Skip to main content

Featured

Kembara Pengubat Rindu

 Kembara Pengubat Rindu Alhamdullilah, kami telah berjaya mengadakan satu pengembaraan setelah hampir 2 tahun kami tidak ride bersama-sama. Ride terakhir kami adalah Ride Himalaya pada tahun 2019. Route kami kali ini adalah: Kuala Terengganu - Sungai Petani - Hatyai - Yala - Pattani - Betong - Penang - Jeli - Kuala Terengganu Day 01: 14 May 2022 Kuala Terengganu - Sungai Petani (412 km) Kami memulakan perjalanan agak lewat sikit harini kerana aku terpaksa menunggu isteriku tiba di Kuala Terengganu dari Kuala Lumpur menaiki kapal terbang. Kapal terbang AirAsia mendarat pada pukul 10:50 pagi di lapangan terbang Kuala Terengganu. Selepas saja makan tengahari kami terus pulang rumah untuk bersiap-siap. Kami memulakan perjalanan pada pukul 12:40 tengahari. Kami melalui Banjaran Titiwangsa (Jeli - Gerik) yang mengambil masa 4 jam 30 minit untuk sampai ke Castella Cafe. Cuaca harini sungguh panas sepanjang perjalanan. Sampai di sini saja, isteriku terus terjun dalam air sungai sangat sejuk. T

CUTI-CUTI MALAYSIA #1 (CCM #1): KUALA SELANGOR - BATU GAJAH

Alhamdullilah, Aku dan isteri telah mengambil kesempatan cuti panjang yang lalu (01-05 May 2015) untuk mengadakan Kembara Cuti-Cuti Malaysia Part 1 (CCM #1). Aku telah merancang untuk ride dalam Malaysia. Destinasi pilihanku kali ini adalah Kuala Selangor sehingga Batu Gajah, Perak.






30 April 2015 - Day 01


Hari ini aku mengambil cuti separuh hari bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas sempena cuti panjang ini. Kami bergerak dari Semenyih pada pukul 4 petang. Kami melalui Highway Lekas - Highway Silk - SKVE - Highway Gutrie - Highway Latar. Perjalanan sejauh 110 km selama 1jam setengah.


Cendol Bakar, Kg. Asam Jawa, Kuala Selangor
Coordinate: N 03.30357 / E 101.29727

Ianya merupakan salah satu tarikan bagi pengunjung-pengunjung Kuala Selangor. Ianya terletak di Kampung Asam Jawa bersebelahan dengan station minyak Caltex.

Beroperasi dari pukul 10.00 pagi sehingga 7.00 petang. Yang menarik perhatian saya adalah perkhidmatan pandu lalu (drive thru) yang disediakan untuk memenuhi keperluan pelanggan-pelanggannya. 

Menu
Terdapat 7 pilihan menu utama:
1. Cendol - RM 2.00
2. Cendol VIP - RM 2.50
3. Cendol VVIP - RM 3.00
4. Cendol Tapai - RM 3.50
5. Cendol Pulut Tapai - RM 4.00
6. Cendol Durian - RM 3.50
7. Cendol Durian Pulut - RM 4.00

Memang best.

Dekorasi Kedai
Ruang makannya berbentuk pondok beratapkan daun nipah. Mengembalikan nostagia lama.










Gerai Karipap Gergasi, Kg Asam Jawa, Kuala Selangor
Coordinate: N 03.30375 / E 101.29857

Gerai ini terletak 200m dari Kedai Cendol Bakar, menawarkan 2 pilihan utama, Karipap Ayam dan Karipap Daging yang berharga RM 3.50 sebiji. Apa yang beza adalah size yang agak besar (sepanjang 1/2 kaki) dengan intinya yang sedap. Karipap ayamnya terasa manis dan isinya seketul (ayam) manakala daging sedikit pedas.

#Highly recommended.



Hotel De Palma, Kuala Selangor
Coordinate: N 03.34988 / E 101.24047

Kami menginap di Hotel De Palma. Lokasinya agak tenang dari kesibukan kota. Bilik-biliknya dibina umpama chalet-chalet di tepi pantai. Harganya dalam range RM 150 - RM 300.


























Terdapat kolam renang di sini, apa lagi, jom mandi.
























Kelip-kelip (Fireflies Park), Kg Kuantan, Kuala Selangor
Coordinate: N 03.36224 / E 101.30163

Disebelah malam pula, kami ke Kampung Kuantan, Kuala Selangor untuk melihat kelip-kelip (fireflies) dengan lebih dekat. Tempat ini beroperasi dari pukul 7.45 malam sehingga 10.30 malam. Ianya dimajukan oleh Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS). Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjadikan pusat ini sebagai project anak angkatnya.

Terdapat sebuah masjid berhampiran tempat ini memudahkan pengunjung untuk bersolat maghrib sebelum menaiki perahu.



Bayaran ticket adalah RM 50 bagi setiap perahu yang boleh memuatkan 4 orang penumpang.







































Pengunjung dikehendaki memakai jacket keselamatan sebelum menaiki perahu




Kelip-Kelip / Firefly / Pteroptyx tener

Kelip-kelip adalah sejenis serangga dari kumpulan kumbang. Keunikan yang ada pada ekornya yang boleh mengeluarkan cahaya pada kadar 3 kerlipan sesaat. Dengan jumlah yang banyak, cahayanya bagaikan satu rentak berirama.

Panjangnya 6mm. Kelip-kelip jantan mengeluarkan cahaya lebih terang daripada betina. Kelip-kelip cuma mempunyai jangka hayat selama 2-3 bulan sahaja dan memerlukan cuaca yang lembap dan persekitaran berpaya.

Habitat kelip-kelip yang paling sesuai adalah pokok berembang (Sonnoretia Caseolaris). Pokok ini banyak ditemui lebih kurang 40 km sepanjang Sungai Selangor (140km). Dianggarkan terdapat 11 juta kelip-kelip menghuni dikawasan ini.

Note: Internet Sources:






D'Coral Seafood, Kuala Selangor
Coordinate: N 03.34174 / E 101.25418

Kami makan malam di D'Coral Seafood. Persekitarannya yang menarik, ditepi sungai sambil menghadap ke jambatan Kuala Selangor yang bermandikan cahaya. Makanan sedap dan menyelerakan.







01 May 2015 - Day 02

Masjid Sultan Salahuddin Shah
Coordinate: N 03.34150, E 101.24871

Aku mengambil kesempatan ini untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah di Masjid Sultan Salahuddin Shah yang terletak lebih kurang 2 km dari Hotel De Palma. Imam membaca Surah Al-Sajadah (Sujud Sajadah) pada pagi ini. Selepas selesai solat, kami duduk seketika dalam majlis ilmu (Kuliah Subuh) yang banyak menyentuh tentang soal kematian dan bekalan untuk di bawa pulang.






































Makam Anak Dara
Coordinate: N 03.34710, E 101.24039

Makam Anak Dara terletak di atas Bukit Tanjung Keramat dan dipercayai kepunyaan makam seorang gadis sunti dan warak yang dikenali sebagai Rubiah yang hilang ketika majlis perkahwinannya. Menurut cerita beliau telah dipaksa berkahwin tanpa kerelaannya. Namun semasa malam persandingannya, beliau didapati hilang. Puas ayah dan ibunya mencari tetapi gagal ditemui. Sehinggalah suatu malam ayahnya didatangi anaknya dalam mimpi dan menyatakan tidaklah perlu ia terus dicari kerana telah berada di satu tempat yang aman damai. Keesokan harinya, orang tuanya telah menemui selendang kepunyaan anaknya yang tersangkut pada sebatang pokok. Di kawasan berhampiran pokok tersebutlah telah dibina sebuah makam untuk memperingati gadis yang hilang yang kemudiaanya dikenali sebagai Makam Anak Dara. Berhampiran makam terdapat sebuah tasik yang dikenali sebagai Tasik "Shima".






































Bukit Malawati, Kuala Selangor
Coordinate: N 03.34018, E 101.24892

Bukit Melawati merupakan mercu tanda dan tarikan utama pelancong ke Kuala Selangor kerana keunikan bukit dengan ribuan kera dan lotong yang menyambut para tetamu di sini. Perbezaan antara lotong dengan kera adalah pada warna dan ekornya. Lotong berwarna hitam dan berekor panjang manakala kera pula berwarna perang dan berekor pendek. Kera lebih agresif jika dibandingkan dengan lotong.


Kami menaiki trem untuk sampai ke puncak Bukit Melawati. Bayaran ticket bagi dewasa adalah RM 5.30 manakala kanak-kanak RM 3.20. Perkhidmatan trem adalah berkala untuk setiap 20 minit. Perkhidmatannya bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 4.30 petang pada hujung minggu dan cuti-cuti am sahaja. Kenderaan persendirian hanya dibenarkan menaiki bukit ini pada hari-hari biasa.




























Ketinggian bukit ini adalah 73m dari aras laut dengan Rumah Api tersergam indah dengan ketinggian 27m (bangunan). Rumah Api ini telah dibina oleh Kerajaan Belanda pada tahun 1907. Ia juga dikenali sebagai Rumah Api Altingsburg sempena nama Gabenor Jeneral Belanda. Lampunya di pasang antara pukul 7.00 malam sehingga 6.00 pagi.

























































Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor

Bangunan asalnya merupakan kediaman rasmi Pegawai Daerah Kuala Selangor. Muzium ini telah dibuka pada tahun 2006 yang menyimpan berbagai artifak-artifak sejarah termasuklah Salasilah Kesultanan Selangor yang diasaskan oleh Raja Lumu pada tahun 1766.


Terdapat lagi tempat-tempat yang menarik di atas puncak bukit termasuklah Batu Hampar, Meriam, Makam Di Raja Kota Malawati, Baitul Hilal (Melihat Anak Bulan), Perigi Beracun, Laman Budaya dan Muzium Permainan Traditional.

Restoren Selera Kampung Ku, Sungai Terap, Kuala Selangor
Coordinate: N 03.38627, E 101.22676

Kami berhenti untuk makan tengahari di Restoren Selera Kampung Ku yang terletak di Sungai Terap. Hidangan utamanya adalah Ikan Bakar dan Kepah masak pedas. Sungguh menyelerakan.




























Masjid Sungai Terap, Kuala Selangor
Coordinate: N 03.38847, E 101.22321

Kami bersolat Jumaat di Masjid Sungai Terap yang terletak 500m dari Restoren Selera Kampung Ku.


Mee Udang Banjir, Tanjung Karang
Coordinate: N 03.44659, E 101.15484

Kami berhenti di Restoren Mee Udang Banjir, Tanjung Karang yang agak masyhur di sini. Ianya terletak tepi jalan menghala ke Sungai Besar. Di sebelahnya terdapat sebuah masjid dan Maahad Tahfiz. Papan tandanya memang jelas dapat diperhatikan dari jauh (Kuning).




Mee Udang Banjir ini berharga RM 9.00 semangkuk yang dimasukkan 3 ekor udang bersaiz sederhana besar. Sungguh menarik.



























Jeruk mangga yang diletakkan diatas meja makan melengkapkan hidangan mee udang dan menghilangkan rasa mual yang berharga RM 4.00 semangkuk.


Gerai Buah, Sekinchan
Coordinate: N 03.49135, E 101.11301

Kami berhenti seketika di deretan gerai buah 1 km sebelum Pekan Sekinchan. Terdapat 2 jenis buah mangga yang sedap dan manis itu Mangga Intan dan Mangga Susu merupakan hasil pertanian penduduk tempatan.





























D' Idaman Chalet, Sg Hj Dorani
Coordinate: N 03.63867, E 101.02916

Kami menginap di D'Idaman Chalet yang terletak di Kampung Sg Haji Dorani. Suasana yang aman dengan dipersekitaran kampung yang jauh dari hiruk pikuk bandaraya. Harga chalet yang kami menginap adalah RM 80 (Bilik untuk 2 orang). (http://doranihomestay.blogspot.com). Untuk tempahan bolehlah hubungi Abdul Rahman ditalian +6013-6077025




























Bilik agak selesa.

Pasar Kg Sg Hj Dorani
Coordinate: N 03.64266, E 101.02312

Setelah bersolat asar, kami bergegas ke Pasar Kg. Sg Hj Dorani yang terletak 500m dari chalet kami menginap. Terdapat deretan gerai kayu di kanan dan kiri jalan yang menjual hasil tangkapan nelayan dan sayur-sayuran. Pasar ini dibuka di sebelah petang. Kebiasaanya hasil tangkapan nelayan akan dibawa ke sini pada pukul 4 petang. Maka berduyung duyung pembeli akan datang pada masa itu. Terdapat perusahaan membuat ikan masin berhampiran pasar tersebut.





























Muara, Kg Sg Hj Dorani
Coordinate: N 03.63878, E 101.01924

Kami seterusnya ke Muara untuk menyaksikan keindahan alam di sana sambil memerhatikan matahari terbenam. Subhanallah, sungguh kagum aku melihatnya. Keindahannya tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata.




































































Kami makan malam di Restoren D'Muara yang berhampiran muara tersebut. Hidangan malam kami adalah ikan siakap bakar yang sungguh segar dan menyelerakan.




























02 May 2015 - Day 03


Surau Kg Sg Hj Dorani

Aku bersolat subuh di surau yang terletak 20m dihadapan chalet kami menginap. Surau kayu yang agak lama tapi masih lagi dijaga dengan baik. Terdapat dua buah gong yang digantung pada tiang surau. Tempat berwuduk masih lagi menggunakan kolah air.




Alhamdullilah seramai 15 orang jemaah yang datang bersolat subuh walaupun hujan lebat membasahi bumi kampung ini.

Pasar Sungai Besar
Coordinate: N 03.64266, E 101.02312

Selesai solat, kami menuju ke Pasar Sungai Besar untuk mencari kuih muih untuk dijadikan sarapan pagi kami.




Ladang Mangga, Sungai Limau
Coordinate: N 03.66456, E 100.99973

Kami beberapa kali berpusing di kawasan Sungai Limau untuk mencari ladang mangga yang agak masyhur disini. Akhirnya kami sampai di sana setelah setengah jam mundar mandir mencarinya. Ia terletak kira-kira 6km dari Pekan Sungai Besar. 

Buah mangga di sini di tanam secara komersial oleh penduduk tempatan. Pokoknya agak rendang. Mungkin 2-3 bulan lagi (June-July) buah mangga boleh dipetik dan dipasarkan.




Masjid Lama (Masjid Jin), Kg Panchang Bedena, Sg Besar
Coordinate: N 03.69555, E 100.96033

Seterusnya kami ke Masjid Jin yang terletak di Kampung Panchang Bedena, Sg Besar. Ianya terletak 8 km dari Pekan Sungai Besar. Masjid ini begitu digeruni kerana terdapat cerita-cerita penduduk sekitar bertemu dengan makhluk ghaib semasa berada disini yang dipercayai Jin. Walau bagaimana pun makhluk ghaib ini bukanlah menganggu pengunjung masjid ini. Yang paling penting niat kita untuk beribadah di masjid ini kerana Allah.

Aku kagum dengan senibinanya yang sungguh unik. Penggunaan kayu menyerlahkan keistimewaan dan memaparkan ciri-ciri tradisional.

Aku menunaikan solat Tahyatul Masjid di sini. Aku tidak masuk solat di ruangan solat utama kerana pintunya dikunci.




Bagan Nakhoda Omar (BNO), Sabak Bernam
Coordinate: N 03.76708, E 100.87274


Kami seterusnya ke Bagan Nakhoda Omar (BNO) untuk makan tengahari di sana. Terdapat 2 restoren di sini; Restoren Mee Udang Banjir Kak Wah dan Restoren Laksa Pantai Zaiton; yang menawarkan Mee Udang dan Laksa sebagai menu utama mereka. Restoren Laksa Pantai Zaiton lebih ramai pengunjung berbanding Restoren M.Udang Kak Wah. Kami ke Restoren Kak Wah dan memesan nasi goreng udang dan kerang bakar. Nasi goreng udangnya berharga RM 6.50; terdapat hampir 10 ekor udang bersaiz sederhana (memang best). Kerang bakar berharga RM 5.00.


















































































Kami bergambar seketika disini.
































Perjalanan diteruskan menuju ke Teluk Intan, Perak.


Menara Condong, Teluk Intan, Perak
Coordinate: N 04.02524, E 101.01938

Kami sampai di Teluk Intan pukul 3.30 petang. Hujan turun dengan lebatnya. Menara ditutup sementara waktu kerana hujan turun dengan lebatnya. Mengikut sejarah, menara ini telah dibina pada tahun 1885 oleh Kontraktor Leong Choon Chong.

Asalnya menara ini digunakan untuk menempatkan sebuah tangki air untuk dibekalkan ke bandar ini sekiranya berlaku kemarau atau kebakaran. Ianya pernah berperanan sebagai penanda waktu dan penunjuk arah laluan  kapal ke Pelabuhan Telok Anson suatu ketika dulu.

Kecondongan menara ini sering dibandingkan dengan Menara Condong Pisa, Italy. Namun menara ini  hanya mempunyai ketinggian 25m dengan 110 anak tangga berbanding dengan menara Pisa yang mempunyai ketinggian 55m.

Menara ini mempunyai seni bina yang berkonsepkan seni bina sebuah 'pagoda'. Dari luar, menara jam ini kelihatan seolah-olah sebuah bangunan 8 tingkat, tetapi sebenarnya hanya 3 tingkat sahaja. Menara ini diperbuat dari kayu dan batu. Lapisan bawah bangunan ini berukurann garis pusat 13m dan semakin menguncup ke atas  berukuran garis pusat 8.2m.

Kini, Menara Condong Teluk Intan hanya berperanan sebagai menara jam. Jam yang dipasang pada tahun 1894 dibeli dari London, buatan firma J.W Benson-Ludgathill.





Kami mencari hotel-hotel atau chalet di bandar ini, tetapi kebanyakannya telah penuh. Kami meneruskan perjalanan sehingga ke Kg. Gajah, Perak.


Chalet Insan, Kg Gajah, Perak
Coordinate: N 04.17852, E 100.94465

Kami mencari chalet berhampiran Sungai Perak. Akhirnya kami bertemu Chalet Insan, Kg Gajah yang terletak betul-betul ditepi Sungai Perak. Kedudukannya 500m dari jalan utama. Biliknya ada agak selesa (1 Queen Bed + 1 Single Bed), berhawa dingin dengan harga RM 80.00 sehari. Sekiranya ingin menginap di sini, bolehlah menghubungi tuan chalet; +6019-4216988.



































03 May 2015 - Day 04


Masjid Sultan Azlan Shah, Kg Gajah, Perak
Coordinate: N 04.17852, E 100.94465

Aku mengambil kesempatan ini untuk solat subuh secara berjemaah di Masjid Sultan Azlan Shah. Alhamdullilah selepas solat berjemaah, diadakan kuliah subuh, aku manafaatkan waktu ini untuk mencari sedikit ilmu agama. Nota ku catatkan untuk dikongsikan bersama.

Kuliah pagi bertajuk "Doa yang dimakbulkan". Semua doa akan dimakbulkan; samaada; 1. Di dunia lagi, 2. Digantikan dengan yang lebih baik atau 3. Ditangguhkan dan diberikan pada hari akhirat nanti.

Mengapa lambat dimakbulkan doa? 1. Syarat-syarat doa tidak dipenuhi; 2. Ada dosa yang belum terampun; 3. Allah menguji iman kita; 4. Allah ingin menjadi kan kita lebih dekat denganNya; 5. Allah suka mendengar rayuan dan rintihan kita; 6. Supaya kita tidak menjadi sombong; 7. Belum sampai waktu yang sesuai; 8. Supaya kita berkerja keras lagi dan berikhtiar dahulu.

Sungguh menyentuh jiwa.
































Gerai Nasi Lemak, Kg Gajah, Perak
Coordinate: N 04.18260, E 100.9305

Sarapan pagi kami hari ini, adalah nasi lemak yang kami beli di Gerai Nasi Lemak bersebelahan dengan station minyak Shell. Terpaksa beratur panjang; tapi  memang sedap dan murah.






























Warisan Kapal Korek Bijih Timah (The Last Dredge), Tanjung Tualang
Coordinate: N 04.39698, E 101.05317

Kami meneruskan perjalanan menuju ke Warisan Kapal Korek Bijih Timah yang terletak 4km dari Pekan Tanjung Tualang. Malang sekali ianya ditutup untuk pengunjung kerana dalam proses pembaikpulihan Kapal Korek semenjak 2014 lagi. Belum diketahui bila ianya akan dibuka semula.

Mengikut sejarah terdapat 5 buah kapal korek beroperasi di Tanjung Tualang pada tahun 1970an. Keluasan kapal korek ini adalah 35m lebar, 75m panjang dengan ketinggian 5 tingkat. Beratnya mencapai 4,500 tan. Beroperasi bermula dari 1938 sehingga 1992. Jentera ini memerlukan 90 orang pekerja dengan 30 orang pekerja setiap syif (3 syif setiap hari).


































Pasir Salak Resort, Pasir Salak, Perak
Coordinate: N 04.17388, E 100.94632

Kami berpatah balik menuju ke Pasir Salak. Kami menginap di Pasir Salak Resort berseberangan dengan Insan Chalet yang terletak di tepi Sungai Perak. Pasir Salak memang terkenal dengan sejarah pembunuhan J.W.W Birch (British Resident) pada 2 November 1875.

Bangunan resort memang menarik dengan mengetengahkan ciri kemelayuan dalam senibina kayu yang tersergam utuh di tebing Sungai Perak.








































Di perkarangan resort, terdapat banyak pohon-pohon mangga yang sedang ranum berbuah. Apa lagi kami terus meminta izin pihak resort untuk mengambil buah mangga tersebut. Buahnya memang sedap.



























Sekiranya anda ini menginap di sini bolehlah melawat ke alamat sesawan ini, http://www.pasirsalakresort.com.my/.

Kompleks Sejarah Pasir Salak, Pasir Salak, Perak
Coordinate: N 04.17321, E 100.94673

Kompleks ini terletak bersebelahan dengan resort yang kami menginap. Sayang sungguh, kompleks ini masih lagi ditutup untuk dibaikpulih setelah terlibat dalam banjir besar baru-baru ini. Mungkin mengambil masa 2-3 bulan untuk kembali beroperasi.




















04 May 2015 - Day 04


Masjid Pasir Salak, Perak
Coordinate: N 04.17229, E 100.94801

Aku bersolat subuh berjemaah di Masjid Pasir Salak, yang terletak 500m dari resort.













Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak

Coordinate: N 04.47500, E 101.08756

Setelah bersarapan pagi, kami memulakan perjalanan pulang. Tempat terakhir yang kami lawati adalah Kellie's Castle yang terletak di Batu Gajah, Perak, 50km dari resort. Kami sampai di sana jam 10.30 pagi.

Bayaran masuk adalah RM 5.00 bagi dewasa.






















































 Pandangan depan bangunan:




Pandangan sisi sebelah kiri bangunan:

 Pandangan sisi sebelah kanan bangunan:


 Pandangan belakang bangunan:





























Bangunan ke-2:


Tingkat 1, Bangunan Baru




 Bilik di Tingkat 1


















Sejarah

Bangunan istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British bernama William Kellie Smith. Bangunan 3 tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di Bandar Agra, India. Tukang-tukang binaan dibawa khas dari Madras, India.

Di Tanah Melayu, beliau bertemu dengan seorang  pemilik tanah bernama Alma Baker, yang telah memenangi konsesi dari pemerintah negara untuk meneroka 360 hektar hutan di Perak. Dengan keuntungan besar yang dibuat dari perniagaan bersama dengan Alma Baker, Smith mula menanam pokok getah dan menceburi dalam industri perlombongan bijih timah. Sewaktu dengan itu ia menjadi pemilik Perusahaan Kinta Kellas dan Kinta Kellas Tin Dredging Company.

Kemudian beliau kembali ke rumah beliau untuk berkahwin dengan orang Scotland tercinta, Agnes dan isterinya di bawa ke Tanah Melayu pada tahun 1903. Tahun berikutnya pasangan ini dikurniakan anak perempuan, Helen. Sebelas  tahun kemudian mereka dikurniakan anak lelaki, Anthony. Rumah Kellas diberi sempena nama rumah mereka di Scotland.

Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia itu juga dilengkapi dengan lift yang pertama dibina di Tanah Melayu. Di tingkat 2 pula akan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen.

Bangunan ini tidak sempat disiapkan kerana Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Liston, Portugal pada 11 Disember 1926. Bangunan yang kekal dalam keadaan 'sedang dibina' telah menjadi tumpuan pengunjung di Batu Gajah kerana keunikannya.

Tiles Photograpy 

Sebelum pulang kami mengabadikan kenangan kami bergambar pada jubin (tiles) yang buat oleh seorang photographer disitu yang berharga RM 28 sekeping.



Kami bergerak pulang pukul 12 tengahari menuju ke Bagan Nakhoda Omar (BNO) untuk makan tengahari disini. Kami sampai di BNO jam 2.30 petang. Kami meneruskan perjalanan menuju ke Kuala Selangor. Kami sampai di Kuala Selangor pada pukul 4.30 petang. 

Trafik di Kuala Selangor agak sesak ketika itu, lalu aku mencadangkan untuk bermalam di disini untuk mengelak kesesakan jalanraya.


The Kabin, Pantai Remis, Jeram, Kuala Selangor
Coordinate: N 03.19500, E 101.30700

Setelah bertanya dengan penduduk setempat, mereka mencadangkan kami untuk menginap di The Kabin di Pantai Remis. Hotelnya sungguh berbeza dengan mengubahsuai portal-cabin menjadi bilik-bilik yang sungguh menarik. Pemiliknya adalah seorang biker (GS 1200). Hotel ini baru dibuka pada November 2014 yang boleh memuatkan 78 tetamu dalam satu-satu masa. Anda harus merasakan kelainan. Sekiranya anda berminat untuk merasai pengalaman tinggal di dalam kabin, sila layari: http://www.thekabin.com.my/. Aku pernah tinggal di dalam kabin lebih dari 6 tahun ditengah-tengah lautan dan padang pasir. Ianya bagai mengembalikan nostagia lamaku.














05 May 2015 - Day 05

Harini kami bangun lebih awal untuk pulang dan seterusnya berkerja. Kami bergerak pulang ke Semenyih pada pada pukul 5 pagi. Alhamdullilah kami sampai dengan selamat pada pukul 6 pagi (85km). Jalan lengang melancarkan perjalanan kami.

                                  -----------------------------TAMAT---------------------------------------

Comments