Pengembaraanku kali ini agak istimewa buatku. Sudah lama aku idamkan untuk datang ke bumi suci ini, bumi Palestine. Allahu Akbar, aku macam bermimpi dapat datang sini. Semua sudah dirancang oleh Allah.
Jutaan terima kasih aku ucapkan buat Aman (FB: Ziarah Jordan) yang telah membantu dalam mengatur kembaraku kali ini dan buat semua ahli rombongan; Palestine Trip Batch June 2019 semoga kita bertemu di kembara-kembara yang lain. Insyallah.
"Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kami, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezekiNya. Dan hanya kepadaNya kamu dibangkitkan semula" Al-Mulk: 15
Day 01: 12 June 2019 (Rabu)
Pengembaraan kali ini bermula dari Kuala Lumpur setelah menghabiskan dua minggu cuti raya di Malaysia. Aku mengambil kesempatan dan peluang keemasan ini untuk menziarahi saudara-saudara di Palestine, bumi Anbiyat.
Subhanallah memang cantik perancangan Allah. Ticket penerbangan ku dari Kuala Lumpur ke Kuwait telah lama ku beli (dari tahun lepas) memang jatuh pada harini. Berkebetulan pula ada satu rombongan dari Malaysia yang bercadang untuk memasuki Palestine pada 13 June 2019. Aku menghubungi Aman, pengurus Ziarah Jordan untuk memasukkan namaku dalam senarai peserta rombongan. Apa lagi aku terus book ticket ke Amman, Jordan. Memang macam mission in possible!
Aku menaiki Qatar Airlines dari Kuala Lumpur ke Kuwait dan sampai di Kuwait pada pukul 4:30 petang.
Breakfast di KLIA, pekena the last nasi lemak in Malaysia sebelum menaiki penerbangan Qatar Airlines.
Penerbangan mengambil masa selama 7.5 jam. Aku menghabisakan masa dengan membaca buku "Sawasdee Bangkok" karangan Isma Ae Mohamad mmg menarik cerita. Sila dapatkan buku ini dengan segera (nak promote ni).
Aku sampai Hamad International Airport, Doha, Qatar pada pukul 12.00 tengahari waktu Qatar. Penerbangan diteruskan lagi selama 1.5 jam dari Qatar ke Kuwait.
Hamad International Airport
Aku sampai di kuwait pada pukul 4:30 petang (waktu kuwait). Berdebar-debar jugak takut urusan Immigration dan mengambil bagasi memakan masa yang lama kerana flight ke Jordan akan berlepas pukul 7.00 petang (boarding 1 jam awal). Aku terus berlari ke Kaunter Jazeera Airways (Penerbangan tambang murah milik Kuwait) yg terletak di bangunan sebelah. Tercungat2 jugalah dibuatnya. Alhamdullilah lega rasanya dapat lepas semua halangan dengan jayanya.
Duduk jer dalam flight, aku terus tidur, sedar-sedar dah landing kat Queen Alia International Airport, Amman, Jordan pada pukul 9:30 malam. Urusan Immigration di Amman memang cepat dan sebagai rakyat Malaysia kita akan dapat 30 hari VOA (Visa On Arrival) free. On jer wifi (airport wifi, free) aku hubungi Aman, beliau dah berada di airport. Kami berjanji untuk bertemu di luar Starbuck.
Suhu malam di Amman masih lagi sejuk dalam 19 deg C. Kalau di kuwait sekarang ini malam 30 deg C dan waktu siang menghampiri 50 deg C.
Aku, Ikrami dan Aman.
Aku sebetulnya memang penat dan lapar. Aku mengajak Ikrami dan Aman untuk makan. Mereka membawaku ke restaurant Babul Yeman yang terletak berhampiran University of Jordan.
Pekena Nasi Arab malam2 buta; nah satu kambing dan satu ayam. Alhamdullilah kenyangnya rasa tetapi kami bertiga tak berjaya menghabiskan. Makanan yang tidak habis itu kami bawa pulang.
Aku dibawa ke Hotel Rest Hills yang terletak di kawasan Jubeiha, Amman. Aku sampai di hotel pada pukul 12:00 tengah malam. Memang cukup penat. Usai solat jammak, aku terus tidur.
Day 02: 13 June 2019 (Khamis)
Harini bangun lebih awal sikit kerana waktu subuh di Amman masuk pada pukul 3 pagi. Lepas jer solat, sambung balik tidur. Pukul 5.00 pagi aku bangun dan bersiap-siap kerana plan untuk harini bergerak dari hotel ke Palestine pada pukul 7:00 pagi.
Pukul 5:45 pagi bilikku diketuk oleh seseorang. Bila pintu dibuka, Ikrami tercengang sambil memegang sesuatu dalam plastik. Fuh..nasi lemak ayam tu. Apa lagi, bismillah terus makan. Memang best tapi aku makan separuh saja, yang separuh lagi simpan buat bekal masuk Palestine nanti.
Bila turun jer ke lobby semua group dah standby kat bawah. Sebenarnya, plan asal seramai 11 orang submit visa untuk ke Palestine tetapi last minute permohonan visa Aman telah ditolak oleh Israel. Dah ler dia Ketua Rombongan terpaksalah kami bersepuluh memasuki Palestine tanpa ketua. 10 orang ahli kembara adalah seperti di bawah ini:
1. Mohd Aswade Ali
2. Mohd Sahid Alias
3. Noor Aziah Mohd Bakri
4. Noor Syahirah Mohd Sahid
5. Zahari Wahil
6. Masura Juki
7. Nurul Nadia Zahari
8. Suraini Ahmad
9. Ros Ilyani Anis Ismail
10. Rosliyana Rosli
Bas sampai sharp pukul 7:00 pagi di hotel. Kami memasukkan semua bagasi ke dalam bas dan terus bergerak menuju ke sempadan Jordan - Israel yang berhampiran dengan Laut Mati, 68 km ke arah selatan Amman, Jordan. Ianya melalui King Hussein Bridge atau dikenali juga dengan Allenby Bridge
Tourist Guide kami disebelah Jordan adalah Mohammad Khaz'leh yang memberikan serba sedikit penerangan mengenai perjalanan yang bakal kami tempuh untuk harini.
Penerangan mengenai Laut Mati oleh Mohammad.
Aman selaku Ketua rombangan tidak dapat mengikuti kami untuk sama-sama masuki Palestine kali ini. Beliau menerangkan agenda harini dan apa yang harus dilakukan semasa berada di border Israel.
Aman menyerahkan kepadaku salinan dokumen-dokumen perjalanan untuk masuki Israel. Secara tidak sengaja aku telah dilantik menjadi Group Leader tanpa undian. Reda jer lah.
Kami singgah sekejap di Bazaar Imran terletak beberapa kilometer dari sempadan untuk mengunakan kemudahan tandas disini. Di sempadan kemudahan tandas adalah terhad, 2 tandas sahaja. Tandas disini memang memuaskan.
Bazaar ini menjual produk yang bersumberkan Laut Mati seperti produk-produk kecantikan, tembikar, cenderahati dan sebagainya.
Aku bertemu dengan Saifudin, warga Indonesia yang sudah setahun berkerja di Bazaar ini. Beliau berasal dari Jawa Barat (Orang Sunda).
Perjalanan diteruskan menuju ke sempadan sebelah Jordan untuk cop passport kami.
Kami sampai di kompleks Immigration dan Kastam Jordan pada pukul 8.25 pagi. Semua urusan dilakukan oleh agent kami dan Aman. Kami hanya menunggu didalam bas setelah passport diserahkan kepada mereka.
Aku dapat perhatikan, ramai juga pelancong-pelancong dari luar yang berada di Immigration Jordan. Terdapat 6-7 buah bas yang berada di situ yang sedang menanti penumpang-penumpangnya.
Urusan di Immigration Jordan hanya mengambil masa lebih kurang setengah jam (09:00 pagi settle semua). Kami dikenakan exit tax sebanyak 10 JD dan diberi surat kebenaran untuk melalui King Hussein Bridge yang akan diserahkan di last check point sebelum memasuki Israel.
Khidmat Mohammad dan Aman berakhir di sini. Setelah bersalam kami meneruskan perjalanan dengan hati berdebar-debar. Memudah-mudahan Allah melancarkan perjalanan kami semua.
Bas kami melewati 3 check point yang dikawal ketat untuk tentera-tentera Israel yang lengkap dengan senjata api. Bas di periksa dan pemandu diarahkan turun. Setengah jam dihabiskan untuk melepasi check point ini walaupun jaraknya tidak sampai 3 km. Akhir sekali terpampar signboard "Welcome To King Hussein Border Crossing (Allenby).
Kami sampai di Kompleks Immigration dan Kastam Israel pada pukul 9:30 pagi. Bagasi diturunkan dari bas oleh 2-3 orang pekerja Islam (Palestine) yang memakai vest kuning. Mereka mengarahkan aku memeriksa ruang bagasi bas, takut-takut masih ada bagasi yang belum dikeluarkan. Pastikan anda membawa wang tip yang cukup. Mereka akan meminta tip. Kami melalui pintu masuk "Arrival Hall 18".
Bagasi kemudiaannya discan dengan scanner berbentuk selinder seakan-akan MRI scanner (macam nak check otak pulak). Lima orang daripada group kami, passport tidak dipulangkan termasuk lah aku punya. Menunggu lagi setengah jam, barulah mereka serahkan kepada kami. Passport kami berlima scan dengan satu alat khas, mungkin mereka memeriksa radiation passport, tapi untuk apa, pening juga memikirkannya.
Kami terus ke kaunter Immigration, pegawainya mengarahkan aku selaku ketua rombongan supaya tunggu sehingga semua ahli rombongan selesai. Setelah semua siap bermulalah episod aku menjadi seorang penunggu, passport aku diserahkan dari satu pegawai ke pegawai yang lain, aku diarahkan duduk. Sejam selepas itu, seorang pegawai wanita datang menemuiku menanyakan nama bapa dan datukku. Kemudian perempuan itu ghaib kemana aku tak tahu. Perut dah start lapar. Nak makan nasi lemak kat situ takut bermasalah pulak nanti. Terdapat sebuah kaunter yang menjual air dan jajan. Aku beli 2 tin fringles, bayangkan aku boleh habiskan fringles tu semua tapi namaku masih juga belum dipanggil.
Di satu sudut yang lain, aku nampak seorang pegawai wanita (tshirt hitam) sedang menyoal siasat beberapa orang tentang tujuan mereka datang ke Israel. Kenapa dia tak tanya aku? Yang tinggal dan duduk diruangan menunggu hanya tinggal beberapa orang sahaja.
Sedang duduk-duduk, rombongan dari Indonesia datang beratur. Sekelip mata mereka siap semuanya. Waduh..waduh aneh!. Sejam lepas itu barulah seorang pegawai menyerahkan passport ku. Alhamdullilah.
Passportku tidak dicop tapi hanya diberi card biru seperti dibawah ini. Kemudianya discan oleh pengawai terakhir sebelum keluar dari komplek tersebut. Dua jam aku menunggu dengan bersabar.
Kesian mereka menunggu aku diluar bersama Imad, tourist guide kami di Palestine. Aku beritahu mereka, geng-geng Israel ajak aku makan arab kambing..hehehe... tergelak mereka dengarnya.
1. Maqam dan Masjid Nabi Musa A.S
Kami meneruskan perjalanan menuju ke Maqam Nabi Musa A.S yang terletak 19 km dari dari sempadan Jordan - Palestine. Ianya terletak di dalam kawasan Israel military zone di daerah Jericho.
Ianya terletak diatas sebuah bukit dan dibina sebuah masjid disitu. Menurut Imad, masjid telah dibina oleh Salahuddin Al-Ayubi.
Pintu masuk maqam
Kami turun dari bas
Hasil Kraftangan tempatan yang dijual disini
Pintu tengah
Perigi - Kemungkinan ianya perigi. Kawasan ini masih lagi dalam proses pembaikpulihan.
Pemandangan di ruang terbuka yang terletak ditengah-tengah bangunan.
Kami mengambil wuduk dan terus ke masjid yang terletak disebelah belakang (kiri). Setelah menunaikan 2 rakaat solat tahyatul masjid, kami duduk sambil mendengar penjelasan dari Imad mengenai maqam Nabi Musa ini.
Isi kandungan cerita Imad berkisar kepada:
1. Berbezaan diantara Kubur (Qabr) dan Maqam.
- Kubur - Tempat jenazah dikebumikan
- Maqam - Tempat berdiri/berada (cth; Maqam Nabi Ibrahim)
2. Hadis mengenai pertemuaan Nabi Musa A.S dgn Malikul Maut.
Kisah tersebut terdapat di dalam sahih al-Bukhari yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah. Kata beliau :
أُرْسِلَ مَلَكُ الْمَوْتِ إِلَى مُوسَى عَلَيْهِمَا السَّلَام فَلَمَّا جَاءَهُ صَكَّهُ فَرَجَعَ إِلَى رَبِّهِ فَقَالَ أَرْسَلْتَنِي إِلَى عَبْدٍ لَا يُرِيدُ الْمَوْتَ فَرَدَّ اللَّهُ عَلَيْهِ عَيْنَهُ وَقَالَ ارْجِعْ فَقُلْ لَهُ يَضَعُ يَدَهُ عَلَى مَتْنِ ثَوْرٍ فَلَهُ بِكُلِّ مَا غَطَّتْ بِهِ يَدُهُ بِكُلِّ شَعْرَةٍ سَنَةٌ قَالَ أَيْ رَبِّ ثُمَّ مَاذَا قَالَ ثُمَّ الْمَوْتُ قَالَ فَالْآنَ فَسَأَلَ اللَّهَ أَنْ يُدْنِيَهُ مِنْ الْأَرْضِ الْمُقَدَّسَةِ رَمْيَةً بِحَجَرٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَوْ كُنْتُ ثَمَّ لَأَرَيْتُكُمْ قَبْرَهُ إِلَى جَانِبِ الطَّرِيقِ عِنْدَ الْكَثِيبِ الْأَحْمَرِ
Maksudnya :” Malaikat maut dihantar kepada Nabi musa. Apabila ia datangnya, Nabi Musa menampar malaikat. Lantas ia kembali kepada Allah seraya berkata : Engkau utuskan aku kepada seorang hamba yang tidak mahu mati. Maka Allah mengembalikan mata malaikat dan berfirman : Kembalilah dan katakan kepadanya supaya dia letakkan tangannya di belakang lembu jantan. Setiap bulu yang dilitupi oleh tanggannya itu adalah tahun (yang akan dia hidup). Nabi Musa (setelah menyampaikan pesanan dari Allah) berkata : Wahai Tuhan, kemudian apa?. Allah menjawab : kematian. Nabi Musa berkata : Sekaranglah. Kemudian Baginda memohon kepada Allah agar diletakkan berhampiran dengan tanah Palestin sejauh lontaran batu. Abu Hurairah berkata : Rasulullah saw bersabda : Jika aku ada di sana akan aku tunjukkan kuburnya yang berhampiran dengan jalan yang berada dengan pasir merah.”
Riwayat al-Bukhari (1339)( 3407),Muslim (6298)
Sumber:
https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/2700-irsyad-al-hadith-siri-ke-293-nabi-musa-tumbuk-muka-malaikat-musa
Berdasarkan hadis diatas ciri-ciri kawasan kubur Nabi Musa seperti dijelaskan oleh Rasullulah dalam hadis di atas, maqam Nabi Musa A.S adalah seperti berikut:
1. Berhampiran dengan jalan.
2. Pasir berwarna merah.
3. Jaraknya sejauh lontaran batu dari Palestine (Mungkin ada makna yang tersirat).
Aku tidak melepaskan peluang untuk bergambar di pintu masuk Masjid dan Maqam Nabi Musa A.S.
2. Jericho (Ariha)
Kami meneruskan perjalanan ke Jericho untuk solat jammak Zohor - Asar dan makan tengahari. Ianyanya terletak di Jordan Valley dan berhampiran dengan Sungai Jordan. Merupakan bandar tertua di dunia lebih kurang 9,600 tahun sebelum masihi. Cuaca di sini panas dan kering. Suhu pada musim panas (sekarang) melebihi 40 degree C dan sangat sesuai untuk penanaman kurma. Kurma di Jericho adalah antara yang terbaik, ianya dikenali sebagai Kurma Medjoul.
Bandar Jericho agak sunyi, tidak seperti kota-kota lama yang lain. Terdapat sebuah kem tentera Israel di sini.
Ianya terletak di sebuah lembah yang terrendah di dunia iaitu 1,300 ft di bawah aras laut dan cuacanya cukup panas. Pemandangan barisan gunung-gunung itu menambah kecantikan lanskap bumi Jericho.
Kami seterusnya menuju ke Masjid Haji Abdul Aziz Saqar untuk menunaikan solat Zohor dan Asar secara jammak. Menurut Imad, masjid ini telah dibina oleh seorang warga Palestine yang telah berhijrah ke Amerika. Beliau telah menginfakkan wangnya untuk membina keseluruhan masjid tersebut.
Mengikut Imad, pada satu masa, Abdul Aziz telah pulang ke tanah airnya dan beliau cukup terkesan apabila melihat sebuah hotel dan Casino telah dibina di situ. Casino itu telah dibina dengan usahasama usahawan-usahawan dari Israel, Austria dan Palestine sendiri. Lalu beliau memutuskan untuk membina sebuah masjid ini yang terletak lebih kurang 1km dari casino tersebut.
Jemaah di sini tidak ramai. Makmum yang bersolat di sini hanya 2 saf sahaja itu pun termasuk musafir seperti kami.
Selesai solat kami telah disapa oleh jemaah masjid tersebut, mereka menjemput kami makan buah kurma Medjoul bersama kopi Arab (kahwa) bergelas kecil. Mereka dalam bab meraikan tetamu memang bagus. Boleh dikatakan kebanyakan masjid yang kami singgah, terdapat satu ruang kurma dan kopi buat tetamu yang datang melawat. Aku terlupa nama lelaki Palestine yang memakai jubah itu, dia pernah belajar di UIA.
Bukan sahaja dijamu makan malah kami diberi keychain Palestine lagi.
Inilah casino yang dibina di Jericho.
Kami seterusnya telah dibawa ke Temptation Gallery yang menjual pelbagai hasil dan kraftangan dari Palestine termaksudlah kurma, buah tin, minyak zaitun, t-shirt, freeze magnet dan lain-lain lagi.
Teknik promosi yang bagus, dimana penjual datang ke arah kami dan mempelawa kami mencuba kurma, buah tin dan kacang Jericho secara percuma. Buah kurmanya memang segar dan sedap.
Aneka pilihan kurma, harga lebih kurang 3 kotak berharga USD 20. Aku membeli kurma, buah tin dan sedikit cenderamata untuk dibawa pulang.
Pemandangan disekitar kedai ini sungguh menarik. Terdapat sebuah bukit yang cukup sinomim dengan kaum kristian ianya dikenali sebagai Mount of Temptation atau juga dikenali dalam Bahasa Arab sebagai Jabal Tajribat ataupun Deir Al-Qarantal. Mengikut kristian, Jesus telah digoda oleh syaitan diatas bukit ini. Bukit ini berketinggian 366m (1,201 ft). Terdapat perkhidmatan kereta kabel untuk menaiki bukit ini.
Bagi yang mahu mencuba pengalaman baru menaiki unta.
Kami seterusnya ke sebuah restaurant di Jericho untuk makan tengahari. Ahava adalah satu syarikat produk kecantikan milik Israel.
Makanan yang dihidangkan secara buffet. Aku mengambil nasi dengan ayam bakar dan tembikai sebagai juadah tengahariku.
Setelah selesai makan, kami bergambar diluar restaurant tersebut. Terdapat fountain disana dan kebun kurma menjadi lanskap luar restaurant, cukup menarik. Jericho atau Ariha (Elisha) merupakan merupakan sebuah oasis di tengah-tengah padang pasir. Sumber mata air itu dikenali sebagai "Elisha's Spring".
Kami meneruskan perjalanan dari Jericho ke Jerussalam (Baitul Muqaddis) yang jaraknya sejauh 30 km melewati kawasan-kawasan pergunungan.
Kemudiannya kami memasuki terowong, Imad menyuruh kami memandang ke sebelah kiri, tiba-tiba terpandang aku pada kubah keemasan. Lalu Imad bertakbir, lalu aku sambut dengan kalimah..Allahuakbar!.. Allahuakbar! Itu pertama kali aku melihat Al-Aqsa dengan mata kepala ku. Perasaan aku ketika itu bercambur gaul, sayu, pilu, kagum dan gembira apabila melihatnya dengan jelas.
Kami sampai di Hotel Metropole pada pukul 3.30 petang. Hotel kami terletak 150 m dari pintu masuk Kompleks Al-Aqsa. Pintu masuk ini kenali sebagai Bab Az-Zahra atau juga dikenali sebagai Harod's Gate.
Hotel Metropole merupakan hotel milik pengusaha muslim, iaitu Mr. Qasim. Beliau banyak membantu rombongan-rombongan dari Malaysia diantaranya Kembara Jejak Rasul (TV3)
Aktiviti petang ini adalah bebas, boleh berehat tapi aku tak boleh nak lelapkan mata kerana masing terbayang-bayang diingatanku akan Masjid Al-Aqsa. Aku membuat keputusan untuk ke Masjid Aqsa. Ini adalah kali pertama aku menjejakkan kami di bumi Palestine.
Aku memasuki kompleks Al-Aqsa melalui Pintu Bab Az-Zahra dan membelok ke kanan terus melalui Harod's Ascent. Dua tiga kali juga akan bertanya dengan orang ramai arah ke Masjid. Sehingga bertemu simpang tiga, aku membelok ke kiri dan memasuki King Faisal Gate
Harod's Ascent - Mengarah ke pintu Herod (Bab Az-Zahra)
King Faisal Gate - Melalui jalan ini dihujungnya terdapat 2-3 orang polis Israel berkawal, lengkap bersenjata api.
Dari pintu sudah boleh nampak kubah keemasan Dome of the Rock. Aku berjalan kaki 300m menuju ke Dome of the Rock atau dikenali sebagai Qubbat Al-Sakhrah dari King Faisal Gate. Terdapat taman di kiri dan kanan jalan. Terdapat sebuah arca (North Arches) di tangga menuju kesana.
Sungguh tenang dengan bunyi kicauan burung-burung di taman.
Semasa aku sampai, orang ramai sedang bersolat asar. Di Qubbat Al-Sakhrah terdapat 4 pintu, apabila orang sedang solat pintu sebelah kanan sahaja boleh di akses oleh lelaki. Pintu belakang dan kiri hanya untuk jemaah wanita.
Aku bersolat di sini dan beriktikaf sambil memerhatikan bahagian dalam masjid.
Qubbat Al-Sakhrah / Dome of the Rock
Pintu hadapannya akan dibuka apabila waktu solat
Gabungan tiles berwarna warni. Sungguh cantik.
Aku mengambil kesempatan untuk bergambar di luar masjid.
Aku pulang semula ke hostel untuk mandi dan bersiap siap untuk solat maghrib dan makan malam yang direncanakan pada pukul 7:00 malam di tingkat 4 (rooftop) di Hotel Metropole. Menu makan malam kami pizza, roti dan spaghetti.
Oleh kerana makan malam agak lewat, tidak sempat aku bersolat maghrib di Masjid Al-Aqsa Qibli hanya bersolat di Masjid Qabbat Al-Shakhrah.
Pintu bahagian hadapannya dibuka semasa solat berjemaah, sehingga dapat melihat Masjid Al-Aqsa dihadapan.
Usai solat Maghrib aku terus ke Masjid Al-Aqsa yang terletak 250m dari situ.
Aku tidak dapat bayangkan betapa bersyukurnya aku dapat sampai ke sini yang merupakan tanah suci yang ke-3 dalam Islam. Di sini tempat tinggal kebanyakan nabi-nabi dan rasul-rasul dari keturunan Bani Israel dalam usaha mereka menyebarkan dakwah. Nabi Muhammad SAW pernah sampai di sini dalam peristiwa Israq Mikraj.
Dalam ruang masa diantara maghrib dan isyak aku habiskan masa dengan mendengar kuliah yang disampaikan oleh penceramah jemputan. Waktu isyak pada musim panas agak lewat iaitu lebih kurang pukul 9:20 malam.
Aku dapat perhatikan masyarakat Arab Palestine tidak memakai jubah seperti negara-negara Arab yang lain, mereka memakai kemeja dan seluar panjang persis pakaian untuk ke pejabat.
Hampir jam 10 malam, kami bergerak pulang ke hotel yang jarak nya 1.0 km dari Masjid Al-Aqsa (2 km pergi-balik). Aku pulang melalui Remission Gate kerana King Faisal Gate ditutup selepas maghrib oleh Polis Israel. Kunci masjid-masjid dan kesemua gate di tangan Yahudi. Mereka akan membuka dan menguncinya. Mengikut Imad baru-baru ni berlaku satu incident di mana gate-gate telah ditutup selama 2 minggu tanpa notis yang telah menimbulkan perasaan marah orang Islam terhadap Yahudi
Hari ini sungguh penat. Waktu subuh sekarang agak awal iaitu 3:50 pagi. Aku telah set jam agak awal untuk bangun kerana hampir 15 minit diperlukan untuk sampai ke Masjid Al-Aqsa dari hotel (normal speed).
Day 03: 14 June 2019 (Jumaat)
Tuk.. tuk... tuk.. Jam 3.30 pagi pintu bilik diketuk dari luar, bila di buka berdiri Muhamad, pekerja hotel yang datang ke bilikku untuk mengejutkanku untuk solat subuh. Aku bersiap-siap dan terus ke Masjid Qibli.
Aku memasuki Masjid Al-Aqsa melalui Pin Remission. Polis Israel menahanku dan menanyaku samada aku muslim atau tidak ini gara-gara aku memakai songkok hitam, mungkin aneh bagi mereka. Aku menjawab aku muslim, lalu lepaskan ku.
Usai solat subuh aku beriktikaf di dalam masjid sehingga waktu shuruq.
Aku dapat rasakan satu ketenangan bila berada di Al-Aqsa yang sukar digambarkan. Anda harus datang ke sini untuk merasainya. Suasana pagi yang mendamaikan.
Aku pulang ke hotel, terus bersiap-siap untuk bersarapan pagi pada pukul 7:00 pagi. Aku makan nasi dengan scrambled egg dan milo panas.
Aktiviti ziarah bermula lebih awal iaitu pada pukul 8:00 pagi kerana harini hari jumaat, masjid akan penuh lebih awal terutamanya bagi jemaah wanita.
3. Maqam Salman Al-Farisi
Bas kami tiba tepat pada pukul 8:00 pagi, kami terus ke Bukit Zaiton (Jabal Zaitun) yang terletak berhampiran dengan kompleks Al-Aqsa. Tempat pertama yang kami lawati adalah Maqam Salman Al-Farisi.
Kami menunaikan 2 rakaat Tahyatul Masjid dan kemudiannya Imad menerangkan kisah hidup sahabat Rasulullah SAW yang bernama Salman Al-Farisi R.A dengan jelas.
Salman berasal dari Parsi yang asalnya beragama majusi kemudiannya kristian dan akhirnya memeluk Islam setelah setelah menemui tanda-tanda kenabian Rasul akhir zaman yang diceritakan oleh ketua paderi di Syria.
1. Tanda Nubuwah (Dibelakang tubuh Rasullulah).
2. Tidak mengambil harta/wang yang disedekahkan
3. Hanya hadiah sahaja yang boleh diterima.
Salman Al-Farisi telah mencadangkan kepada Rasullulah SAW untuk mengali parit dalam perang Khadaq (Bulan Syawal, tahun ke-5 hijrah)
Sekitar masjid Salman Al-Farisi.
4. Maqam Rabiatul Adawiyah
Kami seterusnya ke Maqam Rabiatul Adawiyah yang juga berada di Bukit Zaitun. Maqamnya ditutup kerana hari jumaat. Namun Imad tetap menerangkan kisah Rabiatul Adawiyah yang berasal dari Basrah, Iraq yang merupakan salah seorang ahli sufi wanita. Beliau apa asalnya merupakan seorang penari yang bertaubat (Taubat Nasuha) sehingga beliau menjadi seorang yang beriman.
5. View Point di Bukit Zaiton
Terdapat suatu tempat di Bukit Zaiton yang menjadi tempat bagi mengunjung untuk mengambil gambar kompleks Al-Aqsa dengan jelas kerana kedudukannya yang lebih tinggi. Aku mengambil kesempatan untuk mengambil gambar dan video di sini.
6. Kompleks Al-Aqsa
Keluasan kompleks Al-Aqsa adalah 144,000 m2. Mengikut Imad terdapat 40,000 penghuni yang tinggi disekitar kompleks ini. Menurutnya lagi, Israel menguasai sepenuhnya kompleks Al-Aqsa, kawasan ini kawal 24 jam oleh polis Israel dan terdapat 700 buah CCTV dipasang di kawasan kompleks ini.
Ini adalah kompleks Masjid Al-Aqsa
Terdapat 8 buah masjid dan 10 buah pintu yang masih dibuka di dalam kompleks seperti gambar di bawah ini.
Masjid-masjid yang berada di kompleks Al-Aqsa:
1. Masjid Al-Aqsa Qibli
2. Qubah As-Sakrah
3. Masjid Marwan (Mawani)
4. Masjid Qadim
5. Masjid Buraq
6. Masjid Mughoribah (Masjid Morrocan/ Islamic Museum)
7. Masjid Nisa' (Woman Mosque/ Library)
8. Masjid Omar
Pintu-pintu Kompleks:
1. Pintu Al Muzdawij / Prophet Gate / Double Gate - Ditutup
2. Pintu Ats Tsulasi / Huldah/ Triple Gate - Ditutup
3. Pintu Al Janaiz (The Funeral's Gate) - Ditutup
4. Pintu Ar Rahmahtan At-Taubah - Ditutup
5. Pintu Al Asbat (Lion Gate / The Tribe's Gate)
6. Pintu Al Hittah (Remission Gate)
7. Pintu Al Atim (The Gate of Darkness)
8. Pintu Al Ghawanimah (Gate of Banu Ghanim)
9. Pintu An Nadhir (The Inspector's Gate)
10. Pintu Al Hadid (The Iron Gate)
11. Pintu Al Qattanin (Cotton Merchant's Gate)
12. Pintu Salam (Transquility Gate)
13. Pintu Al Matarah (The Ablution Gate)
14. Pintu Al Silsilah (Chain Gate)
15. Pintu Magharibah (The Morroccan Gate)
Kami berjalan kaki menuju kompleks Al-Aqsa melalui Harod's Ascent, jalannya agak menurun. Kalau diperhatikan betul-betul jalan pada lorong itu dibahagikan kepada tangga dan ramp (slope)
Terdapat barisan kedai-kedai dan restaurant bahagian awal lorong ini. Terdapat penjual-penjual di kaki lima.
Kami memasuki perkarangan kompleks melalui Pintu Hittah (Remission Gate). Imad berhenti seketika di tandas disebelah tepi Pintu Hittah untuk memberi peluang untuk kami berwuduk dan ke tandas. Di sini lah satu-satu tandas untuk kaum wanita.
Imad menunjukkan kepada kami Synagogue (Gereja Yahudi), bangunan tinggi dihadapan itu.
Penerangan ringkas mengenai masjid-masjid di sini
7. Masjid Qadim (Old Mosque)
Kami telah dibawa ke Masjid Qadim atau Old Mosque, ianya terletak di bahagian bawah Masjid Al-Aqsa Qibli. Masjid Qibli merupakan kiblat pertama ummat Islam selama 16 bulan sebelum Allah mengarahkan Rasullulah berpindah arah ke Masjidil Haram, Mekah.
Pintu masuk ke Masjid Qadim terletak dihadapan pintu masjid Qibli (sebelah kiri).
Lorong-lorong menuju ke bahagian bawah masjid.
Pemandangan dari tangga
Kami menunaikan solat tahyatul masjid dan kemudian mendengar penjelasan dari Imad mengenai Masjid Qadim ini.
Masjid yang pertama dibina untuk adalah Masjidil Haram berdasarkan ayat 96, Surah Al-Imran:
إِنَّ أَوَّلَ بَيْتٍ وُضِعَ لِلنَّاسِ لَلَّذِي بِبَكَّةَ مُبَارَكًا وَهُدًى لِلْعَالَمِينَ
Maksudnya: Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat beribadat) manusia, ialah Baitullah yang di Bakkah (Mekah) yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi semua manusia.
Masjidil Haram yang pertama (batu asas) dibina oleh Malaikat berdasarkan ayat di atas; "untuk manusia" bermakna dijadikan untuk manusia bukan dibina oleh manusia begitu juga dengan Masjid Al-Aqsa
Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim:
حديث سليمان بن مهران الأعمش، عن إبراهيم بن يزيد التيمي، عن أبيه، عن أبي ذر قال: قلت: يا رسول الله أي مسجد وضع أول؟ قال: المسجد الحرام. قلت: ثم أي؟ قال: المسجد الأقصى. قلت: كم بينهما؟ قال: أربعون سنة
Hadith Sulaiman bin Mahran al-A’mash, daripada Ibrahim bin Yazid al-Tamimi, daripada bapanya Abu Zarr beliau berkata, aku bertanya kepada Rasulullah “Wahai Rasulullah, masjid yang manakah dibina terlebih dahulu (dalam sejarah)?” Nabi menjawab, “al-Masjid al-Haram.” Aku bertanya lagi, “Selepas itu?” Jawab nabi, “al-Masjid al-Aqsa.” Aku bertanya lagi, “Berapa jarak pembinaan antara keduanya?” Nabi menjawab, “40 tahun.”
Tiang ini dikatakan telah didirikan oleh jin semasa zaman Nabi Sulaiman A.S seperti dijelaskan di dalam Surah Saba' ayat ke-12-13
وَمَنْ يَزِغْ مِنْهُمْ عَنْ أَمْرِنَا نُذِقْهُ مِنْ عَذَابِ السَّعِيرِ (12) يَعْمَلُونَ لَهُ مَا يَشَاءُ مِنْ مَحَارِيبَ وَتَمَاثِيلَ وَجِفَانٍ كَالْجَوَابِ وَقُدُورٍ رَاسِيَاتٍ اعْمَلُوا آلَ دَاوُدَ شُكْرًا وَقَلِيلٌ مِنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ (13)}
Dan Kami (tundukkan)
angin bagi Sulaiman, yang perjalanannya di waktu pagi sama dengan perjalanan sebulan dan perjalanannya di waktu petang sama dengan perjalanan sebulan (pula)
dan Kami alirkan cairan tembaga baginya. Dan sebagian dari jin ada yang bekerja di hadapannya (di bawah kekuasaanya)
dengan izin Tuhannya. Dan siapa yang menyimpang di antara mereka dari perintah Kami, Kami rasakan kepadanya azab neraka yang apinya menyala-nyala. Para jin itu membuat untuk Sulaiman apa yang dikehendakinya dari gedung-gedung yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang (besarnya)
seperti kolam dan periuk yang tetap (berada di atas tungku).
Bekerjalah, hai keluarga Daud, untuk bersyukur (kepada Allah).
Dan sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang berterima kasih.
Bahagian bawah masjid yang ditutup
Terdapat sebuah perpustakaan di sini
Aku bergambar dengan Abang Zahari
8. Masjid Buroq
Kami di bawa ke sebelah kiri Masjid Qibli berhampiran dengan Pintu Morroco. Pintu Morroco ditutup untuk muslim dan kuncinya dipegang oleh Yahudi. Dahulunya dibelakang ini merupakan penempatan bagi orang-orang Morroco yang telah datang bersama-sama Salahudin Al Ayubi dahulu. Yahudi menghalau kesemuanya dan mereka membina penempatan di sini. Tembok Ratapan atau dikenali sebagai Wailing Wall berada berhampiran pintu ini, dinding dibahagian luar kompleks.
Masjid Buroq terletak disebelah kanan pintu. Ianya terletak di basement. Ianya dipercayai tempat dimana Rasullulah SAW meletakkan Buroq yang dinaikinya semasa peristiwa Israq Mikraj. Lelaki itu menunjukkan tempat dimana Buroq ditambat.
Aku mengambil kesempatan untuk solat 2 rakaat disini.
syukran atas perkongsian yang sangat bermakna. Moga Allah rahmati tuan sekeluarga dan semua muslimin serta memberi kekuatan dan kemenangan kepada pejuang muslim mempertahankan agama Allah. Saya minta izin untuk kongsikan pula kepada anak murid saya sempena Israk Mikraj 1444.
ReplyDeleteSilakan tuan.. mudah mudahan menjadi manafaat buat kita semua
ReplyDelete