk makan tengahari pada pukul 5 petang. Kami semua agak lapar dan keletihan. Seperti biasa, aku dan isteri makan bekalan kami sendiri.

Setelah makan kami meneruskan perjalanan menuju ke sempadan Armenia – Georgia. Kami sampai di border pada pukul 10.20 malam (3 jam perjalanan). Kami semua tidur dan berehat. Urusan di border Armenia berjalan lancar dan pantas. Aku menukar kembali wang Armenia Dram (AMD) ke Georgia Lari (GEL) (AMD 13,870 = GEL 73).

Urusan di Immigration Georgia, terlalu lama dan perlahan. Penduduk tempatan main potong barisan macam tu jer. Rasa sakit hati pulak. Hampir 3 jam kami di sini untuk settlekan semuanya. Perjalanan diteruskan lagi sehingga hotel kami di Tbilisi. Kami sampai di GTM Plaza Hotel pada pukul 2.30 pagi. Kami semua kepenatan dan mengantuk.

Day 06: 26 Feb 2019

Harini program dimulakan agak lewat sedikit iaitu jam 12 tengahari memberi peluang rehat yang cukup untuk semua. Aku mengajak isteriku untuk bersarapan pagi di restaurant halal Tadim Doner, yang menjual shawarma. Restaurant ini terletak 400m dari hotel kami apalagi berjalan kaki perlahan-lahan menuju ke sana. Shawarma disini agak besar jika dibandingkan dengan yg di Kuwait (2 kali ganda besar) yang berharga 5 GEL (USD 2). Penjualnya Hassan berasal dari Turkey dan Muhammad berasal dari Somalia. Kedua-duanya boleh berbahasa Arab. Bolehlah kami berbual-bual. Aku order 2 shawarma; satu untuk makan dan satu lagi sebagai bekal untuk kami dgn seteko tea O panas. Kemudian kami kembali ke hotel.





























1. Jvari Monestry

Pada 12.30 tengahari, kami menuju ke Jvari Monestry. Ianya merupakan monestry orthodox yang dibina pada kurun ke-6 oleh Raja Georgia yang pertama memeluk Christian. Lokasinya terletak diatas bukit berhadapan Kota Mtskheta disebarang sungai Mtkvari. Dari sini kita dapat lihat dengan jelas Kota Mtsheta yang terletak di kuala; dimana berlakunya pertembungan dua batang sungai utama di Georgia iaitu Sungai Mtkvari dan Sungai Aragvi. Air sungai Mtkvari berwarna kebiruan berbanding Sungai Aragvi yang agak berwarna coklat. Jvari bermaksud cross dalam bahasa Georgia. Terdapat beberapa buah gerai menjual jus-jus dan hasil kraftangan disini. Aku beli 2 gelas jus delima (Harganya mengikut saiz gelasnya – 5 -15 GEL)
















Jvory Monestry from aswade on Vimeo.
Mtskheta from Jvory Monestry from aswade on Vimeo.

2. Mtskheta

Kemudian kami ke Kota Mtskheta. Mtskheta merupakan ibunegara pertama Georgia sebelum dipindahkan ke Tbilisi. Patern rumah di sini agak sama dan warna bumbung pun sama. Rumah-rumah disini agak besar. Terdapat sebuah Cathedral di tengah-tengahnya iaitu Svetitskhoveli Cathedral. Terdapat banyak gerai-gerai cenderamata, hasil kraftangan dan lain-lain lagi dijual disini. Aku mengambil kesempatan untuk membeli fridge magnet, snowcap dan glove disini. Menarik disini dan berhenti apabila ternampak papan tanda yg tertulis “Chai Karak” (The Cardamom” yang agak popular di Middle East (4 AMD). Apa lagi, kita minum dulu. Semasa kami turun bas tadi terdapat seorang pemuda yang datang ke arah kami dan mengambil gambar kami. Setibanya kami di bas, gambar ini telah siap di tampal pada piring souvenir yang dijual dengan harga 15 GEL.
























































Mtskheta Market from aswade on Vimeo.


Mtskheta Monestry from aswade on Vimeo.

3. East Mall

Seterusnya kami menuju ke destinasi ke-3 harini iaitu East Mall. Semasa perjalanan kami melihat Tbilisi Sea yang agak luas. Tbilisi Sea bukan lah laut tapi sebuah reservoir menyimpan air untuk kegunaan penduduk di Tbilisi. Kami sampai di East Mall pada pukul 4.30 petang dan diberi masa 2 jam setengah untuk berada sini. East Mall merupakan shopping mall terbesar di Georgia. Bagiku tiada apa yang mahu dicari disini. Kami terasa agak lapar, apa lagi kami terus ke food court untuk memakan bekalan shawarma yg kami bawa tadi. Kami menghabiskan masa, kami ke Carrefour yang terletak dibahagian belakang shopping complex tersebut. Tak tahan sejuk kerana angin bertiup tidak henti-henti. Aku membeli air mineral, walnuts, prune dan cracknut untuk buat menyungah.




Program kami sudah berakhir;  jadi ada 2 group; satu group bertolak balik malam ini dan satu group lagi pulang tengahari esok. Bas menghantar group pertama ke airport pada pukul 6.30 petang dan group ke-2 boleh lagi shopping sehingga jam 7 malam. Aku mengikut group pertama ke Airport kerana tiada yang hendak dibeli di East Mall. Perjalanan ke airport hanya 15 minit dari East Mall. Setelah menghantar group pertama kami kembali ke East Mall untuk mengambil group ke-2 pulang ke hotel.

4. Old Tbilisi

Kami berehat seketika di hotel. Aku mengajak isteriku untuk jalan-jalan di Old Tbilisi. Sesampainya di sana aku menukar duit USD ke GEL disini. Kami berjalan menyusuri kedai-kedai di sini, aku ternampak sebuah restaurant halal, Is Restaurant, sebuah restaurant Turkey. Kami mengorder sup lentil dan Turkish Coffee. Turkish Coffee memang pahit. Kami berbual-bual dengan pelayan restaurant iaitu Abdul Rauf, seorang student dari Azerbaijan berkerja separuh masa di sini dan Narmina dari Tajistan.
Kami mengambil gambar di kawasan ini.














Kami pulang ke hotel pada pukul 10.00 malam.

Day 07: 27 Feb 2019

Hari ini kami akan pulang ke Kuwait dengan menaiki Qatar Airline pada pukul 12.45 tengahari.  Selepas bersarapan pagi kami menaiki bas ke airport pada pukul 9.30 pagi.





Alhamdullilah kami selamat sampai di Kuwait pada pukul 8.30 malam.

--------------------------------TAMAT---------------------------------------

Comments

  1. Bestnya, nanti nak pergi armenia la.. selalu tgk spice route antra laluan dia georgia la..

    ReplyDelete

Post a Comment