SALAM BUAT ABU AYYUB
(ISTANBUL)
18 - 21 MARCH 2018
Pengenalan:
Sumber:
Siapakah dia Abu Ayyub Ansari?
Abu Ayub al-Ansari ra adalah sahabat Rasulullah daripada kaum Ansar. Abu Ayub memiliki nama asalnya iaitu Khalid bin Zaid bin Khulaib. Digelarkan Abu Ayub adalah kerana bagi memuliakan keturunannya. ‘Abu Ayub’ membawa maksud ‘bapa kepada Ayub’.
Beliau yang berasal daripada Bani Najjar lahir pada 587 M iaitu 16 tahun lewat daripada tahun kelahiran Rasulullah saw. Abu Ayub adalah seorang sahabat yang amat mulia.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda bahawa ketika menggali Parit Khandaq,
“Sesungguhnya akan dibuka kota Konstantinopel, oleh sebaik-baik pemimpin adalah yang memimpin saat itu, dan sebaik-baik pasukan adalah pasukan perang saat itu”
Ramai sahabat yang mendengar kata-kata karamat Rasulullah saw tersebut termasuk Abu Ayub ra. Hadis ini sentiasa menjadi pemangkin kepada ramai pemimpin Islam termasuk Umar al-Khattab, Muawiyah dan ramai lagi. Namun, Allah swt Maha Berkuasa. Allah swt
Dalam kempen menyebarkan syiar Islam ke Constantinople, Abu Ayub al-Ansari tidak mahu terlepas daripada menyertai kempen jihad fisabillah tersebut. Peperangan tersebut berlaku pada 674 M semasa pemerintahan dinasti Umaiyyah. Ketika itu, umur Abu Ayub sangat tua iaitu dalam lingkungan 87 tahun. Meskipun uzur, Abu Ayub tetap berkeras mahu turut ikut serta dalam kempen bersejarah tersebut. Kempen tersebut diketuai oleh anak kepada Muawiyyah bin Abi Sufian, Yazid bin Muawiyyah.
Dalam kempen tersebut, Abu Ayub mengalami keuzuran yang sangat teruk. Beliau tidak mampu untuk menggalas pedang bagi meneruskan perjuangan bersama-sama tentera-tentera Islam yang lain. Abu Yazid bin Muawiyyah datang kepadanya dan bertanya,
Adakah tuan mahu apa-apa wahai Abu Ayub?
Sahabat Rasulullah saw yang mulia ini menjawab,
"Sampaikan salamku kepada seluruh tentera Islam dan beritahulah mereka, Abu Ayub mahukan mereka menembusi seberapa jauh tembok Constantinople sehingga mereka beroleh kemenangan dan mengebumikan mereka (tentera Kristian Rom Byzantine) di bumi Constantinople".
Kemudian apabila keadaannya berada dalam keadaan cukup tenat, beliau berwasiat untuk dikuburkan di luar tembok Constantinople. Ketika ditanya mengapa beliau ingin dikuburkan di tembok tersebut, beliau berkata kepada panglima tentera Umaiyyah:
“Aku mendengar baginda Rasulullah saw mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut dan aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda.“
Kata-kata akhir daripada Abu Ayub tidak terhenti di situ tapi terus diingati Berita kematiannya semasa kempen di Constatinople tersebar seiring wasiat akhinya. Ia masih diingati dan terus menerus disebar secara lisan sehinggalah ke zaman pemerintahan kekhalifahan Turki Uthmaniyyah. Berkali-kali pemimpin muslim melancarkan serbuan ke atas kota Constantinople, namun tidak berjaya.
Pembukaan Kota Constantinople
Kota Constantinople tumbang selepas dibedil dan dikepung oleh 250,000 tentera muslim Turki Othmaniyyah selama 54 hari iaitu pada hari Jumaat, 6 April 1453 sehingga Selasa, 29 Mei 1453. Selepas penawanan tersebut, kota tersebut terus ditukar namanya kepada Islambol yang membawa maksud Islam Keseluruhan.
Sultan Muhammad II telah menjadi simbol Turki dan Islam sehinggalah ke hari ini. Beliau digelar Sultan Muhammad al-Fatih dan Sultan Muhammad yang Agung. Sultan Muhammad II meninggal dunia pada usia yang boleh disifatkan cukup muda iaitu 49 tahun. Baginda meninggal dunia pada hari Jumaat, 3 Mei 1481 dipercayai telah diracun oleh doktor baginda sendiri. Jacob Pasha, seorang Kristian daripada Itali yang memeluk Islam. Diriwayatkan bahawa Jacob Pasha telah dihukum pancung oleh kerajaan Turki Othmaniyyah. Sultan Muhammad II telah dimakamkan di Turbe (sejenis bilik pemakaman tradisi Turki Othmaniyyah). Ia ditempatkan di Komplek Masjid al-Fatih.
Day 01: 18 March 2018 (Ahad)
Kami sampai ke Kuwait International Airport pada pukul 6.30 pagi. Suasana airport ketika itu agak lenggang, mungkin sebab hari berkerja.
Bergambar dulu kat rumah sebelum bergerak.
Bila ada ruang kosong parking, terus aku park kereta, Allhamdullilah, tapi bila sampai atas kapal terbang baru aku perasan, aku tersilap park kereta kat Short Term Parking (7.2 KD/day). Mahal beb!! Bayangkan nombor itu korang kali kan dengan 12, itu lah harga dalam dlm RM. Nak menangis rasanya. Sepatutnya park di Long Term Parking (2 KD/day) jer. Nak buat macam dah nasib badan.
Kami menaiki kapal terbang Jazeera Airways, yg merupakan airlines tambang murah milik Kuwait, ala-ala Airasia. Kami ada penumpang yg terawal check-in disini. Memang laju. Urusan kastam dan immigration juga laju pagi-pagi macam ni.
Kami ke Master Cards Lounge untuk breakfast dan berehat-rehat dulu.
Flight kami pada pukul 10.00 pagi
Perjalanan kami mengambil masa selama 4 jam sejauh 2,170km (Kuwait - Istanbul). Waktu Kuwait dan Istanbul adalah sama (5 jam lewat dari waktu Malaysia)(GMT +3).
Aku beli Chicken Salad (2 KD) dan Roti Falafel (1KD) buat santapan tengahari kami.
Atartuk Havalimani (Airport)
Kami sampai di Istanbul, Turkey pada pukul 2.00 petang. Ramai sungguh pelancong-pelancong yang datang ke Istanbul, kami beratur hampir sejam untuk urusan immigration.
Untuk Malaysian, visa on arrival, tak perlu apply apa-apa. Tapi senarai negara-negara dibawah ini memerlukan visa.
Kami terus ke area tuntutan bagasi
Bergambar jap.
Area kedai bebas cukai.
Setelah mengambil beg, kami keluar ke balai menunggu, ambil sebelah kanan menuju ke station metro just ikut signboard "Metro / Subway". Ianya terletak satu tingkat di bawah.
Untuk membeli ticket terdapat vending machine. Aku syorkan beli "istanbulkart" di machine itu. Istanbulkart ini umpama Touch-N-Go card di Malaysia tetapi penggunaannya agak menyeluruh, boleh digunakan untuk bas, metro, trem, bot dan lain-lain lagi. Harga kad tu 6 Lira (lebih kurang RM 6) dan perlu di top-up. Awas: Tukar duit kecil siap2, tiada wang baki disediakan, sekiranya masuk not 100 Lira (6 Lira utk card dan 94 Lira top-up). Itu yg terjadi pada ku..hehehehe. Jangan pulak gi tumbuk machine tu. Terdapat pilihan bahasa, sila tukar ke English.
seronoknya jalan jauh ..saya simpan lah cita-cita nak sampai sini jika diizinkan Allah suatu hari nanti :)
ReplyDeleteInsyallah...sampai lah tu kak....
ReplyDeleteSukaaaa sangat :)
ReplyDelete